Buruj Pari menggambarkan palang dan bintang di hujung palang
menunjukkan ke arah selatan. Buruj Pari adalah buruj paling kecil . Buruj ini berada di tengah meridian langit selatan pada waktu maghrib di antara bulan Mei dan Jun. Buruj Scorpio Buruj ini dinamakan scorpio ( kala jengking ). Ia biasanya kelihatan
di antara bulan Jun hingga Ogos di bahagian timur.
Buruj Biduk (Big Dipper) Buruj biduk terkenal dengan panggilan big dipper di barat, kerana ianya menyerupai beruang. Ianya jelas di langit pada waktu malam yang terang kerana bintangnya yang rata-rata terang. Buruj Belantik (Orion) Buruj belantik terdiri daripada tujuh biji bintang utama yang lebih terang daripada bintang lain di sekitarnya. Empat daripadanya membentuk segiempat tepat manakala tiga lagi terletak sederet melintang di tengah-tengah segiempat tepat itu. Berdasarkan bentuknya itu, orang Melayu di Nusantara menamainya Belantik manakala tiga bintang sederet itu dipanggil sebagai Bintang Tiga Beradik.