Anda di halaman 1dari 18

7.

5 Penilaian Alternatif

Penilaian alternatif merupakan penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah
selain daripada peperiksaan berpusat. Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang
penting dalam membuat diagnosis mengenai pertumbuhan dan perkembangan pelajar,
kebolehan, perkembangan akademik serta prestasi pelajar. Di samping itu, guru juga
menentukan hasil pembelajaran pelajar yang hendak dinilai, melaksanakan prosedur
penilaian, merekod keputusan, menganalisis keputusan berdasarkan data yang
terkumpul, menulis laporan serta mengambil tindakan susulan.

Melalui penilaian alternatif, potensi pelajar dapat dikenal pasti secara berintegrasi dan
keseluruhan. Penilaian potensi pelajar dalam aspek intelektual, moral, emosi serta fisikal
ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh demikian, penilaian
alternatif perlu menekankan konsep penilaian berterusan dalam perkembaangan untuk
mencapai objektif yang ditetapkan.

Tujuan penilaian alternatif termasuk seperti berikut:


 Mengenal pasti pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara keseluruhan;
 Meningkatkan peluang perkembangan potensi pelajar secara optima;
 Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar pada peringkat yang awal dari
masa ke semasa supaya dapat merancang tindakan yang sewajarnya;
 Mengetahui keberkesanan pengajaran guru; dan
 Merancang dan mengubahsuaikan pengajaran guru

Portfolio

Portfolio adalah satu koleksi dokumen yang boleh membuktikan pengetahuan,


kemahiran dan/atau kecenderungan pelajar. Ia juga adalah satu koleksi yang bertujuan
untuk menjelaskan usaha, kemajuan atau pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang.
Koleksi tersebut perlu mengandungi maklumat mengapa pelajar memilih kandungan
tersebut serta bukti refleksi kendiri. Penilaian portfolio merupakan satu sistem multi-
dimensi yang memberi satu gambaran menyuluruh mengenai kebolehan dan
perkembangan seseorang pelajar. Ia juga merupakan satu proses multi-dimensi di mana

1
koleksi bukti-bukti itu dapat menerangkan perkembangan, usaha dan kemajuan pelajar
dalam satu jangka masa tertentu.

Tujuan penilaian portfolio

Penilaian portfolio mempunyai tujuan-tujuan berikut:

 Memajukan analisis kendiri dan refleksi secara kritikal yang dapat membantu
pemahaman tentang pengajaran yang begitu kompleks;
 Membekalkan bukti yang berkaitan dengan tema, pengajaran, kurikulum dan
kandungan; dan
 Memberi maklumat asas tentang pengetahuan pelajar sebelum pengajaran,
mendokumentasikan pembelajaran yang diperoleh dan membuat refleksi.

Ciri-ciri penilaian portfolio

Ciri-ciri penilaian portfolio akan dibincang secara ringkas di bawah:

 Satu koleksi hasil kerja pelajar yang di bentuk oleh pelajar itu sendiri melalui
pemilihan bahan dan resos yang relevan;
 Mengandungi refleksi kendiri tentang pembelajarannya;
 Mempunyai penilaian guru dan pelajar; dan
 Memberi maklumat tentang pelajar, pembelajarannya dan konteks yang berkaitan
dengan tugasan tersebut.

Garis panduan membina portfolio

Sila baca garis panduan di bawah tentang bagaimana membina portfolio.

 Pastikan pelajar mempunyai satu koleksi yang mengandungi pelbagai jenis bahan
relevan yang ditulis mengikut tujuan yang ditetapkan, serta memberi masa untuk
pelajar membuat refleksi;
 Beri peluang kepada pelajar untuk mengawal kemajuan koleksi mereka;
 Pastikan pelajar belajar menyusun koleksi mereka ke dalam kategori dan sub
kategori yang sesuai, bermakna dan menarik kepada mereka;
 Pastikan mereka sedar tujuan asas pembinaan portfolio, iaitu menggunakan portfolio
sebagai alat penilaan kendiri untuk menganalisis perkembangan diri; dan

2
 Nilaikan kedua-dua hasil dan proses untuk mengenal pasti kekuatan dan keperluan.

Jenis-jenis Portfolio

Bolehkah anda namakan beberapa jenis portfolio? Kita akan bincangkan tiga jenis, iaitu
portfolio kerja, dokumentri dan produk akhir. Cuba bezakan antara ketiga-tiga jenis
portfolio tersebut.

Portfolio kerja

Apakah yang anda faham dengan portfolio kerja? Portfolio kerja adalah satu koleksi
hasil kerja pelajar seharian, termasuk nota, lakaran, draf pertama, draf akhir dan produk
terakhir. Pelajar bertanggungjawab untuk memilih kebanyakan daripada bahan yang
digunakan dalam folio. Dengan menyimpan jenis portfolio jenis ini, mereka mengalami
pekembangan kendiri melalui proses refleksi. Di samping itu, guru dapat memerhati dan
membuat refleksi tentang keberkesanan proses pengajarannya.

Portfolio dokumentri

Tahukah anda apa itu portfolio dokumentri? Ia adalah satu koleksi hasil kerja pelajar
yang hendak dinilai. Maka, kandungannya bukan sahaja mengandungi hasil terakhir
tetapi juga bukti proses yang dilalui oleh pelajar. Jenis folio ini juga mengandungi bahan
yang menerangkan pencapaian pembelajaran pelajar dalam sesuatu matapelajaran.

Portfolio produk akhir

Setelah mempelajari tentang portfolio kerja dan dokumentri itu, apakah perbezaannya
dengan portfolio produk akhir? Jenis portfolio ini menerangkan tentang pencapaian
objektif pembelajaran dalam satu domain pembelajaran di mana buktinya adalah
pencapaian pelajar. Oleh kerana itu, koleksi bahannya dipilih khas untuk menunjukkan
pencapaian terbaik seorang individu atau kumpulan. Hanya bahan produk akhir sahaja
ada di dalam folio tersebut. Jelas tentang jenis portfolio ini?

Pembentangan / Amali

3
Selain daripada ujian bertulis, persembahan dan amali boleh dilaksanakan dalam
situasi bilik darjah. Melalui persembahan, kebolehan pelajar dan kefahaman konsep
dapat dikenal pasti. Secara umumnya, terdapat dua jenis persembahan, iaitu
persembahan lisan dan persembahan poster.

Persembahan lisan

Bagaimanakah kita boleh laksanakan persembahan lisan? Ikutlah langkah-langkah


yang dibincang di bawah.

i. Penyediaan untuk pembentangan

Memilih topik

Topik-topik untuk perbincangan seminar dan persembahan-persembahan ditentukan


oleh tema seminar tersebut. Walau bagaimana pun, pelajar-pelajar harus berminat
dengan topik yang ditetapkan. Jika tidak, anda sebagai guru, akan hadapi masalah
untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang bermotivasi.

Menyusun maklumat

Galakkan pelajar untuk mencari buku-buku dan artikel-artikel terlebih dahulu. Satu
cara untuk menyusunatur maklumat ialah dengan menulis maklumat bibliografi dan
maklumat utama pada kad indeks.

Menstruktur maklumat

Di sini, pelajar anda akan melahirkan tajuk utama untuk isi-isi spesifik yang mereka
ingin buat.

Pembentukan konsep pembentangan

Bantu pelajar anda untuk mencatatkan langkah pembentangan secara logik dan jelas.
Struktur model berikut boleh dijadikan garis panduan.

ii. Menstruktur pembentangan

4
Pengenalan

Pada mulanya, pastikan bahawa audien faham tentang apa yang pelajar akan
sampaikan. Oleh itu, galakkan mereka untuk menggunakan anekdot atau dakwaan
provokatif semasa permulaan pembentangan. Di samping itu, topik, kepentingan
pembentangan serta pendekatan yang digunakan juga harus dimaklumkan.

Perbincangan

Pada peringkat ini, pelajar akan melibatkan diri dengan aspek-aspek spesifik berkaitan
dengan sesuatu topik. Mereka harus teliti dalam pemilihan maklumat yang penting serta
meletakkan diri mereka sebagai audien agar menilai pengetahuan sedia ada audien
tentang topik tersebut.

Kesimpulan

Kesimpulan merumuskan isi-isi penting yang terkandung dalam pembentangan. Di sini,


pendapat peribadi pelajar anda boleh diluahkan dan dicatatkan. Mereka juga boleh
sediakan beberapa soalan untuk perbincangan dalam bilik darjah.

Maklumbalas tentang pembentanagan

Sebagai guru, anda seharusnya mengingatkan pelajar anda untuk membaca atau
membuat raptai sebelum sesi pembentangan bermula. Juga pastikan bahawa mereka
tidak berlanjutan had masa. Adalah penting jika mereka maklumkan kepada audien
sama ada boleh bertanya soalan-soalan sepanjang pembentangan atau hanya pada
penghunjung sesi sahaja. Pelajar hendaklah diingati juga supaya tidak membaca
manuskrip tetapi, bercakap secara bebas agar audien boleh mengikuti penaakulan
yang disampaikan.

5
iii. Mereka bentuk edaran

Lembaran pelajar sebenarnya mereflek struktur perbentangan. Namun, ia harusnya


tidak melebihi dua muka surat. Tujuan utama lembaran adalah seperti berikut: (a)
menyediakan garis panduan untuk pendengar dan (b) membolehkan pelajar
menyemak semula maklumat penting melalui sesi soal-jawab yang diadakan.

Struktur

Anda juga perlu pastikan bahawa pembentangan pelajar anda merangkumi isi-isi
utama mengikut susunan persembahan. Sebagai contoh, definisi istilah penting, dan
petikan daripada teks yang mana dakwaan kontroversi didapati dalam bahan sekunder.
Bahagian akhir lembaran harus dapat mewujudkan soalan-soalan yang terbuka atau
kontroversi.

Bibliografi / Rujukan

Adalah penting untuk pelajar anda menyenaraikan buku-buku, artikel-artikel dan


sumber-sumber lain yang mereka telah rujuk untuk persembahan.

(a) Persembahan Poster

Setelah anda belajar tentang persembahan lisan, bagaimana ia berbeza dengan


persembahan poster? Pada asasnya, persembahan poster menggunakan poster untuk
persembahan. Poster boleh dijadikan sebagai alat penting untuk mempersembahkan
sesuatu.

i. Bagaimana menghasilkan poster yang baik

Sepertimana yang anda ketahui, poster yang baik dapat menyampaikan mesej kepada
audien serta menjana komen-komen audien. Untuk mencapai tujuan ini, poster
haruslah mempunyai objektif yang jelas, pendekatan yang sesuai, keputusan-keputusan
serta kesimpulan-kesimpulan utama suatu tugasan. Lima langkah untuk menghasilkan
suatu poster yang berkesan ialah:

6
Mesej Poster

Cuba rekabentuk intipati dalam satu ayat yang pelajar anda ingin persembahkan.

Pengenalan

Galakkan pelajar anda gunakan ayat-ayat untuk mengenal pasti masalah yang ingin
diselesaikan, apa yang diketahui mengenainya, objektif-objektif dan pendekatan dalam
menyiasat masalah tersebut. Minta mereka menggantikan ayat-ayat lengkap dengan
senarai bulleted atau dengan grafik.

Keputusan-Keputusan

Pilih keputusan-keputusan utama yang menyokong mesej. Fikirkan tentang cara-cara


mempersembahkan data dalam angka tetapi elakkan daripada menggunakan jadual-
jadual. Masukkan kesimpulan yang ringkas di bawah setiap rajah.

Kesimpulan

Tuliskan kesimpulan berbentuk pernyataan ringkas dan jelas. Adalah lebih baik ditulis
dalam bentuk senarai. Akhiri dengan satu penilaian tentang pencapaian objektif dan
rancangan masa hadapan.

(c) Amali

Dalam sesi amali, tujuan utama ialah mengajar pelajar tentang manipulasi data dan
memberi mereka pengalaman dengan menggunakan set data yang menarik. Tujuannya
ialah untuk memberi pengalaman hands-on dan menekankan interpretasi keputusan
yang dicapai. Hasil daripada sesi amali, anda boleh mengenal pasti kebolehan mereka.
Amali sepatutnya dilaksanakan untuk mata pelajaran Sains dan ICT.

Beberapa garis panduan untuk sesi amali adalah seperti berikut:

i. Fikirkan implikasi kegunaan peralatan, termasuk penerangan yang terperinci


seperti jadual waktu dan bilik-bilik;

7
ii. Pastikan anda biasa dengan peralatan yang digunakan; bukannya apa yang
diperlukan untuk sesi amali, tetapi tindakan yang perlu diambil sekiranya
berlaku kesilapan;
iii. Beri tunjuk cara sebelum amali. Edaran yang jelas dan berstruktur adalah
penting terutamanya jikalau mereka bekerja tanpa pengawasan;
iv. Gunakan contoh-contoh yang menarik dan set data yang dianggap relevan,
dan mempunyai kelebihan tertentu berbanding dengan kaedah-kaedah lain;
dan
v. Bersabar semasa amali dan cuba bina keyakinan mereka; walau pun telah
berlaku sesuatu kesalahan, berkemungkinan bukan kesilapan mereka tetapi
kesilapan perkakasan yang digunakan (ataupun kesilapan guru itu sendiri!)

Autentik

Penilaian autentik melibatkan pelajar dalam aktiviti dan kemahiran yang digunakan
dalam dunia sebenar. Matlamat utama penilaian autentik ialah membantu pelajar
mengaplikasi pengetahuan matematik, sains, seni, kemanusiaan dan sains sosial
kepada masalah-masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian. Dengan ini,
mereka akan lebih berdikari dan bertanggungjawab terhadap ahli-ahli keluarga, sekolah,
komuniti dan masyarakat.

Kaedah penilaian ini lebih berbentuk rujukan kriteria daripada rujukan norma kerana
prestasi pelajar akan dibandingkan dengan tahap pencapaian markah yang telah
ditetapkan (bench-mark) dan sebagaimana yang diharapkan oleh guru di sekolah.

Masalah dalam penilaian autentik mempunyai pelbagai objektif dan memerlukan aras
pemikiran yang lebih tinggi berbanding dengan ujian kertas dan pensil. Pertama,
masalah-masalah yang digunakan adalah masalah yang tidak berstruktur seperti yang
dihadapi oleh pelajar dalam dunia sebenar, dan kedua, proses pembelajaran
memerlukan kemahiran-kemahiran yang diharapkan daripada pelajar apabila mereka
menghadapi masalah-masalah dalam kehidupan dan kerjaya mereka.

Contoh-contoh penilaian autentik ialah pemerhatian, projek atau kerja lapangan.


(a) Pemerhatian

8
Pemerhatian merupakan alat asas untuk mendapatkan maklumat yang tidak dapat
diperoleh dengan cara lain. Kaedah pemerhatian digunakan untuk menilai aspek yang
sukar dikenal pasti melalui kaedah lisan atau bertulis seperti:
 sikap;
 kemahiran-kemahiran manipulatif;
 kemahiran sosialisasi;
 kemahiran pembelajaran;
 kemahiran kinestetik; dan
 kemahiran komputer literasi.

Jadual pemerhatian, rekod, senarai semak dan skala kadar adalah antara alat-alat
untuk merekod pemerhatian. Alat-alat ini boleh digunakan untuk memastikan tingkah
laku yang betul dicatat dan direkod secara tepat. Penggunaan alat yang betul akan
menyumbang kepada hasil pembelajaran yang boleh dipercayai dan sah.

(b) Projek

Jenis penilaian autentik yang kedua ialah projek. Projek didefinisikan sebagai
penyiasatan mendalam tentang topik dunia sebenar yang berfaedah untuk perhatian
dan usaha pelajar anda. Projek memperkayakan permainan dramatik kanak-kanak ,
pembinaan, mengecat dan melukis yang berkaitkan dengan kehidupan luar sekolah.
Kerja projek memberi peluang kanak-kanak untuk menjalankan kajian dalam sains dan
sains sosial serta melaporkan dapatan dalam pelbagai cara. Pelajar-pelajar juga dapat
mengaplikasi kemahiran matematik asas, bahasa, komunikasi dan sosial pada ketika –
ketika tertentu semasa menjalankan projek tersebut
Kriteria pemilihan topik projek

Perhatikan kriteria berikut untuk memilih topik sesuatu projek:

i. Sejauh manakah topik itu menarik untuk pelajar?


ii. Adakah ia satu topik tentang dunia sebenar?
iii. Adakah pelajar mempunyai pengalaman yang sedia ada tentang topik
tersebut?

9
iv. Sejauhmana mereka dapat laksanakan kerja secara hands-on dalam kerja
lapangan?
v. Sejauhmana mereka boleh berdikari atau masih lagi mengharapkan
pertolongan orang dewasa atau merujuk kepada buku untuk mendapatkan
maklumat?
vi. Siapakah yang boleh tampil ke depan untuk memberitahu tentang
pengalaman mereka mengenai topik tersebut?
vii. Adakah terdapat pelbagai soalan yang ditanya oleh pelajar tentang topik
berkenaan?
viii. Adakah terdapat peluang-peluang untuk pelajar mengemukakan soalan-
soalan secara aktif?

Projek yang berjaya lazimnya memberi peluang-peluang kepada pelajar untuk


melahirkan pemahaman mereka. Sepanjang projek, pelajar bolah melukis, mewarnai,
melukis, melakon, menulis, mengumpul data, mengira, mengukur, meramal, membina
model, melukis gambarajah, melukis graf, merekod pemerhatian, membaca untuk
memperoleh maklumat dan untuk masa lapang, menyanyi lagu dan memain muzik dan
lain-lain lagi.

Jawapan untuk Latihan

1. Mod = 74
2. Min = 60
Median = 60
Mod = 35

3. skor-z = -0.43
skor-t = 45.7

4. (a)
Matematik Sains
Murid Skor-z Skor-t Skor-z Skor-t

10
Ali +1 60 0 50

Fatimah 0.5 55 -2 30

4(b) Prestasi Ali lebih baik daripada Fatimah dalam matapelajaran Sains dan
Matematik. Skor Ali sama dengan min kumpulan normal dalam matapelajaran
Sains manakala skor Fatimah berada 2 sisihan piawai bawah min. Untuk
matapelajaran Matematik pula, Ali berada 1 sisihan piawai atas min manakala
Fatimah berada 0.5 atas min. Secara keseluruhannya, Ali mempunyai prestasi
yang lebih baik dalam kedua-dua matapelajaran berbanding dengan Fatimah.

Berikut adalah senarai bacaan asas dan buku rujukan.

Bacaan Asas

Ebel, Robert L. & Fribie David A. (1991). Essentials of educational measurement. Englewood
Cliffs. New Jersey: Prentice Hall.

Gay, L. R. (1985). Educational evaluation and measurement: Competencies for analysis and
application. 2nd Edition. Columbus, Ohio: Charles E. Merrill Publishing Co. a Bell and
Howell Company.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mok, S.S. (2002). Ilmu pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) Semester 1 &
2. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Sprinthall, R.C. (1994). Basic statiscal analysis. 4th Edition. Needham Heights, Massachusetts:
Allyn & Bacon

Wiersma, W. & Jurs, S.G. (1990). Educational measurement and testing. 2nd Edition. Needham
Heights, Massachusetts: Allyn & Bacon.

Buku Rujukan

Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

Chavez,C. (2003). Combating social inequalities through Education.


http://WWW.collegetermpapers.com

Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New Jersey:
Merrill Prentice Hall.

Gronlund, N.E. & Linn,R.L. (1990). Measurement and Evaluation in Teaching. New York:
Macmillan Publishing Co.

11
Hopkins,C.D & Antes,R.L.(1990). Classroom Measurement and Evaluation. Itasca:
Peacock Publishers,Inc.

Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Education studies module 1/2.Kuala Lumpur:


Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pelajaran Malaysia (1975), Kajian Keciciran, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia
Mehrens, W.A & Lehmann,I.J.(1984). Measurement and Evaluation in Education and
Psychology. Forth Worth:Holt, Rinehart and Winston,Inc.

Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Teacher Education Division.

Marimuthu,T. (1990). Pengenalan kepada sosiologi pendidikan.Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Linn R. L. & Gronlund, N. E. (1995). Measurement and assessment in teaching. Englewood Cliffs,
New Jersey: Prentice Hall.

Sharifah Alwiah Alsagoff.(1984). Falsafah pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Sharifah Md. Nor (2000). Keberkesanan sekolah-satu perspektif sosiologi.Serdang: Penerbit


Universiti Putra Malaysia

Universiti Putra Malaysia (2000). Sosiologi pendidikan.Serdang: Fakluti Pengajian Pendidikan.

http://staff-www.uni-marburg.de/~kellerw/teaching/assignments/Preparing.html

http://staff-www.uni-marburg.de/~kellerw/teaching/assignments/Structuring.html

http://staff-www.uni-marburg.de/~kellerw/teaching/assignments/Handout.html

http://memorial.sdcs.k12.ca.us/LESSONS/WWII/WWIIunit/oralpresentation.html

http://www.efcats.org/presentation/presentaion.html
SOALAN TUTORIAL

1. Berdasarkan kepada pengalaman anda di sekolah, huraikan faktor penyebab yang


mungkin menyebabkan wujudnya ketidaksaksamaan peluang dan hasil dalam
pendidikan. (2 jam)

2. Huraikan bagaimana anda akan gunakan penilaian sebagai alat untuk meningkatkan
pembelajaran pelajar. (2 jam)

3. Hasilkan Jadual Penentuan Ujian(JPU) untuk mata pelajaran major anda yang anda
ajar di sekolah. Jawapan adalah hendaklah berdasarkan sukatan pelajaran. (2 jam)

12
4. Gunakan pengurusan grafik untuk menyenaraikan lima perbezaan utama di antara
ujian formatif dan sumatif. (2 jam)

5. Latihan dan tugasan bertulis bagi statistik berikut:


- Min
- Mod
- Median
- Julat
- Peratus
- Sisihan piawai
- Skor t
- Skor z (2 jam)

6. Pilih salah satu daripada penilaian alternatif yang digunakan di sekolah anda.
Bincangkan kekuatan dan kelemahan dalam menilai pembelajaran pelajar.

a. Portfolio
b. Persembahan/amali
c. Autentik
(1 jam)

RUJUKAN

Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.

Chavez,C. (2003). Combating social inequalities through Education.


http://WWW.collegetermpapers.com

Ebel, Robert L. & Fribie David A. (1991). Essentials of educational measurement.


Englewood Cliffs. New Jersey: Prentice Hall.

Gay, L. R. (1985). Educational evaluation and measurement: Competencies for analysis


and application. 2nd Edition. Columbus, Ohio: Charles E. Merrill Publishing Co. a
Bell and Howell Company.

13
Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. 4th Edition. New
Jersey: Merrill Prentice Hall.

Gronlund, N.E. & Linn,R.L. (1990). Measurement and Evaluation in Teaching. New York:
Macmillan Publishing Co.

Hopkins,C.D & Antes,R.L.(1990). Classroom Measurement and Evaluation. Itasca:


Peacock Publishers,Inc.

Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan
Page.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1975), Kajian Keciciran, Kuala Lumpur: Kementerian


Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001). Penilaian kendalian sekolah. Kuala Lumpur:


Pusat Perkembangan Kurikulum , Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Education studies module 1/2. Kuala Lumpur:
Bahagian Pendidikan Guru

Linn R. L. & Gronlund, N. E. (1995). Measurement and assessment in teaching.


Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice Hall.

Marimuthu,T. (1990). Pengenalan kepada sosiologi pendidikan.Petaling Jaya: Fajar


Bakti Sdn.

Mehrens, W.A & Lehmann,I.J.(1984). Measurement and Evaluation in Education and


Psychology. Forth Worth:Holt, Rinehart and Winston,Inc.

Ministry of Education (2002). Education resource book for lecturers. Kuala Lumpur:
Teacher Education Division.

Mok, S.S. (2002). Ilmu pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah)
Semester 1 & 2. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Sharifah Alwiah Alsagoff.(1984). Falsafah pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.
Bhd.

Sharifah Md. Nor (2000). Keberkesanan sekolah-satu perspektif sosiologi. Serdang:


Penerbit Penerbit Universiti Putra Malaysia

Sprinthall, R.C. (1994). Basic statiscal analysis. 4th Edition. Needham Heights,
Massachusetts: Allyn & Bacon

Universiti Putra Malaysia (2000). Sosiologi pendidikan. Serdang: Fakulti Pengajian


Pendidikan.

Wiersma, W. & Jurs, S.G. (1990). Educational measurement and testing. 2nd Edition.
Needham Heights, Massachusetts: Allyn & Bacon.

14
http://staff-www.uni-marburg.de/~kellerw/teaching/assignments/Preparing.html

http://staff-www.uni-marburg.de/~kellerw/teaching/assignments/Structuring.html

http://staff-www.uni-marburg.de/~kellerw/teaching/assignments/Handout.html

http://memorial.sdcs.k12.ca.us/LESSONS/WWII/WWIIunit/oralpresentation.html

http://www.efcats.org/presentation/presentaion.html

PENULIS MODUL

NAMA KELAYAKAN

Dr. Maznah Abd. Samad Sarjana Muda (Kepujian), Sarjana Pendidikan


Penolong Pengarah (Bimbingan dan Kaunseling), Doktor Falsafah
Unit Kurikulum (Pendidikan), Diploma Bimbingan dan Kaunseling
BPG
(Advisor) Pensyarah Ilmu Pendidikan selama 12 tahun

En. Lee Hah Sarjana Muda (Kepujian) dengan pendidikan, Sarjana


Maktab Perguruan Ipoh Perak Pengurusan Pendidikan (Sistem Maklumat)
(Chairman)
Pensyarah Ilmu Pendidikan selama 17 tahun

15
NAMA KELAYAKAN

Cik Ng Chiew Mei Sarjana Muda Sains (Kepujian), Sarjana Pendidikan


Maktab Perguruan Ilmu Khas (Pendidikan Sekolah Rendah)
Kuala Lumpur
Pensyarah Ilmu Pendidikan selama 17 tahun

En. Kam Tin Leong Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Melayu, Sijil
Perguruan, Sarjana Sains Pendidikan.

Pensyarah Ilmu Pendidikan selama 17 tahun.

PANEL PENTERJEMAH

NAMA KELAYAKAN

Dr. Maznah Abd. Samad Sarjana Muda (Kepujian), Sarjana Pendidikan


Penolong Pengarah (Bimbingan dan Kaunseling), Doktor Falsafah
Unit Kurikulum (Pendidikan), Diploma Bimbingan dan Kaunseling
BPG
(Advisor) Pensyarah Ilmu Pendidikan selama 12 tahun

Dr S. Nathesan Sarjana Muda (Kepujian)


Maktab Perguruan Batu Pahat Sarjana Linguistik
Ph.D. (Bahasa Melayu Linguistik)

16
NAMA KELAYAKAN

Pensyarah Ilmu Pendidikan: 5 tahun

Pn. Rafidah bt. Ruhani Sarjana Muda Pend. (TESL)


Maktab Perguruan Ilmu Khas Sarjana Sains (Psikologi Pendidikan)
(Pengerusi)
Pensyarah Ilmu Pendidikan selama 2 tahun

Pn. Wahidah Abdul Majid Sarjana Muda (Kepujian)


Maktab Perguruan Islam Sarjana Pendidikan (Sosiologi)

Pensyarah Ilmu Pendidikan selama 10 tahun

Bac. Pend. (Bimbingan dan Kaunseling)


Pn. Siti Khazinah Skh. Omar Sarjana Sains (Bimbingan dan Kaunseling)
Institut Perguruan Melayu
Malaysia Pensyarah Ilmu Pendidikan selama 1 tahun

17
PANEL PEMURNI

NAMA KELAYAKAN

Dr. Maznah Abd. Samad Sarjana Muda (Kepujian), Sarjana Pendidikan


Penolong Pengarah (Bimbingan dan Kaunseling), Ph.D. (Pendidikan),
Unit Kurikulum Diploma Bimbingan dan Kaunseling
BPG
(Penasihat) Pensyarah Ilmu Pendidikan: 12 tahun

Dr Boon Pong Ying Sarjana Muda (Kepujian)


Institut Perguruan Bahasa- Sarjana Pend. (Ujian dan Penilaian)
bahasa Antarabangsa Ph.D. (Ujian dan Penilaian)
(Chairperson)
Pensyarah Ilmu Pendidikan: 19 tahun

Dr Loh Sau Cheong Sarjana Muda (Pendidikan Khas) dengan Kepujian,


Maktab Perguruan Teknik Sarjana Sains (Psikologi Pendidikan), Ph.D. (Psikologi
Pendidikan)

Pensyarah Ilmu Pendidikan: 1 tahun

Dr Choong Lean Keow Sijil Perguruan Khas (Bimbingan dan Kaunseling),


Maktab Perguruan Ipoh Bac. Pend. (Bimbingan dan Kaunseling), Sarjana
Sastera (Kaunseling Psikologi), Ph.D. (Psikologi)

Pensyarah Ilmu Pendidikan: 7 tahun

18

Anda mungkin juga menyukai