Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Tahun : 3

TARIKH : 12 September 2018 ( Dijalankan pada 14 September 2018 )

HARI : Rabu

Bil. Murid : 9 Orang (2 lelaki, 7 perempuan)

Masa : 12.20 – 12.50 tengah hari (Dijalankan pada pukul 9.30 – 10.00 pagi )

Tema : Kesihatan Persekitaran (Penyakit)

Tajuk :Cara – cara untuk mengelakkan demam denggi dan demam malaria

Standard Kandungan : 3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta
mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian.

Standard Pembelajaran : 3.1.4 Menyatakan cara mencegah demam denggi dan demam
malaria

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid akan dapat:

i. menulis sekurang – kurangnya tiga daripada empat cara untuk


menghapuskan pembiakan nyamuk daripada tayangan video
tersebut.
ii. Menyebut sekurang – kurangnya tiga daripada empat cara untuk
mencegah demam denggi dan demam malaria.

Pengisian Kurikulum :

Ilmu : Pendidikan Moral


Nilai Murni: Kasih sayang, bekerjasama, kebersihan fizikal dan mental, berusaha,
keyakinan diri

Kemahiran Berfikir : Menjana idea, merumus, mengenalpasti, mengingati,


menghubungkait, memahami

Kecerdasan Pelbagai : verbal – linguistik, interpersonal, muzik, kinestetik

BBM/ BBB :

No Jenis Jumlah
1. Klip Video 1
2. Pembesar suara 1
3. Komputer riba 1
4. Kad Peta Buih 1
5. Kotak beracun 1
6. Soalan 8
7. Lirik Lagu 9

Pengetahuan Sedia ada : Murid pernah membaca cara – cara untuk mencegah demam
denggi dan demam malaria di sekolah.

Langkah / Aktiviti :

1. Set Induksi – Tayangan Video


(9.30 – 9.35 pagi) – 5 minit
 Guru menayangkan video “Hapuskan Aedes” kepada murid.
 Guru menanya soalan kepada murid – murid berdasarkan pada

tayangan video tersebut.


o Soalan : Apakah yang anda dilihat daripada tayangan video

tersebut ?
 Cara – cara menghapuskan Aedes
 Murid bersama – sama rakan membincangkan jawapan.
 Murid menjawab soalan guru

2. Langkah 1 – Perbincangan
(9.35 – 9.45 pagi) – 10 minit
 Guru menampal kad peta buih di hadapan kelas.
 Guru memilih beberapa murid secara rawak untuk menulis cara

menghapuskan nyamuk berdasarkan tayangan video tersebut.


o Membuang tin kosong dan botol ke dalam tong sampah
o Membersihkan / mencuci longkang
o Memasukkan ubat pencegah nyamuk ke dalam takungan air
o Menyembur racun nyamuk
 Guru meminta murid untuk menulis jawapan mereka di kad peta buih

yang berada di hadapan kelas.


 Guru memperkenalkan pengajaran dan pemudahcaraan pada hari itu

dengan menggunakan tayangan tersebut.


(Objektif i)

3. Langkah 2 – Permainan Kotak Beracun


(9.45 – 9.55 Pagi) – 10 Minit
 Guru meminta murid untuk berdiri dalam bulatan.
 Guru memberikan kotak beracun kepada murid dan memasang lagu.
 Kotak beracun tersebut bergerak seorang demi seorang sehingga lagu

tersebut dilagukan.
 Apabila lagu dihentikan, murid tersebut perlu mengambil satu soalan

daripada kotak tersebut dan menjawab soalan itu.


 Permainan ini diulang sehingga semua soalan dapat dijawab.
o Soalan – soalan kotak beracun :
 Nyatakan dua cara untuk menghapuskan nyamuk
 Nyatakan empat cara untuk mencegah demam denggi dan

demam malaria
 Nyamuk Anopheles menyebarkan demam apa ?
 Anda menemui telur nyamuk Aedes di rumah anda. Apakah

tindakan awak ?
 Nyatakan dua tempat pembiakan nyamuk
 Adik anda menyerang demam malaria. Apakah tindakan

awak ?
 Membuang sampah, mencuci takungan air dan

membersihkan alas pasu bunga. Adakah aktiviti di atas cara

mencegah demam denggi dan demam malaria? Ya / tidak


 Orang yang ketiga di sebelah kanan anda, beritahu rakan

tersebut untuk menyebut tiga cara mencegah demam denggi

dan demam malaria.


(Objektif ii)

4. Penutup – Nyanyian Lagu


(9.55 – 10.00 pagi) – 5 minit
 Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi pelajaran pada hari ini.
o Soalan Kognitif : Apakah yang anda pelajari pada hari ini ?
 Cara – cara untuk menghapuskan pembiakan

nyamuk
 Cara – cara untuk mencegah demam denggi dan

demam malaria.
o Soalan sosial : Apakah nilai yang anda pelajari pada hari ini ?
 Kerjasama, kasih sayang, kebersihan fizikal dan

mental, berusaha, keyakinan diri


 Selepas itu, guru merumuskan isi pelajaran pada hari tersebut.
 Guru bersama – sama murid menyanyikan lagu “syurga untuk kami”

Anda mungkin juga menyukai