Anda di halaman 1dari 12

Peranan audio dalam persembahan multimedia pendidikan muzik Oleh Suhaimi Bin Shoib Falkulti Muzik Universiti Pendidikan

Sultan Idris

Abstrak

Penggunaan audio dalam pelbagai persembahan multimedia atau kepelbagaian sumber masa kini yang banyak menjurus kepada kecenderungan pelajar kepada media massa, dalam kita merasai atau tidak merasai akan kewujudan kepentingan audio ini dalam mempengaruhi dan membangkitkan mood atau keingintahuan pelajar,dalam sesuatu perkara atau mesej yang hendak disampaikan dalam sesuatu pengajaran itu. Dalam nyanyian, audio merupakan suatu elemen yang dipertitikberatkan dalam penghasilan kesan yang berkesan. Pelbagai pihak menyatakan bahawa muzik ini adalah sebagai satu subjek yang memenuhi kurikulum sahaja dan tidak memberi apa-apa faedah dan kesan kepada pelajar. Dari kepentingan muzik ini adalah untuk pelajar merangsang kognitif mereka, rangsangan harus disuntik kepada pelajar agar ianya menjadi insan yang lengkap dalam semua aspek. Penggunaan persembahan multimedia juga harus dimasukkan dalam pendidikan muzik, agar ianya menjadi suatu perkara yang membangkitkan semangat pelajar dalam mempelajari muzik dan menghilangkan tanggapan orang ramai menyatakan pelajaran muzik ini sebagai kelas ketiga sahaja. Dengan penggunaan persembahan multimedia serta ditambah dengan penggunaan kualiti bunyi yang baik akan memberi kesan yang baik kepada pelajar di negara ini mempelajari muzik dengan lebih efektif dan berkesan.

Pengenalan Bunyi merupakan satu elemen yang dipertitikberatkan dalam pendidikan muzik di sekolah menengah begitu juga sekolah rendah, Dalam HSP KBSM telah mengelaskan bunyi yang harus dipelajari dan diketahui oleh pelajar adalah bunyi dari suara , bunyi dari perkusi badan dan bunyi alat muzik. Bunyi dari alat improvisasi juga dipertitikberatkan serta dari bunyi alat muzik (HSP KBSM : ms49). Bagi mendapatkan bunyi ianya haruslah menjalani beberapa proses yang berlaku didalam telingga kita, ini diperihalkan dari sebuah laman web (tiada nama penulis) menyatakan, Hearing dan listening adalah dua proses yang berbeza. Hearing adalah proses fisiologi sementara listening adalah proses psikologi. Hearing berlaku apabila gelombang bunyi masuk ke dalam saluran telinga, menggetarkan gegendang telinga dan tulang-tulang osikel di telinga tengah, memasuki telinga dalam (koklea) dan bertukar menjadi denyutan saraf (nerve impulse) dan bergerak ke otak untuk ditafsirkan. Listening pula adalah berlaku secara psikologi, bermula apabila seseorang itu menyedari dan memberikan perhatian kepada sesuatu bunyi atau bentuk percakapan. Bunyi tersebut akan diterjemahkan dan difahami. Proses pentafsiran denyutan saraf ke bentuk bunyi sehingga difahami ini adalah berasaskan kepada pengalaman pembelajaran seseorang. Apakah muzik menghasikan bunyi, jika begitu bagaimana kita hendak mendifinisikan muzik, ia memerlukan orang untuk mengklasfikasikan bunyi adalah muzik. Dalam analisis antara bahasa dan muzik adalah tidak sempurna antaranya, tapi dari suatu segi ianya adalah hampir serupa. Semasa kanak-kanak mempelajari bahasa dalam menyebut sesuatu ayat, mereka yang pastinya tidak memahami apa yang diperkatakan , walhal mempelajari bahasa adalah lebih mudah. Apa diperlukan adalah cara mempelajari bahasa berkenaan seperti juga mempelajari muzik, seperti juga mempelajari bahasa, muzik dimulai dengan pengalaman bercakap dan mendengar, kanak-kanak memasuki era persekolahan adalah bertujuan untuk mendapat

pengalaman dalam mendengar dan menyebut perkataan . Setelah mendapat bimbingan dan latihan serta pengalaman bercakap dalam mengenal beberapa simbol mereka telah sedia untuk bercakap. Pelajar di sekolah menengah tidak mempelajari bunyi sesuatu bahasa tetapi membentuk pemahaman mengenai muzik adalah penting, kerana ianya merupakan proses yang tidak pernah selesai atau berkesudahan, ini adalah terdapat

pelbagai jenis muzik di dalam dunia ini, yang pastinya dalam mempelajari sesuatu muzik itu dalam masa satu hari adalah sangat mustahil

Muzik dan kesan bunyi terhadap pengguna Penggunaan bunyi yang sesuai haruslah dititikberatkan,dalam persembahan multimedia berunsurkan muzik. Dalam negara kita khasnya persembahan multimedia yang atau cakera padat yang berkaitan dengan pendidikan muzik di sekolah kurang dihasilkan, jika adapun hanya sedikit, seperti yang dihasilkan oleh JPN Perak, penumpuan hanyalah kepada CD Video sahaja. kebanyakkan hanya dihasilkan oleh pencipta dari negara luar sahaja ataupun dari laman web. Penghasilan sesuatu persembahan multimedia itu haruslah berkesan, ianya tidaklah terlalu sukar untuk difahami dan audio dan kesan bunyi yang ingin dimasukkan haruslah bersesuaian dan tepat dengan tema yang hendak disampaikan dan dapat diterimapakai oleh semua orang ini dibuktikan oleh dari penyelidikan Brenda Kerr (2005) dari kajian Zetti H (1999) menunjukkan muzik latar tidak diperlukan untuk komunikasi berkesan dengan bahan audio visual. Tetapi untuk tujuan tertentu ia menolong menghasilkan mood yang diperlukan untuk membina kesinambungan muzik Muzik sebagai latar untuk tajuk

mambantu memulakan narration berikutnya. Bila muzik digunakan semasa narration, ia mestilah perlahan dan tidak mengganggu tumpuan pendengar. Brenda Kerr (2005) dari kajian Thompsom,simonson dan hagrave dalam teknologi pendidikan, A review of the research (AECT) menyatakan bagaimana efektifnya penggunaan audio dalam pembelajaran jika digabungkan dengan media yang lain. Beliau menyenaraikan beberapa cadangan antaranya adalah 1. Pelajar dapat belajar pelbagai bentuk bunyi yng dihasilkan berbanding dengan mereka yang lain. 2. Penggunaan audio lebih memberi kesan kepada pelajar dalam memahami isikandungan sesuatu pengajaran itu. 3. Audio dapat mengambarkan sesuatu situasi dengan lebih efektif. 4. Makna yang diberikan oleh audio berbanding dengan visual adalah lebih baik

Pelajar kita sekarang telah disogokkan dengan pelbagai bahan yang lebih kehadapan dari tahun yang kita alami dahulu. Mereka ini jika kita masih menggunakan kaedah pengajaran yang masih berunsurkan tradisional yang pastinya tahap kebosanan pelajar akan lebih memuncak. Dalam mengawal atau menarik minat para pelajar mempelajari sesuatu maka dengan itu, kita sebagai pendidik haruslah mencuba pelbagai kaedah. Guru adalah pemudahcara dan sebagai pendidik muzik kita haruslah mempelbagaikan cara kita mengajar,teknik penyampaian perlulah lebih menyeronokkan dan menarik minat pelajar, penggunaan perisian seperti encore, sibilius dan lainnya dapat memberi kesan yang baik kepada pembelajaran pelajar dengan guru menayangkan note muzik yang hendak dipelajari ke penayang skrin lebar agar semua pelajar dapat melihat, dengan itu menurut Brenda Kerr (2005) dari kajian Clark (1995) beliau menyatakan media dengan sendiri tidak memberi kesan kepada pembelajaran tetapi sesetengah kualiti media itu memberi kesan kepada kognitif pelajar dalam menjana pengetahuan pembelajaran atau kemahiran.

Cara pembelajaran

Brenda Kerr (2005) dari kajian Gordon (1998) beliau mengenalpasti 4 perkara penting dalam pembelajaran iaitu modality, kinesthetic, auditory dan visual. Beliau

menyenaraikan cadangan dalam pengajaran teknik-teknik berpandukan kepada modul pembelajaran. Daripada 4 perkara yang diperkatakan beliau itu hal yang bersangkutan dengan perbincangan mengenai bunyi sekarang adalah dua perkara sahaja iaitu

1) Kinesthetic

Keperluan

pengabungan

sesuatu

bahan

dalam

memanupulasikan bahan dan bunyi, akan memberi kesan yang berbeza kepada pelajar 2) Auditory Pelajar akan mendapat faedah dalam pendengaran bunyi tape, latihan suara, perbincangan berkumpulan. Pelajar ini akan memperolehi pengetahuan dari hasil perbincangan

berkumpulan atau memerima penerangan yang diberikan oleh ahli kumpulan serta guru

Yang lainnya adalah berkaitan dengan teknik pengajaran matapelajaran teras yang lain.

Brenda Kerr (2005) dari kajian Lee Daniels (1995) dalam kertas kerjanya Audio vision: Audio-visual intreraction in desktop multimedia menyenaraikan tiga elemen/perkara kegunaan bunyi dalam persembahan multimedia. Beliau menerangkan dalam penghasilan haruslah mempunyai pertuturan,kesan bunyi dan muzik.

Kita dapat menghuraikan bahawa dalam penghasilan persembahan multimedia ini pelbagai aspek haruslah diperhaluskan, jika tidak mengambil sesuatu elemen itu akan menyebabkan persembahan multimedia akan menjadi lebih buruk., jika kurang mempertekankan aspek-aspek penting dalam penghasilan bahan multimedia pendidikan muzik menyebabkan persembahan yang akan kita berikan kepada pelajar akan menjadi kurang bertenaga.

Apa yang boleh dibuat muzik

Muzik adalah satu bentuk perhubungan yang amat efektif dalam mengaitkan emosi dan mood seseorang itu. Brenda Kerr (2005) dari kajian Zetti H (1999) menunjukkan muzik latar tidak diperlukan untuk komunikasi berkesan dengan bahan audio visual. Tetapi untuk tujuan tertentu ia menolong menghasilkan mood yang diperlukan untuk membina kesinambungan muzik. Fungsi muzik dalam persembahan elektronik juga ada mengaitkan masa, memahami sesuatu istilah atau peristiwa yang berlaku, ini dapat kita dengar dalam setiap lagu yang berunsur ilmiah dari media massa sekarang ini. Dalam penciptaan lagu yang pastinya kita akan menemui bahagianbahagian yang kontra (contrasting) , perkara-perkara seperti ini akan menghasilkan mood dan tingkahlaku kepada pelajar. Melalui muzik juga dapat kita dapat menangkap transisi sesuatu zaman melaui senikata yang dihasilkan,hanya muzik yang dapat membawa pelajar kita dari suatu situasi kepada suatu situasi yang lain,dari suatu zaman kepada suatu zaman dengan menghayati muzik sahaja. Jika dalam mata pelajaran yang lain yang pastinya ianya memerlukan masa yang lama untuk kita membawa pelajar itu kepada satu zaman kepada satu zaman yang lain. Minni Ang (1996) dari kajian oleh

Chen dan Dennis (1993) mendapati bahawa komputer merupakan media pengajaran yang amat sesuai bagi pengajaran sistem notasi muzik merentasi batasan budaya. Hoffman (1991) menghuraikan bagaimana pengajaran bantuan komputer boleh digunakan bukan sahaja untuk mengajar harmoni secara berkumpulan dan secara maklum balas aural (ini merupakan dua aspek muzik awal yang diajar menggunakan bantuan komputer), tetapi juga untuk merapatkan jurang antara komposer, pemuzik dan para hadirin. Muzik tidak lagi merupakan fenomena mistikal yang hanya boleh difahami dan dihasilkan oleh sebilangan kecil orang yang mempunyai bakat istimewa tetapi ianya merupakan aspek kehidupan dan kebudayaan yang boleh dinikmati serta difahami oleh semua. Dr. Rais Yatim (2005) menyatakan muzik merupakan elemen hiburan sosial yang meluas dan mampu mempengaruhi minda dan emosi masyarakat. Dengan ini, muzik hendaklah dieksploitasi secara positif sepenuhnya. Dalam masyarakat majmuk dimana kesenian merupakan elemen yang boleh merapatkan jalinan silatulrahim, muzik telah merentas batas perkauman, status dan kebudayaan yang unik. Muzik nusantara adalah jalinan dan tautan pelbagai bentulk irama muzik dari Parsi, India, Asia Tenggara dan China. la telah lama teradun sehingga tidak dapat dikenal pasti satu persatu. Namun, dengan kemajuan ICT, bidang muzilk akan lebih diperkasakan merentasi sempadan dunia dalam menjana jalinan masyarakat dunia yang harmonis.

Rowntree (1992) pula mencadangkan bahawa terdapat tiga cara bagaimana audio boleh digunakan dalarn pendidikan iaitu:

1) Mendengar Sahaja

Dalam konteks ini, audio digunakan dalarn proses menyediakan bahan kuliah atau ceramah yang boleh didengar dan dicerap bila-bila masa sahaja oleh pelajar atau pendengar. Konsep ini telah lama digunakan dalam pelbagai situasi seperti pembelajaran bahasa menerusi kaset, ceramah motivasi dan sebagainya. Konsep yang sarna boleh diguna pakai bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Dengan menghasilkan bahan ucapan atau bahan audio secara semulajadi, pendengar dapat menumpukan perhatian walaupun sedang sibuk dengan tugas yang lain. Contohnya, seseorang yang sedang memandu dapat menumpukan perhatian kepada radio yang di

pasang di dalarn keretanya. Ini bermakna bahan , audio yang berbentuk ucapan, syarahan dan juga berbentuk penyampaian dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang berkesan.

2) Mendengar dan Melihat

Konsep ini mernerlukan pelajar bukan sahaja mendengar tetapi juga melihat sama ada bahan bercetak atau skrin komputer sebagai sokongan. Ini dikatakan lebih baik dari proses mendengar sahaja kerana ianya melibatkan penggunaan lebih dari satu deria dalarn proses mencerap maklumat yang diperlukan. Audio yang disediakan bertin.dak sebagai panduan kepada penggunaan - bahan lain dan seterusnya membolehkan proses pembelajaran berlaku dengan lebih sempurna.

3) Mendengar,Melihat dan Melakukan

Dalam keadaan ini, audio yang digunakan akan memberi arahan untuk dilaksanakan oleh pelajar. lanya boleh dikawal dan apabila tugas yang diarahkan selesai dilaksanakan, arahan atau tugas seterusnya boleh diteruskan semula. Dalarn keadaan ini biasanya audio yang digunakan juga boleh berperanan bagi tujuan pengukuhan dalam proses pembelajaran. Sebagai contoh, dalarn pembelajaran secara elektronik, audio boleh digunakan untuk memberi arahan di samping bahan persembahan multimedia lain yang disediakan. lanya juga boleh bertindak sebagai elemen pengukuhan selepas sesuatu aktiviti latihan.

Komputer dan pendidik muzik

Ada dikalangan pendidik muzik di sekolah di negara kita yang menggangapkan bahawa penggunaan komputer adalah melecehkan dan sambutannya begitu kurang hal ini dijelaskan oleh Minni Ang (1996) menyatakan kita boleh memikirkan beberapa sebab mengapa sambutan terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran muzik kurang memuaskan. Dalam kajian Krout (1988) mengenai penggunaan komputer dalam bidang muzik, 4 sebab utama diberikan untuk menjelaskan mengapa penggunaan komputer di bidang tersebut adalah amat sedikit: sikap tidak peduli oleh pengajar, pegangan kepada

kaedah-kaedah tradisional yang lama, perisian bermutu rendah dan batasan yang disebabkan perkakasan komputer. Sikap tidak peduli pengajar dan kedegilan untuk melepaskan kaedah pengajaran tradisional mungkin juga merupakan antara halangan utama penggunaan komputer sebagai alat bantuan pengajaran muzik secara lebih meluas. Perisian terkini mempunyai kualiti yang amat tinggi dari segala aspek seperti isi kandungan, fungsi, media persembahan, antara muka pengguna (GUI), kualiti audio dan lain-lain. Moore (1992) mengelaskan trend dalam penggunaan komputer pada masa hadapan akan mengikut bagaimana perubahan teknologi dalam pembelajaran muzik.,beliau juga menyatakan teknologi sekarang telah menerima pakai perkaraperkara yang terdapat dalam muzik seperti synthesis,sequenser, notasi, multimedia dan penyelenggaraan makmal. Sekolah-sekolah diseluruh negara telah dibekalkan dengan komputer dan makmal komputer yang boleh menjalankan segala aktiviti pengajaran Projek ini menyediakan makmal komputer dan membekalkan komputer serta pelayan kepada sekolah. Sehingga 2005, sebanyak 5,037 sekolah telah disediakan makmal komputer dan dibekalkan 133,000 komputer dan 4,700 pelayan.(PIPP 2006-2010 : Bab 2 Sistem Pendidikan Kebangsaan-Perletakan Asas- 2.26 Makmal Pengkomputeran). Dengan adanya kemudahan komputer ini maka masalah guru untuk menyampaikan pengajaran pendidikan muzik dalam memperkenalkan notasi dan memperdengarkan bunyi dengan lebih efektif akan tercapai ini ditegaskan oleh Minni Ang (1996) dari kajian oleh Chen dan Dennis (1993) mendapati bahawa komputer merupakan media pengajaran yang amat sesuai bagi pengajaran sistem notasi muzik merentasi batasan budaya. Hoffman (1991) menghuraikan bagaimana pengajaran bantuan komputer boleh digunakan bukan sahaja untuk mengajar harmoni secara berkumpulan dan secara maklum balas aural (ini merupakan dua aspek muzik awal yang diajar menggunakan bantuan komputer), tetapi juga untuk merapatkan jurang antara komposer, pemuzik dan para hadirin. Muzik tidak lagi merupakan fenomena mistikal yang hanya boleh difahami dan dihasilkan oleh sebilangan kecil orang yang mempunyai bakat istimewa tetapi ianya merupakan aspek kehidupan dan kebudayaan yang boleh dinikmati serta difahami oleh semua.

Cara berfikir pelajar muzik dengan berkenaan muzik

yang tidak mempunyai pengetahuan

Pelbagai bidang pembelajaran seperti sains, sejarah,muzik dan lainnya, ianya ada citarasa dalam berfikir dan cara pelajar melihat sesuatu itu. Ahli fizik umpamanya lebih meminati berkaitan dengan bunyi dalam fizik, bagi mereka yang berkecimpung dalam sains sosial pula lebih meminati bunyi yang berkaitan dengan tabiat manusia. Bagi ahli muzik pula memanupulasikan bunyi dalam sesuatu kesan. Apa perlu dibuat oleh pelajar adalah mereka haruslah mempelajari semua ini di sekolah. Apa yang difikirkan oleh ahli muzik adalah berbeza dengan orang lain berfikir. Jika orang yang tidak mempunyai pengetahuan tentang muzik mereka akan memberi alasan mengenai sesuatu lagu itu mengikut persepsi mereka, contoh jika lagu berkenaan tidak disukai mereka pastinya mereka menyatakan kerana beat yang bermasalah, bagi mereka yang mempunyai pengalaman mengenai muzik yang pastinya mereka tidak akan memberikan jawapan yang tidak memasuki akal, yang pastinya mereka mempunyai hujah yang bernas dalam mengkaji sesuatu lagu itu atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan muzik, hal ini diperkukuhkan oleh Johami Abdullah (1993) menyatakan muzik mempunyai banyak potensi dan skop untuk mempengaruhi kelakuan dan pemikiran manusia sama ada secara positif atau negatif.

KESIMPULAN Teknologi yang digunapakai dari dulu hingga sekarang telah banyak berubah,sebagai seorang pendidik kita adalah disarankan agar mempelbagaikan segala sumber yang ada. Adakah kita masih hendak berada pada tahap kita baru keluar dari maktab atau institusi pendidikan dahulu. Paradigma takut akan kemajuan atau teknologi terkini haruslah disingkirkan Zaman informasi teknologi komputer telah banyak mengubahkan persepsi dan pendekatan pendidikan muzik. Komputer merupakan alat yang amat berkuasa serta fleksibel, dan perkembangan teknologi multimedia masakini, bermakna bahawa ianya memang cukup sesuai digunakan sebagai alat bantuan pengajaran muzik mahupun sebagai media pengantar yang utama. Pelbagai aspek yang perlu kita pertekankan terutama dalam mengetahui akan kepentingan audio, dari segi bunyi. Walaupun ianya dipandang sebagai alat yang biasa sahaja dan tidak berapa penting,

tetapi cuba bayangkan jika audio itu dikeluarkan yang pastinya tiada bunyi yang akan kita dengar, hanya notasi sahaja, muzik memang tidak dapat dipisahkan dengan bunyi bak kata perpatah seperti aur dengan tebing tidak dapat dipisahkan serupa juga muzik dengan bunyi. Setiap orang mempunyai intepretasi tersendiri dalam menjadikan muzik itu lebih baik dan releven pada masa hadapan Ruang untuk perkembangan dan penyelidikan lanjut masih terbuka luas disebabkan teknologi yang setahun jagung usianya. Penciptaan bahan yang berunsurkan muzik bercirikan Malaysia masih kurang dan amat sukar untuk diperolehi, maka dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang ruang dan masa yang dapat diluangkan oleh pendidik muzik, mencipta atau menghasilkan bahan-bahan multimedia, akan dapat mewarnai persada muzik di sekolah masa kini. Perkongsian pengalaman dan bahan yang berkaitan muzik di sekolah bersama dengan guru-guru di seluruh Malaysia akan dapat mengembangkan potensi guru dan dapat memperbaiki penyampaian kepada pelajar, perkongsian ini dalam negara kita tidak terdapat langsung,masing-masing dengan masalah sendiri, pemikiran yang nagetif ini juga harus dibuang oleh semua pendidik muzik. Para pendidik harus mengatasi segala perasaan was-was terhadap penggunaan komputer di bidang muzik sebab ia merupakan sebahagian dari masa depan kita semua.

10

Bibliografi

Abeles et al. (1994) Foundations of Music Education, Second Edition. New York: Schirmer Books.

Ang, M. (1996). Pendidikan Muzik dan Zaman Komputer. Seminar Pendidikan Muzik Kebangsaan, 9-10 Januari 1996. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan. Brenda Kerr, Effective Use of Audio Media In Multimedia Presentation, Middle Tennessee State University Charles R. Hoffer 2001 Teaching Music in the Secondary School Fifth Edition, University of Florida, Wadsworth Thomson Learning Academic Resource Center

Chen, S.S. & Dennis, J.R. (1993). "Linking Different Cultures by Computers: A Study of Computer-Assisted Music Technology Systems. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir 2005 ,Teknologi Audio Digital: Teori dan Praktis venton Publishing 2005 Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Notation Instruction". Journal of Educational

Kementerian Pelajaran Malaysia, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, (Bab 2 Sistem Pendidikan Kebangsaan-Perletakan Asas, 2.26 Makmal

Pengkomputeran). Kementerian Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Malaysia (2005), Dasar & Strategi Pembangunan Industri Muzik Malaysia, Match Express Corporation Sdn Bhd / Perkasa Nilam Sdn Bhd

11

Krout, R.E. (1988). Microcomputer Applications in Music Theory. Doctoral Dissertation. New York: Columbia University.

Moore, B. (1992). Music, technology, and an evolving curriculum. NASSP Bulletin,

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (2003). Pendidikan Muzik Menengah Rendah, Tingkatan I-III (Semakan): Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (2003). Pendidikan Muzik Menengah Atas, Tingkatan IV-V (Semakan): Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.

Laman Web

Minni Ang ,http://www.musicmall-asia.com/minni/index.html

Tiada nama penulis ,http://members.tripod.com/~SHAFFE/audio.htm

12

Anda mungkin juga menyukai