Anda di halaman 1dari 4

Psychrometric Chart

Psychrometric adalah kajian tentang fizikal dan sifat-sifat campuran udara dengan wap-air.
Psychrometric Chart (PS Chart) adalah graf yang digunakan untuk memudahkan kajian sifat-sifat
campuran udara-wap air seperti suhu-suhu, enthalpi, isipadu tentu, jumlah kelembapan udara dan
peratus kelembapan.

Psychrometric Chart: Istilah dan Definisi

Dalam psychrometric chart, terdapat beberapa istilah dan garisan penting yang menunjukkan sifat-
sifat campuran udara-wap air, iaitu:

1. Suhu Buli Kering (Dry Bulb Temperature)


- Suhu udara yang diukur dengan menggunakan termometer biasa.
- Simbolnya Tdb dan unitnya ˚ C atau ˚ F
- Pada PS Chart, garisan suhu buli kering adalah menegak dan terletak pada paksi-x seperti
ditunjukkan pada Rajah 1

Rajah 1

2. Suhu Buli Basah (Wet Bulb Temperature)


- Suhu udara yang diukur dengan menggunakan termometer yang dibalut dengan kain basah di
bahagian bulinya.
- Suhu udara terendah yang boleh dicapai semasa penyejatan air.
- Simbolnya Twb dan unitnya ˚C atau ˚ F
- Pada PS Chart, garisan suhu buli basah adalah condong seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.
Rajah 2

3 Suhu Takat Embun (Dew Point Temperature)


- Suhu tepu apabila wap air mula memeluwap dan titisan air.
- Simbolnya Tdp dan unitnya ˚C atau ˚ F
- Pada PS Chart, garisannya mengufuk dan terletak pada paksi-y seperti ditunjukkan dalam Rajah 3.

Rajah 3

4. Nisbah Lembapan (Humidity Ratio atau Moisture Content)


- Berat wap air dan udara kering yg terkandung di dalam udara lembap.
- Simbolnya ω dan unitnya kg/kg dry air
- Pada PS Chart, garisannya mengufuk dan terletak pada paksi-y seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.

Rajah 4
5. Peratus Kelembapan (Relative Humidity)
- Peratus jumlah kandungan lembapan di dalam udara yang sedia ada dan dibandingkan dengan
jumlah maksimum udara tersebut boleh menyerap kelembapan pada suhu yang diberi
- Simbolnya RH dan unitnya %
- Pada PS Chart, garisannya melengkung. RH 100% pada garisan lengkung paling luar dan
berkurangan sehingga paksi-x seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.5.

Rajah 5

6. Entalpi (Enthalpy)
- Jumlah haba yang terdapat dalam udara kering bagi setiap 1 kg udara kering
- Simbolnya h dan unitnya kJ/kg dry air
- Pada PS Chart, garisan suhu buli basah adalah condong seperti ditunjukkan dalam Rajah 6.

Rajah 6

Anda mungkin juga menyukai