Anda di halaman 1dari 1

5 MINIT ANTI DADAH

SMK CONVENT SENTUL

Minggu` : 1 (27/3/2018)
Tajuk : Apa itu dadah?
Sumber:http://panduanpercuma.info/info/5850/fakta-tentang-dadah-jenis-jenis-
dadah-dan-kesannya/

● Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu
yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia
berfungsi.
● Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan
emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini,
seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus
bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah
menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
● Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan
anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis
dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine” . Akan tetapi, dadah rangsangan
seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu,
masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak
salah di sisi undang-undang.
● Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang
pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah
kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah
menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan
penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan
penyalahgunaan dadah seumpana ini.
● Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk
mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah
yang disalahguna”.

Anda mungkin juga menyukai