Anda di halaman 1dari 3

JRW 348/4 SA 2018-2019 PERUNCITAN – ANALISIS STRATEGIK

Tugasan (20%)

Skop tugasan:

Pilih satu perniagaan runcit perkhidmatan. Jalankan kajian ke atas perniagaan runcit tersebut.
Anda boleh berpandukan perkara-perkara seperti yang tertera di bawah sebagai panduan
dalam menyiapkan laporan tugasan:

A. Sejarah Perniagaan

 Siapakah pengasas / pemilik perniagaan tersebut?


 Berapa lamakah beliau telah berkecimpung dalam perniagaan tersebut?
 Adakah perniagaan tersebut telah mengalami perubahan sejak ia dimulakan? Jika ia,
apakah perubahan tersebut?
 Apakah pernyataan misi perniagaan tersebut?
 Adakah sebarang perancangan dibuat untuk mengembangkan, menembusi,
mempelbagaikan (diversify) atau mengubah format peruncitan dalam masa terdekat?

B.Strategi Runcit

 Sasaran Pasaran
o Definisikan pelanggan perniagaan mengikut demografik
o Kawasan / wilayah dagang – primer / sekunder/tertiari (Rujuk Tajuk 8)

 Kepelbagaian Barangan / Perkhidmatan


o Apakah jenama utama yang dijual?
o Adakah peruncit menjual sebarang jenama persendirian?
o Pada tahap kitar hidup kategori yang manakah barangan peruncit ini tergolong?
Mengapa? (Rujuk Tajuk 12)
o Adakah peruncit tersebut menjual barangan keselesaan (convenience),
membeli-belah (shopping), atau khusus (specialty)? (Rujuk Tajuk 7)

 Sumber Manusia
o Bagaimanakah jurujual dilatih/disediakan?
o Adakah jurujual dibayar komisen, gaji atau upah mengikut masa?
o Adakah jurujual dibenarkan mengamal jualan silang (cross sell) antara jabatan?
o Adakah sebarang penyumberluaran (outsourcing) aktiviti perniagaan?

 Lokasi Kedai
o Di manakah perniagaan ini terletak (contohnya pusat membeli-belah, pusat
khusus, d.l.l.)?
o Pada pendapat anda, mengapakah lokasi tersebut dipilih?
o Adakah tapak perniagaan tersebut mudah dicapai oleh pelanggan?
o Adakah sebarang pajakan terlibat?

Page 1 of 3
o Sekiranya perniagaan dilakukan secara 100% atas talian, nyatakan alamat
laman sesawang perniagaan tersebut.

 Penetapan Harga
o Apakah polisi penetapan harga kedai tersebut?
o Apakah amalan lain yang digunakan dalam persaingan harga (contohnya kupon,
rebat, price bundling)?
o Adakah peruncit tersebut menggunakan kaedah penetapan harga
berorientasikan kos atau permintaan?
o Adakah sebarang program kesetiaan pelanggan yang ditawarkan?

 Campuran Komunikasi
o Apakah jenis pengiklanan berbayar yang digunakan?
o Apakah jenis komunikasi tidak berbayar yang digunakan (contohnya publisiti)?
o Adakah peruncit menjalankan pengiklanan kooperatif? Jika ya, dengan siapa?
o Apakah jenis promosi jualan yang digunakan oleh peruncit (contohnya sampel
percuma, demonstrasi penggunaan produk, peraduan, d.l.l.)?

 Susun Atur Kedai


o Apakah jenis susun atur yang digunakan (grid/trek lumba/bebas/d.l.l.)?
o Adakah ia berkesan terhadap aliran pelanggan?
o Apakah jenis kelengkapan (fixtures) yang digunakan?
o Apakah jenis pencahayaan (lighting) yang digunakan?
o Adakah muzik sentiasa dimainkan? Jika ya, apakah jenis muzik yang
dimainkan? Adakah ia menarik / menjauhkan pelanggan?
o Apakah jenis haruman yang digunakan di kedai? Adakah ia menarik /
menjauhkan pelanggan?
o Sekiranya perniagaan dilakukan secara 100% atas talian, lampirkan laman-
laman penting dalam laman sesawang tersebut.

 Perkhidmatan Pelanggan
o Apakah jenis perkhidmatan yang ditawarkan? (contohnya pengubahsuaian,
pembalutan hadiah, d.l.l.)
o Temubual beberapa orang pelanggan. Apakah persepsi mereka terhadap kualiti
perkhidmatan pelanggan yang ditawarkan?
o Bagaimanakah perniagaan ini menangani aduan pelanggan?
o Adakah perniagaan ini mengguna pakai kaedah pembeli misteri untuk
memeriksa tahap perkhidmatan pelanggannya?
o Adakah jurujual diberi kuasa untuk membuat keputusan / bergantung kepada
pihak atasan?

C. Kelebihan Kompetitif
 Adakah peruncit tersebut mempunyai kelebihan kompetitif berbanding peruncit lain
yang serupa dengannya?
 Bagaimanakah peruncit tersebut dapat mengekalkan kelebihan kompetitif tersebut
atau mencapai kelebihan kompetitif dalam persaingan?

Page 2 of 3
Syarat tugasan:

Tugasan perlulah dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan perlu mempunyai sekurang-
kurangnya 8 orang dan tidak melebihi 10 orang. Setiap kumpulan hendaklah melantik seorang
ketua. Tugasan secara individu tidak akan dilayan. Kumpulan yang tidak menepati syarat
bilangan ahli akan dikenakan penalti markah.

Laporan kajian hendaklah ditaip dalam bentuk perenggan menggunakan format berikut:

Font: Arial
Saiz: 11
Spacing: 1.5
Rujukan: Gaya APA. Sila rujuk laman sesawang berikut: http://www.apastyle.org/

Laporan anda hendaklah tidak melebihi 25 muka surat (termasuk rujukan).

Tarikh Akhir Penyerahan : Akan diberitahu kelak. Sila lihat portal dari masa ke masa.

Penghantaran laporan tugasan perlu dilakukan secara atas talian oleh ketua kumpulan
masing-masing. Setiap kumpulan hanya perlu memuat naik laporan sekali sahaja di ruang yang
disediakan. Penghantaran secara hard-copy/pos tidak akan dilayan. Pastikan butir-butir ahli
kumpulan (nama, matriks, IC) disertakan pada muka hadapan laporan.

Nota: Sebarang surat pengenalan diri bagi menjalankan tugasan ini boleh diperoleh melalui
Puan Nurul Alwani (samb. 5174 atau e-mel nurulalwani@usm.my). Nyatakan tujuan surat, kod
kursus dan butir-butir diri ahli kumpulan untuk tujuan penyediaan surat tersebut.

Tiada toleransi bagi tugasan yang diplagiat. Gred F akan diberikan bagi kumpulan yang
didapati menciplak tugasan mereka.

∞∞∞∞∞∞∞ Selamat Menjalankan Tugasan ∞∞∞∞∞∞∞

Page 3 of 3

Anda mungkin juga menyukai