Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN YANG DIPERTUA JPKK SESI 2017/2018

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih kepada pengerusi majlis.

Yang Berbahagia Kapten (K) Muhammad Saqiq Bin Nazri Rosham,Yang Berusaha
Leftenan Kesatria Noor Azura Binti Hashim, pembantu kokurikulum UiTM Negeri
Sembilan, Leftenan Muda Mohd Iman Shafiq Bin Abdullah, para komander dan CBK yang
saya kasihi. Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.
dengan izin-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari ini di dalam Annual
General Meeting Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria dan Perjumpaan Formal
Calon Bakal Komander siri 11 bertempat di LT200 ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seperti mana yang telah kita ketahui, objektif majlis ini adalah untuk melantik
jawatankuasa bayangan yang baharu bagi menggantikan Jawatankuasa Perwakilan
Komander Kesatria sesi 17/18 yang telah dibubarkan.Selain itu,membuat pengumuman
rasmi akan ahli jawatan kuasa baharu bagi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria
UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah sesi 18/19 kepada semua komander dan
calon bakal komander.

Sebagai seorang komander yang bakal dilantik menggantikan tempat kami,anda


seharusnya meneruskan perjuangan kami dengan penuh berdisiplin dan berdedikasi
agar apa yang kami dan komander-komander sebelum kami perjuangkan tidak sia-
sia.Sebagai ahli jawatankuasa yang baru juga, anda perlu tahu dan peka akan
tanggungjawab yang diamanahkan kepada anda dalam menguruskan organisasi ini tetapi
jangan lupa akan pelajaran anda.Seorang komander sepatutnya sudah tahu cara
membahagikan masa dengan betul.Gunakan segala ilmu yang telah kami beri sebaik-
baiknya.

Para hadirin yang dikasihi sekalian,

Tidak lupa juga pada Calon Bakal Komander,tahniah kepada kamu semua kerana
telah berjaya dipilih sebagai seorang CBK.Majlis ini juga bertujuan untuk
memperkenalkan dan memberi pendedahan kepada para CBK akan onak dan duri serta
selok belok tentang Komander kesatria ini.Saya berharap agar CBK sekalian dapat
bertahan dan berjuang hingga ke garisan penamat kerana menjadi CBK merupakan
permulaan pengembaraan dalam menjadi seorang komander yang berkaliber dan
berdisiplin.

Hadirin sekalian,

Saya dan rakan seperjuangan saya berharap dengan pelantikan ahli jawatan kuasa
baharu bagi Jawatankuasa Perwakilan Komander Kesatria UiTM Negeri Sembilan
Kampus Kuala Pilah sesi 18/19 ini, para komander akan lebih giat beraktiviti dan lebih
produktif pada masa akan datang. Membanggakan institusi pengajian di Malaysia dengan
pencapaian-pencapaian yang mengagumkan bukan saya dari segi akademik dan
kokurikulum,malah dari segi sahsiah juga. In Shaa Allah. Ingatlah bahawa anda sekalian
adalah penyambung legasi kepermimpinan negara.

Untuk itu, majlis ini dilaksanakan bagi membuka banyak peluang untuk menimba
ilmu baru merangkumi maklumat, pendedahan dan pembelajaran yang dapat
dikongsikan kepada para komander dan calon bakal komander yang terlibat. Semoga
daya usaha dan hasil kerja pihak yang terlibat melalui program ini akan memudahkan
urusan kita kelak. Sesungguhnya kami semua amat komited untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik. Sebelum mengakhiri ucapan, saya mahu mengajak
komander-komander yang bakal menggantikan tampuk kepimpinan untuk bersama-
sama berganding bahu mengkelola dan mengurus organisasi ini supaya mendatangkan
pelbagai maslahat dan menaikkan nama Komander Kesatria di UiTM ini pada masa akan
datang.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Tidak molek saya berceloteh panjang. Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah
kepada semua para komander yang akan dilantik menggantikan tempat kami sebentar
lagi.Dengan itu saya sudahi dengan Wabillahi Taufiq Walhidayah, Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatu.

Anda mungkin juga menyukai