Anda di halaman 1dari 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum W.B.T, Salam sejahtera dan Selamat Datang ke Hari Terbuka KKIP SDN BHD.

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Sayang selasih berisi minyak


Bunga cengkih di atas jerami
Terima kasih banyak-banyak
Sudi datang ke majlis kami

Yang berusaha, Tn. Ir. Melvin G. Disimond, Ketua Pegawai Eksekutif KKIPSB.

Yang dikasihi, Puan Cecilia Amid, Timbalan Ketua Pagawai Eksekutif KKIPSB.

Ketua-ketua jabatan, para pelabur KKIPSB, kakitangan KKIPSB dan anak-anak syarikat, Dif-dif
kehormat, dan para hadirin yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah kerana dengan limpah dan iradatnya kita dapat bersama-sama berhimpun pada hari
ini untuk sama-sama menjayakan Hari Terbuka KKIPSB bagi tahun 2019.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi memberkati majlis kita yang penuh bermakna ini marilah sama-sama kita mulakan dengan
ummul furqan Al-Fatihah.

*** Amin amin ya Rabbal Alamin

Hadirin hadirat sekalian, sebelum tirai ceramah dibuka, sebelum taklimat bermula, suka saya
membacakan serba sedikit biodata penceramah kita pada hari ini.

 Nama diberi Prof. Dr. Morni Kambrie.


 Beliau merupakan anak kelahiran bumi kenyalang iaitu negeri sarawak.
 Beliau mempunyai kelulusan Ph.D dalam bidang Keusahawanan dari Stirling University,
Scotland pada tahun 1990. Beliau juga memiliki kelulusan Chartered Institute of Transport
(CIT) dari University of London. Beliau turut melanjutkan pelajaran dalam bidang MBA
pada tahun 1986.
 Yang lebih membanggakan beliau pernah dilantik sebagai konsultan kepada kerajaan
Filipina untuk membantu kawasan majoriti Islam di Selatan dan Timur Mindanao.
 Dan kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi dan juga Pengasas SIDMA College Sabah
dan Sarawak.

Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Prof. Dr. Morni
Kambrie dengan Taklimat Kerjaya yang bertajuk ‘Get That Job ; Don't Be Too Choosy’.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.


***Terima kasih yang berbahagia Prof. Dr. Morni Kambrie atas taklimat yang cukup memberikan
sedikit sebanyak pengetahuan berkaitan kerjaya dan sudi untuk berkongsi pengalaman suka duka
beliau.

Penceramah jemputan kita yang seterusnya adalah merupakan pakar dalam bidang Aerospace.
Seperti biasa, kita berkenal kenalan dahulu dengan penceramah seterusnya, bak kata orang tak
kenal maka tak cinta.

 Nama diberi Tuan Mat Azlan Shafie.


 Beliau merupakan anak kelahiran Selangor Darul Ehsan.
 Beliau mempunyai kelulusan Master of Science Engineering Business Management (UTM)
 Beliau berpengalaman dan mahir dalam bidang Kejuruteraan Aeroangkasa serta mendapat
Anugerah Gelaran Kehormat Industri (GKI) Malaysia.

Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Mat Azlan
Shafie dengan Taklimat Kerjaya yang bertajuk ‘Working in Aerospace Industry’.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

***Terima kasih yang berbahagia Tuan Mat Azlan Shafie atas taklimat yang disampaikan sebentar
tadi.

Diminta para hadirin untuk terus berada di tempat duduk masing-masing kerana sebentar lagi kita
akan menerima ketibaan Yang amat Berhormat, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau,
Timbalan Ketua Menteri Sabah bersama-sama 48 rombongan konvoi kemerdekaan dari pada
tuaran.

Kerjasama para tetamu adalah dipohon untuk mematikan atau menukar telefon bimbit kepada
mood senyap, kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

Anda mungkin juga menyukai