Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS HARI TERBUKA KKIP 2019

(SELASA : 20 OGOS 2019)


Mohon perhatian,
Dijemput para hadirin untuk mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula
sebentar sahaja lagi. Terima kasih.

Mengumumkan ketibaan, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau
selaku Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian merangkap
Pengerusi KKIP SDN BHD bersama-sama rombongan konvoi kemerdekaan yang diiringi
oleh Ketua Pegawai Eksekutif KKIPSB, Tn. Ir. Melvin G. Disimond.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU DAN SABAH TANAH AIR KU.

Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Air
ku.

Hadirin dipersilakan duduk.

SALUTASI

Mekar mewangi bunga cempaka,


Sayang harumnya memukau sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahhirahhmanirrahim
Selaut kasih seuntai rasa,

Yang Berhormat, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri
Sabah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian merangkap Pengerusi KKIP SDN BHD

Yang berbahagia, Datuk Madiyem Layapan, Setiausaha Tetap Kementerian Perdagangan


Dan Perindustrian Sabah merangkap Ahli Lembaga Pengarah KKIPSB
Yang berbahagia, Encik Sofian Nair, Pegawai Daerah Tuaran
Yang berbahagia, Datuk Wong Thien Fook, Ahli Lembaga Pengarah KKIPSB
Yang berusaha, Tn. Ir. Melvin G. Disimond, Ketua Pegawai Eksekutif KKIPSB.
Yang berusaha, Puan Cecilia Amid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KKIPSB.
Ketua-ketua jabatan dan agensi, Pengarah-pengarah Institut Kemahiran dan Latihan, para
pelabur KKIPSB, kakitangan KKIPSB dan anak-anak syarikat, peserta pameran dan para
hadirin yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum W.B.T, selamat sejahtera dan Selamat Datang ke Majlis Hari Terbuka
KKIPSB bagi tahun 2019
BACAAN DOA

Lebat kemiri pohonnya rendah


Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang maha esa

Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama
menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Oleh itu, Majlis dengan
ini mempersilakan Ust Salihin Bin _________ untuk memimpin bacaan doa,
Dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

Terlebih dahulu, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana


dengan limpah perkenan dan kurniaNya kita dapat berhimpun bersama-sama menjayakan
Hari Terbuka KKIPSB bagi tahun 2019. Majlis berbesar hati merungkai ucapan setinggi-
tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada

Yang Berhormat, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Timbalan Ketua
Menteri Sabah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian merangkap Pengerusi KKIP
SDN BHD

Di atas kesudian hadir bagi menyerikan lagi majlis kita pada petang ini.

Tidak dilupakan majlis mengalu-alukan kedatangan para pelabur KKIPSB dan anak-anak
syarikat serta para jemputan sekalian.

Untuk maklumat Yang Berhormat Datuk Seri, sebanyak 30 peserta pameran yang telah
hadir menjayakan Hari Terbuka KKIPSB pada kali ini. Difahamkan, sebanyak 60
kekosongan jawatan yang telah dibuka pada hari ini. Dan yang paling membanggakan pihak
majlis telah menerima sebanyak ___________ pencari kerja dan pengunjung yang datang
dari pelbagai pelusuk daerah untuk sama-sama menjayakan majlis kita pada hari ini. Malah,
pihak majlis juga turut menerima sebanyak ________ penderma darah yang sudi datang
untuk menderma darah pada hari ini. Berikan tepukan yang gemuruh.

UCAPAN ALU-ALUAN

Sudilah tuan jalan berlapan


Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang berusaha, Tn. Ir. Melvin G. Disimond, Ketua
Pegawai Eksekutif KKIPSB untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

***Terima kasih yang berusaha, Tn. Ir. Melvin G. Disimond atas ucapan itu tadi.
UCAPAN DATUK

Makan nasi di tepi busut


Makan berkuah si air kari
Besar hajat kami menjemput
Mendengar amanat Datuk Menteri

Untuk tidak melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Berhormat, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri
Sabah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian merangkap Pengerusi KKIP SDN BHD
untuk menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan…

*** Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas ucapan Yang Berhormat sebentar
tadi.

PENYAMPAIAN CENDERAKENANGAN

Pulau pandan jauh ke tengah


Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Indah Bunga Kerana Warnanya


Indah Manusia kerana Budinya

Dijemput sekali lagi Tn. Ir. Melvin G. Disimond, Ketua Pegawai Eksekutif KKIPSB untuk
naik ke pentas bagi mengiringi Yang Berhormat, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius
Tangau, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Perdagangan dan Perindustrian
merangkap Pengerusi KKIPSB untuk memberikan cenderakenangan kepada Penceramah
dan tetamu jemputan kita pada hari ini. Dipersilakan.

Baiklah, Dijemput Penceramah jemputan kita yang pertama Prof. Dr. Morni Kambrie selaku
Pengerusi dan Pengasas Kolej Sidma Sabah untuk naik ke pentas. Penceramah jemputan
seterusnya dijemput Tuan Mat Azlan Shafie daripada Aerospace Industry dan tidak lupa
tetamu jemputan kita daripada KPJ Sabah Specialist Hospital yang turut sama-sama
menjayakan hari terbuka kita pada hari ini. Dijemput wakil daripada pihak KPJ untuk naik ke
pentas bagi menerima cendera kenang-kenangan. Dipersilakan.

*** Setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Yang amat Berhormat, Datuk Seri
Panglima Wilfred Madius Tangau, atas kesudian menyampaikan cenderakenangan sebentar
tadi.
CABUTAN TIKET BERTUAH

Seterusnya, tuah ayam nampak di kaki, tuah kita siapa yang kena.

Kini tibalah majlis yang ditunggu-tunggu oleh semua yang hadir pada hari ini kerana
sebentar lagi kita akan tahu siapakah yang akan bertuah di kalangan kita. Oleh itu, bagi
meneruskan maksud tersebut, dipersilakan Tn. Ir. Melvin G. Disimond, sekali lahi naik ke
pentas untuk mencabut 10 cabutan bertuah dan sekaligus akan menyampaikan hadiah
kepada para pemenang. Dipersilakan.

Sebelum itu, untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, sebanyak 15 cabutan bertuah
yang akan diberikan kepada bakal pemenang. Namun terlebih dahulu, perlu difahamkan
pemenang yang bakal menerima cabutan bertuah hendaklah menunjukkan IC Original
semasa berada di atas pentas untuk mengambil hadiah tersebut. Nama yang akan disebut
adalah sebanyak tiga kali sahaja dan sekiranya bakal pemenang tidak memenuhi syarat
penyertaan maka cabutan bertuah tersebut bukanlah menjadi milik anda.

Diminta yang berusaha, Tn Melvin untuk mencabut 10 nama bertuah terlebih dahulu
sebelum kita mencabut 5 lagi nama yang bertuah untuk merebut 4 hadiah wang tunai dan
juga hadiah utama sebanyak RM500 ringgit. Jadi di minta tuan-tuan dan puan-puan untuk
menunggu dan menanti sehingga majlis ini berakhir.

***Terima kasih kepada Tn. Melvin atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Dijemput sekali lagi Yang amat Berhormat, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau,
Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi KKIPSB untuk mencabut 5 cabutan
bertuah dan sekaligus akan menyampaikan 3 hadiah utama daripada RAKAN KKIP bagi
acara meneka berat buah, Try Your Luck dan satu hadiah utama cabutan bertuah bagi yang
telah menderma darah hari ini. Dipersilakan.

***Setinggi-tingi terima kasih dan penghargaan kepada Yang amat Berhormat, Datuk Seri
Panglima Wilfred Madius Tangau atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Bunga dedap di atas para


Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Dari Kedah Ke Pekan Sari


Beli Suasa Di Kota Tinggi
Selesai Sudah Tugas Diberi
Di Lain Masa Bersua Lagi
Dijemput sekali lagi yang Yang berusaha, Tn. Ir. Melvin G. Disimond, Ketua Pegawai
Eksekutif KKIPSB. untuk mengiringi Yang amat Berhormat, Datuk Seri Panglima Wilfred
Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri Sabah, serta dif-dif kehormat untuk melawat ke
kaunter-kaunter pameran sekaligus memberikan cenderahati kepada peserta-peserta
pameran yang turut sama-sama menjayakan majlis kita pada hari ini.
PENUTUP

Kini, majlis tiba ke penghujungnya…

Di kesempatan ini, saya bagi pihak majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima
kasih kepada semua pihak yang menjayakan Hari Terbuka KKIPSB bagi tahun 2019.

Bunga Seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.w

Anda mungkin juga menyukai