Anda di halaman 1dari 1

Nama Pengirim,

Alamat Pengirim.

Pangkat Penerima,
Alamat Penerima. [TARIKH]

Tuan / Puan,

MAKLUMAN DAN PERMOHONAN PENANGGUHAN TARIKH MELAPOR DIRI.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, NAMA PENUH (No K/P : 000314-00-5020), pemegang Biasiswa


MyBrainSc 2014 dan pelajar Sarjana Muda Sains Fizik tahun keempat di Universiti
Malaya ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa saya tidak dapat melaporkan
diri pada 28 Februari 2018 seperti yang tercatat dalam surat tawaran.

3. Kelewatan saya untuk melaporkan diri pada tarikh tersebut adalah disebabkan
saya masih berada dalam semester terakhir saya. Saya menyambung lagi satu
semester pengajian kerana saya telah mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Seoul,
Korea Selatan di bawah anjuran Universiti Malaya pada semester 2, sesi 2015/2016.
Saya akan melaporkan diri kepada pihak tuan pada tarikh 31 Ogos 2018.

4. Bersama-sama surat permohonan penangguhan saya ini, saya lampirkan sekali


surat sokongan dari pihak Universiti Malaya dan transkrip keputusan peperiksaan akhir
terkini. Saya mengharapkan agar pihak tuan dapat mempertimbangkan perkara ini.

5. Kerjasama dari pihak tuan adalah amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

________________
(NAMA PENUH)

Anda mungkin juga menyukai