Set 2
BAHASA MELAYU
Kertas 2
2 jam 30 minit
3. Jawapan bagi soalan 2(b), soalan 2(c), soalan (2d) dan soalan 4 berdasarkan teks
komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.
4. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya
buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas
peperiksaan.
Soalan 1 : Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang saranan-saranan
kepada pengguna dalam mengawal perbelanjaan dan akibat-akibat sekiranya gagal
mengawal perbelanjaan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Kenaikan harga barangan telah memberikan suatu tekanan kewangan yang serius
kepada sebahagian besar pengguna. Sehubungan dengan itu, pengguna perlu menyusun
strategi perbelanjaan harian termasuk belanja dapur untuk meredakan tekanan kewangan
mereka. Pengguna pada mulanya akan terasa perit kerana banyak barangan terpaksa
dilupakan berbanding semasa hidup senang. Sebagai pengguna, kita juga perlu mengubah
cara berbelanja dengan mengawal perbelanjaan dan menguruskannya dengan bijaksana.
Perubahan ini pasti dapat dilakukan sekalipun kita terpaksa mengorbankan kebiasaan yang
sudah menjadi sebati seperti mengurangkan perbelanjaan makan di luar, berhenti daripada
membeli barangan berjenama dan mengurangkan perbelanjaan bil telefon. Selanjutnya, para
pengguna boleh mengambil langkah membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu
barangan yang diperlukan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan pengguna tertipu oleh para
peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barangan dengan sesuka hati.
Setiap pengguna yang bijak akan sentiasa melakukan penelitian terhadap perbelanjaan
untuk mengelakkan pembaziran dan tidak membeli barangan yang bukan keperluan. Hal ini
dapat diperkukuh dengan tindakan menyediakan senarai barangan keperluan sebelum keluar
berbelanja. Seterusnya pendekatan yang diambil semakin berkesan sekiranya pengguna tidak
mengikut jejak langkah orang yang mengamalkan gaya hidup mewah seperti penggunaan kad
kredit secara sewenang-wenangnya. Faktor penggunaan kad kredit ini boleh menyebabkan
kenaikan harga barangan dan penggunanya tidak dapat mengimbangi perbelanjaan mereka.
Oleh itu, pengguna perlu mengelakkan belian secara kredit ketika berbelanja agar
perbelanjaan berhemat dapat dilaksanakan.
Kita semua mempunyai kesedaran bahawa kenaikan harga barangan memberi kesan
langsung kepada kos sara hidup. Sebagai pengguna yang prihatin, sekarang bukanlah masa
untuk kita bermewah-mewah malah kita sepatutnya membeli barangan dengan harga borong
untuk mengawal perbelanjaan. Pengguna mesti sedar bahawa harga bahan api seperti minyak
dan gas yang tidak menentu turut menyebabkan kenaikan harga barangan. Walaupun naik
turun tersebut dalam kadar yang kecil namun impak yang dirasai oleh pengguna sangat besar.
Jelaslah, kenaikan harga barangan ini akan menyebabkan sebahagian besar kehendak
terpaksa dilupakan untuk memenuhi keperluan yang lebih utama dalam kehidupan kita.
Soalan 2 : Pemahaman
[ 35 markah ]
Soalan 2 (a) – Petikan Umum
Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang diperoleh apabila kita mengetahui
hak- hak kita sebagai pengguna.? [4 markah]
Dipetik daripada
„Bukan Gila‟ oleh Sharif Shaary
dalam antologi Sejadah Rindu,
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang harus kita lakukan untuk
menangani masalah kemurungan dalam kalangan murid sekolah?
[3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu
persoalan yang lain daripada keseluruhan drama itu.
[4 markah]
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani,
kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu
Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah
bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah
perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu
pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam
terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Tengah hari malam, maka Awi Dicu pun
datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan
tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang
Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, „Terlalu banyak
kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang
sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita‟
Maka kata Awi Dicu, “benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali
sementara belum siang lagi.”
Maka segala orang Siam pun kembalilah.
Dipetik daripada
„Burung Terbang Dipipiskan Lada‟
dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Sasbadi Sdn. Bhd)
[3 markah]
(iii) Maka kata Awi Dicu, “benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali
sementara belum siang lagi.”
GELANGGANG
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.
ONN MALINI
Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i) Berdasarkan rangkap kedua dalam sajak, mengapakah penyajak mengatakan bahawa
kita perlu memelihara gelanggang ini?
[2 markah]
(ii) Pada rangkap keempat, penyajak menyeru rakyat yang benar-benar cinta akan negara
supaya mengukuhkan tali persaudaraan agar pertelingkahan sesama rakyat dapat
dihindari.
Pada pendapat anda apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan
hubungan tersebut sentiasa terpelihara?
.
. [3 markah]
(a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai kata di bawah supaya jelas menunjukkan
bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
(b) Gabungkan ayat-ayat di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk tanpa mengubah
maksud asalnya.
(i) Murid sekolah berasa gembira. Cuti persekolahan selama sebulan setengah telah
bermula.
(ii) Lelaki itu menerima Anugerah Dekan sebentar tadi. Lelaki itu abang kawan saya.
(iii) Rakan saya selalu mengulang kaji pelajaran di dalam kelas. Rakan saya mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan yang lepas.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Pesakit leukimia itu memohon simpati daripada masyarakat agar memberikan
sumbangan kewangan kepadanya untuk mengubat di luar negara.
(ii) Pelbagai filem legenda Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee telah disiarkan oleh
stesyen televisyen swasta itu untuk mengingat pemergiannya.
(iii) Encik Firdaus akan bacakan pelbagai maklumat yang terdapat dalam suratkhabar
pada setiap pagi sementara menunggu kedatangan pemandunya.
[6 markah]
(d) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin
petikan itu semula.
(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Pada suatu malam ibu telah menyuruhku ke kedai. Kebetulan aku ingin ke
rumah Tiara kerana hendak meminjam buku latihan Sejarah. Aku keluar untuk dua
tujuan sekali gus, bagus juga kerana aku tidak membuang masa.
Aku memang rapat dengan Tiara sejak di bangku sekolah rendah lagi. Banyak
perkara yang kami lakukan bersama, sama ada belajar mahupun bermain. Hubungan
kami begitu erat dan keluarga kami juga akrab.
Ibu Tiara terpaksa bekerja keras selepas kematian ayahnya kerana menyara
enam orang anak yang masih bersekolah. Ibunya bekerja sebagai operator
pengeluaran kilang. Untuk menambah pendapatannya dia membuat kuih untuk
dihantar ke gerai atau di kantin tempat dia bekerja. Saya sedih melihat kesukaran
hidup keluarga Tiara tetapi Tiara sekeluarga tentulah lebih sedih lagi tetapi mereka
tabah mengharungi hidup.
[6 markah]
Soalan 4 : Novel
[15 markah]
(a). Salah satu pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah pengajaran
tentang simpati.
[7 markah]
Huraikan dua pertentangan antara watak dalam sebuah novel yang anda kaji.
[8 markah]