Anda di halaman 1dari 3

PRAKTIS OBJEKTIF

Pilih jawapan yang tepat.


1. Tanaman sayuran merupakan tanaman yang banyak memberi faedah
kepada manusia. Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan menanam
sayuran?
I. Sebagai satu hobi
II. Mengelakkan pembiakan nyamuk
III. Menambahkan sumber pendapatan sampingan
IV. Sebagai hiasan di kawasan rumah atau sekolah.
A. I,II, dan III
B. I,II dan IV
C.I,III dan IV
D.II, III dan IV

2. Apakah nama peralatan perkebunan yang ditunjukkan dalam rajah di atas?


A. Cangkul
B. Pencakar
C. Sudip tangan
D. Serampang tangan

3. Apakah faktor yang perlu diambil kira semasa memilih tapak penanaman
sayur-sayuran?
I. Tanah yang subur.
II. Kawasan yang lapang
III. Berdekatan dengan sumber air
IV. Berhampiran dengan bandar.
A. I, II dan III
B.I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
4. Alatan perkebunan yang digunakan untuk mengangkut tanah dan sampah
sarap dikenali sebagai
A. cangkul
B. pongkes
C. sudip tangan
D. serampang tangan

5. Antara berikut, aktiviti yang manakah dilakukan untuk membersihkan tapak


penanaman?
I. Menebas
II. Menajak
III. Membuang batu dan sisa akar
IV. Membuat parit sebagai sumber pengairan.
A. I, II dan III
B.I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

6. Apakah nama alat seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas ?


A. serampang tangan
B. sudip tangan
C. tajak
D. pencakar

7.Antara berikut, yang manakah bukan haiwan perosak tanaman


A.burung
B. siput babi
C. ulat
D. kumbang
8.Alat ini digunakan dalam proses penjagaan anak pokok. Apakah proses
tersebut ?
A. merumput
B. mengawal perosak
C. menyiram
D. menggembur

9. Berikut merupakan medium semaian kecuali


A.tanah campuran
B. peat moss
C.coco peat
D. pasir

10. Apakah tujuan aktiviti menggembur tanah dilakukan


A.mendapat nutrien , ruang dan cahaya yang mencukupi
B. membekal nutrien secara berterusan
C. melonggarkan medium dalam bekas penanaman
D. mengekalkan kelembapan medium

Anda mungkin juga menyukai