Anda di halaman 1dari 2

What is Angioplasty and stent placement?

Angioplasty is a procedure to open narrowed or blocked blood vessels that supply blood to the
heart. These blood vessels are called the coronary arteries. A coronary artery stent is a small,
metal mesh tube that expands inside a coronary artery. Angioplasty is successful in opening
coronary arteries in well over 90% of patients. Up to 30% to 40% of patients with successful
coronary angioplasty will develop recurrent narrowing at the site of balloon inflation. Recovery
from angioplasty and stenting is typically brief. Discharge from the hospital is usually 12 to 24
hours after the catheter is removed. Many patients are able to return to work within a few days
to a week after a procedure.

34

Coronary angiogram procedure


December 20, 2017 

Added By : 
Dr. Zul Hilmi Yaakob

KORONARI ANGIOGRAM DAN ANGIOPLASTI

Apakah itu koronari angiogram?


Ini adalah ujian Xray salur darah koronari untuk mengesan kesempitan atau penyakit ‘plaque’ di
dalam salur darah koronari. 
Bagaimana ia dijalankan?
Satu tiub kecil dimasukkan melalui salur darah arteri di tangan atau di peha ke jantung. Melalui tiub
ini, cecair pewarna (dye) akan di suntik ke dalam salur darah koronari. Salur darah yang sempit
akan kelihatan dengan jelas melalui imej yang diambil melalui sinar Xray. 

Apakah terdapat sebarang risiko prosedur ini? 


Secara amnya, prosedur ini adalah selamat. Risiko yang jarang-jarang berlaku termasuk : 
1. Pendarahan atau lebam pada tangan atau peha di mana tiub kecil dimasukkan
2. Alahan pada ‘dye’ atau cecair pewarna. Jika anda mempunyai sebarang alahan, doktor akan
memberi ubat steroid untuk mencegah sebarang reaksi alahan terhadap ‘dye’ semasa angiogram
3. Risiko yang serius seperti serangan jantung, strok atau kematian ada berlahu tetapi amatlah
jarang sekali dengan kekerapan lebih kurang 0.1%. 

Jadi prosedur ini boleh dikatakan selamat kerana kerana risiko komplikasi dari ujian ini jarang
berlaku. 

Berapakan salur darah koronari yang terdapat di jantung? 


Setiap manusia mempunyai tiga salur darah koronari yang utama. Dua di sebelah kiri dan satu di
sebelah kanan. Dua salur darah koronari di sebelah kiri berpunca dari satu salur darah utama yang
dinamakan ‘left main stem’ atau salur darah pangkal utama. 

Apakah itu angioplasti? 


Angioplasti merupakan prosedur untuk membuka salur darah darah yang sempit. Ini dilakukan
dengan menggunakan belon yang dimasukkan melalui salur darah di tangan atau di peha sama
seperti prosedur angiogram. Kerap sekali, prosedur angiogram dan angioplasti dilakukan dalam
masa yang sama. Selepas menggunakan belon untuk membuka salur darah yang sempit, biasanya
satu alat yang dinamakan ‘stent’ akan dimasukkan dengan tujuan supaya dapat menghalang salur
darah itu menyempit semula. 

Berapa jenis ‘stent’ yang terdapat sekarang?


Secara am, ada dua jenis stent yang terdapat di masa ini. ‘Stent’ yang disaluti ubat (‘drug eluting
stent’) dan ‘stent’ yang tiada ubat (‘bare metal stent’). Doktor akan memutuskan ‘stent’ jenis mana
yang sesuai untuk setiap pesakit bergantung kepada beberapa faktor seperti saiz salur darah,
panjang ‘plaque’ di dalam salur darah dan samada peakit mempunyai penyakit kencing manis. 
Bolehkah ‘stent’ itu menjadi sempit di masa akan datang? 
Benar, risiko untuk ‘stent’ menjadi sempit memang ada. ‘Drug eluting stent’ mempunyai risiko sempit
yang lebih rendah dari ‘bare metal stent’. Namun demikian banyak faktor-faktor lain seperti kencing
manis, darah tinggi, kolesterol tinggi yang tidak dikawal dan merokok boleh menyumbang kepada
masalah kesempitan ‘stent’ ini. 
Bagaimana pula dengan pembedahan pintasan jantung atau ‘bypass surgery’?
Selepas ujian angiogram, kita akan mendapat tahu sejauh mana tahap penyakit salur darah koronari
setiap pesakit itu. Secara amnya, jika ketiga-tiga salur darah koronari menpunyai ‘plaque’ yang
signifikan, biasanya pembedahan pintasan jantung merupakan opsyen yang terbaik. 

Bolehkah saya menjalani kehidupan seperti biasa selepas prosedur angiogram dan angioplasti? 
Ya, jika salur darah koronari yang sempit telah dirawat, setiap pesakit itu sepatutnya boleh kembali
kepada kehidupan yang normal. Tiada pantang makanan yang spesifik diperlukan kecuali kurang
gula, garam dan lemak yang perlu diamalkan oleh semua bukannya pesakit arteri koronari sahaja. 

Anda mungkin juga menyukai