Anda di halaman 1dari 20

POLISI ANTIBULI DAN PERLAKSANAANNYA DI SEKOLAH

MENENGAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Ghazali Darusalam
Esther Kwe Choi Lean
Latifah Ismail
Universiti Malaya

Polisi antibuli dan perlaksanaannya di beberapa buah sekolah menengah di sekitar wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur adalah satu kajian yang dijalankan bagi melihat jenis perlakuan
buli. faktor yang menyebabkan tercetusnya tingkahlaku buli, keberkesanan peraturan dan
perundangan buli, prosedur peraturan dalam menangani kes buli dan cadangan untuk
mengatasi masalah buli di sekolah menengah. Kajian ini menggunakan rekabentuk survey
melalui soalselidik dan soalan terbuka bagi mengumpulkan data kajian. Soalselidik dianalisis
secara kuantitatif melalui statistik deskriptif dengan menggunakan min dan sisihan piawaian,
manakala soalan terbuka dianalisis secara kualitatif melalui verbatim. Sampel kajian dipilih
secara random dari kalangan 269 murid dan 117 guru di enam buah sekolah menengah di
sekitar Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Hasil kajian mendapati perlakuan buli dalam
kalangan murid sekolah menengah di beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur tidaklah begitu serius berdasarkan kepada indikator nilai min bagi 12 jenis
perlakuan buli yang kerap dilakukan maksimum min 3.84 hingga minimum min 2.76 dari min
5.00. Begitu juga mengenai 30 faktor perlakuan buli di sekolah maksimum min 3.84 hingga
min 2.65 dari min 5.00. Dan akhir sekali keberkesanan peraturan dan perundangan anti buli
di sekolah maksimum min 3.74 hingga min 3.11 dari min 5.00.

Katakunci : Polisi anti buli, pelaksanaan buli, prosidur dan peraturan buli di sekolah
menengah.

1
PENGENALAN

Pelajar merupakan aset negara, yang menjadi harapan bangsa dan pemimpin negara pada
masa hadapan. Tanggungjawab berat untuk memimpin dan menerajui kepimpinan negara
pada masa akan datang akan dipertanggungjawabkan kepada mereka. Institusi sekolah
diharapkan dapat menjadi pusat membentuk jati diri dan pengisian ilmu anak bangsa
sebagai langkah bagi menjayakan harapan dan aspirasi tersebut. Mengasuh dan mendidik
anak-anak bangsa atau generasi muda sememangnya merupakan suatu tanggungjawab
yang amat mencabar dan rumit. Pelbagai pihak seperti kerajaan, masyarakat, ibubapa, dan
para pendidik harus bersama dan berganding bahu bagi memikul tanggungjawab dan
peranan yang besar bagi menentukan hala tuju generasi muda tersebut. Namun, terdapat
beberapa masalah pelanggaran disiplin yang serius dan buli berlaku dalam dunia
persekolahan dewasa ini sedikit sebanyak telah mencemarkan harapan dan aspirasi
pendidikan negara.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Apabila kita menyentuh isu disiplin pelajar, terdapat pihak yang menyalahkan ibu bapa
kerana mereka dianggap cuai dalam tugasan memberi didikan kepada anak-anak mereka di
rumah. Ada juga pihak yang menuding jari kepada guru-guru sekolah kerana tidak
mendisiplinkan pelajar mereka dengan tegas di sekolah. Punca dan faktor berlakunya
perlakuan buli sepatutnya dikenalpasti sebelum kita mencari jalan penyelesaian bagi
menangani masalah perlakuan buli yang betul.

Isu mengenai pelajar bermasalah disiplin merupakan suatu perkara yang telah lama
berlaku dalam masyarakat Malaysia. Perkara tersebut telah mewujudkan ordinan-ordinan
pelajaran yang berkaitan dengan disiplin di sekolah sejak berpuluh tahun dahulu.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah banyak mengeluarkan peraturan-peraturan dan
perundangan mengenai disiplin pelajar di sekolah yang terkandung dalam ordinan-ordinan
pelajaran dan surat pekeliling ikhtisas.

Selain daripada peraturan-peraturan yang tercatat dalam surat pekeliling ikhtisas,


buku-buku kecil mengenai disiplin dan buku panduan untuk mengatasi masalah disiplin juga
dihasilkan semata-mata untuk menghalang tersebarnya masalah disiplin pelajar di sekolah.
Antara buku-buku tersebut seperti; Buku Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-
Murid Sekolah (1982), Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru

2
(1983), Panduan Tatacara Disilpin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru (1988), dan Buku
Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah (1994). Namun, realitinya masih
mengecewakan kerana masalah disiplin bukan sahaja tidak dapat dikawal malahan menjadi
semakin meluas dan ke arah tahap yang membimbangkan pelbagai pihak dalam kalangan
masyarakat di Malaysia.

Masalah disiplin di sekolah telah lama wujud, malahan ia sama tua umurnya dengan
sekolah itu sendiri sebagai satu institusi pendidikan. Tidak kira sama ada di sekolah rendah
atau sekolah menengah masalah disiplin merupakan masalah utama yang sering dihadapi
oleh pihak sekolah dan ia bukan satu perkara baru sebaliknya suatu perkara yang sering
mencungkilkan idea perbualan pelbagai pihak di Malaysia (Faridah, 2005).

Menurut Azizi Yahaya (2007), peningkatan jumlah kejadian jenayah yang dilakukan
oleh pelajar sekolah, seperti kes rogol, seks bebas, kumpulan samseng, buli dan bunuh telah
membangkitkan kerisauan dan kebimbangan segenap lapisan masyarakat di seluruh negara.

Oleh yang demikian, ramai pakar dalam bidang pendidikan dan psikologi telah
memperkembangkan kajian mereka terhadap isu-isu perlakuan buli dan juga mendefinisikan
tingkah laku agresif dan ganas dalam isu tersebut. Bagi menangani masalah ini, punca
masalah yang menyebabkan berlakunya perlakuan buli dalam kalangan pelajar perlu
diketahui. Usaha yang bersepadu antara semua pihak amat penting bagi mencari punca dan
seterusnya menyelesaikan masalah ini daripada merebak menggagalkan hasrat dan aspirasi
pendidikan negara.

OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya kajian ini adalah untuk mengkaji;
1. jenis perlakuan buli yang dilakukan oleh pelajar di sekolah menengah.
2. faktor yang menyebabkan tercetusnya tingkahlaku buli di sekolah menengah.
3. keberkesanan peraturan dan perundangan buli di sekolah menengah.
4. prosedur peraturan dalam menangani kes buli di sekolah menengah.
5. cadangan untuk mengatasi masalah buli di sekolah menengah.

PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian adalah merangkumi;
1. Apakah jenis perlakuan buli yang dilakukan oleh pelajar di sekolah menengah?

3
2. Apakah faktor yang menyebabkan tercetusnya tingkahlaku buli di sekolah
menengah?.
3. Sejauhmanakah peraturan dan perundangan buli berkesan di sekolah menengah?
4. Bagaimanakah prosedur peraturan buli dalam menangani kes buli di sekolah
Menengah?.
5. Apakah cadangan untuk mengatasi masalah buli di sekolah menengah?

SOROTAN LITERATUR

Teori Konsep Kendiri dan Perlakuan Buli

Menurut Marsh and Craven (1997), konsep kendiri boleh dipengaruhi oleh cara atau
pandangan seseorang melihat orang lain seperti rakan, guru dan keluarga. Persepsi
konsep kendiri terbentuk melalui pengalaman dan interpretasi fizikal, akedemik dan
persekitaran sosial seseorang. Proses perbandingan merupakan faktor sosial yang
penting. Contohnya, pelajar menggunakan penilaian pencapaian rakan sekelas bagi
memperkukuhkan kerangka ataupun rujukan bagi menilai dan mengukur pencapaian
mereka (Marsh, 1990).

Staub (1999) dalam Azizi Yahaya (2008), menyatakan kanak-kanak mungkin


tidak mempunyai niat bagi mencapai imej positif melalui kompeten dan pencapaian yang
baik. Disebabkan begitu, mereka cuba mengarahkan nilai esteem kendiri mereka dalam
lingkungan kekuatan, kuasa dan kekuasaan fizikal pada orang lain. Dengan ini,
perlakuan buli untuk mengancam orang lain mungkin menjadi salah satu cara
mengukuhkan identiti kendiri dan memenuhi atau menampung kekecewaan dalam
perkara lain.

Pelajar yang suka melakukan perlakuan buli didapati mempunyai nilai esteem
kendiri yang tinggi. Menurut Azizi lagi, kanak-kanak yang agresif mempunyai sistem
kendiri yang lebih tegar dan berkutub (sama ada positif secara global atau negatif
secara global) apabila dibandingkan dengan kanak-kanak yang kurang agresif. Mereka
juga cenderung menganggar tahap kompeten dan kualiti hubungan mereka dengan
orang-orang lain yang disignifikan. Kajian Salmivalli (1998), mendapati mangsa buli
memperoleh skor yang rendah dalam domain konsep kendiri.

4
Teori Hieraki Keperluan Maslow dan Perlakuan Buli

Maslow (1970) mengklasifikasikan lima keperluan asas manusia iaitu keperluan fisiologi,
keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri (self-
esteem) dan keperluan kesempurnaan kendiri (self-actualization). Azizi Yahaya (2008)
menjelaskan bahawa kesemua keperluan ini diletakkan dalam satu hierarki mengikut
urutan kekuatan motivasi. Keperluan asas ataupun rendah (fisiologi) adalah keperluan
yang kuat ataupun utama manakala keperluan yang tinggi (kesempurnaan kendiri)
adalah keperluan yang lemah. Keperluan yang rendah merupakan keperluan biologikal
dan keperluan yang tinggi pula merupakan keperluan psikologikal. Keperluan fisiologi
akan dilalui oleh semua individu bagi mengekalkan kestabilan homeostasis (Azizi
Yahaya, 2008).

Menurut Penney (2003) penghargaan kendiri adalah anugerah yang bermakna


kepada kanak-kanak. Individu yang mempunyai tahap penghargaan kendiri yang rendah
akan cuba melakukan sesuatu atau perlakuan buli ke atas orang lain supaya dapat
merampas penghargaan kendiri mereka daripada mangsa buli mereka. Pembuli akan
menguasai
bertindak orang lain bagi membolehkan diri mereka berasa berkuasa dan
dihargai. Hal ini pula akan menyebabkan mangsa buli kehilangan penghargaan kendiri
dan juga keyakinan diri.

Ketidakcapaian keperluan penghargaan kendiri ini akan menyebabkan


seseorang individu berasa kecewa dan seterusnya meninggalkan kesan negatif yang
mendalam pada pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak terutamanya pelajar di
peringkat usia persekolahan. Perlakuan buli menurut Penney merupakan perosak atau
pemusnah penghargaan kendiri ini dan perlu ditangani segera pada peringkat kanak-
kanak dan remaja lagi.

Teori Pembelajaran Sosial dan Perlakuan Buli

Fenomena buli boleh difahami dalam konteks agresif. Agresif menurut Goldenson (1984)
ialah tingkah laku yang dirangsangkan oleh kemarahan, keganasan atau sifat bersaing,
yang diarahkan pada orang atau pun objek lain mahupun pada diri sendiri dan boleh
dianggap memusnahkan. Menurut Patricia (2001), tingkah laku buli adalah sebahagian
daripada tingkah laku agresif. Begitu juga Albert Bandura (1973) yang mendahului

5
Goldenson dan Patricia telah menjelaskan teori pembelajaran sosial tentang sifat agresif
yang boleh dilihat melalui kerangka teori berikut;

Pengalaman- Pergantungan
pengalaman yang
menyakitkan Pencapaian

Penarikan diri

Keagresifan
Bangkitan emosi
Penyakit
Konsekuens yang
psikosomatik
diantisipasikan
Penggunaan
dadah ataupun
Perolehan insentif alkohol

Penyelesaian
secara
konstruktif
Rajah 1: Teori pembelajaran sosial tentang sifat agresif (Albert Bandura, 1973)

Albert Bandura (1973) menerangkan bahawa sifat agresif tingkah laku adalah
dipelajari dan bukannya secara semula jadi dalam diri seseorang individu. Tingkah laku
agresif disebabkan oleh pengalaman yang menyakitkan. Seterusnya Bandura
menerangkan tanpa kewujudan peneguhan secara langsung individu juga mempelajari
tingkah laku agresif melalui pemerhatian pada orang lain ataupun melalui pelbagai
pengalaman yang mereka lalui. Kenyataan Bandura tersebut turut dijelaskan oleh
Mahmood (2001) yang menjelaskan bahawa tingkah laku agresif adalah sesuatu
tindakan yang dipelajari daripada persekitaran sosial seperti interaksi dengan keluarga,
interaksi dengan rakan sebaya dan media massa.

Jenis Tingkah Laku Buli

Dalam kajian Olweus (1991), menyatakan bahawa perlakuan buli yang dilakukan oleh
para pelajar lelaki adalah lebih ganas berbanding dengan perlakuan buli yang dilakukan
oleh para pelajar perempuan. Jenis perlakuan buli secara tidak langsung atau dalam
bentuk anti sosial biasanya dilakukan oleh para pelajar perempuan berbanding dengan
pelajar lelaki. Contoh-contoh perlakuan buli yang berbentuk anti sosial yang dilakukan

6
oleh para pelajar perempuan ialah seperti menyebarkan khabar angin dan
memanipulasikan persahabatan.

Menurut kajian Smith dan Sharp (1994), laporan mengenai jenis perlakuan buli
yang kerap diterima dari sekolah-sekolah di United Kingdom biasanya ialah ejekan,
memukul, ugutan dan penyebaran khabar angin atau fitnah. Dawkins (1995)
menyatakan perlakuan buli yang biasanya dilaporkan oleh para pelajar sekolah di
Australia adalah jenis perlakuan buli secara verbal atau lisan iaitu mencemuh dan
ejekan panggilan nama. Sementara dapatan kajian Lagerspetz, Bjorqvist dan Peltonen
(1998) mengenai perlakuan buli yang biasanya dilakukan oleh para pelajar perempuan
ialah penyisihan, pemencilan dan penyebaran fitnah. Perlakuan buli yang biasa
dilakukan oleh pelajar perempuan merupakan kaedah buli secara tidak langsung. Elliott
(2002) menjelaskan jenis-jenis perlakuan buli boleh dilihat melalui jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Jenis-jenis Perlakuan Buli

Verbal Fizikal
Langsung Ejekan Serangan fizikal
Deraan secara verbal

Tidak langsung Sebaran khabar Merosakkan harta benda


angin/fitnah
Memperkecilkan orang Pemulauan dan
penyisihan
Sumber: Elliott M., Bullying 3rd ed., Pearson Education, 2002

Boulton, Trueman dan Flemington (2002) melaporkan dalam kajian mereka


bahawa didapati serangan secara lisan atau verbal kerap dilaporkan manakala
perlakuan mencuri merupakan perlakuan buli yang paling kurang dilaporkan. Ireland
(2002), dalam kajiannya yang berkaitan dengan perbandingan perlakuan buli di
kalangan remaja dan pesalah juvana dilaporkan bahawa remaja mempunyai kekerapan
perlakuan buli yang lebih tinggi berbanding dengan pesalah juvana. Menurutnya dalam
kajian tersebut, remaja juga didapati lebih signifikan terbabit dalam perlakuan buli
berbentuk fizikal, psikologikal atau lisan dan secara keseluruhannya bentuk perlakuan
buli secara langsung berbanding dengan pesalah juvana.

7
Faktor Tingkah Laku Buli

Dalam kajian Loeber dan Hay (1997) persekitaran dan budaya sekolah turut memberi
pengaruh terhadap interaksi, aktiviti dan tingkah laku pelajar di sekolah. Manakala
Pearce dan Thompson (1998) menjelaskan pengurusan serta pengawasan disiplin
sekolah yang lemah menjadi faktor wujudnya tingkah laku buli di sekolah, keadaan
sekolah yang mengalami masalah kekurangan guru di sekolah juga merupakan salah
satu faktor penyumbang kepada berlakunya perlakuan buli di sekolah. Hal ini kerana
pelajar tidak dapat diselia dan dikawal dengan baik. Berdasarkan dapatan daripada
Willes dan Strasburger (1998), maklumat media yang memaparkan keganasan dan
tingkah laku buruk menjadi faktor kepada tanggapan yang menyifatkan bahawa
perlakuan buli adalah tingkah laku yang boleh diterima masyarakat dan popular.

Verlinden, Herson dan Thomas (2000), melaporkan bahawa pembuli mungkin


juga merupakan mangsa buli dahulu yang pernah didera atau diserang serta diganggu.
Tindakan mereka untuk bertindak sebagai seorang pembuli atas sebab ingin membalas
dendam. Mereka yang sentiasa menganggap diri mereka dalam keadaan yang bahaya
atau dalam ancaman, mereka akan lebih bersifat agresif dan akan bertindak menyerang
sebelum mereka mengalami serangan daripada orang lain. Berdasarkan kajian
Twemlow (2000), pembuli biasanya mempunyai ciri-ciri seperti berani, kuat dari segi
fizikal, esteem kendiri yang tinggi dan suka mengawal. Orang yang sedemikian biasanya
mereka tidak akan bertanggungjawab atas tindakan mereka dan tidak akan menghargai
orang lain.

Nansel (2000) menyatakan bahawa mangsa buli biasanya mempunyai sifat yang
pasif seperti sensitif, pendiam, lemah, malu, takut dan tidak berani untuk membalas
walaupun diserang atau diganggu. Dalam erti kata yang lain, kanak-kanak yang kurang
berkeyakinan, lemah semangat, mempunyai esteem kendiri yang rendah, menganggap
diri sebagai seorang individu yang tidak kompeten, tertekan dan sentiasa dalam
kebimbangan biasanya akan dijadikan sebagai mangsa buli.

Johnson (2002) menjadikan media massa sebagai faktor tingkahlaku buli, ini
kerana media memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perkembangan minda
dan tingkah laku kanak-kanak. Menurut kajiannya, perlakuan dan tingkah laku kanak-
kanak atau para remaja akan dipengaruhi oleh siaran aksi dan tingkah laku ganas dan
agresif yang selalu diudarakan di kaca televisyen dan media-media elektronik yang lain.

8
Azizi Yahaya (2007) menyatakan bahawa perubahan suatu tingkah laku boleh
dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Tingkah laku buli bukan suatu tingkah laku yang
dilahirkan secara semula jadi atau pun diajar secara langsung kepada kanak-kanak.
Kanak-kanak yang terdedah kepada persekitaran akan mudah terpengaruh. Antara
faktor-faktor yang boleh mempengaruhi seseorang kanak-kanak berkembang menjadi
pembuli termasuk faktor biologi dan perangai, pengaruh keluarga, rakan dan
persekitaran. Peranan ibu bapa dan latar belakang keluarga juga merupakan salah satu
faktor yang boleh mempengaruhi seseorang kanak-kanak menjadi agresif dari segi
tingkah laku mereka. Ibu bapa yang sering bergaduh dan bertindak ganas depan kanak-
kanak akan memberi satu gambaran yang sangat mendalam kepada minda kanak-
kanak.

KERANGKA TEORI KAJIAN

Hasil daripada teori dan sorotan literatur, kerangka teori kajian dapat dibentuk seperti
berikut:

Jenis Buli Peraturan Buli Di Sekolah

Fizikal – pukul, tolak, tendang, tampar 1. Gantung sekolah


Bahasa – ejek, gelar nama, bahasa kod, komen 2. Teknik pengurusan menangani perasaan
yang berbau perkauman marah
Isyarat – jelir lidah, meludah, angkat penumbuk, 3. Pengurusan resolusi konflik dan
jegil mata perantaraan rakan sebaya
Peras Ugut – minta wang perlindungan / kantin, 4. Latih terima pelbagai bangsa dan budaya
minta buat kerja rumah, rampas makanan, basuh 5. Polisi tidak toleransi dengan perlakuan buli
dan gosok baju 6. Kaunselor untuk membimbing pelajar
Buli Siber – ganggu mangsa melalui khidmat 7. Sediakan mentor
pesanan ringkas (SMS) atau laman web 8. Penglibatan ibu bapa
Perhubungan – memulau, sebar fitnah, tiru suara 9. Kepelbagaian aktiviti kokurikulum
mangsa, tulis perkara buruk tentang mangsa di 10. Rancangan Kesihatan Sekolah
tandas atau di tempat lain, enggan terima dalam 11. Latihan kemahiran bersosial
aktiviti kumpulan 12. Kemahiran kepimpinan
13. Lembaga disiplin sekolah
14. Peraturan sekolah
15. Penyeliaan guru di tempat awam selepas
sekolah
16. Program “Sekolah Angkat” bersama polis

Pelaksanaan Di Sekolah Prosedur Pelaksanaan

Laporkan kes buli kepada guru disiplin


Dilaksanakan
Dirujuk kepada kaunselor sekolah

Dilaporkan kepada pengetua sekolah


Tidak dilaksanakan
Memberi amaran sebanyak 2 kali

9
Hukuman

Rajah 1 : Polisi Antibuli Yang Sedia Ada


Sumber : Diubahsuai daripada Dautenhahn dan Wood, 2003

Rajah 1 menunjukkan putaran polisi antibuli dan perlaksanaannya di sekolah menengah


bermula daripada mengenali pelbagai jenis buli yang dilakukan oleh murid sekolah
menengah kemudian mengenali peraturan buli dan prosidur pelaksanaan peraturan
samada dilaksanakan atau tidak dilakanakan oleh pihak sekolah.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan rekabentuk survey melalui soalselidik dan soalan terbuka bagi
mengumpulkan data kajian. Soalselidik akan dianalisis secara kuantitatif melalui statistik
deskriptif dengan menggunakan min dan sisihan piawaian, manakala soalan terbuka
akan dianalisis secara kualitatif melalui verbatim. Sampel kajian dipilih secara random
dari kalangan 269 murid dan 117 guru di enam buah sekolah menengah di sekitar
Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Saiz sampel dikira mencukupi berdasarkan
‘determining sample size’ oleh Krejcie dan Morgan (1970). Pengkaji membina sendiri
soal selidik berasaskan kepada bacaan dan sumber daripada literatur. Pilot test yang
dibuat ke atas 30 sampel menunjukkan nilai Alpha Cronbach mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi antara 0.834 hingga 0.945.

Metrik Pengukuran Data

Soalan Kajian Sampel Kajian Analisi Data


1. Apakah jenis perlakuan buli yang Murid Kuantitatif
dilakukan oleh pelajar di sekolah n = 269 Deskriptif (min)
menengah?
2. Apakah faktor yang menyebabkan Guru Kuantitatif
tercetusnya tingkahlaku buli di sekolah n = 117 Deskriptif (min)
menengah?.
3. Sejauhmanakah peraturan dan Guru Kuantitatif
perundangan buli berkesan di sekolah n = 117 Deskriptif (min)
menengah?
4. Bagaimanakah prosedur peraturan buli Guru Kualitatif
dalam menangani kes buli di sekolah n = 117 (varbetim)
Menengah?.
5. Apakah cadangan untuk mengatasi Murid Kualitatif

10
masalah buli di sekolah menengah? n = 269 (varbetim)

DAPATAN KAJIAN

Jenis Perlakuan Buli Di Sekolah

Jadual 1
Jenis Perlakuan Buli Di Sekolah (n = 269)

Jenis Buli Min SP


Suka mencemuh 3.30 1.26
Suka memukul 3.11 1.27
Suka mempersenda 3.55 1.20
Ajak bergaduh 3.11 1.30
Tolak pelajar 3.38 1.29
Kasari pelajar 3.22 1.30
Menampar pelajar 2.77 1.13
Menendang pelajar 2.94 1.24
Ejek pelajar 3.84 1.21
Suka ancam pelajar 3.00 1.31
Sering singgung perasaan 3.51 1.15
Cedera pelajar lain 2.76 1.33
TL =Tidak Langsung, TP=Tidak Pernah, TP=Tidak Pasti, K=Kerap, SK=Sangat Kerap

Jadual 1 di atas menunjukan persepsi murid sekolah menengah mengenai jenis


perlakuan buli di sekolah. Majoriti murid menjelaskan jenis perlakuan buli yang kerap
dilakukan adalah mengejek pelajar (min 3.84), suka mempersenda (min 3.55), sering
menyinggung perasaan (min 3.51), tolak pelajar (min 3.38), suka mencemuh (min 3.30)
mengkasari pelajar (min 3.22), suka memukul (min 3.11) ajak bergaduh (min 3.11), suka
ancam pelajar (min 3.00), menendang pelajar (min 2.94), menampar pelajar (min 2.77)
dan mencederakan pelajar lain (min 2.76).

Faktor Perlakuan Buli Di Sekolah

Jadual 2
Faktor Perlakuan Buli Di Sekolah (n = 117)

Faktor Buli Min SP


Berbadan besar 3.09 1.40
Keluarga miskin 2.65 1.23
Nampak kelakar 3.04 1.28
Umur tua 2.94 1.37
Balas dendam 3.85 3.44
Keluarga kaya 2.82 1.26
Tidak disayangi keluarga 2.90 1.37

11
Tidak mempunyai kawan 2.89 1.32
Kerap dimarahi guru 3.24 1.41
Berbadan kecil 3.05 1.46
Kerap dimarahi ibu bapa 2.90 1.30
Disuruh oleh rakan 3.49 1.26
Untuk keseronokan 3.46 1.32
Tiada kawan dalam kelas 2.84 1.24
Boleh dapat ramai kawan 2.73 1.31
Tidak diberi wang saku 2.72 1.28
Tunjuk kekuatan diri 3.65 1.46
Pernah dibuli 3.38 1.30
Untuk dapat wang 3.23 1.43
Guru tidak pernah marah 2.83 1.32
Ada ramai kawan 3.15 1.36
Untuk suka-suka 3.51 1.31
Tidak suka padanya 3.38 1.34
Rakan sekelas tidak suka 3.23 1.30
Selalu bergaduh dengan adik 3.03 1.22
Tidak suka berada dalam kelas 3.10 1.35
Tidak minat belajar 3.17 1.40
Semua rakan suka membuli 3.09 1.38
Ibu bapa tidak pernah marah 2.80 1.35
Guru tidak ambil tahu perbuatannya 2.94 1.38
STS = Sgt Tidak Setuju, TS = Tidak Setuju, TP = Tidak Pasti, S = Setuju, SS = Sgt Setuju

Jadual 2 di atas menunjukkan persepsi guru sekolah menengah mengenai faktor


perlakuan buli di sekolah adalah disebabkan oleh membalas dendam (min 3.84),
menunjukan kekuatan diri (min 3.65), untuk suka-suka (min 3.51), disuruh oleh rakan
(min 3.49), untuk keseronokan (min 3.46), pernah dibuli (min 3.38), tidak suka padanya
(min 3.38), kerap dimarahi guru (min 3.24), untuk dapat wang (min 3.23), rakan sekelas
tidak suka (min 3.23), tidak minat belajar (min 3.17), ada ramai kawan (min 3.15), tidak
suka berada dalam kelas (min 3.10), semua rakan, suka membuli (min 3.09), berbadan
besar (min 3.09, berbadan kecil (min 3.05), nampak kelakar (min 3.04), selalu bergaduh
dengan adik (min 3.03), umur tua (min 2.94), guru tidak ambil tahu perbuatannya (min
2.94), tidak disayangi keluarga (min 2.90), kerap dimarahi ibu bapa (min 2.90), tidak
mempunyai kawan (min 2.89), tiada kawan dalam kelas (min 2.84), keluarga kaya (min
2.82), guru tidak pernah marah (min 2.83), ibu bapa tidak pernah marah (min 2.80),
boleh dapat ramai kawan (min 2.73), tidak diberi wang saku (min 2.72) dan keluarga
miskin (min 2.65).

12
Keberkesanan Peraturan dan Perundangan Di Sekolah

Jadual 3
Keberkesanan Peraturan dan Perundangan Di Sekolah (n = 117)

Peraturan dan Perundangan Min SP


Peraturan gantung sekolah 3.36 1.22
Teknik menangani perasaan marah 3.26 1.14
Latihan dalam pengurusan konflik 3.19 1.18
Latihan terima pelbagai bangsa 3.38 1.20
Mewujudkan polisi tidak toleransi 3.11 1.10
Menyediakan kaunselor untuk pelajar 3.55 1.31
Menyediakan mentor untuk pelajar 3.18 1.23
Penglibatan ibu bapa 3.29 1.21
Pelbagai aktiviti kokurikulum 3.48 1.25
Rancangan kesihatan sekolah 3.34 1.22
Latihan kemahiran bersosial 3.47 1.24
Latihan kemahiran kepimpinan 3.55 1.19
Lembaga disiplin sekolah 3.74 1.14
Peraturan sekolah 3.57 1.24
Penyeliaan guru di luar sekolah 3.46 1.23
Program “Sekolah Angkat” 3.48 1.38
STB = Sgt Tidak Berkesan, TB = Tidak Berkesan, TP = Tidak Pasti, B = Berkesan, SB = Sgt Berkesan

Jadual 3 di atas menunjukkan persepsi guru sekolah menengah terhadap keberkesanan


peraturan dan perundangan anti buli di sekolah. Majoriti guru menjelaskan bahawa
keberkesanan peraturan dan perundangan anti buli di sekolah, berkesan jika ditangani oleh
pihak lembaga disiplin sekolah (min 3.74), atau melalui peraturan sekolah (min 3.57), juga
dengan menyediakan kaunselor untuk pelajar (min 3.55), melalui latihan kemahiran
kepimpinan (min 3.55), dengan mengadakan pelbagai aktiviti kokurikulum (min 3.48), melalui
program sekolah angkat (min 3.48), latihan kemahiran bersosial (min (min 3.47), penyeliaan
guru di luar sekolah (min 3.46), latihan terima pelbagai bangsa (min 3.38), peraturan gantung
sekolah (min 3.36), rancangan kesihatan sekolah (min 3.34), penglibatan ibu bapa (min 3.29),
teknik menangani perasaan marah (min 3.26), latihan dalam pengurusan konflik (min 3.19),
menyediakan mentor untuk pelajar (min 3.18) dan mewujudkan polisi tidak bertoleransi
terhadap kes buli (min 3.11).

Prosedur Peraturan Buli Dalam Menangani Kes Buli

Dapatan daripada soalan terbuka (open ended question) yang dikemukakan oleh guru
disiplin sekolah menjelaskan bahawa setiap sekolah menengah di Wilayah Persekutuan,

13
Kuala Lumpur mempunyai prosedur yang sama. Majoriti informan menjelaskan prosedur
peraturan dibuat mengikut langkah-langkah berikut:

Prosedur 1

memberi nasihat memberi amaran berbincang dan membuat perjanjian dengan


waris buang sekolah serah kepada pihak polis.

Prosedur 2

memberi nasihat berjumpa dengan guru kaunseling berbincang dengan ibu


bapa keluarkan surat amaran tidakan diambil oleh guru disiplin.

Cadangan Untuk Mengatasi Masalah Buli

Bagi mengatasi masalah buli di sekolah menengah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, soalan ‘open ended’ dikemukakan kepada informan pelajar. Majoriti pelajar
mencadangkan agar langkah-langkah berikut perlu diambil oleh pihak sekolah;

Membincang dengan baik antara pelajar dengan pelajar.


Menyuruh pembuli mencuci dan membersihkan kawasan tandas.
Menghantar pelajar yang banyak masalah ke tempat latihan pemuda.
Buang sekolah.
Memberitahu ibu bapa pelajar.
Memberi bimbingan kaunseling.
Mengawasi tingkah laku setiap pelajar pada setiap masa.
Melaporkan kepada pihak sekolah.
Memberitahu guru bertugas.
Menghalang pelajar daripada bergaduh atau membuli.
Memberi pengajaran.
Guru harus sentiasa memantau pelajar yang kerap membuli pelajar lain.
Mengambil tindakan sepenuhnya.
Melaporkan kepada guru disiplin.
Menghantar pelajar ke bilik kaunselor.
Menghantar pelajar ke bilik khas.
Memberi hukuman yang berat kepada pelajar yang terlibat dalam perlakuan buli.

14
Berbincang dengan ibu bapa pelajar.
Mengajar pelajar menghormati antara satu sama lain.
Melaporkan kepada pihak polis.
Berusaha melidungi diri.
Mengenakan hukuman tegas.
Menguatkuasakan peraturan sekolah.
Memberi hukuman yang setimpal.
Belajar cara mempertahankan diri
Memberi khidmat nasihat kaunselor kepada pembuli.
Membuat kempen kesedaran.
Memberi ceramah agama.
Menghantar pembuli ke sekolah Henry Gurney.
Memberitahu pelajar tentang keburukan perlakuan membuli

RUMUSAN KAJIAN

Tiga konstruk item diketengahkan bagi melihat polisi antibuli dan perlaksanaannya di
sekolah menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Melalui dapatan kajian yang
dibentangkan maka dapatlah dirumuskan bahawa perlakuan buli dikalangan para murid
sekolah menengah di beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
tidaklah begitu serius berdasarkan kepada indikator nilai min bagi 12 jenis perlakuan buli
yang kerap dilakukan maksimum min 3.84 hingga minimum min 2.76 dari min 5.00. Begitu
juga mengenai 30 faktor perlakuan buli di sekolah maksimum min 3.84 hingga min 2.65 dari
min 5.00. Dan akhir sekali keberkesanan peraturan dan perundangan anti buli di sekolah
maksimum min 3.74 hingga min 3.11 dari min 5.00.

IMPLIKASI KAJIAN

Disiplin merupakan tiang wujudnya seseorang yang bersahsiah baik dan berpelajaran. Jika
seseorang itu tidak mempunyai disiplin diri yang baik, maka adalah sukar bagi mereka
membentuk sahsiah diri yang baik. Dengan itu, masalah disiplin akan wujud pada diri
seseorang pelajar. Menurut Asnarulkhadi (2003), disiplin merupakan elemen yang paling
asas dan penting dalam diri seseorang individu walaupun pembentukan keperibadian ini
boleh berlaku dengan sendiri. Pembentukan keperibadian ini juga perlu disuburkan supaya

15
terarah menghasilkan satu produk yang baik. Produk yang baik itu dijelmakan oleh generasi
muda akan datang yang mempunyai sifat-sifat murni seperti patuh kepada agama, setia
pada negara, menghormati undang-undang negara, ibu bapa, orang tua, bersifat penyayang,
progresif dan proaktif.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah seharusnya lebih memberi perhatian ke atas
pembentukan sahsiah pelajar daripada mengenakan hukuman keras ke atas diri pelajar
yang terlibat dalam masalah disiplin. Hal ini jika tidak diambil berat ia mungkin akan
menyebabkan masalah disiplin menjadi semakin rumit dan serius.

Kajian ini mendapati bahawa jenis buli yang dilakukan oleh para pelajar di sekolah
terdiri daripada pelbagai jenis iaitu fizikal, verbal dan psikologi. Kebanyakan masalah
perlakuan buli yang sering terjadi ialah perlakuan buli secara fizikal dan verbal. Oleh
demikian guru samada guru kelas, guru mata pelajaran atau guru disiplin merupakan guru
asas yang sepatutnya bekerjasama untuk membentuk keperibadian dan sahsiah yang baik
dalam diri pelajar.

Guru-guru juga harus memahami faktor dan punca berlakunya masalah buli dalam
kalangan pelajar yang terlibat di sekolah. Jika guru tidak tahu akan punca atau faktor
berlakunya masalah perlakuan buli yang berlaku antara pelajar, maka masalah disiplin
tersebut adalah sukar atau tidak dapat diselesaikan. Oleh itu ia merupakan tanggungjawab
guru dan juga peranan guru untuk mengetahui faktor suatu perlakuan buli itu berlaku
sebelum menentukan cara penyelesaian yang terbaik.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa polisi antibuli yang digariskan dalam buku
panduan sekolah masing-masing telah dilaksanakan. Walaupun, masalah buli masih tidak
dapat ditangani dengan baik. Oleh itu pihak sekolah, ibu bapa, penjaga dan media-media
massa harus sentiasa peka terhadap pengaruh di luar agar keadaan disiplin pelajar dapat
dikawal.

Secara keseluruhannya, polisi antibuli yang digariskan dalam buku panduan disiplin
sekolah masing-masing telah diamalkan oleh sekolah-sekolah menengah di sekitar Wilayah
Persekutuan, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, usaha menangani masalah disiplin buli
di sekolah bukanlah hanya merupakan tanggungjawab pada satu-satunya pihak samada ibu
bapa, penjaga atau guru tetapi semua pihak yang terlibat. Oleh itu, kesedaran diri amat

16
penting dan merupakan salah satu cara penyelesaian yang terbaik antara cara-cara
penyelesaian yang lain.

PENUTUP

Tahap perlakuan buli di sekolah-sekolah menegah di sekitar Wilayah Persekutuan, Kuala


Lumpur masih berada pada tahap yang tidak begitu serius ini berdasarkan pada nilai min <>
3.00. Oleh itu, pihak-pihak yang tertentu perlu lebih berwaspada dan berusaha untuk
mengatasi masalah disiplin. Kerjasama dari semua pihak amat diperlukan. Pelajar-pelajar
harus juga dipupuk supaya ada kesedaran diri bagi mengelakkan diri dari terjerumus dalam
masalah disiplin yang lebih serius dan membimbangkan.

17
RUJUKAN

Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli, Abdul Latif Ahmad, Zurhana Muhammad (2007). Buli.
Johor : Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahaya, Yusof Boon & Sharin Hashim (2008). Indeks Perlakuan Buli Di Kalangan
Pelajar-Pelajar Di Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.

Azizi Yahaya. Sharin Hashim. Yusof Boon. Zurhana Muhamad. (2008). Tip Menangani Buli
Di Sekolah. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Boulton, M.J., Trueman M. Dan Flemington I. (2002). Associations Between Secondary


School Pupils’ Definitions Of Bullying, Attitudes Towards Bullying, And Tendecies To
Engage In Bullying: Age And Sex Differences. Educational Studies, December, 28, 4,
353-370 (18)

Dautenhahn, K. & Woods, S. (2003). Possible Connections Between Bullying Behaviour,


Empathy And Imitation., U.K : University Of Hertfordordshire

Dawkins, J. (1995). Bullying In Schools: Doctors’ Responsibilities. British Medical Journal:


310: 274-5.

Elliot, M., (Ed.) (1991) Bullying: A Practical Guide To Coping In Schools. Harlow: Longman.

Faridah Binti Daud (2005). Masalah Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah Di Sebuah Sekolah
Menengah Di Daerah Bentong, Pahang. Kertas Projek Sarjana Pendidikan Yang
Tidak Diterbitkan, University Malaya.

Ireland, J.L. (2002). Do Juveniles Bully More Than Young Offenders. Journal Of
Adolescence, V25, N2, P. 155-168(14).

Johnson, J.G., Cohen, P., Smailes Em, Kasen, S., & Brook. J. (2002). Television Viewing
And Aggressive Behavior During Adolescence And Adulthood. Science, 295:2468-
2471.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1982). Panduan Bagi Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-
Murid Sekolah. Kuala Lumpur: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1983). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru
Besar Dan Guru. Kuala Lumpur: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru
Besar Dan Guru. Kuala Lumpur: DBP.

18
Kementerian Pendidikan Malaysia (1994). Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di
Sekolah. Unit Disiplin Bahagian Sekolah.

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities.
Educational and Pychological Measurement, 30, 607-610

Lagerspetz, K.M., Bjorqvist, K. & Peltonen, T. (1988) Is Indirect Aggression More Typical
Of Females? Gender Differences In Aggressiveness In 11 And 12-Year Old Children.
Aggressive Behavior, 14: 403-414

Olweus, D. (1991). Bully/Victim Problems Among Schoolchildren: Basic Facts And Effects
Of A School-Based Intervention Programme. In D. Pepler & K. Rubin, (Eds.) The
Development And Treatment Of Childhood Aggression. Hillsdate, Nj: Erlbaum.

Pearce, J.B. & Thompson, A.E. (1998). Practical Approaches To Reduce The Impact Of
Bullying. Arch Dis Child, 79, 528-531.

Salmivalli C, Et. Al. (1996). Bullying As A Group Process: Participant Roles And Their
Relations To Social Status Within The Group. Aggressiv Behavior, No. 22, 1-15.

Twemlow, S. (2000). The Roots Of Violence In Schools, Psychoanalytic Quarterly, 69 (4):


741-785.

Verlinden, S., Zherson, M. & Thomas, J. (2000). Risk Factors In School Shootings. Clinical
Phychol Rev. : 20:3-56.

19
20

Anda mungkin juga menyukai