Anda di halaman 1dari 13

SEKOLAH KEBANGSAAN YAMTUAN ANTAH

GUNUNG PASIR,71550 SERI MENANTI


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

TAJUK:PEMIMPIN YANG BERJAYA


NAMA:NUR HANI AYESHA SAIFUL NIZAN

TAHUN:5 UIAM
TAJUK:PEMIMPIN YANG BERJAYA

NAMA PEMIMPIN:TUNKU ABDUL RAHMAN


PUTRA AL-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN
ABDUL HAMID HALIM SHAH
1.1 BIODATA PEMIMPIN
Nama:
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Tarikh dan tempat dilahirkan:


08 Februari 1903,di Istana Tiga Tingkat,Alor Setar
(Istana Pagoda).

Pendidikan:
1911-Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
1916-Penang Free School,Penang.
1925-Lulus B.A. Dari University Cambridge.
1945-Lulus LLB,dari Inner Temple,London.

Kerjaya:
1946-Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O.
(Pegawai Daerah)Langkawi,Kulim dan Sungai
Petani,(sebelum lulus LLB).Dilantik Penolong
Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session
Selangor.
1951-Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh
masa untuk UMNO.
1956-Rombongan Merdeka ke London.
1957-Merdeka.Perdana Menteri Pertama.
1962-Rombongan ke London-Gagasan Malaysia.
1963-Gagasan Malaysia-16.09.1963.
1970-Bersara dari Politik.
1990-06 Disember 1990 Tunku kembali ke
rahmatullah.Seluruh Negara berkabung atas
pemergian Almarhum.Seluruh dunia menghantar
Ucap Takziah.Atas wasiat Almarhum,jenazah
disemadikan di Makam Di Raja Langgar.

Nama Isteri-isteri:Meriam Chong(1933-1935),


Violet Coulson(1935-1946)
Syarifah Rodziah Syed Alwi
Barakbah(1939-1990)

Nama Anak:Tunku Khatijah dan Tunku Ahmad


Nerang.

1.2.Objektif Kajian:
 Menghargai jasa pemimpin.
 Menghargai sumbangan pemimpin.
 Mencontohi nilai kepimpinan pemimpin.
 Mengetahui asal-usul pemimpin.
 Mengetahui biodata pemimpin.

1.3Sumbangan tokoh kepada negara dan masyarakat:


Sepanjang hayat Tunku Abdul Rahman,beliau telah
menunjukkan kehebatan sebagai pemimpin yang
berwibawa dalam pelbagai bidang.Ketokohannya
diakui oleh Tunku Abdul Razak dalam ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada Tunku di
Dewan Rakyat pada Februari 1971.Beliau
menyatakan bahawa Tunku telah muncul pada saat
yang penting dalam sejarah perjuangan bangsa
kita.Ini jelas terbukti warisan yang ditinggalkan
Tunku dalam catatan sejarah Malaysia.Jika diselusuri
sejarah perkembangan negara,Tunku adalah seorang
pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai
semangat jati diri yang tiggi untuk membebaskan
negara dari cengkaman penjajah.Penglibatan
menentang Malayan Union,mengemudi kepimpinan
UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup Melayu
kepada Merdeka,mengatur strategi pakatan antara
kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja
Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku
sampai berjaya mencapai kemerdekaan secara aman
melalui meja rundingan.Liku,cabaran,perit jerih
terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi
sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu
merasa terhutang budi kepada Tunku-Bapa
Kemerdekaan.Setelah merdeka,Tunku yang
mengetuai kabinet telah membentuk strategi
pembangunan jangka panjang dengan melaksanakan
rancangan pembangunan negara bagi tempoh setiap
lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya
Pertama pada 1956-1960.Rancangan pada peringkat
awal lebih menjurus kepada pemulihan dan
pembangunan untuk membina kemajuan
negara.Rancangan pembanguna ini meliputi semua
lapisan masyarakat berbilang kaum di bandar dan
juga di luar bandar.Dalam aspek perpaduan,Tunku
selaku pemimpinyang mewakili kepentingan orang
melayu,tidak sesekali menepikan kepentingan kaum
lain.Jelas perpaduan rakyat berbilang kaum di negara
ini disedari oleh Perlembagaan Tanah Melayu dan ia
harus difahami oleh semua rakyat Malaysia.Sifat
saling faham memahami amat penting dan ditekankan
oleh Tunku agar rakyat dapat hidup dalam suasana
muhibah dan harmoni.Tunku juga dikatakan sebagai
A Man of Peace.Kehadiran Tunku ke Rundingan
Baling 1955 dengan wakil-wakil Parti Komunis
Malaya memperlihatkan sifatnya yang cintakan
kedamaian dan perpaduan.Meskipun gagal,Tunku
dilihat tokoh pencinta kedamaian.Kemerdekaan
bukan noktah terakhir medan Tunku memberi
sumbangan.Sebagai pemimpin yang berwawasan dan
mementingkan keamanan sejagat,Tunku telah
meggagaskan penubuhan Malaysia yang terdiri dari
Persekutuan Tanah Melayu,Singapura,Sabah dan
Sarawak pada tahun 1963.Walau banyak rintangan
dan halangan terutama dari sahabat-sahabat negara
jiran,pendekatan melalui rundingan dan diplomasi
yang dipraktiskan oleh Tunku berjaya menyelesaikan
segala kemelut yang berlaku.Ketokohan Tunku di
arena antarabangsa turut dikagumi apabila beliau
menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara(ASA)pada
tahun 1961 yang kemudiannya berkembang dan
dikenali sebagai ASEAN pada tahun 1967.Kehebatan
Bapa Kemerdekaan ini memang tidak dapat disangkal
lagi dan telah menjulang nama di persada
antarabangsa.Tunku yang banyak memberi
sumbangan kepada perkembangan agama islam di
dalam dan juga di luar negara.Beliau telah
mengasaskan pertandingan membaca Al-Quran
peringkat kebangsaan pada tahun 1960 dan peringkat
antarabangsa pada tahun 1961 yang telah menjadi
tradisi sehingga kini.Tunku juga telah dilantik
sebagai Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam
Malaysia(PERKIM)pada tahun 1960 sehingga
peranannya dihormati oleh semua negara
Islam.Kredibiliti Tunku telah dapat kepercayaan Al
Malik Faisal yang menawarkan jawatan Setiausaha
Agung Sekretariat Negara-Negara Islam yang
pertama pada tahun 1970 yang di Jeddah.Beliau turut
memainkan peranan besar dalam penubuhan Bank
Tunku dalam dunia Islam pada tahun 1974 yang
bertujuan untuk membantu negara-negara Islam yang
miskin.Penglibatan Tunku dalam dunia Islam pada
negara-negara Islam yang miskin.Penglibatan Tunku
dalam dunia Islam amat bermakna dan disanjung
tinggi dalam menyatukan dan meningkatkan kualiti
umat Islam sejagat.Kita juga perlu berbangga kerana
kegigihan Tunku,beliau telah dilantik sebagai
Presiden Pertama Regional Islamic Council For
Southeast Asia and Pacific(RISEAP)pada tahun
1980.Tunku,putera raja rakyat ini adalah seorang
pejuang kemanusiaan.Beliau adalah di antara
pemimpin negara yang menyahut permintaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar Malaysia
menghantar misi pendamai dan keamanan di Conga
yang dilanda perang saudara pada tahun 1961.Tunku
yang amat mementingkan kebajikan manusia telah
memberi keizinan kepada PERKIM Kedah Darul
Aman menggunakan tanah kepunyaannya seluas dua
ekar di kawasan Perbandaran Kota Setar,Lorong
Seri,Derga,Alor Setar untuk dibina rumah anak-anak
yatim dan orang-orang tua yang miskin.Begitulah
pengorbanan ikhlas Tunku dalam usaha menjaga
kebajikan sesama manusia.Ketokohan Tunku tidak
hanya terserlah dalam bidang pentadbiran tetapi turut
tersohor dalam bidang penulisan.Selepas bersara
sebagai ahli politik beliau aktif menulis rencana
dalam akhbar The Star di ruang ‘Looking Back’ dan
‘As I See It’.Selain dari itu,Tunku juga merupakan
seorang yang berbakat dalam seni dan budaya.Filem
Raja Bersiong adalah hasil karya Tunku di samping
Filem Mahsuri dan Sumpahan Mahsuri.Dalam bidang
sukan,Tunku amat meminati sukan bola sepak.Tidak
hairanlah minat ini telah mendorong Tunku untuk
mengasaskan Pesta Bola Merdeka pada 31 Ogos
1957.Justeru,sempena 19 tahun pemergian
Tunku,Akrib Negara Malaysia sekali lagi
mengadakan majlis tahlil khusus untuk mendoakan
kesejahteraan Almarhum dan juga memperingati jasa
dan sumbangan beliau.Sesungguhnya,negarawan
ulung ini telah membina,mencorak dan membuka
langkah untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang
berjaya tidak hanya dari segi pembangunan malah
kualiti rakyatnya.Perpaduan adalah kunci kejayaan
rakyat berbilang bangsa yang mewarnai Malaysia.Ia
perlu terus disemai di bawah aspirasi 1Malaysia bagi
memastikan kesinambungan warisan tinggalan Tunku
dapat ditetapkan dan dinikmati oleh generasi akan
datang.Bagi mengenali Tunku dengan lebih dekat
untuk mengimbau kenangan jasa dan sumbangan
beliau kepada negara,rakyat Malaysia digalakkan
untuk melawat Memorial Tunku Abdul Rahman
Putra,yang terletak di Jalan Dato’ Onn,Kuala
Lumpur.Memorial ini dibuka percuma setiap hari
kecuali hari Isnin.

Anda mungkin juga menyukai