Anda di halaman 1dari 2

Jom kita tengok secara ringkas fungsi otak kiri dan otak kanan...

Fungsi otak kiri :

Mengingati ilmu pengetahuan atau maklumat

Menyimpan data dan fakta

Menganalisis

Memahami logik, bahasa dan matematik

Mengira

Fungsi otak kanan :

Imaginasi

Berfikir secara kreatif

Irama

Khayalan

Emosi

Ilham

Intuisi (gerak hati)

Warna

Muzik

Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif

Penggunaan otak kiri dan kanan perlu seimbang. Setiap hari memang manusia menggunakan otak kiri.
Jadi, sebab tu kita perlu merangsang otak kanan!

Apakah aktiviti untuk rangsang otak kanan?

Sebenarnya aktiviti yang menggunakan jari jemari dapat merangsang otak kanan. Ini kerana gerak
kerja tangan adalah hasil daripada kerahan otak kanan.
Tanah liat (contoh : buat pelbagai bentuk mudah seperti kucing, ikan, bunga)

Origami/lipat kertas (contoh : lipatan kapal terbang)

Menggunting (contoh : garisan lurus, bengkok, bentuk empat segi, tiga segi atau apa sahaja gambar
menarik di surat khabar atau majalah)

Masukkan manik dalam benang/tali dalam straw minuman (contoh : manik bersaiz besar dan kecil)

Melukis/cat air (contoh : lukis gambar sebelah misalnya gambar bunga hanya sebelah, kemudian
minta anak sambung lukisan mengikut apa yang dilukis di bahagian satu lagi)

Bercerita (bina daya imaginasi dengan cara bercerita pendek. Kemudian suruh anak sambung cerita
tu.

Main teka-teki dengan anak. (Letak satu barang dalam kotak/bekas tisu, suruh anak teka barangan
tersebut. Teka bentuk atau warna)

Kad imbasan (perkenalkan abjad atau nombor. Apabila kad itu bergerak laju, otak kanan bekerja keras
untuk menangkap apa yang ditunjukkan)

Anda mungkin juga menyukai