Anda di halaman 1dari 6

1.

1 : Mekanisma Pernafasan Manusia

                                                 SISTEM RESPIRASI MANUSIA

                          
                                                   STRUKTUR PEPARU MANUSIA

                                                               ALIRAN UDARA
Apabila TARIK NAFAS;;

1. Otot interkosta luar mengecut


-jika anda tau dimana otot interkosta dalam badan, pasti anda faham maksudnya

2. Sangkar rusuk naik ke atas dan ke hadapan


- sangkar rusuk ke hadapan menyebabkan dada kita yang menaik ketika menarik nafas

3. Otot diafragma mengecut dan mendatar


-kalau nak ingat Diafragma mendatar ketika menarik nafas, bayangkan oksigen yang masuk ke
badan menolak difragma sehingga ia mendatar.

4. Isi padu rongga toraks bertambah


-ramai tidak tahu apa itu toraks, Toraks adalah sistem dalaman yang menganjur dari leher hingga
ke diafragma, tidak termasuk anggota atas. Jantung dan paru-paru terletak dalam rongga toraks,
di samping banyak terdapat salur darah.

5. Tekanan udara di dalam rongga toraks berkurang


-TIPS ; kalau udara meningkat, tekanan haruslah berkurang. seperti negatif dan positif

6. Tekanan atmosfera di luar badan lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam rongga toraks.
-apa itu tekanan atmosfera? https://ms.wikipedia.org/wiki/Tekanan_atmosfera

7. Udara disedut masuk ke dalam peparu


-udara atau lebih tepat oksigen

Apabila HEMBUS NAFAS...

1. Otot interkosta luar mengendur


-bayangkan otot interkosta di luar yang sedang mengendur
2. Sangkar rusuk turun ke bawah dan ke dalam
-ingat, kalau tarik nafas benda ni ke depan, bila hembus ia bertentangan

3. Otot diafragma mengendur dan melengkung ke atas


-bila kita hembus nafas, karbon dioksida tolak diafragma lengkung ke atas

4. Isi padu rongga toraks berkurang


-udara atau gas keluar

5. Tekanan udara dalam toraks bertambah

6. Tekanan atmosfera di luar badan lebih rendah daripada tekanan udara dalam toraks

7. Udara dipaksa keluar daripada peparu


-maksud dipaksa ni dia mesti kena keluar tak boleh tak keluar. nak tak nak kena keluar jugak. 

Akhirnya tiba juga Ruangan Soalan yang saya suka. 

Ruangan Soalan ini berfungsi untuk memberi calon PT3 menjawab soalan setelah membaca dan
memahami nota. Jangan risau soalan dia mudah-mudah. Kalau faham InsyaAllah.

SOALAN PERTAMA :                                                                                           
Mengapa ketika kita menarik nafas, dada kita ternaik atau ke hadapan sedikit? Berikan dua
sebab.

SOALAN KEDUA :
Buat peta Alir yang menunjukkan aliran udara daripada lubang hidung ke alveolus di dalam
peparu

SOALAN KETIGA :
Hanya udara/gas apa yang boleh memasuki badan kita?

SOALAN KEEMPAT :
Apakah yang akan terjadi apabila udara tidak mahu keluar semasa proses hembus nafas?

SOALAN KELIMA :
Dimanakah ruangan rongga torak berada?

SOALAN KEENAM : isikan ruangan kosong


Diafragma akan ______ ketika menghembus nafas

SOALAN KETUJUH :
Apakah organ yang membuatkan sangkar rusuk bergerak ketika proses tarik dan hembus nafas?

SOALAN KELAPAN :
Apakah yang akan berkurang jika udara di sesuatu tempat bertambah?

SOALAN KESEMBILAN :
Setiap manusia punyai berapa peparu?

SOALAN KESEPULUH : isikan ruang kosong


_______ dan ________ terletak dalam rongga toraks. 

*cuba latih diri anda dengan menjawab setiap soalan dalam masa 30 saat dan menjawab semua
soalan dalam masa 5 minit. Gunakan alarm di smartphone jika mahu. 

Yoshh! Lagi sikit je lagi nak habis 1.1 bukan Chapter 1. haha"
Sekarang kita teruskan dengan model respirasi manusia yang khususnya semua calon PT3 harus buat untuk
mencapai BAND 6 Science .

Inilah dia Model Sistem Pernafasan Manusia yang saya akan buat untuk score Band 6 (PBS)

Persamaan Tarikan Nafas dan Hembusan Nafas


-Kedua-dua proses adalah proses fizikal yang menyebabkan udara mengalir melalui sistem pernafasan

BERDASARKAN MODEL SISTEM PERNAFASAN MANUSIA

TARIKAN NAFAS
1. Kepingan getah nipis ditarik ke bawah
-bermaksud difragma mendatar

2. Isi padu serkup kaca bertambah


-ramai confused isi padu serkup kaca itu mewakili apa

3. Tekanan udara di dalam serkup kaca berkurang

4. Udara dari luar disedut masuk ke dalam belon


-macam kita tarik nafas, cuma dia ringkas dan senang kita faham

HEMBUSAN NAFAS
1. Kepingan getah nipis ditolak ke atas
-diafragma melengkung ke atas

2. Isi padu serkup kaca berkurang


-pastinya ia mewakili rongga toraks

3. Tekanan udara di dalam serkup kaca bertambah

4. Udara di dalam belon ditolak ke luar


-udara dipaksa keluar dari peparu

PERBEZAAN TARIKAN NAFAS DAN HEMBUSAN NAFAS

1. Diafragma yang mengecut / melengkung ke atas


2. Tulang rusuk bergerak ke hadapan atas/ ke bawah belakang
3. Isi padu rongga torak yang bertambah / berkurang
4. Tekanan udara di rongga toraks yang berkurang/ bertambah
SOALAN PERTAMA :
Nyatakan fungsi tulang rusuk / sangkar rusuk.

SOALAN KEDUA :
Apakah yang akan berlaku kpd belon jika kepingan getah nipis ditarik ke bawah?

SOALAN KETIGA :
Bagaimanakah belon boleh mengembang tanpa perlu ditiup?

SOALAN KEEMPAT :
Proses apakah yang berlaku jika kepingan getah nipis ditolak ke atas?

SOALAN KELIMA :
Tiub berbentuk-Y mewakili apa dalam organ respirasi manusia?

SOALAN KEENAM : isikan ruangan kosong


_____________berlaku apabila diafragma bergerak ke bawah dan hembusan nafas berlaku apabila
diafragma ___________ke____

SOALAN KETUJUH : serkup kaca mewakili sangkar rusuk


Mengapakah serkup kaca mewakili sangkar rusuk jika ditukarkan kepada organ sistem respirasi?

SOALAN KELAPAN : belon mewakili peparu


Mengapakah belon mewakili peparu jika ditukarkan kepada organ sistem respirasi?

SOALAN KESEMBILAN : tiub berbentuk-Y mewakili bronkus.


Mengapakah tiub berbentuk-Y mewakili bronkus?

SOALAN KESEPULUH :
Apakah fungsi otot interkostal ketika pernafasan?

https://slideus.org/philosophy-money.html?utm_source=bab-1-sistem-respirasi-manusia

Anda mungkin juga menyukai