Anda di halaman 1dari 81

OTHMAN TALIB

MENDELEY
Urus artikel dan tulis “citation” /
references” tesis cepat dan efisyen
Disertakan dengan 84 illustrasi langkah demi langkah

“SCREENSHOT” DITERBITKAN DENGAN IZIN MENDELEY


Kandungan
BAB 1 - PENGENALAN MENDELEY .................................................................. 1
1.1 Pengenalan ...........................................................................................................1
1.2 Memperkenalkan Reference Manager ...................................................................3
1.3 Apa itu MENDELEY? .............................................................................................5
1.4 Ciri-ciri Asas Mendeley ..........................................................................................7
BAB 2 - INSTALASI MENDELEY ........................................................................ 8
2.1 Instalasi Mendeley Desktop ...................................................................................8
2.2 Instalasi Mendeley Web / Importer.......................................................................11
2.3 Synchonization dan simpanan fail sumber rujukan ..............................................15
2.4 Menghapus fail dalam simpanan .........................................................................17
BAB 3 - MEMASUKKAN FAIL DALAM MENDELEY ........................................ 21
3.1 Import sumber dengan Mendeley Web Importer ..................................................21
3.2 Menambah sumber dari Mendeley Web ..............................................................24
3.3 Menambah sumber terus dari simpanan / dropbox ..............................................25
3.4 Menambah sumber tanpa muat turun fail .............................................................34
3.5 Mendeley “corrupted” ? ........................................................................................36
BAB 4 - MENJANA PETIKAN DAN RUJUKAN ................................................ 37
4.1 Masukkan ikon Mendeley Desktop pada MS Word ..............................................37
4.2 Membaca artikel ..................................................................................................38
4.3 Menjana sumber petikan......................................................................................39
4.4 Memasukkan rujukan...........................................................................................41
4.5 Fail Mendeley tidak wujud dalam MS Word ! .......................................................42
BAB 5 - MENEROKA ARTIKEL ........................................................................ 43
5.1 Membaca aktikel secara efektif ............................................................................43
5.2 Fungsi penandaan (highlight) dan sticky note ......................................................43
5.3 Fungsi Sticky Note dan Note ...............................................................................45
5.4 Filter “between” artikel-artikel...............................................................................46
5.5 Filter “within” artikel.............................................................................................52
BAB 6 – SALLY DAN MENDELEY ................................................................... 54
6.1 Siapa Sally?.........................................................................................................54
6.2 Pencarian artikel bermula ....................................................................................55
6.3 Sally, I need review !............................................................................................63
6.4 Zero Draft of Thesis (ZDOT) ................................................................................65
6.5 Filtering Based on Themes (FBOT) .....................................................................66
6.6 Speed Reading on Target (SROT).......................................................................69
PENGHARGAAN

Penghargaan kepada Ms. Charlotte Organ (QA Community Support


Representative, Mendeley, London) yang telah memberi keizinan penulis
menggunakan screenshot Mendeley untuk buku ini. Juga kepada semua pelajar
siswazah dalam dan luar negara yang akan dan sedang berjuang sebagai calon
sarjana / PhD dan yang setaraf dengannya.

Naskah ini ditulis supaya perjuangan anda akan tercatat sebagai satu saat
terindah dalam hidup anda. Jadikan diri anda sebagai sebahagian tsunami
Mendeley supaya kerja menulis tesis dapat dilakukan dengan cara yang lebih
mudah dan efisyen.

Penulis bergambar dengan peserta bengkel


“Penulisan Pantas Tesis dan Aplikasi Mendeley”
UTM (atas) dan UKM (bawah)
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

PRAKATA

Buku ini ditulis ekoran permintaan peserta bengkel “Penulisan Tesis dan Aplikasi
Mendeley” yang penulis kendalikan. Aplikasi Mendeley telah ditulis dalam
beberapa siri entri blog penulis di www.drotspss.blogspot.com. Blog santai ini
telah dibaca melebihi setengah juta kali oleh pelajar siswazah dalam dan luar
negara.

Penulis (tengah) diapit peserta bengkel Mendeley di Uitm, Shah Alam

Sambutan terhadap Mendeley boleh diibaratkan sebagai satu tsunami. Tsunami


adalah satu fenomena gelombang besar yang melanda kawasan pantai dan
daratan sekitarnya akibat gempa bumi dasar laut. Tsunami Mendeley
menggambarkan keupayaannya membawa gelombang dalam memudahkan
penulisan tesis melalui pencarian, penyusunan dan penulisan sumber rujukan.

Instalasi Mendeley yang percuma, aplikasi dan antara mukanya yang mudah
menyebabkan pelajar siswazah berpusu-pusu menggunakan perisian Reference
Manager ini seperti tidak dapat dibendung lagi, ibarat tsunami. Dengan adanya

ii
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Mendeley, tidak timbul lagi kesukaran mendapatkan sumber rujukan, kerumitan


untuk menyusun artikel atau kejerihan untuk menulis petikan dan senarai
rujukan. Semua kesulitan yang selama ini di hadapi oleh siswazah dalam
pencarian, penyusunan dan penulisan sumber rujukan seperti sudah berakhir.
Maka timbul persoalan – Apa lagi pelajar Sarjana / PhD mahu?

Screenshot www.drotspss.blogspot.com

iii
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Sayugia buku ini dapat menjadi panduan kepada siswazah dan semua penulis
bahan akademik yang memerlukan pencarian, penyusuan dan penulisan sumber
rujukan dengan cepat dan efisyen. Pendekatan penulisan buku ini yang
menggunakan illustrasi serta penjelasan langkah demi langkah sangat mudah
diikuti. Moga berjaya!

Othman Talib
Bandar Baru Bangi
www.drotspss.blogspot.com
zahinothman@gmail.com

HAK CIPTA TERPELIHARA:

TIDAK DIBENARKAN MENYALIN MANA-MANA BAHAGIAN BUKU INI


UNTUK TUJUAN EDARAN BAGI MENGHORMATI USAHA
PENULIS SERTA KEBERKATAN ILMU YANG BAKAL DIPEROLEHI.

JIKA BERMINAT, SILA DAPATKAN BUKU INI SECARA SAH DI:

tulistesiscepat@gmail.com
www.tulis-tesis-cepat.com

iv
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

BAB 1 - PENGENALAN MENDELEY

1.1 Pengenalan

Apabila anda ingin menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana atau PhD, maka
terbayanglah di minda anda akan kesukaran dan kegetiran yang bakal dihadapi
sepanjang menjadi calon Sarjana mahupun PhD. Kenapa pulak? Ini kerana pengajian
peringkat pasca siswazah sering dikaitkan dengan penyelidikan dan penulisan tesis.
Penulisan tesis bukan sahaja memakan masa yang lama malah menjerihkan sebelum
terhasilnya senaskah manuskrip PhD yang tebal. Penulisan manuskrip ini perlu
disertakan dengan ratusan rujukan mengikut format penulisan yang telah ditentukan.

Penulisan tesis memerlukan kupasan kajian-kajian lepas bagi menyokong kajian yang
sedang dijalankan. Petikan dari kupasan pelbagai kajian lepas ini perlu ditulis sebagai
rujukan secara sistematik.

Contoh petikan dalam perenggan manuskrip yang memerlukan rujukan:

As stated explicitly by Novak, Mintzes and Wandersee (2000, p. 2), “Concepts [in
science] are perceived regularities in events or objects, or records of events or
objects, designated by a label” which means that concepts of objects or events
possess common categorical attributes.

Atau

According to Chi and Roscoe (2002), students’ existing ideas are often incorrect
and incomplete when compared to scientific concepts.

Atau

Furthermore, clear explanations by the instructor, active student engagement and


explicit sequences of animations are expected to promote deeper learning as well
as to encourage student interest, motivation and eagerness to learn more
(Iwanski, 2000).

1
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Kesemua rujukan dalam perenggan ini perlu ditulis dengan lengkap dibahagian akhir
tesis. Contoh penulisan rujukan ini adalah seperti:

Rujukan bab dalam buku:

Chi, M. T. H., & Roscoe, R. D. (2002). The processes and challenges of conceptual
change. In M. Limon & L. Mason. Reconsidering conceptual change. Issues in
theory and practice (pp. 3-27). Netherlands: Kluwer.

Rujukan kajian yang tidak diterbitkan:

Iwanski, G. E. (2000). Undergraduate student attitude and acceptance of computer


enhanced instruction in a college nutrition course. Unpublished research’s paper,
The Graduate College, University of Wisconsin, Wisconsin.

Rujukan artikel dari jurnal:

Novak, J. D. (2002). Meaningful learning: The essential factor for conceptual in


limited of inappropriate prepositional hierarchies leading to empowerment of
learners. Science Education, 86, 548-571.

Penulisan rujukan dalam tesis perlu mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak
institusi di mana anda belajar. Format penulisan rujukan di atas adalah contoh format
rujukan mengikut American Psychological Association (APA) edisi ke-6.

Penulisan tesis selalunya memerlukan ratusan rujukan dari pelbagai sumber. Oleh itu,
mengumpul dan merujuk sumber-sumber pelbagai ini menjadi satu yang rumit.
Keadaan ini menjadi lebih rumit apabila rujukan perlu ditulis dalam tesis p huruf demi
huruf dan perkataan demi perkataan mengikut format yang telah ditetapkan. Berikut
contoh penulisan rujukan dengan berbagai format:

2
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Format APA:

Taasoobshirazi, G., & Glynn, S. M. (2009). College students solving chemistry


problems: A theoretical model of expertise. Journal of Research in Science
Teaching, 46(10), 1070–1089. doi:10.1002/tea.20301

Format IEEE:

[1] G. Taasoobshirazi and S. M. Glynn, “College students solving chemistry


problems: A theoretical model of expertise,” Journal of Research in Science
Teaching, vol. 46, no. 10, pp. 1070–1089, Dec. 2009.

Format Harvard:

Taasoobshirazi, G. & Glynn, S.M., 2009. College students solving chemistry


problems: A theoretical model of expertise. Journal of Research in Science
Teaching, 46(10), pp.1070–1089. dpi: 10.1002/tea.20301

Format UKM:

Taasoobshirazi, G. & Glynn, S. M. 2009. College students solving chemistry


problems: A theoretical model of expertise. Journal of Research in Science
Teaching, 46(10), 1070–1089. doi:10.1002/tea.20301

Format seperti di atas menjadikan penulisan rujukan dalam tesis sesuatu yang terlalu
teknikal. Ini menjadikan kerja-kerja penulisan rumit dan menjerihkan. Jika inilah
masalahnya, adakah jalan singkat untuk memudahkan penulisan rujukan dalam
perenggan dan dalam senarai rujukan?

1.2 Memperkenalkan Reference Manager

Walaupun mendapatkan PhD itu dikatakan susah, tetapi menulis tesis sepatutnya boleh
dilakukan dengan mudah dengan adanya Reference Manager. Apakah dia pula
Reference Manager?

3
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Reference Manager juga dikenali sebagai Citation Manager atau Bibliographic Manager
software. Ini bermakna Reference Manager adalah perisian yang fungsi utamanya bagi
mengurus petikan (citation) dari pelbagai sumber rujukan. Prinsip Reference Manager
agak mudah. Anda cuma perlu rekodkan buat pertama kali mana-mana sumber
rujukan, dan sumber ini boleh ditulis berulang-ulang kali dalam tesis mengikut format
yang anda telah tetapkan. Reference Manager ini akan menjana penulisan petikan
dalam perenggan dan juga menjana senarai rujukan. Rujukan yang telah direkodkan
akan disimpan menjadi database dalam simpanan komputer peribadi anda.

Reference Manager menjadi sangat penting kerana perisian ini boleh digunakan
bersama pemprosesan perkataan seperti MS Word dalam penulisan tesis. Reference
Manager sekaligus mensifarkan kemungkinan anda melakukan kesilapan menaip
petikan dan senarai rujukan dalam tesis. Namun begitu, Reference Manager
mempunyai keupayaan yang lebih dari itu. Mari kita bongkar keupayaan Reference
Manager membantu penulisan tesis !!

Terdapat lebih sedozen Reference Manager yang boleh anda miliki, antaranya seperti
senarai berikut:

1. Aigaion
2. Bebop
3. BibDesk
4. Bibus
5. Connotea
6. CiteULike
7. Qiqqa
8. Mendeley
9. EndNote
10. JabRef
11. Reference
12. Zotero
13. Refworks

4
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Jadi ternyata sesuatu yang menghairankan jika ada calon master / PhD yang tidak tahu
wujudnya mana-mana Reference Manager sedang fungsi perisian di atas adalah untuk
membantu penulisan tesis. Terdapat beberapa Reference Manager yang popular dan
sering diperkatakan seperti Zotero, EndNote, Mendeley, Zotero, Qiqqa dan Refworks.
Malah ada institusi yang mewajibkan pelajar pasca siswazah mereka menggunakan
Reference Manager. UKM umpamanya menggalakkan penggunaan EndNote sedang
UPM pula menggalakkan penggunaan Refworks. Anda bagaimana?

Selain dari menyusun dan menyimpan sumber rujukan dalam pelbagai bentuk (buku,
bab dalam buku, artikel, penulisan ilmiah, rekod ), Reference Manager juga berupaya
mencari dan mengimport rujukan dari sumber databata base seperti Web of
Knowledge, American Psychological Association, ERIC, Medline, ataupun terus dari
penerbit seperti Wiley, Elsevier, IEEE, Emerald dan juga dari hasil cari injin pencari
seperti Google Scholar.

1.3 Apa itu MENDELEY?

Buku ini hanya mengupas salah satu Reference Manager yang semakin popular iaitu
Mendeley. Mendeley adalah Reference Manager yang boleh beroperasi sebagai
perisian desktop dan web sekaligus.

Penulis telah menghantar emel kepada pengurusan Mendeley bagi meminta kebenaran
menggunakan screenshot Mendeley dalam buku ini. Pihak Mendeley menerusi Mrs
Charlotte O. (QA Community Support Representative, Mendeley, London) telah
menjawab emel tersebut pada hari yang sama dan memberikan kebenaran kepada
penulis. Jawapan emel yang sangat pantas pada hari yang sama menyebabkan
penulis terfikir, betapa efisyen mereka bekerja sedang pengguna Mendeley berjumlah
jutaan ramainya diseluruh dunia. Kadang-kadang penyelia yang ada 10 supervisee pun
tidak membalas emel yang dihantar!

Mendeley sebagaimana Reference Manager yang lain berupaya menyusun dan


mengurus sumber rujukan khususnya fail pdf dengan sangat mudah. Mendeley juga
berfungsi sebagai perisian untuk berkongsi sumber rujukan atau berkolaborasi secara
5
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

atas talian, mencari sumber rujukan bagi OS seperti Windows, Mac dan juga Linux. Ini
menjadikan Reference Manager bukan sahaja perisian persendirian tetapi juga perisian
yang membolehkan penyelidik berkolaborasi sesama sendiri tanpa sebarang masalah.

Rajah 1 berikut adalah logo rasmi Mendeley.

Rajah 1.1 – Logo Mendeley


(sumber: www.superscout.com)

Kepopularan Mendeley bermula apabila perisian Reference Manager ini boleh dimuat
turun secara percuma dengan ruang simpanan permulaan sebanyak 2GB. Semasa
buku ini ditulis, Mendeley telah mempunyai versi 1.8.4. Ruang percuma ini boleh
menyimpan dan mengurus sekitar 800 sumber. Wow ! Jumlah ini sudah memadai bagi
pelajar master dan PhD. Namun penambahan simpanan boleh dilakukan dengan
mengemaskini Mendeley dengan memilih pakej dengan dikenakan bayaran. Ini anda
boleh rujuk sendiri di www.mendeley.com.

Mendeley mula dilancarkan pada tahun 2008 dan Mendeley berpengkalan di London.
Mendeley mula membuka mata pengguna Reference Manager yang lain apabila
perisian ini memenangi antaranya anugerah Best Social Innovation Which Benefits

6
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Society pada tahun 2009. Kemudiannya perisian ini telah dibeli oleh Elsevier pada
tahun 2013.

1.4 Ciri-ciri Asas Mendeley

Mendeley sebagai Reference Manager mempunyai beberapa ciri asas seperti berikut:

 Pencarian online (Google Scholar, Papers, e-journal, web penerbit)


 Fungsi paparan penuh artikel dengan sticky notes dan text highlighting
 Mengekstrak meta data dari fail PDF
 Pencarian menerusi kata kunci seperti “Author” “Titles” “Tag” “Note”
 Penyediaan pelbagai format rujukan Citation Style Language (CSL) seperti APA,
IEEE, Harvard, Chicago secara “what-you-select-is-what-you-get”
 Menulis petikan dan rujukan dalam perisian pemprosesan perkataan seperti
Microsoft Word
 Synchronization dan back up data menerusi komputer dengan akaun peribadi
berdaftar dengan Mendeley
 Import sumber dari web database seperti Google Scholar, PubMed, Papers
 Eksport fail BibTex, import dari ENDNOTE
 Membina kumpulan kaloborasi dan perkongsian sumber seperti social network

Terdapat 3 entiti Mendeley iaitu Mendeley Desktop, Mendeley Web dan Mendeley
Importer yang akan disentuh dalam buku ini. Namun secara ringkas, Mendeley adalah
Reference Manager berasaskan web yang boleh membantu anda mencari, menyimpan,
menyusun, menulis dan membina sumber rujukan mengikut format yang anda pilih.
Buku ini hanya akan memberi fokus kepada aplikasi Mendeley yang asas iaitu
pencarian, pengurusan dan penulisan petikan serta rujukan.

7
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

BAB 2 - INSTALASI MENDELEY

2.1 Instalasi Mendeley Desktop

Komputer semakin canggih. Instalasi Mendeley sangat mudah. Ini langkah perlu anda
lakukan:

Langkah 1

Buka web www.mendeley.com

Anda akan lihat paparan yang menunjukkan bagaimana untuk muat turun Mendeley.
Malah video cara-cara Instalasi pun disediakan. Paparan ini mungkin berubah dari
masa ke semasa tetapi arahan yang diberikan jelas untuk diikuti sebagaimana anda
membuat Instalasi perisian yang lain menerusi internet. Instalasi ini percuma ! Ikut
arahan tersebut. Berikut adalah beberapa paparan yang akan anda ikuti.

Rajah 2.1 – Instalasi Mendeley

8
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 2.2 – License Agreement

Rajah 2.3 – Meneruskan Instalasi

9
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 2.4 – Instalasi Mendeley Desktop

Langkah 2

Selepas selesai muat turun, ikon Mendeley desktop akan muncul di komputer anda.
Jika anda klik ikon ini, maka paparan berikut akan muncul. Ini adalah antara muka
Mendeley desktop yang sangat ringkas dan mudah digunakan.

10
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 2.5 – Mendeley Desktop yang masih tiada artikel

2.2 Instalasi Mendeley Web / Importer

Jangan keliru kerana wujudnya dua entity Mendeley iaitu Mendeley Desktop dan
Mendeley Web. Bila anda install Mendeley Desktop, secara automatic anda mempunyai
akaun yang sama dengan kewujudan Mendeley Web. Anda boleh buka Mendeley Web
ini bila-bila masa sahaja. Prinsip ini sama dengan Instalasi dropbox. Anda aakan
memperoleh ikon dropbox desktop dalam komputer anda dan anda juga boleh buka
dropbox web melalui internet.

Pronsip ini bertujuan supaya anda boeh membuka dan bekerja dengan Mendeley
Desktop anda di mana-mana sahaja komputer yang ada akses internet. Anda juga
boleh mengimport sumber dari internet seperto Google Scholar menerusi Mendeley
Web ini menggunakan fungsi Mendeley Importer seperti langkah-langkah berikut:

11
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Langkah 1

Buka www.mendeley.com

Rajah 2.6 – Web rasmi Mendeley

Langkah 2

Anda perlu “Sign in” dan masukkan emel serta password anda. Anda akan dapat
ucapan seperti “Welcome Othman Talib”. Ini adalah Mendeley Desktop versi Web !!

12
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 2.7 – Mendeley Web

Langkah 3

Seterusnya anda perlu install Web Importer

Rajah 2.8 – Web Importer

13
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Anda perlu click and drag ikon “Import to Mendeley” dan letakkan di atas task bar
internet komputer anda, atau right click dan “add this link to your bookmarks”.

Rajah 2.9 – Ikon Web Importer

Rajah 2.10 – Mendeley Importer

14
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 2.11 – Arahan menambah Mendeley Importer

Then akan keluar satu ikon Mendeley di penjuru kanan atas task bar.

Rajah 2.12 – Bulatan menunjukkan Web Importer di task bar

2.3 Synchonization dan simpanan fail sumber rujukan

Mendeley menggunakan pendekatan Synchronization. Synchronization boleh dilakukan


dengan mengklik “Sync”.

15
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 2.13 – Ikon Sync

Bagaimana ini berlaku. Katakan anda ada dua Mendeley Desktop pada komputer A dan
B serta Mendeley Web yang boleh dibuka di kedua-dua komputer melalui internet.

Secara prinsipnya, Synchronization berlaku dengan memastikan hanya fail yang telah
terakhir kemaskini sahaja akan di Synchronization kesemua Mendeley Desktop
(komputer A dan B) dan Mendeley Web. Katakan anda memadam 2 fail PDF pada
Mendeley Web dan apabila anda mengklik “Sync” pada komputer A dan B, maka anda
akan mendapat library yang telahpun dikemaskini tanpa 2 fail PDF tersebut.

Hal yang sama jika anda ingin memadam atau menambah fail PDF dalam mana-mana
Mendeley Desktop. Katakan anda memadam 2 fail PDF pada Mendeley Desktop
komputer A. Apabila anda “sync” di Mendeley Desktop komputer B, anda akan
mendapat fail yang telah dikemaskinikan sama seperti dalam Mendeley Desktop
komputer A. Begitu juga pada Mendeley Web yang secara automatic akan “sync” dan
memaparkan fail yang telah dikemaskini.

Timbul lagi satu persoalan? Di manakah sebenarnya fail katakan PDF disimpan apabila
anda menambahnya dalam Mendeley Desktop ataupun Mendeley Web? Mendeley
sebenarnya TIDAK menyalin mana-mana fail PDF ke dalam Mendeley Desktop
mahupun Mendeley Web. Mendeley hanya menyimpan “pathway” atau laluan fail PDF
tersebut ke mana sahaja tempat simpanan anda samada dalam folder hard disk
16
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

ataupun folder dropbox anda sebelum anda import fail tersebut ke dalam Mendeley. Ini
bermakna, jika anda memadam atau membuat perubahan pada nama fail dalam folder
asal tersebut, maka anda tidak akan dapat membuka fail tersebut lagi dalam Mendeley
Desktop mahupun Mendeley Web. Ingat, Mendeley tidak menyalin mana-mana fail ke
dalam Mendeley Desktop mahupun Mendeley Web tetapi sebaliknya hanya
mengekalkan “pathway” fail tersebut dari folder asal sebelum diimpot ke Mendeley. Ini
menjadikan perisian Mendeley mudah ddikendalikan.

Oleh itu sayugia diingatkan supaya apa sahaja fail yang anda ingin import ke Mendeley
hendaklah disimpan dalam satu folder sahaja bagi memudahkan ada membuat
semakan. Walaupun anda boleh menggunakan lebih dari satu komputer kerana adanya
fungsi “sync” pada Mendeley Desktop dan Mendeley Web , namun adalah lebih
praktikal menggunakan hanya satu komputer penulisan tesis anda supaya anda tidak
pening.

2.4 Menghapus fail dalam simpanan

Paparan fail di atas Mendeley Desktop dengan fail dalam folder (katakan dalam
dropbox) adalah dua identity yang berbeza. Mendeley Desktop hanya menyimpan
“pathway” kepada fail dalam folder anda.

Katakan anda ada 10 fail PDF dalam Mendeley Desktop dan anda juga ada 10 fail PDF
yang sama dalam folder anda di dalam dropbox.

17
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 2.14 – Fail dalam Mendeley Desktop

Kemudian anda padam fail Treagust dalam folder dropbox anda, maka hanya tingga 9
fail PDF sahaja.

18
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 2.15 – Fail Treagust telah dipadamkan

Kemudian anda membuka semula Mendeley Desktop anda maka fail Treagust tidak lagi
boleh dibuka.

Rajah 2.16 – Fail Treagust tidak boleh dibuka lagi

19
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Ikon yang ditunjukkan adalah isyarat bahawa fail asal telah dipadamkan. Namum jika
anda masukkan semula, maka secara automatic Mendeley Desktop akan membina
“pathway” yang asal lalu fail tersebut akan kembali seperti asal dan boleh dibuka di
Mendeley Desktop dan di Mendeley Web

HAK CIPTA TERPELIHARA:

TIDAK DIBENARKAN MENYALIN MANA-MANA BAHAGIAN BUKU INI


UNTUK TUJUAN EDARAN BAGI MENGHORMATI USAHA
PENULIS SERTA KEBERKATAN ILMU YANG BAKAL DIPEROLEHI.

JIKA BERMINAT, SILA DAPATKAN BUKU INI SECARA SAH DI:

tulistesiscepat@gmail.com
www.tulis-tesis-cepat.com

20
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

BAB 3 - MEMASUKKAN FAIL DALAM MENDELEY

3.1 Import sumber dengan Mendeley Web Importer

Langkah 1

Buka Google Scholar. Katakan anda ingin mencari artikel yang berkaitan dengan
pengarang “Othman Talib”. Anda akan dapat paparan berikut:

Rajah 3.1 – Paparan hasil carian “Othman Talib”

Langkah 2

Kemudian anda berminat untuk dapatkan artikel pertama “Computer-


animated…….analysis”. Jadi anda klik ikon Web Importer (ikon seperti di Rajah 2.12 di
muka surat 15) maka akan anda akan mendapat paparaan berikut:

21
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 3.2 – Paparan Import document to Mendeley

Langkah 3

Kemudian anda klik “Import” pada artikel tersebut, katakan anda pilih artikel pertama
“Computer-animated Instruction……. analysis”.

Rajah 3.3 – Artikel telah dipilh untuk diimport

22
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Langkah 4

Bila anda buka Mendeley Desktop, klik “Sync” anda akan lihat artikel tersebut sedang di
muat turun

Rajah 3.4 – Proses muat turun sedang berjalan

Dan akhirnya berjaya masuk dalam Mendeley Desktop anda !!

Rajah 3.5 – Muat turun selesai

23
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Selain Google Scholar, Mendeley juga menyokong pencarian dalam data base seperti
Amazon, JSTOR, Ebsco host, SAGE, SpringerLink, APA PsycNET. Senarai lengkap
boleh dilihat di www.mendeley.com/import/

3.2 Menambah sumber dari Mendeley Web

Selain dari mencari dan mengimport sumber menggunakan Web Importer, anda juga
boleh mencari dan masukkan sumber terus dari Mendeley Web ke Mendeley Desktop
melalui tab “Papers” pada Mendeley Web.

Buka Menddeley Web. Kemudian klik tab “Papers”. Katakan anda ingin mencari sumber
dengan kata kunci menggunakan operasi Boolean iaitu “animation AND science”. Anda
boleh tick ruangan “Open access article only” untuk pastikan sumber boleh di buka
sahaja.

Kemudian anda boleh klik “Save Pdf to Library” maka article berkenaan akan masuk ke
dalam My Library di Mendeley Web. Bila anda buka Mendeley Desktop dan klik “sync”,
berlaku proses synchronization lalu artikel akan masuk ke dalam library Mendeley
Desktop.

Penulis ketika kendalikan bengkel Penulisan Tesis, Mendeley dan ATLAS.ti di UNISZA

24
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 3.6 – Save PDF to library

3.3 Menambah sumber terus dari simpanan / dropbox

Memuat turun artikel dan menyimpannya dalam portable storage seperti hard disk
ataupun pen drive sangat tidak digalakkan. Amalan ini terdedah kepada risiko
kehilangan atau kerosakkan alat simpanan tersebut.

Cara yang mungkin lebih selamat adalah memuat turun dan menyimpan semua fail
PDF ke dalam dropbox. Dropbox adalah cloud storage yang menawarkan folder bagi
simpanan fail yang boleh dibuka di mana-mana komputer secara synchronization. Ini
25
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

bermakna, anda tidak akan menghadapi risiko kehilangan atau kerosakan fail dalam
simpanan anda. Anda boleh install Dropbox secara percuma di www.dropbox.com

Rajah 3.7 – Aplikasi dropbox


(www.smoothprinterservice.com)

Katakan anda telah berjaya memuat turun 10 artikel PDF yang berkaitan dengan kajian
anda dalam dropbox. Anda simpan 10 fail PDF ini dalam Folder “pdf_PhD”

26
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 3.8 – Menyimpan fail PDF dalam dropbox

Anda boleh lakukan dua cara mudah untuk import fail ke Mendeley Desktop dari folder
dropbox:

Pertama: Drag and drop folder “pdf_PhD” ke atas Mendeley Desktop

27
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 3.9 – Dari folder dropbox ke Mendeley Desktop

Atau buka folder “pdf_PhD” dan srag and drop semua fail PDF dalam folder “pdf_PhD”
ke atas Mendeley Desktop

Rajah 3.10 –Dari fail PDF ke Mendeley Desktop

28
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Inilah yang akan terhasil. Mendeley Desktop menyusun artikel dengan mengekstrak
meta data dari artikel-artikel tersebut dan disusun ke dalam Mendeley Desktop. Meta
data yang dimaksudkan adalah seperti Author, Year, Title, Publication dan sebagainya.
Namun terdapat beberapa artikel yang tidak lengkap seperti artikel ke-2 (tiada
publication), ke-10 (tiada nama author). Oleh itu anda perlu klik ikon “Needs Review”
bagi menyemak artikel yang tidak lengkap atau salah metadata yang diekstrak.

Rajah 3.11 – Needs review

29
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Apabila ikon “Needs Review” diklik akan terpapar 3 artikel yang perlu dilengkapkan
meta datanya:

Rajah 3.12 – Artikel PDF yang perlu dilengkap meta data

Anda perlu buka artikel pertama dan ternyata field Authors tidak betul, begitu juga field
Journal yang tidak lengkap. Anda perlu buka document PDF tersebut dan klik butang
“Hide document details” seperti anak panah Rajah 3.13

Rajah 3.13 – Butang “Hide document details”

30
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Langkah seterusnya adalah melengkapkan meta data tersebut dan klik “Details are
Correct”

Rajah 3.14 – Maklumat document yang telah lengkap

Lakukan kepada 2 artikel lagi sehingga semuanya lengkap seperti berikut:

Rajah 3.15 – Documen dalam Mendeley Desktop yang lengkap

31
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Anda boleh pergi ke Mendeley Web dan perhatikan bahawa semua artikel yang ada
dalam Mendeley Desktop kini berada dalam Mendeley Web.

Rajah 3.16 – Mendeley Web

Jika anda buka komputer yang lain, akan berlaku Synchronization pada Mendeley
Desktop komputer tersebut seperti rajah berikut sehingga Mendeley Desktop komputer
tersebut sama seperti komputer yang satu lagi.

32
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 3.17 – Proses synchronization sedang berjalan

Rajah 3.18 – Mendeley Desktop yang sama terhasil walaupun komputer berbeza

33
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

3.4 Menambah sumber tanpa muat turun fail

Katakan anda ingin memasukkan buku atau artikel hardcopy yang anda baca dalam
Mendeley Desktop supaya dapat digunakan dalam petikan dan senarai rujukan. Apa
yang perlu adalah “Add Entry Manually”

Rajah 3.19 – Klik File – Add Manually

Jika yang anda tambah adakah buku, anda lengkapkan semua Field yang diperlukan
bagi rujukan sebuah buku. Jika anda ingin kekalkan nama tanpa surname seperti
“Othman Talib” bukannya “Talib, O” maka anda pilih option “Institution/Organization”
semasa mengisi Field Authors.

34
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 3.20 – Field untuk dilengkapkan

Selepas klik “Save” buku anda telahpun berada dalam Mendeley Desktop dan juga
akan synchronize dalam Mendeley Web apabila anda membukanya. Mudah bukan?

Rajah 3.21 – Buku Othman Talib berada dlam Mendeley Desktop

35
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

3.5 Mendeley “corrupted” ?

Terdapat kes yang mana perisian Mendeley Desktop anda bermasalah atau
“corrupted”. Anda jangan susah hati. Apa yang anda perlu lakukan adalah reinstalled
Mendeley Desktop anda dan kemudian installed semula. Anda jangan terkejut jika anda
akan mendapat Mendeley Desktop yang sama seperti sebelum corrupted. Ini kerana
Mendeley Desktop anda tetap terpelihara dalam bentuk Mendeley Web.

Rajah 3.22 – Berbincang dengan Ust Don Danial tentang penyelidikan

36
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

BAB 4 - MENJANA PETIKAN DAN RUJUKAN

Anda telahpun mempunyai akaun dengan Mendeley. Ini membolehkan anda membuka
Mendeley Web di mana sahaja dan dengan apa sahaja komputer secara online.

Anda juga boleh mempunyai Mendeley Desktop dilebih dari satu komputer. Katakan
anda membuat perubahan pada komputer A, seperti menambah artikel, maka anda
perlu klik “sync” pada komputer B untuk mendapatkan perubahan yang sama.

Sekarang anda perlu menggunakan MS Word untuk menyiapkan tesis anda sambil
memasukkan petikan sebagai “in text citation” dan menjana senarai “References /
Bibliography” dalam manuskrip tesis anda.

4.1 Masukkan ikon Mendeley Desktop pada MS Word

Namun langkah berikutperlu diikuti: Pada Mendeley Desktop sila klik “Tool”

Klik “Install MS Word Plugin” – pastikan anda tidak membuka fail .doc ketika ini atau fail
tersebut akan ditutup oleh Mendeley Desktop

Rajah 4.1 – Ini langkah penting masukkan Mendeley Desktop dalam MS Word

37
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Kemudian baru anda buka fail MS WORD, dan anda akan dapati ikon Mendeley bagi
Insert Citation, Insert Bibliography wujud bila anda klik References.

Rajah 4.2 – Tiada masalah jika anda ada ikon Reference Manager lain juga

4.2 Membaca artikel

Anda boleh terus membuka artikel dalam “All Document” di Mendeley Desktop. Klik
pada artikel pertama “Talib, O…. Secombe, M”

Rajah 4.3 – Dua artikel dalam All Documents

38
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Anda telah membuka artikel berkenaan seperti paparan berikut:

Rajah 4.4 – Perhatikan semua meta data sudah lengkap

Anda perlu pastikan bahawa semua maklumat di bahagian “Details” lengkap atau sama
dengan maklumat pada artikel. Jika tidak, anda perlu lengkap dan betulkan. Paparan di
atas menunjukkan semua maklumat yang lengkap.

4.3 Menjana sumber petikan

Katakan anda telah menulis pernyataan yang memetik artikel di atas dan anda perlu
menyertakan sumber petikan di akhir pernyataan tersebut. Anda perlu letakkan cursor
anda dihujung pernyataan:

39
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Klik: References – Insert Citation (Ikon Mendeley) – Go to Mendeley

Rajah 4.5 – Ikon Go To Mendeley

Bila Mendeley Desktop dipaparkan, klik pada artikel yang ingin dirujuk dan klik “Cite”.

Rajah 4.6 – Klik “Cite” untuk masukkan sumber petikan

40
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Inilah yang terhasil yang anda perolehi yang mana sumber petikan iaitu “(Talib,
Matthews & Secombe, 2005)” berada dalam perenggan secara automatik.

Rajah 4.7 – Sumber petikan (citation)

4.4 Memasukkan rujukan

Anda juga perlu memasukkan senarai rujukan. Anda cuma perlu letakkan cursor anda
di bawah Reference. Kemudian anda klik “References” (pada fail MS Word) dan klik
“Insert Bibliography” maka rujukan lengkap tertulis secara automatik

41
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 4.8 – Reference tertulis secara automatic !!

4.5 Fail Mendeley tidak wujud dalam MS Word !

Wujud keadaan yang mana anda telah lakukan langkah seperti bahagian 4.1 tetapi
anda dapati ikon Mendeley tetap tidak muncul dalam MS Word anda. Sebenarnya sukar
untuk jelaskan mengapa ini terjadi, kecuali mereka yang benar-benar arif. Namun, satu
nasihat pada yang handapi situasi ini.

Walaupun anda membeli MS Word yang asli tetapi jika anda tidak bernasib baik,
Mendeley Desktop tidak akan muncul dalam MS Word anda. Apa yang perlu anda
lakukan adalah install semula MS Word anda. Elakkan dari menggunakan MS Word
yang “tidak asli”. Setelah anda reinstalled MS Word, ulangi langkah pada bahagian 4.1,
dan ikon Mendeley Desktop akan muncul.

HAK CIPTA TERPELIHARA:

TIDAK DIBENARKAN MENYALIN MANA-MANA BAHAGIAN BUKU INI


UNTUK TUJUAN EDARAN BAGI MENGHORMATI USAHA
PENULIS SERTA KEBERKATAN ILMU YANG BAKAL DIPEROLEHI.

JIKA BERMINAT, SILA DAPATKAN BUKU INI SECARA SAH DI:

tulistesiscepat@gmail.com
www.tulis-tesis-cepat.com
42
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

BAB 5 - MENEROKA ARTIKEL

5.1 Membaca aktikel secara efektif

Anda telah melangkah setapak lagi apabila berjaya menjadi calon Sarjana ataupun PhD
atau yang setaraf dengannya seperti EdD, DBA. Kini anda perlu menyiapkan diri untuk
memasuki dunia akademik dan penyelidikan serta bersedia untuk menulis tesis.

Dalam buku ini, tesis juga membawa maksud dissertasi, adalah pra-syarat
mendapatkan ijazah peringkat sarjana mahupun kedoktoran. Tesis ini adalah tradisi
kesarjanaan sebagai satu sumbangan anda memperkembangkan pengetahuan dalam
bidang kajian anda. Malangnya menulis tesis seperti satu perjalanan yang menghantui
sebahagian pelajar siswazah sepanjang tempuh pengajian.

Membaca artikel bukan seperti membaca novel. Anda perlu membaca secara
menyeluruh tetapi fokus kepada kajian anda. Terdapat beberapa kelebihan Mendeley
Desktop dalam membantu memudahkan proses penerokaan artikel.

5.2 Fungsi penandaan (highlight) dan sticky note

Kebiasaan membuat penandaan dengan pen penanda (highlighter pen) atau membuat
garisan bertujuan menanda isi-isi penting dalam sesuatu artikel. Penandaan juga
bertujuan untuk memahami isi yang ditanda secara lebih mendalam dalam pembacaan
yang akan datang. Langkah ini membolehkan anda membaca isi-isi tersebut
kemudiannya tanpa perlu membaca keseluruhan artikel.

Artikel yang diterbitkan dalam jurnal adalah sumber rujukan utama dalam penulisan
tesis. Anda mungkin telah mengumpul lebih 100 artikel yang releven dengan kajian
anda. Anda tidak mungkin dapat meng”hadam” semua artikel tersebut tetapi langkah
penandaan akan membantu anda membaca semua hanya isi-isi penting dengan lebih
fokus.

43
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Fungsi penandaan ini telah disediakan oleh Mendeley Desktop. Apa yang anda perlu
lakukan adalah membukan artikel yang anda ingin baca dan klik icon highlight dan pilih
Highlight Text.

Rajah 5.1- Highlight text

Kemudian anda lakukan penandaan sebagaimana yang lazimnya ada lakukan secara
manual.

Rajah 5.2 – Bahagian teks yang telah ditanda

44
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

5.3 Fungsi Sticky Note dan Note

Fungsi stricky note sama seperti Post-it iaitu sekeping kertas (biasanya berwarna
kuning) yang mempunyai bahagian boleh melekat. Kegunaannya bergantung kepada
individu. Ada yang menggunakan sticky note untuk menambah idea pada bahan yang
dibaca, sebagai peringatan atau sebagai nota ringkas kepada perenggan dalam artikel.
Anda cuma klik pada”Note” dan klik sekali lagi di mana-mana bahagian artikel yang
anda ingin.

Rajah 5.3 – Sticky note Mendeley

Mendeley Desktop juga menyediakan fungsi Note (tab disebelah kanan bersebelahan
Details). Anda boleh menulis apa sahaja catatan ringkas didalam ruang yang
disediakan. Catatan ini termasuklah memo, peringatan ataupun ringkasan.

45
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 5.4 – Menulis sesuatu dalam “Notes”

5.4 Filter “between” artikel-artikel

Mendeley Desktop sangat unik kerana keupayaannya mencari maklumat “between”


artikel yang banyak tetapi juga berupaya membuat filer “within” individual artikel.
Fungsi “Search’ yang terletak sebelah kanan atas Mendeley Desktop ini bukan sahaja
menyediakan pencarian Authors; Titles; Publication Names; Year; Notes sahaja tetapi
juga boleh ditambah untuk mencari melalui field meta data yang lain seperti tag,
abstrak, city dan sebaginya termasuklah Notes. Pencarian juga boleh dilakukan secara
bebas dengan hanya menaip kata kunci.

Pencarian “between” artikel adalah pencarian yang dibuat antara artikel-artikel dan
kemudiannya diasingkan mengikut tema.

46
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 5.5 – Field untuk Search

Katakan anda mencari Mayer sebagai Authors. Anda pilih meta data Authors:Meyer
maka artikel yang ditulis oleh Mayer akan dipaparkan.

Rajah 5.6 – Proses “Search” atau “Filter”

47
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Paparan menunjukkan hanya satu artikel yang mempunyai “Mayer” sebagai author.
Anda boleh lakukan hal yang sama seperti mencari perkataan “organic chemistry” yang
tertulis dalam abstrak artikel. Anda hanya perlu taip “Abstract: organic chemistry”
dalam ruang search tersebut. Mendeley Desktop akan memaparkan satu artikel sahaja
yang mempunyai abstract dengan perkataan “organic chemistry”

Rajah 5.7 – Pelbagaikan ruangan “Search”

Pencarian “between” artikel bertujuan mengasing artikel-artikel mengikut tema. Fungi ini
sangat berguna bagi membuat kategori bagi mengasingkan artikel-artikel mengikut
tema seperti Main author; Theory; Organic dan sebagainya. Tindakan mengasingkan
artikel mengikut tema akan memudahkan pembacaan secara lebih fokus. Jadi anda
perlu “create folder” dan namakan mengikut tema.

48
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 5.8 – Anda hanya perlu taip teme pada “Untitled Folder”

Katakan anda ingin membaca artikel oleh main author dalam bidang kajian anda,
katakan Mayer. Maka anda perlu “search” nama “Mayer”. Kemudian anda highlight dan
drag artikel tersebut dalam folder “Main author”

49
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 5.9 – Highlight artikel dan heret ke atas folder “Main author”

Lakukan hal yang sama dengan “Title:Organic” dan kemudian “cognitive load”. Bagi
“Title:Organic” terdapat tiga artikel yang mempunyai perkataan “organic” pada tajuk
artikel tersebut. Click and drag ketiga-tiga artikel ini ke dalam folder “Organic”.

50
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 5.10 – Folder tema “Organic”

Bagi tema ”Theory” pula anda boleh taip “cognitive load” sebagai kata kunci pencarian
bebas anda. Hasilnya ada 3 artikel yang membincangkan teori “cognitive load” ini.

Rajah 5.11 – Folder tema “Theory”

51
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

5.5 Filter “within” artikel

Mendeley Desktop bukan sahaja sangat unik kerana keupayaannya mencari maklumat
“between” artikel yang banyak tetapi juga berupaya mencari maklumat “within”
individual artikel.

Pencarian “within” ini bermakna anda mencari maklumat khusus dalam individual
artikel. Katakan anda membuka folder “Theory” maka terdapat dua artikel termasuk
artikel oleh Gita Taasoobshirazi dan Shawn M. Glynn (2009). Anda taip search
perkataan “cognitive load” yang mewakili teori dalam kajian anda maka terdapat 3
perkataan tersebut dalam artikel. Anda boleh klik tab “Previous” atau “Next” untuk terus
ke perkataan “cognitive load” dalam teks. Perkataan “cognitive load” ini ditandakan
dengan warna kuning, sama seperti anda menggunakan fungsi highlight !

Rajah 5.12 – Mendeley Desktop mencari perkataan Cognitive Load dalam artikel

Terdapat 3 perkataan “cognitive load” dalam artikel tersebut. Anda boleh terus
membaca berkaitan cognitive load tanpa perly membaca keseluruhan artikel.

52
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 5.13 – Mendeley Desktop menanda perkataan “Cognitive load”

53
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

BAB 6 – SALLY DAN MENDELEY

6.1 Siapa Sally?

Sally termenung. Bukan hari ini dia termenung, malah sudah hampir 3 bulan dia
termenung. Semangatnya luntur ibarat baju hitam yang telah menjadi putih akibat
terkena chlorox. Sally sudah tidak kisah. Biarlah baju hitamnya menjadi putih, seputih
kertas A4 proposal PhDnya yang sekian lama tidak tertulis apa-apa.

Semalam Sally mengikuti Bengkel Penulisan dan Penguruan Artikel Mendeley.


Bengkel yang dikendalikan oleh Dr OT memang santai. Hari ini Sally mula tersenyum.
Kini semangatnya sudah pulih dan dia mula melihat satu sinar di hujung terowong. Sally
tidak termenung lagi. Cita-citanya untuk membuat kajian “constructivist” dan “animation”
dalam pengajaran Kimia seperti segar semula.

Rajah 6.1 - Peserta Bengkel Penulisan dan Mendeley 2013 - Mana satukah Sally?

54
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

6.2 Pencarian artikel bermula

Sally membuka komputer ribanya. Dia ingin mencari sumber bacaan yang berkaitan
kajian “constructivist” dan “animation” dalam pengajaran Kimia. Dalam bengkel Dr OT,
Sally dimaklumkan terdapat beberapa cara untuk mencari sumber rujukan samada
melalui muat turun data base di library, pencarian melalui Google Scholar ataupun
melalui Papers di Mendeley Web.

Sally memulakan langkah pencarian menerusi Google Scholar dahulu. Sallypun


menggunakan Operasi Boolean “AND” seperi berikut:

Rajah 6.2 – Gunakan “AND”, “NOT” “OR”

Dalam sekelip mata Sally dengan mudah mendapat 15600 sumber yang berkaitan
dengan topik untuk dipilih. Sudah pastilah sumber tersebut terdiri dari pelbagai bentuk
dari buku, jurnal, prosiding dan sebagainya. Bagi jurnal, Sally membaca anstraknya
dahulu bagi mengetahui kerelevanan sesuatu artikel sebagaimana yang disarankan
oleh Dr OT dalam bengkel yang dihadiri Sally.Setelah meneliti abtsrak, Sally memilih 4
artikel buat permulaan yang dianggap relevan dengan kajiannya.

55
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 6.3 – Antara bahan yang dipaparkan oleh Google Scholar

56
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Sally tanpa berlengah terus membina satu folder yang di namakan sebagai
“A_proposal_Phd” dalam dropbox bagi memuat turun semua fail PDF dari Google
Scholar ke dalam folder tersebut. Sally mengambil nasihat Dr OT supaya semua fail
yang dimat turun hendaklah disimpan dalam cloud storage supaya selamat dan sesuai
untuk proses Synchronization. Fail PDF pertama di muat turun adalah arrtikel berikut:

Rajah 6.4 Folder “A_proposal_pdf” Sally

Akhirnya Sally berjaya memuat turun 4 artikel tersebut yang disimpan dalam folder
“A_proposal_pdf” dalam dropbox. Tidak sampai 20 minit semuanya selesai.Sally
menggelengkan kepalanya kerana selama ini dia seperti tidak mengetahui apa yang
perlu dilakukannya. Sekarang semuanya telah bermula !!

57
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 6.5 – Artikel Sally dalam folder dropbox

Sally mula tersenyum berbunga-bunga, ibarat pengantin perempuan selepas selesai


majlis akad nikah, menunggu majlis membatal air sembahyang (Penulis: Sayapun
hairan kenapa pulak perlu batal wuduk, sedang berwuduk adalah lebih baik). Tanda
berlengah lagi, Sally terus membuka lalam web publisher tersohor seperti Wiley untuk
mencari artikel seterusnya. Sally tahu bahawa jurnal kesukaannya iaitu Science
Education diterbitkan oleh Wiley online Library. Jurnal ini adalah salah satu jurnal yang
menjadi “lubuk” bagi artikel-artikel terbaik dalam pendidikan sains. Dengan menaip
perkataan “Science Education” di laman web Wiley online Library. Sally telah mendapat
jurnal kesukaannya itu.

58
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 6.6 – Mencari “Science Education”

Di dalam jurnal Science Education tersebut Sally dengan selamba menaip kata kunci
“animation AND constructivist” seperti yang dilakukannya pada Google Scholar.

Rajah 6.7 – Pencarian melalui jurnal Science Education

59
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Selesai menekan butang. maka terpaparlah 11 artikel yang dicari-cari oleh Sally.
Kesemua artikel boleh dimuat turun ke dalam folder A_proposal_pdf dalam dropbox
Sally.

Rajah 6.8 Artikel dalam Science Education

Tiba-tiba Sally termenung lagi. Baru dia teringat dalam bengkel, Dr OT menyebut
tentang snowballing, iaitu proses mencari artikel yang saling berkaitan dengan artikel
yang dibaca. Sally cuba melihat pada artikel dan memang benar, terdapat bahagian

60
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

“Abstract” dan “References” pada laman yang sama yang boleh membantu mencari
artikel yang lain dalam senarai rujukan artikel yang ingin dimuat turun.

Rajah 6.9 – Tab “References”

Sallypun terus mengklik bahagian “References” dan terpaparlah senarai rujukan yang
sebahagiannya siap dengan hyperlink ke artikel yang lain yang dirujuk oleh artikel asal.

Rajah 6.10 – Snowballing di bahagian References

61
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Sama seperti sebelumnya, Sally selesai memuat turun artikel-artikel dalam Science
Education dalam tempuh 25 minit sahaja. Sally tahu satu lagi “lubuk” bagi artikel
pendidikan sains adalah dalam jurnal “Research in Science Teaching” yang juga boleh
diakses di Wiley Online Library. Namun Sally menangguhkan dahulu hasratnya kerana
beliau ingin berpindah ke penerbit yang lain pula.

Sally terus membuka ScienceDirect untuk mendapatkan jurnal Procedia – Journal of


Behavioral Sciences dan mengulangi langkah yang telah dilakukannya ketika mencari
dan memuat turun artikel dari jurnal Science Education.

Rajah 6.11 – Artikel yang ada kata kunci “animation” dan “constructivist”

62
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Buat permulaan Sally hanya memuat turun 2 artikel dari Journal of Behavioral Sciences.
Jadi dalam tempuh masa sejam, Sally telah berjaya memuat turun dan menyimpan 10
artikel PDF dalam folder A-proposal_pdf dalam dropboxnya.

Rajah 6.12 – Inilah artikel Sally dalam sejam !!

6.3 Sally, I need review !

Sally telah mempunyai 10 artikel dari tahun 2005 hingga tahun 2012. Sally
menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia seperti tidak percaya, dalam tempuh sejam
sahaja, dia sudah bersedia untuk memulakan penulisan proposal.

Sally pun melakukan drag-and-drop folder “A_proposal_phd” ke dalam Mendeley


Desktop. Sally terus klik “Needs Review”.

63
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 6.13 – Need review untuk lengkapkan meta data artikel

Sally mendapati 3 fail PDF nya perlu dilengkapkan.

Rajah 6.14 – Ternyata meta data yang tidak lengkap

Setelah Sally melengkapkan meta data, maka terhasillah Mendeley Desktop yang
bersedia untuk menjalankan tugasnya selaku Reference Manager.
64
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 6.15 – Mendeley Desktop dengan artikel yang lengkap

6.4 Zero Draft of Thesis (ZDOT)

Sally memulakan penulisan proposalnya dengan menyediakan ZERO DRAFT OF


THESIS (ZDOT) dengan aplikasi Document Map (MS Word 2007) atau Navigation
Pane (MS Word 2010) seperti yang dipelajarinya dalam bengkel penulisan tesis Dr OT.
ZDOT ini memudahkan Sally menganalisis artikel yang dibaca dan meletakkan mana-
mana isi penting di bawah mana-mana heading dan sub-heading yang berkaitan.

65
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 6.16 – Ini ZDOT dengan document map

6.5 Filtering Based on Themes (FBOT)

Sally tahu dia tidak mungkin dapat membaca artikel satu persatu begitu sahaja. Selama
ini dia cuba berbuat demikian ternyata jiwanya tertekan kerana otak kapasiti Pentium V
yang dimilikinya tidak sama seperti otak adik Adi Putra yang boleh memproses
maklumat dengan cepat. Baru baca 3, 4 artikel pun Sally mula pening, loya. Loya?
Mana boleh sebab Sally belum kahwin!

66
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Kini semua itu sudah jadi sejarah. Sally akan mengikut teknik Dr OT supaya terlebih
dahulu membuat FILTERING BASED ON THEMES (FBOT) supaya artikel dapat di
kelaskan dahulu mengikut tema. Kaedah ini dilakukan dengan membuat kasifikasi
artikel mengikut tema ke dalam folder-folder di Mendeley Desktop .

Rajah 6.17 Bengkel Mendeley - Adakah ini Sally?

Sally bercadang untuk mengasingkan artikel yang dikumpulkannya dalam 2 tema


utama dahulu untuk mengetahui perbincangan “constructivist” dan “animation” dalam
kajian lepas. Sally mulakan dengan membuat filter pada search dengan memilih
“Title:animation” serta “Title:constructivist” supaya hanya tajuk yang ada perkataan
kedua-dua kata kunci tersebut dapat dikelompokkan. Kemudian Sally tandakan ikon
“bintang” bagi artikel yang telah dipilih dan membuat satu lagi folder “Related” bagi
artikel yang tidak termasuk dalam mana-mana kelompok.

67
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 6.18 – Folder dengan tema “animation”

Rajah 6.19 Folder dengan tema “constructivist”

68
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 6.20 Artikel lain masuk bawah tema “Related”

6.6 Speed Reading on Target (SROT)

Sally memulakan pembacaan dengan membuka folder constructivist. Dia mengikut


teknik SROT iaitu membuat pembacaan hanya kepada apa yang ingin dibaca sahaja.
Sally membuka setiap satu artikel dan menaip perkataan “constructivist” untuk tujuan
search “within” artikel.

69
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 6.21- Artikel dalam folder “Constructivist”

Sally memilih artikel oleh Jones dan mendapati ada 9 perkataan “constructivist” dalam
artikel tersebut. Sally boleh memilih untuk membaca artikel tersebut keeseluruhan
ataupun hanya membaca dahulu (sebagai warming up !!) terus kepada perkataan
“constructivist” dengan mengklik “Previous” atau “Next”.

Rajah 6.22 – Sally membaca secara SROT

70
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Setelah mendapat isi dari artikel yang dirujuk, Sally pun menulis satu perenggan di
bawah sub heading 2.1.1 Theory 1 seperti berikut. Kemudian dia memasukkan rujukan
petikan yang dirujuk.

Rajah 6.23 –Dari proposal ke Mendeley

Dibawah sub heading 2.1.1 Theory, Sally meringkaskan maksud “constructivist” dari
artikel ini dan melakukan operasi:

References – Inserta Citation – Go to Mendeley – Cite

Inilah yang akan terhasil penulisan Sally dalam proposalnya dibawah sub heading 2.1.1
Theory 1 sebagai permulaan.

2.1.1 Theory 1

Although constructivism is not a theory of teaching, the movement from


traditional direct transmission to constructivist instructional approaches reflects
the movement from the teacher transmitting information to students to the
teacher facilitating students in the active pursuit of furthering their own
knowledge (Jones, 1994).

71
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Indeed, the integration of computer animation in science instruction has been


proposed by many researchers as providing a teaching and learning tool that can
facilitate students’ conceptual change (Othman Talib, Matthews, & Secombe,
2005). Specifically, the use of computer animation is believed to provide an
opportunity for the students to organize and comprehend the sequences of the
abstract, dynamic and complex processes (Chan & Black, 2006).

Selepas selesai menulis beberapa muka surat, Sally pun menetapkan format APA 6th
Edition.

Rajah 6.24 – Format APA 6th Edition

Sally klik References – Insert Bibliography maka inilah hasil “REFERENCES” yang
terpapar dalam sekelip mata, tanpa perlu Sally menulis walaupun satu titik !! Hati Sally
berbunga-bunga.

72
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Rajah 6.25 – Insert Bibliography

Inilah hasilnya dalam sekelip mata !

REFERENCES

Chan, M. S., & Black, J. B. (2006). Learning Newtonian Mechanic with an


Animation Game: The Role of Presentation Format on Mental Model
Acquisition. San Francisco.

Jones, D. (1994). A Constructivist-based Tool for Operating Systems Education.


Journal of Educational Psychology, 2(2), 123–133.

Othman Talib, Matthews, R., & Secombe, M. (2005). Computer-animated


Instruction and Students’ Conceptual Change in Electrochemistry.
International Education Journal, 5(5), 29–42.

73
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

Sally cuba mengubah gaya APA 6th Edition ke Format Gaya UKM pulak. Format ini
boleh diperoleh dalam Tajuk 458: Fulamak...3 Langkah Mudah Gaya UKM Dlm
MENDELEY di blog www.drotspss.blogspot.com !

Rajah 6.26 – Fail XML Mendeley Desktop boleh diubah ke Gaya UKM

Setelah 2 minggu menumpukan perhatian mencari sumber rujukan, akhirnya Sally


berjaya mengumpul lebih 100 artikel dengan 90 daripadanya adalah PDF. Artikel-artikel
ini di kelompokkan lagi mengikut tema-tema yang lebih khusus mengikut teknik FBOT.
Sally membaca secara SROT sambil melakukan proses “cite-while-you-read”. Sally
melakukan “copy-n-paste” dahulu pada sesetangah petikan yang dimasukkan terus ke
dalam ZDOT, manakala sebahagian terus diolah sebelum ditulis dalam ZDOT.

Selepas 30 hari, Sally berjaya menyiapkan proposal dengan 3 chapters lengkap


dengaan Table of Content dan lain-lain mengikut teknik Document Map yang dipelajri
dari bengkel Dr OT. Sejak itu, kerja-kerja penulisan Sally tidak pernah terhenti. Artikel-
artikel yang baru terus dicari sehingga Sally benar-benar memahami semua aspek
methodologi kajian yang bakal dijalankan. Dengan lengkapnya penulisan ZDOT, Sally

74
www.drotspss.blogspot.com www.tulis-tesis-cepat.com

terus menyemak hala tuju kajiannya dengan aplikasi semakan Research Framework on
Template (RFOT) seperti yang dipelajarinya dalam bengkel Dr OT.

Sally menganggap ini adalah satu tsunami yang berlaku dalam dirinya kerena Mendeley
telah meroboh segala benteng yang menghalangnya dari menulis. Dengan berlakunya
Tsunami Mendeley ini, Sally tertanya-tanya – Apakah lagi pelajar Master dan PhD
mahu ?

HAK CIPTA TERPELIHARA:

TIDAK DIBENARKAN MENYALIN MANA-MANA BAHAGIAN BUKU INI


UNTUK TUJUAN EDARAN BAGI MENGHORMATI USAHA
PENULIS SERTA KEBERKATAN ILMU YANG BAKAL DIPEROLEHI.

JIKA BERMINAT, SILA DAPATKAN BUKU INI SECARA SAH DI:

tulistesiscepat@gmail.com
www.tulis-tesis-cepat.com

75

Anda mungkin juga menyukai