Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIPUT (U)

31100 SUNGAI SIPUT (U), PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA
SENAMROBIK

TEMPAT:
DEWAN TERBUKA SK SUNGAI SIPUT (U)

PADA:
22 FEBRUARI 2018

MASA:
7.40 PG – 9.15 PG

ANJURAN BERSAMA:
SK SUNGAI SIPUT (U)
1.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat dan
memupuk murid sentiasa bersenam di sepanjang minggu dan seterusnya sepanjang
kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya
kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang
dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, program ini juga bertujuan membina
keyakinan diri murid tidak malu melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti
senamrobik dan sukan. Selain itu, projek atau aktiviti senamrobik ini dijalankan adalah
bertujuan untuk meningkatkan keyakinan pada diri saya dalam mengetuai sesebuah
persembahan senamrobik. Malah, saya juga mahu memperbaiki dan meningkatkan
kemahiran berinteraksi dengan audien yang ramai selain menguji keupayaan diri saya
dalam menguruskan sesuatu program sekolah yakni menjadi platform kepada saya dalam
kemahiran mengurus.

2.0 RASIONAL

Senamrobik mingguan di sekolah adalah satu program yang amat sesuai dijalankan bagi
memupuk gaya hidup sihat dan cergas supaya dapat dipraktikkan di dalam kehidupan
seharian murid-murid sejak dari kecil. Guru pelatih Pendidikan Jasmani dari IPG Kampus
Ipoh sesuai menjalankan program ini bagi memberi pengalaman pengelolaan aktiviti sihat
untuk dipraktikkan di sekolah. Di samping itu, kerajinan melakukan senaman dapat
diterapkan kepada semua murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Sungai Siput (U)
sejurus melahirkan murid dan guru yang aktif dan sihat serta cergas. Tambahan pula
aktiviti senamrobik ini dapat dipraktikkan oleh murid semasa waktu lapang murid.

3.0 OBJEKTIF

Program ini dilaksanakan bagi mencapai objektif seperti berikut :

 Memberi peluang kepada murid melakukan aktiviti cergas dan sihat di sekolah.
 Menggalakkan murid untuk mempraktikkan gaya hidup yang sihat
 Mengeratkan silaturrahim antara murid dan guru.
 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang
disediakan.
 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.
4.0 MAKLUMAT PROGRAM

Tarikh : 22.2.2018 (Khamis)


Masa : 9.00 pagi – 10.10 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SK Sungai Siput (U)

5.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid Tahun 3, 4, 5 dan 6

6.0 TENTATIF PROGRAM

Hari : Khamis Tarikh : 22 Februari 2018

MASA AKTIVITI

7.40 pagi : Guru dan murid-murid berkumpul di dewan terbuka

7.50 pagi : Ucapan ringkas daripada guru besar SK Sungai Siput (U)
8.00 pagi Senamrobik dimulakan

8.30 pagi : Murid beratur untuk mengambil minuman milo mengikut kelas

9.15 pagi : Bersurai

7.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Puan Amnah Binti Jalaludin


Guru Besar SK Sungai Siput (U)

Guru Pembimbing : Puan Siti Nur Binti Ismail

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : En. Mohd Sauki Bin Mamat
Setiausaha : En. Ahmad Syazwan Bin Mohd Wajiah
AJK Pelaksana Projek :
Instruktor Senamrobik : Murid-murid tahun 6
Siaraya : En. Mohd Hamdan Bin RamlI
Juruacara : Puan Zurina Binti Md Yaacob

9.0 PENUTUP

Kami berharap agar pihak tuan dapat memberi kerjasama dengan sebaiknya dalam
menjayakan aktiviti senamrobik bersama warga SK Sungai Siput (U) ini. Harapan kami
semoga apa yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Terima
kasih didahulukan atas segala kerjasama yang dihulurknkan oleh pihak tuan.

Disediakan oleh:

...............................................................
( AHMAD SYAZWAN BIN MOHD WAJIAH )
Guru Pelatih Internship

Disemak oleh :

.....................................................................................
(PUAN SITI NUR BINTI ISMAIL)
Guru Pembimbing

Disokong oleh:

..............................................................
(ENCIK MOHD SAUKI BIN MAMAT)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Diluluskan oleh:

..............................................................
Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai