Anda di halaman 1dari 39

CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

ISI KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGHARGAAN

ABSTRAK

1.0 OBJEKTIF KAJIAN

1.1 Objektif Am

1.2 Objektif Spesifik

2.0 PENGENALAN

3.0 PEMILIHAN TOPIK

4.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

4.1 Informasi Berkenaan Tajuk

4.2 Terminologi

4.3. Faedah Dan Literature Review

5.0 METODOLOGI KAJIAN

6.0 ANALISA KAJIAN

ADMW 510104 MARCH2019 1


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

ISI KANDUNGAN

SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT

7.0 PERBINCANGAN KAJIAN

7.1 Faktor risiko kelahiran CTEV

7.2 Implikasi Kajian

7.3 Limitasi Kajian

7.4 Keberkesanan melalui kos rawatan

8.0 KESIMPULAN

RUJUKAN

LAMPIRAN

ADMW 510104 MARCH2019 2


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim..syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah

kurniaNya kami sekumpulan berjaya menyelesaikan tugasan dalam pemilihan

tajuk Neonate iaitu Congenital Abnormalities (Talipes) .

Kami juga mengucapkan ribuaan terima kasih pada pihak kolej Ilkkm

Melaka , Puan Nasurah binti Md Yunus kerana menyediakan kemudahan kolej

dalam penyediaan tempat yang selesa,mencari bahan atau info-info yang

berguna dalam membantu tugasan kami ini .

Di samping itu, setinggi-tinggi penghargaan ingin diberikan kepada Puan

Noorul Najlah Binti Abd Rahim kerana tidak jemu dalam membimbing dan

membantu untuk memahami dalam melaksanaan tugasan secara

berkumpulan .Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan yang bertungkus

lumus dalam menyiapkan tugasan ini . Harapan kami tugasan ini memenuhi

kriteria yang dikehendaki .

ADMW 510104 MARCH2019 3


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

ABSTRAK

Congenital Talipes juga dikenali sebagai clubfoot ,merupakan kecacatan

pada kaki dengan tiada rawatan yang dilakukan menyebabkan pergerakan

seseorang itu terhad serta merasa sakit . Secara global 80% kanak yang baru

lahir dengan congenital CTEV di negara yang berpendapatan rendah dan

sederhana . Pengurusan dalam club foot juga mempunyai jangka masa yang

panjang . Rawatan yang tidak melibatkan pembedahan tidak begitu popular,

menyebakan pakar bahagiaan orthopedik untuk mengkaji rawatan selain dari

pembedahan . Doktor Ponseti telah menemui kaedah untuk membetulkan

masalah club foot ini dengan berjaya tanpa melibatkan pembedahan major.

Sasaran kajian adalah untuk menilai keberkesanan rawatan CTEV dengan

menggunakan teknik Ponseti, penilaian terhadap keterukan CTEV

menggunakan Skor Pirani dan juga menilai keberkesanan kos perawatan .

ADMW 510104 MARCH2019 4


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

1.0 OBJEKTIF KAJIAN

1.1 Objektif Am

Mengenalpasti keberkesanan rawatan menggunakan teknik Ponseti

dalam pengurusan Congenital Talipes Equinovarus di negara India.

1.2 Objektif Spesifik

1.2.1 Membandingkan kategori CTEV mengikut umur

1.2.2 Mengenalpasti faktor utama penyebab CTEV

1.2.3 Membandingkan kategori CTEV

1.2.4 Menyatakan perbandingan Pirani Skor sebelum rawatan dan rawatan

susulan mengikut umur

ADMW 510104 MARCH2019 5


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

2.O PENGENALAN

Congenital Talipes Equinovarus (CTEV) juga dikenali sebagai clubfoot

iaitu kecacatan kongenital pada kaki. Apabila tidak dirawat kanak-kanak yang

mengalami masalah clubfoot akan berjalan menggunakan sebelah bahagian

tapak kaki atau hujung kaki. Ia akan mengakibatkan pembentukan callus, risiko

jangkitan pada kulit dan sukar untuk memakai kasut seperti kanak-kanak

normal dan menyukarkan pergerakan serta peluang mendapatkan pekerjaan.

Lelaki lebih dominan mendapat masalah ini iaitu 2:1 dan dianggarkan sebanyak

50% mengalami kecacatan kedua-dua belah kaki. Menurut laporan Global

Clubfoot Initiative, kejadian setiap kelahiran yang mengalami clubfoot di India

dianggarkan sebanyak 30,000 setahun. Menurut kajian, 80% kanak-kanak

yang dilahirkan dengan masalah ini terdapat di negara berpendapatan rendah

dan sederhana. sepenuhnya yang menyebabkan mereka hidup dalam keadaan

cacat.

Club foot ialah kecacatan kongenital yang biasa berlaku pada sistem

muskuloskeletal yang menyebabkan gangguan pada mobiliti (CTEV) ( Mary

Lowth 2017). Club foot boleh terjadi pada pergelangan tangan dan kaki

bayi .(Tracey smith 2016) .

ADMW 510104 MARCH2019 6


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

Pemerhatian daripada kajian ini telah memotivasikan kami dalam

menentukan klasifikasi club foot melalui persekitaran kehidupan seharian .

Keberkesanan teknik Ponseti yang digunakan dalam kajian ini telah menarik

minat kami dalam mewujudkan serta menjaga kesihatan bayi pada tahap

optima . club foot merupakan kecacatan yang boleh dirawat . Ini dapat

ditunjukkan melalui kajian akhir . Menurut kajian (Veto. P et. Al., 2018) CTEV

juga dikenali sebagai kecacatan biasa pediatric dan terjadi pada 1 dalam setiap

1000 kelahiran namun menurut ( El Sayed Abd El-Halim Abdullah 2015) CTEV

adalah kecacatan congenital ortopedik dengan anggaran 1.24 dalam 1000

kelahiran. Menurut J Orthop 2016 CTEV juga dikenali sebagai kecacatan pada

saat lahir yang dicirikan oleh perubahan kekal morfologi yang menyebabkan

kaki tidak dapat berpijak di tanah ..

ADMW 510104 MARCH2019 7


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

3.0 PEMILIHAN TOPIK

Pemilihan topik ini dibuat berdasarkan masalah kongenital seperti CTEV

merupakan di antara penyakit yang paling biasa ditemui, namun tidak ramai

yang tahu bahawa rawatan bagi ctev ini tidak menggunakan kos yang

tinggi .Kebanyakan keluarga yang ada masalah CTEV merupakan golongan

berpendapatan rendah dan berasal dari penduduk di luar bandar .

Sekiranya rawatan awal dilakukan, CTEV boleh dipulihkan dan pesakit boleh

menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Kesihatan seseorang individu

dapat meningkatkan kualiti hidup dan lebih berkeyakinan .

ADMW 510104 MARCH2019 8


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

4.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Jabatan Orthopedik di luar bandar Daerah

Maharashtra, India diantara tahun 2013 dan 2017 . Jumlah pesakit ialah

seramai 379 orang dan dipilih mengikut atau tidak mengikut kriteria yang

ditetapkan . Ibubapa daripada 13 orang pesakit pada mulanya bersetuju untuk

rawatan . Setelah protokol kajian diterangkan mereka memilih untuk tidak

menyertai kajian ini . Manakala 10 orang pesakit gagal menghadiri rawatan

susulan yang ditetapkan . Jumlah untuk kajian akhir adalah seramai 356 orang

pesakit .

ADMW 510104 MARCH2019 9


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

4.1 Informasi Berkenaan Tajuk

Tajuk berkenaan congenital abnormalities (Talipes) dipilih melalui carian jurnal

Ponseti Technique For The Management of Congenital Talipes Equinovarus in

A Rural Set-up In India : Experience of 356 Patient . Kajian ini dilakukan oleh

Rohit Malhotra et al pada tahun 2018 .

ADMW 510104 MARCH2019 10


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

4.2 Terminologi

4.2.1 CTEV: Congenital Talipes Equinovarus (CTEV) dikenali sebagai clubfoot.

adalah kecacatan kongenital pada kaki menyebabkan kesukaran seseorang

untuk bergerak dan sakit apabila berjalan.

4.2.2 Ponseti: Teknik manipulatif untuk memulihkan kecacatan CTEV tanpa

pembedahan invasive

4.2.3 Pirani Score: Satu sistem yang digunakan untuk menilai tahap keterukan

dan kesembuhan CTEV.

4.2.4 Casting: Cast plaster atau fibreglass untuk menstabilkan dan memegang

struktur anatomi.

4.2.5 Tenotomi : Pembedahan melibatkan pembahagian tendon.

4.2.6 Morfologi : Bidang yang mengkaji struktur kata , binaan kata , bentuk

kata dan golongan kata .

ADMW 510104 MARCH2019 11


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

4.3 Faedah Dari Literature Review

Berdasarkan faedah yang diperoleh melaui literature review ini, kaedah

rawatan teknik Ponseti untuk CTEV adalah yang paling berkesan serta tidak

melibatkan kos yang tinggi .Ini merupakan satu kebaikan bagi mereka yang

tidak berkemampuan serta keluarga yang tinggal di luar bandar . Kejayaan

penggunaan teknik Ponseti ini boleh dilihat pada hasil akhir kajian, ini

dibuktikan dengan pirani skor .

ADMW 510104 MARCH2019 12


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

5.0 METODOLOGI

Terdapat tiga kaedah metodologi digunakan untuk menganalisa kajian ini iaitu

berdasarkan kawasan kajian, pertimbangan etika dan kriteria kemasukan dan

pengecualiaan .

Kawasan kajian

Kajian secara klinikal di Jabatan Ortopedik Dan Paediatrik di peringkat utama

telah dijalankan di negeri Maharashtra, India diantara tahun 2013 dan 2017.

Seramai 379 pesakit dipilih berdasarkan kriteria kemasukan dan

pengecualiaan . Ibu bapa dari 13 orang pesakit bersetuju akan rawatan tetapi

selepas diterangkan mengenai protokol kajian , mereka menarik diri . Keadaan

ini berlaku kerana faktor sosioekonomi , kurang pendidikan dan tidak faham

akan kepentingan rawatan .Dengan jumlah 366 orang pesakit 10 darinya juga

tidak datang untuk rawatan susulan dengan alasan masalah kenderaan dan

tidak yakin akan rawatan .Oleh itu jumlah yang kekal adalah 356 orang dengan

masalah kaki CTEV .

ADMW 510104 MARCH2019 13


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

Pertimbangan etika

Penjelasan yang jelas dari jawatankuasa etika DY Patil Hospital telah dilakukan

sebelum memulakan kajiaan . Borang persetujuaan secara bertulis

dari setiap peserta diperoleh dari ibu bapa . kesemua subjek yang terlibat

dirawat menggunakan teknik Posenti . Ibu bapa diberi pengetahuaan akan

keadaan , teknik pengurusan dan yang paling penting mengenai teknik Posenti .

Kriteria kemasukan dan pengecualiaan

Kesemua pesakit yang kurang dari 12 bulan dengan pinggang dan spine yang

normal mengalami CTEV termasuk dalam kajiaan ini.

Pesakit yang lebih dari 12 bulan mengalami masalah neurological

defect ,keadaaan spine dan hip , dan yang sebelum ini dirawat menggunakan

kaedah lain dikecualikan . Menurut klasifikasi Ponseti , kanak-kanak yang

berumur kurang dari 2 tahun adalah dianggap clubfoot yang tidak boleh dirawat

(Faizan M. et al 2015) .

Pencarian teliti mendedahkan bahawa terdapat banyak kajian yang diterbitkan

yang dilakukan pada kanak-kanak sehingga umur 2 tahun, tetapi terdapat

beberapa kajian yang terdiri daripada kanak-kanak sehingga umur 1 tahun

(Pirani s. et al 1999). kumpulan umur dibahagikan kepada umur <4bulan, >4-8

bulan dan >8-12bulan dalam menyediakan teknik Posenti secara

ADMW 510104 MARCH2019 14


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

terperinci dan menyeluruh . sejarah dari ibu bapa juga diambil termasuklah

sekiranya ada kecacatan ,perkahwinan ibubapa yang mempunyai pertalian

darah yang dekat, serta sejarah obstetrik ibu

PENILAIAN

Tahap keterukan kecacatan dan hasil fungsi telah dinilai berdasarkan sistem

Pirani score pada mula dan akhir rawatan.Ini mengesan tahap pembetulan.

Ianya skor mengikut 6 tanda klinikal, 3 untuk pertengahan kaki, 3 untuk kaki

belakang,. tiga tanda skor pertengahan kaki (MS) dan skor kaki belakang (HS)

menilai jumlah kecacatan antara 0 dan 3. Skor pirani 0 bermaksud kaki normal,

skor 3 bermaksud kaki tidak normal sederhana, skor 6 bermaksud kaki yang

luar biasa tidak normal. Keputusan dinilai sebagai cemerlang, baik dan teruk .

dengan 0.4: cemerlang, 0.5 hingga 1: baik dan> 1: teruk. Hasil yang cemerlang

dan baik adalah mencerminkan kejayaan rawatan sementara hasil yang buruk

dianggap sebagai kegagalan dan menawarkan rawatan pembedahan .

Kaunseling yang meluas diberikan kepada ibu bapa berkenaan dengan

rancangan dan kaedah rawatan, tempoh rawatan, protokol selepas

pembedahan, kepentingan braces dan pematuhan dengan mereka dan tujuan

sasaran kaedah Ponseti .

ADMW 510104 MARCH2019 15


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

Kaedah Rawatan Dilakukan Dalam 2 Peringkat Iaitu Casting Secara


Mingguan Dan Mengekalkan Pembetulan Dengan Bracing .

Figure 1
Initial Presentation

ADMW 510104 MARCH2019 16


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

Figure 2
Manipulation

Figure 3
First Cast For Cavus Correction

ADMW 510104 MARCH2019 17


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

Figure 4
A-D Subsequent Steps In Manipulation And Casting

Figure 5
After remove of fourth cast

ADMW 510104 MARCH2019 18


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

Figure 6
a) Last Cast (Fifth Cast) For Equinus
b) After Removel Of Fifth Cast

Figure 7

Dennis Brown (DB) splint and shoes.

ADMW 510104 MARCH2019 19


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

Figure 8

Clinical picture at last follow up

ADMW 510104 MARCH2019 20


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

6.0 ANALISA KAJIAN

1) Umur

Taburan pesakit mengikut umur

Umur pesakit(bulan) Bilangan pesakit Peratus(%)

<4 225 63.33

>4-8 83 23.33

>8-12 48 13.33

Total 356 100

Table 1

Menurut kajian dari (Rohit Malhotra et al 2018) kajian dilakukan ke atas 180

pesakit lelaki dan 176 pesakit perempuan. Pesakit yang berumur kurang atau

lebih 4 bulan iaitu seramai 225 orang dan peratusan sebanyak 63.33%.Pesakit

yang berumur lebih 4 hingga 8 bulan iaitu seramai 83 orang dengan peratusan

sebanyak 23.33% telah menghidapi clubfoot. Menurut kajian ( Rosalind M. O

et al 2015) pula ,hasil kajian mendapati keberkesanan perawatan Ponseti

berjaya sekiranya rawatan ini dimulakan sebaik sahaja dilahirkan sehingga

umur 2 tahun.

ADMW 510104 MARCH2019 21


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

Manakala pesakit yang berumur lebih 8 hingga 12 bulan iaitu seramai 48

orang,memiliki peratusan sebanyak 13.33%.Ini menjadikan jumlah pesakit dari

lingkungan umur kurang atau sama dengan 4 hingga 12 bulan yang

menghidapi clubfoot,seramai 356 orang dan peratusan sebanyak 100%.

Lateratily

Jenis Kes Peratus%

Bilateral Clubfoot 166 46.67

Unilateral Clubfoot 190 53.33

Jumlah 356 100

Table 2

ADMW 510104 MARCH2019 22


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

Menurut kajian dari jurnal ini, yang melibatkan sebanyak 356 kes,166 kes

daripadanya menghidapi bilateral clubfoot iaitu sebanyak 46.67%.Manakala

190 kes daripadanya menghidapi unilateral clubfoot dengan peratusan

sebanyak 53.33%.

Bahagian unilateral clubfoot:

Bahagian Kes Peratus%

Kanan 106 56%

Kiri 84 44%

Jumlah 190 100%

Table 3

Daripada 190 kes unilateral clubfoot 106 kes daripadanya dengan peratusan

sebanyak 56% terdiri dari bahagian kanan.Manakala selebihnya 84 kes adalah

bahagian kiri iaitu sebanyak 44%.

ADMW 510104 MARCH2019 23


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

Pertalian dan sejarah keluarga

Kes Peratus % Pertalian

153 43.33 Perkahwinan ibu bapa

203 56.33 Sejarah keluarga

Table 4

Menurut kajian ini,153 kes iaitu 43.33%,pesakit yang lahir dengan clubfoot

adalah melalui perkahwinan ibu bapa.Manakala 203 kes daripadanya iaitu

56.33% memiliki sejarah keluarga yang menghidapi clubfoot.

ADMW 510104 MARCH2019 24


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

Skor Pirani

Perbandingan Skor Pirani sebelum rawatan


dan rawatan susulan mengikut umur
7

6
PERBANDINGAN SKOR PIRANI

0
Category 1 Category 2
AXIS TITLE

Age <4 months Age 5 to 8 months Age 8 to 12 months

Carta bar menunjukkan taburan Skor Pirani sebelum rawatan dan rawatan

susulan mengikut umur. Pesakit yang berumur kurang dari 4 bulan mempunyai

Skor Pirani 5.04 sebelum rawatan. Manakala selepas rawatan susulan, pesakit

yang berumur kurang dari 4 bulan, mempunyai Skor Pirani 0.06. Pesakit yang

berumur 5 hingga 8 bulan pula mempunyai Skor Pirani 5.27 sebelum rawatan.

Selepas rawatan susulan, Skor Pirani bagi pesakit berumur 5 hingga 8 bulan

adalah 0.36. Sebelum rawatan, Skor Pirani bagi pesakit berumur 8 hingga 12

bulan adalah 5.75. Manakala selepas rawatan,pesakit berumur 8 hingga 12

bulan, Skor Pirani adalah 1.50.

ADMW 510104 MARCH2019 25


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

Bilangan Cast

Taburan cast mengikut umur

Umur(Bulan) Jumlah Cast

≤4 6.56

>4-8 7

>8-12 8.33

Jadual menunjukkan taburan pesakit yang memerlukan pemakaian cast untuk

membetulkan deformity mengikut umur. Pesakit yang berumur kurang atau

sama dengan 4 bulan, yang memerlukan pemakaian cast adalah sebanyak

6.56.Sebanyak 7 pula yang memerlukan pemakaian cast pada umur lebih dari

4 hingga 8 bulan.Manakala bagi pesakit yang berumur lebih dari 8 hingga 12

bulan pula,sebanyak 8.33 yang memerlukan pemakaian cast.

ADMW 510104 MARCH2019 26


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

7.0 PERBINCANGAN KAJIAN

Berdasarkan kajian keberkesanan rawatan yang dilakukan oleh Rohit Malhotra

2018 turut disokong oleh beberapa pengkaji yang lain. Iaitu terdiri daripada,

Ponseti et al 2016,Lehman et al 2003, Changulani et al 2006, Christian et al

2012, dan Pavone et al 2013.

Antara perbincangan yang terlibat didalam kajian tersebut ialah perbandingan

dari segi Laterality ,Prosedur Tenotomy dan pemasangan cast .

ADMW 510104 MARCH2019 27


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

Perbezaan Lateratily dengan kajian yang lain

Studies Unilateral (%) Bilateral (%)

Ponceti et al 40 (60%) 27(40%)

Lehman et al 15 (50%) 15(50%)

Changulani et al 32(48%) 34(52%)

Christian S. et al 70(60%) 46 (40%)

Pavone et al 50(61%) 32(39%)

Rohit Malhotra 190 (53.33%) 166 (46.67%)

Rajah 6

Dalam 356 kes CTEV , 166 kes(46.67%) mengalami bilateral clubfoot dan
190 kes (53.33%) mengalami uniletaral clubfoot di mana 106 (56%) mengalami
masalah unilateral bahagiaan kanan dan 84 (44%) lagi di sebelah kiri,(Rohit
Malhotra 2018). Kajian Ponceti et al 2016 menunjukkan unilateral 40 kes(60%)
bilateral 27 kes(40%) Lehman et al 2003 15 kes (50%) unilateral, bilateral 15
kes (50%) . Changulani et al 2006 unilateral 32 kes (48%), bilateral 34 kes
(52%) .Kajian Christian et al 2012 pula 70 kes unilateral (60%), 46 kes
bilateral(40%) dan Pavone et al 2013 50 kes unilateral (61%), 32 kes
bilateral( 39%). Rujuk rajah 6

ADMW 510104 MARCH2019 28


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

Perbezaan Tenotomy dengan kajian yang lain

Studies Percentage Of Feet Requiring


Tenotomy

Changulani et al 85 % of feet

Pavone et al 72% of feet

Lehman et al 75% of feet

Christian S. et al 75% of feet

Rohit Malhotra 77% of feet

Rajah 7

Dalam kajian (Rohit M. et al 2018) 309 feet (77%) memerlukan tenotomy untuk
memulihkan deformity sedangkan 47 feet (23%) hanya memerlukan rawatan
cast dimana ianya setanding dengan kajian Changulani et al (85%), Lehman et
al (75%), Christian S. et al(75%) dan Pavon et al (72%) . Rujuk rajah 7.

ADMW 510104 MARCH2019 29


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

Perbezaan Pemasangan Cast Dengan Kajian Yang Lain

Studies Casts

Lehman et al 5.4 (range4-9)

Changulani et al 6 (range 2-12)

Christian S. et al 7.2 (range 3-13)

Rohit M. et al 6.9(range 5-10)

Rajah 8

Jumlah keseluruhan casts yang dipasang pada akhir temujanji untuk


memperbetulkan kecacatan adalah 6.9 (range 5-10) dimana ianya sama
seperti kajian yang dilakukan oleh Changulani et al (range2-12), Lehman et
al(range4-9) dan Christian S. et al(range 3-13) . Rujuk rajah 8 .

ADMW 510104 MARCH2019 30


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

7.1 Faktor risiko kelahiran CTEV

Faktor risiko yang mempengaruhi kelahiran CTEV adalah terdapat sejarah

keluarga yang mempunyai clubfoot, contohnya ibu bapa atau adik beradik .

Perkahwinan yang mempunyai pertalian darah yang dekat juga mempengaruhi

kelahiran bayi club foot (Rohit M. et al 2018) Dalam sesetengah kes ada juga

kecacatan yang yang dikesan semasa dari kandungan lagi. Faktor persekitaran

seperti Ibu hamil yang mempunyai tabiat merokok kerana kandungan nikotin

memberi kesan yang buruk terhadap perkembangan bayi . Pengambilan

ubatan seperti dadah meningkatkan risiko bayi mengalami clubfoot .Spina

bifida juga adalah satu keadaan di mana tulang di bahagian spine tidak

terbentuk dengan sempurna menyebabkan kerosakan kepada saraf di spinal

(Dr. Mary Low Th 2017) .

ADMW 510104 MARCH2019 31


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

7.2 Implikasi kajian

Terdapat empat komplikasi yang berlaku dalam rawatan pemasangan cast ini .

iaitu sebanyak 57 kes (16%) dimana 10 kes mengalami skin abrasions , 36 kes

mengalami cast breakage , 2 kes cast saw injury , 9 kes cast yang

longgar .Tetapi tiada komplikasi yang serius seeperti jangkitan kuman ,sel tisu

mati , salur darah yang sempit dan pendarahan selepas tenotomy .

Mengikut Lehman et al dilaporkan 10.2% kadar komplikasi berlaku

termasuklah cast saw injury ,saw abrasions, maceration, blister dan slough .

manakala menurut kajian lain pula selepas pembukaan cast , kemerahan pada

kulit atau sedikit kebengkakan pada kaki akan kelihatan (J Orthop Traumatol

2016) .

ADMW 510104 MARCH2019 32


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

7.3 Limitasi Kajian

Beberapa masalah kecil ditemui semasa kajian ini dijalankan . Pada permulaan

dalam pengumpulan sampel lagi masalah utama sudah ditemui iaitu mereka

tidak percaya akan keberkesanan rawatan walaupun setelah penerangan

diberikan. Masalah semasa menjalani rawatan juga berlaku kerana ada

diantara mereka gagal menhadirkan diri untuk rawatan atau temujanji susulan .

ADMW 510104 MARCH2019 33


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

7.4 Keberkesanan Rawatan Mengikut Kos

Jumlah kos rawatan yang ditanggung setiap pesakit sebanyak 71USD. Kos

bayaran ini jauh lebih murah berbanding daripada kos rawatan untuk prosedur

Turco’s iaitu sebanyak 96USD . Bayaran rawatan ini adalah harga yang mampu

ditanggung oleh keluarga pesakit . Penemuaan ini hampir sama dengan kajiaan

yang dilakukan oleh Gadhok et al , Ferreira et al, dan hussain et al,

memandangkan kumpulan kajian ini terdiri daripada keluarga yang

berpendapatan rendah dari kawasan luar bandar .

Kos rawatan sangat penting untuk keberkesanan rawatan , kenyataan ini turut

disokong oleh Grimes CT Et al . Dalam kajian beliau juga menyatakan rawatan

kaedah Ponseti untuk rawatan clubfoot merupakan kos yang efektif dan

praktikal dalam sesebuah negara yang berpendapatan rendah .Dilaporkan

populasi luar bandar di India, sebanyak 66.68% dari jumlah keseluruhan

populasi dalam tahun 2016 berdasarkan World Bank Indicator yang

menjadikan kaedah Posenti ini boleh dikatakan terbaik untuk mengatasi

masalah clubfoot

ADMW 510104 MARCH2019 34


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

8.0 KESIMPULAN

Dengan menggunakan pirani score untuk menilai keberkesanan rawatan .


keputusan rawatan boleh dibahagikan kepada sangat baik , sederhana dan
kurang memuaskan . Dari 356 orang yang menerima rawatan sebanyak 275
(77.2%) yang hasilnya sangat baik sementara yang sederhana 41 kes( 11.2%)
dan 40(11.1%) kes hasilnya kurang memuaskan ini . Kajiaan ini juga turut
dilakukan oleh Sakale H. et al hasil kajiannya menunjukkan sebanyak 92%
sangat baik .

Dari 225 pesakit terdiri daripada lingkungan umur ≤ 4 bulan 220 hasilnya sangat
baik , 2 daripadanya kurang memuaskan dan selebihnya tidak mengikuti
protokol rawatan .Dari kategori kumpulan umur ≥8-12 bulan 28 orang tidak
berjaya dari 48 orang jumlah keseluruhannya . Ini menunjukkan rawatan
seawal mungkin dapat memberi hasil yang baik . 28 orang pesakit yang tidak
berjaya itu ditawarkan untuk menjalani pembedahan melaui prosedur
Turco’s .Sebanyak 12 ibu bapa menolak untuk menjalani rawatan tersebut
kerana mengalami masalah kos rawatan .

ADMW 510104 MARCH2019 35


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

Clubfoot ataupun CTEV boleh berjaya dengan menggunakan kaedah Pirani


skor. Skor sistem ini termasuklah menilai kecacatan clubfoot dari awal
lagi .Skor Pirani juga membantu dalam membuat keputusan sama ada
meneruskan rawatan yang sedang dilakukan atau secara pembedahan .
Kesedaran dari awal lagi boleh dirawat .Dari segi nasihat dan pendidikan
kesihatan kumpulan perawat memainkan peranan dengan memberitahu
bahawa kecacatan ini adalah kecacatan yang boleh dirawat. Keadaan ini juga
untuk memelihara emosi ibu hamil dan selepas kelahiran .(Rohit M. et al)
Genetik dan tabiat merokok merupakan antara penyebab CTEV, namun kajian
lain masih diperlukan untuk memahami penyakit kongenital ini (Veto P. et al
2018).

ADMW 510104 MARCH2019 36


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

RUJUKAN

ADMW 510104 MARCH2019 37


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

LAMPIRAN

ADMW 510104 MARCH2019 38


CONGENITAL ABNORMALITIES(CTEV)

ADMW 510104 MARCH2019 39

Anda mungkin juga menyukai