Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah sesungguhnya kami ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu

Ya Allah, sempena ulangtahun kelahiran anak-anak didik kami. Kau panjangkanlah


umur dan kurniakan kepada mereka kehidupan yang lebih bahagia dan berjaya
dari tahun sebelumnya. Kurniakanlah kepada mereka rezeki yang melimpah berkat
dan direstuiMu Ya Allah. Jauhkanlah mereka dari belenggu kesusahan, kemiskinan
dan kebuluran.

Ya Allah Ya Tuhan kami, bukakanlah kepada kami pintu kebajikan, pintu


keberberkatan, pintu kenikmatan, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan
dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat yang menjurus ke SyurgaMu Ya
Allah. Dan kami juga memohon kepadaMu Ya Allah, jauhkanlah segala pintu
kejahatan dan keburukan.

Ya Allah, tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau juga Ya
Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Permudahkanlah kehidupan kami
dan keluarga kami. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah kami
dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah kami dari kejahatan manusia dan
jin yang memusuhi, dan jauhkanlah kami dari pengaruh nafsu yang
menyesatkannya.

Ya Allah, Kau berikanlah kepada kami kesihatan fizikal dan mental yang terbaik,
terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu. Hidupkanlah kami dengan
keimanan dan matikan lah kami bila sampai masanya dalam keimanan.
Sesunguhnya hanya Engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu kejadian. Ya
Allah, ampunilah segala dosa-dosanya dan kedua ibubapanya serta keluarga kami
dan semua teman dan sahabat kami kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan
setiap dosa. Ya Allah, kami menadah tangan mengakhiri permintaan ini dengan
permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan
keindahan kepada anak-anak didik kami ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan
mereka hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala
perintahMu dan ketetapanMu.

Anda mungkin juga menyukai