Anda di halaman 1dari 3

5 Syarat Harus Disempurnakan Agar Shalat Diterima Allah Ta'ala

4 Ogos 2010 jam 6:58 PG

Ibnu Abbas ra. berkata: Nabi s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman maksudnya : "Sesungguhnya Aku
hanya menerima solat dari orang yang merendahkan diri karena keagungan-Ku dan tiada
menyombongkan dirinya di atas makhluk-Ku, tiada terus menerus bermaksiat pada-Ku,
menghabiskan masa harinya berdzikir kepada-Ku, berbalas kasih kepada orang miskin, orang
musafir-ibnussabil- perempuan janda dan orang yang terkena mushibah. Ia bercahaya laksana
matahari. Aku lindungi ia dengan kesabaran-Ku dan memerintahkan malaikat-Ku menjaganya. Aku
berinya cahaya dalam kegelapan dan kesabaran dalam kesukaran. Ia di antara makhluk-makhluk-Ku
laksana "firdaus" diantara barisan Syurga".
(Hadis Riwayat Al-Bazzar)

Sahabat yang dimuliakan,


Solat adalah amalan yang pertama akan dihisab oleh Allah s.w.t di hari akhirat nanti. Bila solatnya
diterima maka barulah amalan-amalan yang lain di terima seperti puasa, zakat. haji, sedekah, bacaan
al-Qur'an, berzikir, berbuat kebaikan kepada kedua orang tua dan berjihad di jalan Allah akan
diterima dan dihisab. Jika solatnya ditolak maka amalan kebaikan yang lain tidak akan di hisab dan
ianya akan terus dimasukkan ke dalam Neraka, nauzubillah.

Sebelum Allah s.w.t menerima solat seseorang hamba di hari akhirat nanti.maka Allah s.w.t. akan
terima solat itu di dunia ini lagi.Jika Allah s.w.t menolak solat seseorang ketika di dunia maka
solatnya tidak akan diterima apabila dipersembahkan olehnya dihadapan Allah s.w.t nanti. Selain
daripada khusyuk dan betul dari rukun dan syarat sah solat, terdapat beberapa faktur lain yang akan
diambil kira untuk diterima solat kita oleh Allah s.w.t.

Berdasarkan hadis Qudsi tersebut Allah s.w.t hanya akan menerima solat seseorang yang memiliki
lima syarat tersebut dibawah ini :

1. Merendahkan diri kerana keagungan Allah.


Sifat merendahkan diri iaitu sifat tawadu' adalah sifat yang terpuji.Sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud :
"Tidak ada seorang pun yang bertawadu' kerana Allah kecuali Allah akan meninggikan darjatnya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sifat tawadu' adalah satu sifat yang mulia, seseorang Muslim yang mempunyai sifat ini akan
mendapat darjat yang tinggi disisi Allah s.w.t. Berlawanan dari sifat tawadu' adalah sifat sombong
dan takbur.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :


"Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya kalian merendah hati, hingga tidak ada orang
yang merasa tinggi daripada yang lain dan tidak ada orang yang berbuat zalim kepada yang lain."

2. . Tidak bersikap sombong kepada makhluk Allah s.w.t.


Orang yang sombong suka menghina orang lain ketika di dunia ini, di akhirat nanti mereka pula akan
di hina oleh Allah , Allah tidak akan memandang dan berbicara dengan mereka atau menyucikan
mereka dan inilah kehidupan yang sebenar-benar hina.
Orang yang takbur dengan habuan dunia lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah, iaitu hak
uluhiyah-Nya yang tidak boleh di rampas oleh sesiapa pun seperti sabda Nabi s.a.w yang bermaksud
:

"Perkasa adalah kain sarung-Ku (Allah) dan sombong ialah pakaian-Ku, barangsiapa menandingi Aku
daripada salah satu dari keduanya, nescaya Aku akan menyiksanya."
(Hadis Riwayat Muslim)

Sebuah hadis Qudsi yang lain bermaksud:


"Allah Ta'ala berfirman (di dalam Hadis Qudsi) : Kesombongan adalah selendangKu dan kebesaran
adalah sarungKu. Maka barang siapa menyamai-Ku salah satu dari keduanya, maka pasti
Kulemparkan ia ke dalam Jahannam dan tidak akan Kupedulikan lagi."

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;


"Sombong itu ialah menolak kebenaran dan menghinakan makhluk."

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud;


"Tidak akan masuk ke dalam Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat seberat biji sawi dari sifat
kesombongan."

3.. Tidak berterusan melakukan maksiat. Jika melakukan sesuatu maksiat segera beristighfar dan
bertaubat kepada Allah s.w.t.

Kesesatan dan kesalahan yang berlaku adalah di sebabkan dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan
yang tidak sedari sentiasa mendorong untuk melakukan maksiat, ditambah pula pengaruh
kebendaan dan nikmat dunia yang menipu. Oleh itu jalan terbaik segeralah bertaubat dan memohon
keampunan Allah s.w.t. di atas kesalahan dan dosa-dosa yang telah dilakukan.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :


"Semua anak Adam adalah berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat dari
dosanya."

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :


"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak punya dosa."

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :


"Barangsiapa melazimi meminta ampun kepada Allah, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan
keluar dari setiap kesempitan dan menjadikan baginya jalan lapang dari setiap kesusahan serta Allah
memberi rezeki kepadanya dari punca yang tidak disangka-sangka."

4. Menghabiskan masanya untuk sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t.


Berzikir dan meningati Allah s.w.t adalah sifat orang-orang Mukmin, lidahnya sentiasa basah
menyebut nama-nama Allah dan memuji dan memuja kebesaran dan keagungan-Nya.

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Dan sebutlah nama Tuhanmu pada waktu pagi dan petang, dan
pada sebahagian dari malam, maka sujudlah kepadaNya dan bertasbihlah kepadaNya pada bahagian
yang panjang di malam hari.”
( Surah Al Insan, Ayat 25 - 26)
Abu Hurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda,Allah s.w.t berfirman
maksudnya : "Sesungguhnya,Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku,adalah Aku
bersamanya apabila dia mengingati Aku,jika dia mengingat aku di dalam hatinya, maka Aku
mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati aku dalam jemaah maka Aku ingati dia dalam
jemaah yang lebih baik ( iaitu dalam jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala
dosa).Apabila hambaku mendekatiku sejengkal,maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati
Aku sehasta Aku dekati dia sedepa.Dan apabila dia datang mendekati aku dengan berjalan,maka Aku
dekati dia dengan berlari."

5. Mengasihi orang-orang miskin, orang musafir ( ibnussabil) dan wanita janda dan orang yang
ditimpa musibah (sentiasa memberikan bantuan kepada mereka).

Sifat mengasihi dan menyayangi orang-orang miskin, orang musafir dan wanita janda (ibu tunggal
yang miskin dan menanggung anak yatim) dan orang yang sedang ditimpa musibah. Kemudian
diberikan bantuan untuk membantu kesusahan mereka adalah satu sifat yang mulia disisi Allah s.w.t.

Sedekah adalah satu amalan soleh yang sangat dituntut oleh Islam. Sesiapa yang banyak bersedekah
akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah s.w.t. Sehinggakan Nabi s.a.w. ada menyatakan di
dalam hadisnya bahawa salah satu daripada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan
daripada Allah s.w.t. di hari akhirat nanti adalah mereka yang bersedekah kerana Allah sehingga
tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dihulurkan oleh tangan kanannya. Didalam riwayat yang
yang lain Nabi s.a.w ada menyatakan bahawa seorang dermawan yang ikhlas kerana Allah akan
dimasukkan ke dalam Syurga lebih awal daripada ulama dan orang yang mati syahid.

Sifat bakhil dan membenci orang miskin yang serba kekurangan, orang musafir (ibnussabil) yang
terputus perbelanjaan dan tidak menghiraukan kesusuahan yang menimpa wanita janda meskin dan
orang yang ditimpa musibah (penyakit atau kemalangan) adalah sifat tercela dan dimurkai oleh Allah
s.w.t..

Sahabat yang dimuliakan,


Sebagai balasan daripada Allah s.w.t. kedudukan mereka yang memiliki lima ciri-ciri di atas akan
bercahaya di hari akhirat seperti matahari. Sentiasa mendapat perlindungan dan kasih sayang
daripada Allah s.w.t. dan malaikat akan menjaganya (keselamatan diri) dan diberinya nur sakinah di
dalam hati dan jiwa ketika di dunia . Apabila Allah s.w.t megasihi dan mencintai hamba-hamba-Nya
maka Allah s.w.t akan memberi rahmat, perlindungan, rezeki dan pertolongan-Nya ketika di dunia ini
dan di hari akhirat nanti diberi pengampunan dan di masukkan kedalam Syurga yang tinggi seluas
langit dan bumi dan mengalir sungai-sungai dibawahnya.Di sinilah puncak kebahagiaan yang
sebenarnya.

Oleh itu marilah sama-sama kita muhasabah diri kita dan perbaikilah amal soleh kita dan
perbanyakkan kerja-kerja jihad dan membantu masyarakat yang memerlukan bantuan kebajikan.
Sesungguhnya segala kebaikan kita akan dinilai dan diberi ganjaran oleh Allah s.w.

Anda mungkin juga menyukai