Anda di halaman 1dari 11

Ahli Audiologi

Anggaran Gaji

 Sektor Awam (RM) : -


 Sektor Swasta (RM) : 2,500.00 - 2,700.00

Tahap Pendidikan

  Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Audologi) /


setaraf
 Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Audiologi / setaraf
Contoh Institusi

 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


  Universiti Sains Malaysia
 Universiti Kebangsaan Malaysia
 Lain-lain Institusi pengajian tinggi awam / swasta
yang berkaitan

Senarai Tugas

 Memberi nasihat tentang pemilihan, pemasangan


dan penilaian alat bantuan mendengar, khidmat
kaunseling dan terapi serta menyelenggara program
rehabilitasi
 Berhubung dengan pelbagai peringkat umur pesakit
 Menjalankan ujian auditori untuk bayi, kanak-kanak
dan orang dewasa untuk menilai tahap pendengaran
mereka
 Mentafsir dan melaporkan keputusan ujian;
membangunkan dan menambah baik teknik ujian
  Menyelidik kemajuan baru dalam teknologi bantuan
mendengar seperti alat bantuan digital
 Menguji dan menyelenggara peranti yang diimplan
seperti implan koklea
 Mengendalikan kelengkapan audiometri
 Mengendalikan penyelidikan dalam gangguan yang
menjejaskan pendengaran dan kesimbangan
 Menguruskan perkhidmatan audiologi termasuk
memantau atau menambah baik kualiti
perkhidmatan
 Mengambil bahagian dalam penggubalan dan
perlaksanaan undang-undang dan peraturan
kesihatan awam untuk melindungi dan
meningkatkan kesihatan masyarakat
Pramugari
Pramugari memberikan perkhidmatan peribadi untuk memastikan
keselesaan dan keselamatan penumpang di dalam penerbangan.
Perkhidmatan ini termasuk menghidangkan makanan dan minuman serta
menyelaraskan aktiviti pengemasan dan sosial di dalam kabin pesawat.

Anggaran Gaji

 Sektor Awam (RM) :


 Sektor Swasta (RM) : 1,500.00 ++

Tahap Pendidikan

 Sijil yang berkaitan / setaraf

Contoh Institusi

 Air Asia Academy
 Firefly Academy
 Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta
berkaitan
 MAS Academy Sdn. Bhd.

Senarai Tugas

 Menghidangkan makanan dan minuman kepada


penumpang; dan
 Memberikan bantuan perubatan ringan kepada
penumpang yang memerlukan;
 Memberikan keperluan am dan menjaga keselesaan
penumpang seperti mengagihkan bahan bacaan,
 selimut dan barang seumpamanya kepada
penumpang yang memerlukan;
 Menyambut penumpang menaiki kapal terbang,
membawa mereka ke tempat duduk dan memastikan
mereka memakai tali pinggang yang telah
disediakan;
 Melakukan pemeriksaan keselamatan dan
menunjukkan penggunaan peralatan keselamatan
seperti tali pinggang keselamatan dan topeng
oksigen sekiranya berlaku sebarang kecemasan;
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bertanggungjawab
memastikan pemeliharaan standard kesihatan dan persekitaran selain
membantu dalam merangka kaedah dan sistem kerja berada dalam keadaan
selamat. Mereka juga berperanan mengkaji keberkesanan pelaksanaan
program keselamatan kesihatan, membuat kajian semula dasar
keselamatan dan kesihatan serta menjalankan pemeriksaan dan
penyiasatan di tempat kerja.

Anggaran Gaji

 Sektor Awam (RM) :


 Sektor Swasta (RM) : 2,500.00 – 2,700.00

Tahap Pendidikan

 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang berkaitan
Contoh Institusi

 Universiti Malaya
 Universiti Kebangsaan Malaysia
  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
 Universiti Sains Malaysia
 Universiti Teknologi Malaysia
 Lain-lain institusi pengajian tinggi awam/swasta
berkaitan

Senarai Tugas

 Memberi nasihat tentang teknik sanitari sisa


industri;
 Mengumpulkan sampel air untuk menguji tahap
pencemaran bagi membuat kajian dan mengumpul
data;
 Menggalakkan langkah pencegahan dan
pengawalan seperti kawalan penyakit terhadap
organisma pembawa penyakit dan bahan yang
memudaratkan, pelupusan sisa industri yang betul
untuk mewujudkan persekitaran kerja dan alam
sekitar yang selamat;
  Menganjurkan dan melaksanakan program berkaitan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
 Membuat cadangan mengenai langkah-langkah
pemulihan yang perlu diambil tentang perkara-
perkara yang memudaratkan keselamatan dan
kesihatan pekerja di tempat kerja;
 Mengaplikasikan prinsip dan amalan higien dan
sanitasi untuk mengenal pasti dan menyelesaikan
masalah yang timbul semasa menjalankan tugas;
 Menyiasat sebarang kemalangan, kejadian
berbahaya atau keracunan di kalangan pekerja;
 Memungut, menganalisis dan menyelenggara data
statistik yang berkaitan;dan
 Menyediakan dan mengemukakan laporan.
Pelukis Pelan
Pelukis Pelan menyediakan lukisan, peta dan ilustrasi teknikal daripada
lakaran, ukuran dan data lain serta menyalin lukisan ke atas plat cetak.

Anggaran Gaji

 Sektor Awam (RM) :


 Sektor Swasta (RM) : 1,300.00 – RM 1,400.00

Tahap Pendidikan

  Sijil Kemahiran Malaysia (Pelukis Pelan Kanan Seni


Bina)/setaraf
 Diploma Seni Bina/setaraf
Contoh Institusi

  Universiti Teknologi MARA


 Politeknik,ILJTM dan IKBN
 Lain-lain institusi pengajian tinggi/latihan kemahiran
awam/swasta yang berkaitan

Senarai Tugas

 Menyediakan lukisan arkitek dan pereka bentuk


daripada lakaran serta spesifikasi bagi pembuatan
dan pemasangan jentera dan peralatan atau bagi
pembinaan bangunan, empangan, jambatan,
jalanraya dan projek kejuruteraan awam yang lain;
 Mengendalikan kelengkapan lukisan dengan
menggunakan komputer untuk mencipta, mengubah
dan menghasilkan salinan cetak dan digital bagi
lukisan kerja;
  Mengendalikan meja digital atau kelengkapan yang
seumpamanya untuk memindahkan salinan cetak
lukisan kerja, peta dan lain-lain ke dalam bentuk
digital;
 Mengambil data topografi dalam bentuk analog atau
digital dengan menggunakan alat stereo untuk
menyediakan dan mengubah peta topografi,
hidrografi, utiliti dan peta tematik lain;
 Menyediakan dan menyemak ilustrasi untuk
digunakan sebagai rujukan, brosur dan manual
teknik berkaitan dengan pemasangan, operasi,
penyelenggaraan serta pembaikpulihan jentera dan
kelengkapan lain.
Pengurus Hutan
Memastikan penggunaan sepenuhnya sumber hutan, penghasilan yang
berkekalan, faedah sosial dan ekonomi yang maksimum dan kestabilan
alam sekitar.

Anggaran Gaji

 Sektor Awam (RM) : 1,800.00 - 4,000.00


 Sektor Swasta (RM) : 10,000.00

Tahap Pendidikan

 Diploma Pertanian/ Agrikultur
 Ijazah Perhutanan

Contoh Institusi

 Universiti Pertanian Malaysia
 Kolej RISDA Melaka
Senarai Tugas

 Untuk mengusahasilkan hutan secara konservatif


dengan cara tebangan memilih supaya
meninggalkan anak benih semulajadi yang
mencukupi selaras dengan tebangan yang
berekonomik bagi memastikan asas sumber-sumber
hutan yang berkekalan.
 Untuk menubuhkan ladang hutan dengan spesies-
spesies dagangan yang cepat tumbesar serta
menggalakkan pelbagaigunaan hutan dan
pemeliharaan alam sekitar semulajadi;
 Untuk menentukan hasil yang berpotensi dengan
berpandukan kepada taksiran yang mendalam dan
sistematik ke atas sumber hutan, daya
ketumbuhannya dan faktor lain yang berkaitan;
  Untuk mengurus dan menggunakan sumber hutan
bagi mendapatkan faedah yang maksimum
berdasarkan keupayaan semulajadi dan rancangan
pengurusan serta penggunaan tanah hutan yang
menyeluruh;
 Untuk menggunakan dengan sebaik-baiknya sistem
pengurusan hutan yang telah dirumuskan
berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi
daripada teknik-teknik pengurusan yang bersepadu
dan kajian-kajian operasi.
 Untuk memulihkan semula hutan yang telah
diusahasilkan dan hutan miskin supaya dapat
menghasilkan stok minimum yang bersamaan
dengan dua puluh lima (25) pokok sehektar bagi
spesies-spesies dagangan yang berperepang 45 cm
pada dada untuk menjamin pengeluaran balak yang
berekonomik;

Contoh Pekerjaan Lain



 Pengurus Ladang
 Pegawai Penggunaan Kayu
 Pemelihara Hutan
 Pegawai Pensijilan Hutan
 Pegawai Tanaman Hutan Bandaran

Anda mungkin juga menyukai