Anda di halaman 1dari 48

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Pada era kini, jumlah sampah yang dijana setiap tahun semakin meningkat. Tapak
pelupusan sampah menimbulkan masalah besar kepada alam sekitar di mana
operasi pelupusan sampah, pelbagai jenis bahaya termasuk gas dan larutan resapan
serta keberintangan elektrik dihasilkan. Kehadiran air resapan melalui lapisan tanah
di tapak pelupusan sampah juga akan mencemari air bawah tanah. Air resapan ini
mengalir dari tapak pelupusan sampah yang kemudian mengalir terus ke paip-paip
yang dipasang untuk mengumpulkan titisan air sampah yang kemudian
dikumpulkan pada tempat yang dianggap selamat. Untuk kes tertentu yang
memerlukan kegunaan air resapan, ianya boleh dipindah keluar dengan
memindahkan ke suatu penyimpanan atau pada loji rawatan air resapan. Ia boleh
menyebabkan masalah pencemaran yang serius apabila ia dapat dihubungkan
dengan tanah dan air bawah tanah yang membawa kepada kesan buruk terhadap
organisma hidup. Oleh itu, pembentukan air resapan adalah salah satu masalah
terbesar yang perlu diuruskan dengan betul dan salah satu komponen yang paling
berbahaya di dalam kandungan air larut resapan ialah logam berat seperti
chromium, ferum dan plumbum. Pada tahun 2013, tapak pelupusan sampah di
Simpang Renggam pernah diarah kan untuk menghentikan operasi kerana benteng
takungan air resapan yang pecah dan air mengalir terus ke dalam sungai tanpa
rawatan dan menganggu sumber bekalan air untuk lebih kurang 3000 penduduk
2

sekitar kawasan tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam. Berdasarkan kajian


lepas, akibat migrasi perpindahan air respan, tanah akan menjadi terlarut bersama
logam berat seperti plumbum, tembaga, zink, besi, kromium dan kadmium dan
logam berat yang terhasil ini akan menimbulkan masalah yang besar kerana ianya
tidak boleh melalui proses dibiodegrasi. (Hong et al. 2002).

1.2 Penyata masalah

Kehadiran air resapan di tapak pelupusan sampah mengakibatkan kewujudan logam berat.
Logam berat merupakan elemen kimia yang berbahaya dimana secara tidak langsung
mencemarkan sumber tanah tersebut. Kewujudan air resapan ini akan menganggu sumber
air utama penduduk sekitar kawasan tersebut kerana air resapan yang mengalir ke dalam
tanah ini akan meresap terus sehingga ke lapisan terbawah dan kemudian terus ke
empangan dan sungai.
Air resapan yang wujud di tanah pelupusan sampah ini sangat membimbangkan kerana
ianya memerlukan rawatan sebelum dilepaskan ke sungai berhampiran. Terdapat beberapa
faktor yang menyumbang kepada pembentukkan air resapan seperti hujan, tidak menapis
air bawah tanah dan tidak menapis air resapan dimana secara tidak langsung menyumbang
kepada pencemaran air bawah tanah Air resapan yang tidak dirawat dengan selamat
sebelum dilepaskan ke sungai bakal menganggu punca air semulajadi penduduk sekitar
kawasan tersebut serta menganggu hidupan akuatik sungai.
Tanah di tapak pelupusan sampah juga memberi kesan negatif dimana tanah di tapak
pelupusan sampah ini dihadiri dengan keberintangan elektrik dimana secara tidak langsung
mencemarkan tanah tersebut. Kandungan logam berat di dalam tanah tersebut akan tersejat
ketika cuaca panas dan membolehkan pencemaran ini merebak ke penduduk kawasan
Simpang Renggam.
Kenaikan jumlah logam berat dalam tanah akan mengakibatkan penurunan nilai
keberintangan elektrik di dalam tanah tersebut. Oleh itu kewujudan logam berat juga akan
menghasilkan keberintangan elektrik. Akibat pencemaran yang berlaku ini, tanah di tapak
pelupusan sampah ini tidak boleh digunakan semula untuk beberapa tahun walaupun
setelah tapak pelupusan sampah tersebut menghentikan operasinya
3

1.3 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini dijalankan adalah untuk :

i. Untuk mengukur jenis logam berat plumbum, kadmium, kromium, tembaga dan
nikel, keberintangan elektrik dan juga tahap kelembapan di dalam tanah akibat
daripada migrasi perpindahan air resapan ke dalam tanah di tapak pelupusan
sampah di Simpang Renggam.
ii. Untuk menganalisa jenis logam berat plumbum, kromium, tembaga, kadmium
dan nikel dan juga nilai pH untuk air resapan di tapak pelupusan sampah di
Simpang Renggam.

1.4 Skop Kajian

Skop kajian yang dijalankan meliputi kawasan di tapak pelupusan sampah di Simpang
Renggam.. Tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan kajian ini dijangka mengambil
masa selama dua bulan dah juga perlu memasuki ke kawasan tapak pelupusan sampah di
Simpang Renggam sebanyak satu kali sebulan. Segala ujikaji makmal dijalankan di Fakulti
Kejuruteraan Awam Dan Alam Sekitar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Batu
Pahat.

Keberintangan elektrik di dalam tanah tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam


akan dikenal pasti menggunakan kaedah soil box. Selain itu, ujikaji jenis logam berat
terkandung dalam tanah juga akan dijalankan dengan menggunakan kaedah Induktif
Gabungan Plasma ( ICP-MS ). Kaedah larutan sampel tanah ke bentuk cecair sebelum uji
menggunakan ICP-MS. Tahap kelembapan tanah juga akan diukur menggunakan kaedah
pengeringan ketuhar dengan tetapan suhu sebanyak 100 o C hingga 105 o C.

Ph tanah akan diuji dengan menggunakan kaedah mesin pengesan bacaan pH air
dimana sampel tanah akan dilarutkan dengan air suling sebelum ianya diuji untuk nilai pH.
Sampel tanah perlu dilarutkan dengan kaedah asid nitrik dan hidrogen peroxida sebelum
diuji dengan menggunakan kaedah ICP-MS.

Sampel air resapan di tapak pelupusan sampah akan diambil bagi tujuan ujikaji nilai
pH dan juga jenis logam berat di dalam tanah. Ujikaji nilai pH akan dikenal pasti
menggunakan kaedah multiparameter dan untuk pengesanan logam berat di dalam sampel
air resapan akan dikenal pasti dengan menggunakan kaedah induktif gabungan plasma
(ICP-MS).
4

BAB 2

LITERASI KAJIAN

2.1 Pengenalan

Topik ini membincangkan tentang kaedah dan parameter yang diukur untuk kajian ini.
Terdapat 6 jenis parameter yang diukur seperti kaedah keberintangan elektrik, logam berat
dalam tanah, logam berat pada sampel air resapan, nilai ph air resapan dan tanah, dan tahap
kelembapan tanah. Sistem pengendalian tapak pelupusan sampah juga akan di terangkan
pada topik ini untuk menjelaskan keadaan yang berlaku pada tapak pelupusan sampah di
Simpang Renggam. Kelebihan daripada menggunakan kaedah yang dijalankan ini dan
hasil kajian-kajian yang lepas juga di bincangkan pada topik ini bagi tujuan perbandingan
nilai dan punca ketidaksamaan nilai yang diperolehi.
5

2.2 Keberintangan Elektrik dalam Tanah

Kaedah geofizik keberintangan elektrik dalam tanah sangat gemar digunakan oleh
sebilangan penyelidik. Kaedah ini mengesan keberintangan elektrik dalam tanah dengan
menggunakan masa yang singkat. Oleh itu, kajian demi kajian telah dilakukan oleh para
penyelidik untuk menentukan keberintangan elektrik dalam tanah. Kaedah keberintangan
elektrik di tanah tapak pelupusan sampah akan diukur dengan menggunakan kaedah ujikaji
soil box untuk mendapatkan nilai keberintangan elektriknya. Kaedah ini digunakan kerana
prosedurnya yang agak mudah dan peralatan mudah di tempah di Makmal Geofizik dan
Geologi di Fakulti Kejuruteraan Awam.

Berdasarkan daripada kajian (Siti Norbaya Mat Ripin , 2014) , kaedah `Hand Auger’
digunakan untuk mengukur nilai keberintangan elektrik di kawasan perindustrian di Perlis.
(Kaedah ini digunakan dengan memasukan Hand Auger yang telah dimasukkan dengan
wayar elektrod ke kotak MC Miller ke dalam tanah, dan mengambil bacaan terus melalui
ke meter bacaan Mc Miller. Kaedah ini juga mudah digunakan tetapi memerlukan
tempahan alat untuk di bawa keluar dari makmal. Keberintangan elektrik di dalam tanah
juga dikenal pasti sebagai gambarajah yang penting untuk menentukan jenis kepadatan
tanah (Seladj et al. 2010). Lakaran dua dimensi (2D) berdasarkan jarak tanah yang diambil
juga dikenal pasti sebagai keberintangan elektrik tomography dan kini telah dilakukan
standard piawaian untuk alam sekitar dan aplikasi untuk ( Dahlin 2001 , Auken et al. 2006).

Ujikaji ini dijalankan juga untuk mendapatkan nilai berintangan elektrik yang
terkandung dalam tanah sekitar kawasan tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam.
Kaedah ini sesuai digunakan untuk menentukan keberintangan elektrik di dalam sampel
yang berbentuk cecair ataupon tanah. Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan sampel
tanah yang dicemari dengan kehadiran air resapan tersebut dengan memasukkannya ke
dalam kotak soil box dan 4 jenis wayar dimana terdiri daripada 2 wayar hitam dan 2 wayar
merah yang disambungkan ke meter bacaan MC Miller untuk mendapatkan nilai bacaan
keberintangan elektrik yang terkandung dalam sampel tanah yang tercemar dengan
kehadiran leachate tersebut. Ujikaji soil box ini juga berbentuk suatu kotak segi empat tidak
sama dengan isapadu 80cm3 dilengkapi dengan 4 terminal wayar keberintangan elektrik
seperti Miller 400A. Miller 400D dan juga meter elektrik Nilsson 400.

Miller soil box boleh juga digunakan untuk mendapatkan samaada kaedah 4
elektrod (ASTM G57 standard) atau kaedah 2 elektrod (ASTM G187 atau AASHTO T-
288). Untuk kaedah 2 elektrod, dua pin utama tidak digunakan kerana perubahan faktor
kebarangkalian daripada 1cm (kaedah 4 elektrod) ataupun 0.67cm untuk kotak berukuran
6

kecil ataupun 0.57cm untuk kotak yang berukuran besar. Ujikaji ini menunjukkan bacaan
di meter dengan unit Ohm-centimeter. Untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat, sampel
tanah yang diisi ke dalam kotak ujikaji ricih terus ini dipadatkan sama seperti di tapak
pengambilan sampel tersebut.

Suhu juga memainkan peranan yang tinggi dimana sampel tanah yang diambil
perlu disimpan di bekas kedap udara untuk menjaga kandungan kelembapan tanah tersebut
dan ketika ujikaji dijalankan, pastikan sampel tersebut berada dalam suhu yang sama
seperti di tapak pengambilan sampel tersebut. Untuk mengelakkan kesilapan, elakkan
membiarkan sampel tidak bertutup dengan lama kerana suhu sampel tersebut akan berubah.
Cadangan sebelum memulakan kajian ini ialah keluarkan sampel yang ingin diuji terlebih
dahulu dan jangkan buka bekas sampel yang belum diuji kerana ianya mengubah nilai
tahap keberintangan elektrik tanah tersebut. Bekas penyimpanan polietena digunakan
untuk menyimpan sampel tanah ini. Ujikaji ini juga boleh digunakan untuk sampel yang
berbentuk cecair dengan kaedah yang sama digunakan oleh sampel tanah.

Keberintangan elektrik di dalam tanah juga dikenal pasti sebagai gambarajah


yang penting untuk menentukan jenis kepadatan tanah (Seladj et al. 2010). Lakaran dua
dimensi (2D) berdasarkan jarak tanah yang diambil juga dikenal pasti sebagai
keberintangan elektrik tomography dan kini telah dilakukan standard piawaian untuk alam
sekitar dan aplikasi untuk ( Dahlin 2001, Auken et al. 2006 ).

Menurut kajian yang dilakukan sebelum ini, , tanah yang dicemari oleh bahan larut
resap sebanyak 20% akan memberikan bacaan keberintangan sebesar 30 Ωm manakala
tanah yang tidak dicemari akan menunjukkan keberintangan sebesar lebih dari 60 Ωm.
Bahan larut resap telah dikesan menjerap ke dalam bumi sehingga 10 m. Didapati bahan
larut resap telah mengalir jauh daripada 120 m ke timur dan 180.Selain itu, arus terus
dialirkan ke dalam bumi melalui sepasang elektrod dan keupayaan yang dihasilkan oleh
pengaliran arus tersebut yang dipengaruhi oleh bahan bumi yang dilaluinya akan disukat
oleh elektrod yang lain. Keupayaan ini digunakan untuk menghitung keberintangan ketara
yang digunapakai dalam pemodelan songsang untuk menghasilkan model keberintangan
sebenar bahan bumi yang dikaji (Loke et al. 2003). Frid et al. (2008) menggunakan teknik
ini dalam kajian pencemaran air bawah tanah di beberapa tapak pembuangan sampah di
Rusia. Karlik dan Kaya (2001), Batayneh dan Barjous (2005) telah menggunakan teknik
yang sama dalam kajian tapak pelupusan di Rusia dan Jordan.

Teknik pengimejan keberintangan elektrik ini sesuai untuk pencirian bahan


tercemar di tapak pelupusan kerana keberintangan bahan larut resap adalah sangat rendah
oleh kehadiran banyak ion-ion terlarut untuk mengalirkan arus elektrik berbanding dengan
keberintangan tanah tidak tercemar yang kurang mengandungi ion-ion (Aristodemou &
Thomas-Betts 2000). Kaedah ini juga telah digunakan secara meluas dan dikembangkan
kepada 3D (Cadarelli & Fischanger 2006). Kaedah pengimejan keberintangan elektrik juga
telah digunakan untuk memperolehi data dalam kajian pencemaran air bawah tanah di
sekitar tapak pelupusan sampah di Seri Petaling Malaysia (Mukhtar et al. 2000), di Nigeria
7

(Osazuwa & Abdullahi 2008) dan di Brazil seperti yang dilaporkan oleh Porsani et al.
(2004). m jauh ke utara dari tapak pelupusan sampah (Umar Hamzah & Chia See
Chieh,2008).

2.3 Logam Berat dalam Tanah

Logam berat adalah unsur logam dengan berat molekul tinggi. Logam berat dikenal pasti
sebagai pencemaran utama di kawasan tapak pelupusan sampah. Sumber alami logam berat
dalam tanah berasal dari bahan induk pembentuk tanah. Antara jenis jenis utama logam
berat yang di dapati dari tanah ialah Kromium (Cr), Kadmium (Cd), Plumbum (Pb),
Merkuri (Hg). Nikel (Ni), Tembaga (Cu), Zink (Zn), Ferum (Fe), Selenium (Se). (Urase et
al, 1997).

Logam berat juga merupakan salah satu kandungan utama di kawasan tapak
pelupusan sampah yang sangat mencemarkan alam sekitar. Kandungan logam berat ini
terhasil daripada air longokkan sampah yang dimampatkan dan mengalir terus ke dalam
tanah dan secara tidak langsung meresap masuk ke tanah sehingga ke lapisan air bawah
yang telah disusun dengan paip dan secara tidak langsung air pencemaran ini akan
bercampur dengan air bawah tanah. Terdapat pelbagai teknik dan kaedah yang digunakan
untuk beberapa penyelidik untuk mengesan kewujudan logam berat dalam tanah.

Kandungan logam berat Cu, Pb, Cr. Cd dan Ni yang terhasil di tapak pelupusan
sampah di Simpang Renggam akan di uji dengan menggunakan kaedah Induktif Gabungan
Plasma (ICP-MS). Kaedah ini digunakan kerana kaedah ini sangat jarang di jumpai di
jurnal ataupun laman internet. Kajian ini sangat effisien kerana ianya menggunakan masa
yang singkat untuk menentukan elemen kimia yang terkandung dalam sampel. Terdapat
juga kaedah Xray fotoelektron spektroskopi dimana penilaian logam berat dalam tanah
boleh dilakukan tanpa melarutkan sampel tetapi ujikaji ini perlu dilakukan di Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia (Pagoh) dan mesin ini perlu ditempah awal.

Ujikaji ini memerlukan sampel berbentuk cecair dan sampel tanah yang diambil
perlu dilarutkan dengan menggunakan kaedah larutan asid nitrik dan hidrogen peroxida
sebelum di simpan dalam peti penyejuk dengan menggunakan botol polietena. Sampel
tanah yang telah di simpan pada peti penyejuk terus diuji menggunakan kaedah ICP-MS.

Berdasarkan daripada kajian lepas yang dilakukan oleh (S.Kanmani


Gandimathi, 2013), jenis jenis logam berat dalam tanah tapak pelupusan sampah di India
8

ditentukan menggunakan kaedah Spektofotometer Serapan Atom (SSA). Terdapat juga


kajian yang menggunakan kaedah Spektrometri Pendar Sinar X (XRF) seperti (Gatot
Suhariyona dan Yulizon Menry, 2005). Terdapat juga kajian yang menggunakan kaedah
sama seperti (Wu Xu-Dong et al, 2017) menggunakan kaedah Induktif Gabungan Plasma
(ICP-MS) untuk menentukan kehadiran logam berat dalam tanah.

2.4 Logam Berat dalam air resapan

Air resapan merupakan elemen yang perlu dirawat dan di kendalikan oleh tenaga pakar dan
professional kerana tindak balasnya yang sangat membahayakan dan boleh menimbulkan
penyakit. Air larut resapan merupakan cecair bewarna coklat kehitaman yang terbentuk
hasil daripada perkolasi air yang mengalir melalui sisa pepejal di tapak pelupusan sisa.
Cecair ini mengalir ke dalam bahagian tanah dan membawa bersamanya bahan-bahan
terlarut dan terampai (Ghazali et al., 1997). Terdapat beberapa faktor yang menyumbang
kepada pembentukkan air resapan seperti hujan, tidak menapis air bawah tanah dan tidak
menapis air resapan dimana secara tidak langsung menyumbang kepada pencemaran air
bawah tanah (Morling, 2010).

Kandungan air resapan ini terdiri daripada bahan organik dan bukan organik dan
juga terdiri daripada pelbagai campuran bahan kimia dan logam berat seperti ammonia,
natrium, kalsium, sulfur, kuprum, ferum, nikel, kadmium, plumbum dan lain-lain
(Tchobanogolous et al., 1993). Ini bukan sahaja boleh mengancam kehidupan organisma-
organisma yang hidup dalam tanah, tumbuh-tumbuhan malahan pada manusia sendiri
apabila air resapan ini mengalir ke bahagian sungai dan tasik yang berdekatan apabila air
bawah tanah dicemari (Tatsi dan Zouboulis, 2002; Tatsi et al, 2003; Bagchi, 1990).

Kesan daripada pencemaran plumbum umpamanya boleh menyebabkan penyakit


anemia, gangguan pada usus dan sistem saraf. Bagi memastikan air resapam selamat untuk
dilepaskan ke sungai ataupun persekitaran berhampiran maka beberapa langkah
pengolahan perlulah dilakukan bagi memastikan air resapan tersebut mengikut piawaian
yang dibenarkan. Kegagalan dalam merawat kehadiran air resapan dengan selamat
memberi kesan yang besar kepada kesihatan penduduk awam dan alam sekitar. Pendekatan
praktikal diperlukan untuk merawat dan mengawal kestabilan air larut resapan dengan
menggunakan rawatan permintaan fizikal. Proses rawatan permintaan fizikal ini
merupakan kaedah digunakan untuk merawat air larut resapan dengan proses pembekuan
dan pengiraan.
9

Sumber air bawah tanah juga berada dalam keadaan berisiko tinggi kerana
penempatan semula air resapan ini terhasil di tapak pelupusan sampah. Sisa pepejal yang
dibuang di tapak pelupusan sampah atau lambakan terbuka terdedah kepada 2 senario iaitu
pengaliran air bawah tanah atau penyebaran air resapan melalui proses pemendakan. Hasil
penguraian sisa pepejal tersebar ke dalam air ketika hujan berlaku. Menurut (Moody dan
Townsend, 2016) air larut resapan ini mempunyai komposisi kimia yang rumit dimana
penghasilan bahan organik, pencemaran organik dan logam berat. Air resapan di tapak
pelupusan sampah ini juga merupakan sumber yang berpotensi untuk mencemarkan
kelarutan penghasilan ini ke dalam tanah dan air di bawah tanah disebabkan oleh kelarutan
yang tinggi yang bertindak sebagai agen pencemaran. Air resapan ini berakhir di stesen
kolam takungan yang merawat dan mengawal keselamatan kualiti air resapan tanpa
menggangu kualiti air sungai kawasan berhampiran. Rajah 2.1 di bawah menunjukkan
contoh loji rawatan yang merawat takungan air resapan.

Rajah 2.1 : Kolam takungan air resapan di tapak pelupusan sampah Simpang
Renggam

Pengesanan logam berat seperti Cu, Pb, Cd, Cr dan Ni pada sampel air resapan ini
menggunakan kaedah ICP-MS. Kaedah ini sangat mudah digunakan oleh kerana air
resapan berbentuk cecair dan boleh di uji tanpa melarutkan nya. Kaedah ini sangat popular
dan banyak digunakan oleh para penyelidik lain kerana kesesuaiannya dalam menentukan
logam berat dan mudah di uruskan ketika ujikaji sedang dijalankan. Kajian penilaian logam
berat dalam air resapan di tapak pelupusan sampah Macao menggunakan kaedah ICP-MS
( Feng S et al, Chemosphere, 2007). Penilaian air bawah tanah menggunakan kaedah ICP-
MS ( Husam Malassa, 2014).

Kaedah ICP-MS dianggap sesuai untuk ujikaji ini kerana alatan ini mudah
mengesan logam berat tanpa menggunakan masa yang lama. Kaedah ini agak rumit pada
pertama kali kerana terlalu banyak bahan yang perlu di buka seperti gas argon dan hilium.
Kawalan komputer ICP-MS juga ditetapkan dengan pilihan yang sangat banyak dan ianya
10

perlu di uruskan dengan berhati hati untuk mengelakkan kesilapan teknikal. Oleh itu,
ujikaji ini seharusnya dijalankan bersama tenaga yang pakar dan mahir dalam bidang ICP-
MS.

Komposisi air resapan bergantung kepada cara penyusupan, kelembapan,


kuantiti sisa pepejal, keadaan cuaca persekitaran, jenis sisa pepejal serta usia tapak
pelupusan itu sendiri (Wang et al., 2003; Trebouet et al., 2001). Perbezaan jumlah serta
kualiti air resapan boleh wujud akibat daripada dipengaruhi kadar penjanaan dan komposisi
air resapan. Komposisi air resapan berubah dengan proses anaerobik yang terjadi dan hayat
tapak pelupusan (Harrington, 1986). Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh
(Tchobanoglous et al., 1993) komposisi air resapan yang wujud antara tapak pelupusan
baru dan yang sudah matang adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1 di bawah.

Jadual 2.1 : Komposisi air larut resapan baru dan matang (Tchobanoglous et al., 1993)

Juzuk / Komponen Tapak > 2 Tahun Tapak > 10 Tahun

Julat(mg/L) Normal(mg/L)

BOD 2000-30000 10000 100-200

TOC 1500-20000 6000 80-160

COD 3000-6000 18000 100-500

Pepejal Terampai 200-2000 6000 100-400

Nitrogen Organik 10-800 200 80-120

Nitrogen Ammonia 10-800 200 20-40

Nitrat 5-40 25 5-10


11

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh (Tchobanoglous et al., 1993), tapak pelupusan
sampah yang telah beroperasi lebih daripada 10 tahun menunjukkan nilai BOD sebanyak
100 – 200 Mg/L dan bacaan COD sebanyak 100 – 500 Mg/L. Nilai nitrogen ammonia
menunjukkan bacaab sebanyak 20 – 40 Mg/L. Berdasarkan daripada jadual yang diberi,
rumusan yang diperoleh ialah semakin lama operasi tapak pelupusan sampah tersebut,
semakin menurun nilai bacaan COD, BOD dan nitrogen ammonia. Tapak pelupusan
sampah yang baru beroperasi menyumbang nilai pencemaran yang lebih tinggi berbanding
tapak pelupusan sampah yang telah lama beroperasi.

2.5 Nilai pH

Dalam ujikaji kimia, pH merupakan ukuran keasidan dan kealkalian sesuatu larutan.
Larutan dengan pH kurang daripada 7 berasid manakala larutan dengan pH lebih daripada
7 bersifat alkali. Air tulen mempunyai pH berdekatan dengan 7. Skala pH berdasarkan
piawaian antarabangsa. Tetapan nilai pH ditentukan berdasarkan kepekatan sel galvanik,
yang merupakan perbezaan keupayaan elektrod antara elektrod hidrogen dan elektrod
piawanan seperti argentum klorida. Nilai pH untuk sesuatu larutan diperoleh dengan
menggunakan elektrod kaca dan meter pH atau menerusi penunjuk pH.

Nilai pH perlu ditentukan dengan menjalankan ujian pH dengan menentukan


samaada cecair tersebut berada dalam keadaan acid, alkali atau neutral. Ujikaji ini bakal
memberikan nilai pH air resapan di tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam. Hal ini
penting kerana pengawalan nilai pH yang selamat diperlukan sebelum melepaskan air yang
telah di rawat dengan selamat ke sungai atau empangan air yang berhampiran tanpa
menjejaskan kualiti air sungai tersebut. Penentuan skala ini boleh dikenal pasti dengan
menggunakan rajah 2.2 di bawah sebagai rujukan untuk menentukan kelas pH dan
menentukan keasidan air resapan dan tanah yang diambil dari tapak pelupusan sampah di
Simpang Renggam.
12

Rajah 2.2 : Skala penentuan kelas pH air resapan dan tanah

2.5.1 Ph Air Resapan

Sampel air resapan yang diambil dari tanah tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam
akan diuji nilai pH dengan menggunakan mesin bacaan pH air. Kaedah ini sangat mudah
di uruskan dan menggunakan masa yang singkat untuk menentukan nilai pH air resapan.
Berdasarkan daripada kajian (l W Mohamad Zailani, N S M Zin) pH air resapan di tapak
pelupusan sampah di Simpang Renggam adalah di antara 7.9 – 8.3. Berdasarkan jadual 2.2,
air resapan di tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam dikategorikan sebagai air
resapan berusia tua. Berdasarkan kajian lepas yang digunakan, kaedah multiparameter
digunakan untuk mengesan nilai pH dalam sampel air resapan ( L W Mohamad Zailani ).
13

Jadual 2.2 : Jenis air resapan VS usia tapak pelupusan sampah

Young Medium Old

Age (year) <1 1-5 >5

pH <6.5 6.5 - 7.5 >7.5

COD (g/L) >15 3 - 15 <3

BOD5 / COD 0.5 - 1 0.1 - 0.5 <0.1

TOC / COD <0.3 0.3 - 0.5 <0.5

NH3-N (mg/L) <400 400 >400

Heavy metals (mg/L) >2 <2 <2

2.5.2 pH Tanah

Sampel tanah di tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam akan diuji menggunakan
kaedah meter bacaan pH air untuk menentukan kelas ph tanah tersebut. Sebelum diuji,
sampel tanah yang ingin diuji harus dimasukkan ke dalam bikar yang berisi air suling dan
digoncangkan sehingga ianya larut dan menjadi sampel cecair. Hal ini kerana Meter bacaan
pH hanya mengesan bacaan pH dalam bentuk cecair. Kaedah ini juga tidak rumit dan
mudah diuruskan. Kaedah ini juga menggunakan masa yang singkat dan nilai yang
diperoleh adalah tepat. Bikar yang digunakan harus di basuh dengan menggunakan air
suling sebelum di ulang kajian untuk sampel seterusnya. Batang pengesan meter bacaan
pH juga harus di rendam pada air suling sebelum di gunakan semula pada sampel kedua
untuk memastikan ketepatannya.
14

Rajah 2.3 menunjukkan ujikaji ph sampel tanah

2.6 Tahap kelembapan tanah

Mengikut konsep kejuruteraan, tahap kelembapan tanah merupakan nilai nisbah


kandungan air di dalam sampel tanah dan juga peratus kandungan air dalam tanah.. Tahap
kelembapan ini boleh diperolehi dengan menggunakan pelbagai kaedah pengeringan
ketuhar dan perbezaan antara setiap kaedah adalah suhu dan masa tinggalan sampel di
dalam mesin pengering ketuhar. Kaedah ini digunakan dengan alatan mesin ketuhar,
timbang dan bekas aluminium kecil. Bekas aluminium ini digunakan untuk meletakkan
sampel tanah sebelum di masukkan ke ketuhar. Kaedah ini dipilih untuk kajian ini kerana
ianya mudah dijalankan dan kaedah ini boleh dijalankan dengan serentak untuk kesemua
sampel tanah.

Mengikut kaedah (Standards Association of Australia. AS 1289 B1.1-1977),


kaedah ini memerlukan sampel tanah ditinggalkan selama 24 jam di dalam mesin
pengering ketuhar dengan tetapan suhu sebanyak 100 oC – 105 oC sebelum ianya boleh
dikeluarkan semula untuk ditimbang. Perbandingan berat sebelum di masukkan ke dalam
ketuhar dan selepas dikeluarkan daripada ketuhar akan direkodkan bagi tujuan
perbandingan sampel tanah yang kering dan basah. Ujikaji ini dijalankan di makmal
kejuruteraan geoteknik dan geofizik di Fakulti Kejuruteraan Awam Dan Alam Sekitar di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
15

Berdasarkan daripada kajian (O Kelly B.C, 2004) kaedah pengeringan ketuhar (


Standard Association Of Australia. AS 1289 B1.1-1977) digunakan untuk mendapatkan
kandungan kelembapan tanah organik. Kajian ini merupakan alternative yang terbaik
kerana kelengkapan alatannya yang mudah diperolehi daripada makmal dan kaedah ujikaji
yang mudah.

Pengiraan tahap kelembapan tanah:

Tahap Kelembapan Tanah, % = ( W1 - W2 ) X 100%

W1

W1 = Berat tanah sebelum dikeringkan

W2 = Berat tanah selepas dikeringkan

2.7 Tapak Pelupusan Sampah

Tapak pelupusan sampah dikategorikan sebagai suatu kawasan dimana pengawalan dan
pengasingan sisa buangan pepejal dijalankan. Tapak pelupusan sampah dianggap sebagai
suatu teknik yang dijalankan untuk menguruskan dan mengawal sisa pembuangan pepejal.
Tapak pelupusan sampah juga merupakan stesen terakhir pembuangan sisa pepejal
daripada industri, kawasan perumahan dan kawasan kawasan lain. Penambahan penduduk
pada setiap tahun juga meningkatkan hasil pembuangan sisa pepejal yang semakin
meningkat setiap hari.

Menurut ( Rizal Zainon,2005 ) seorang penduduk di Malaysia menghasilkan 0.8


kilogram sampah sehari dan di bandar raya Kuala Lumpur saja, sejumlah 4,000 tan sampah
dibuang setiap hari. Di Malaysia, pertumbuhan sisa pepejal meningkat sebanyak 3%
setahun di mana kebanyakan sisa pepejal tersebut terhasil daripada kertas, plastik, perabot-
16

perabot lama, logam, kaca, sisa perindustrian dan juga sisa makanan seharian ( Agamuthu,
2001). Berdasarkan laporan yang sama, pada 2001, kira-kira 16, 247 tan sampah dihasilkan
di negara ini setiap hari

Masalah pengurusan tapak pelupusan yang tidak cekap menyebabkan masalah


pencemaran air yang serius kerana disebabkan oleh air resapan dari sisa buangan di
kawasan tapak pelupusan. Air resapan dari tapak pelupusan akan mengalir ke sungai yang
berhampiran khususnya melalui air bawah tanah dan ini secara langsung boleh
mencemarkan sungai tersebut (Mohd Nizzam, 2004). Disebabkan oleh nilai ekonominya,
tapak pelupusan sampah juga memainkan peranan yang tinggi dimana dengan mengatur
strategi pengasingan jenis sampah dan pengawalan sampah yang diterima setiap hari dari
serata negeri di Malaysia. Pembuangan di tapak pelupusan sampah akan mengakibatkan
tanah itu tidak boleh digunakan semula walaupun setelah penutupan tapak pelupusan
sampah itu untuk beberapa tahun kerana tapak tersebut memerlukan beberapa tahun untuk
mengeluarkan semula hasil kimia yang tertinggal pada tanah tersebut. Oleh itu tanah di
sekitar tapak pelupusan sampah tidak boleh digunakan semula untuk tempoh tertentu
sebelum ianya disahkan selamat dan telah bebas daripada tindak balas kimia padanya dan
boleh digunakan semula (Kalanatarifard & Yang, 2012).

Salah satu masalah utama yang dihadapi ketika membuka tapak pelupusan
sampah tersebut adalah pengurusan sisa pepejal dimana ianya memerlukan kawasan tanah
yang luas dan akan mengakibatkan pencemaran yang berterusan pada masa hadapan.
Tapak pelupusan sampah memerlukan kawasan tanah yang baru untuk beroperasi dimana
syarikat pengendalian perlu bertanggungjawab ke atas pencemaran alam sekitar yang
berlaku seperti yang dilaporkan pada kajian yang dijalankan (Chai dan Zakaria, 2006).
Disebabkan oleh penghasilan kandungan air resapan yang tidak dapat dielakkan, tapak
pelupusan sampah akan menjadi salah satu kawasan yang menyumbang kepada
pencemaran logam berat dan pencemaran alam sekitar.

2.8 Sistem Pengendalian Tapak Pelupusan Sampah

Tapak pelupusan sampah di reka bentuk untuk mengawal longokkan sampah dengan
anggaran saiz tertentu dan pada masa yang sama juga perlu mencegah sebarang rasa
ketidakselesaan atau risiko yang berbahaya yang boleh menganggu kesihatan penduduk
awam disekitar kawasan tersebut serta pekerja kawasan tapak dengan mengambil kira
prinsip kejuruteraan untuk mengurangkan jumlah isipadu kawasan pembuangan sisa
pepejal secara beperingkat.
17

Pengurusan di tapak pelupusan merupakan perkara yang penting kerana setiap


hari bilangan sisa di kawasan tapak pelupusan akan bertambah. Keadaan ini banyak
mendatangkan masalah kepada alam sekitar jika tidak diuruskan dengan sempurna.
Masalah pengurusan sisa pepejal dan tapak pelupusan telah meningkat di Malaysia
disebabkan sistem pengurusan tapak pelupusan yang tidak cekap. Ini termasuklah
kelemahan dalam sistem kutipan sisa buangan dan pengurusan di tapak pelupusan yang
tidak sempurna (Tan et al, 2002; Zaini, 2007). Berikut terdapat beberapa kaedah atau
langkah yang perlu diterapkan ke dalam pengawalan sisa pembuangan di tapak pelupusan
sampah seperti mengecilkan jumlah isipadu sampah kepada tahap minimum dan
memampatkan sisa sisa tersebut kepada saiz yang lebih kecil dan menggunakan teknikan
timbus tanah semula pada lapisan sampah yang terkumpul selepas melalui proses
mampatan. Selain itu, proses rawatan air resapan juga perlu diterapkan supaya punca
sumber air utama seperti empangan dan sungai tidak tercemar akibat daripada proses
longokkan sampah ini kerana ianya akan menjejaskan punca air utama penduduk setempat
dan mengakibatkan rasa ketidakselesaan penduduk kawasan setempat.

Pengurusan sisa pepejal yang baik menerusi pengurangan, pengitaran semula,


pelupusan, penggunaan teknologi terkini serta penyediaan standard bagi perkhidmatan
pelupusan sisa wajar berkembang dari masa ke semasa supaya persekitaran yang sihat
dapat diwujudkan. Teknologi yang bakal digunakan juga haruslah bersesuaian dengan
faktor persekitaran agar sisa pepejal yang bakal dilupuskan akan menjadi sumber yang
tidak ternilai dan sentiasa dimanafaatkan. Oleh yang demikian pengurusan sisa pepejal
yang berkesan berkait rapat dengan taraf kesihatan sesebuah komuniti dan juga
peningkatan taraf ekonomi sesebuah negara itu sendiri (Rodrigues et al., 2004).

Satu lagi cara yang dilihat sebagai altenatif terbaik di dalam menyelesaikan masalah
sisa pepejal dan tapak pelupusan ialah dengan pembinaan insinerator. Pembinaan
insinerator merupakan langkah yang sesuai untuk mengurangkan masalah sisa pepejal yang
semakin meruncing di Malaysia kerana adalah dijangkakan penggunaan insinerator boleh
mengurangkan jumlah sisa pepejal dari dibuang di tapak pelupusan sehingga 80 hingga 90
peratus (Zaini, 2003). Selain itu, kelebihan pembinaan insinerator juga boleh menghasilkan
tenaga bagi penjanaan tenaga elektrik, mengelakkan pencemaran air kerana tiada air
resapan yang akan terhasil dan juga insinerator ini boleh ditempatkan dekat dengan pusat
kutipan sisa buangan kerana tidak memerlukan ruang yang luas (Zaini, 2007).

Sisa pepejal merupakan hasil pengeluaran yang dijana oleh aktiviti manusia
sebelum dihantar ke tapak kambus tanah, insinerator ataupun tapak pelupusan sanitari yang
telah disediakan bagi tujuan pelupusan ataupun kitar semula (Baccini dan Brunner, 1991).
Peningkatan taraf ekonomi yang tumbuh pada 5.2% setahun akan merancakkan
pertambahan sisa pepejal yang akan ataupun bakal dilupuskan (Agamuthu, 2001). Menurut
Laporan Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010 kerancakkan pembangunan industri
kecil, sederhana dan juga peningkatan taraf sosio ekonomi penduduk akan membawa
kepada pertambahan sisa pepejal dimana masalah yang akan dihadapi oleh negara adalah
bagaimana sistem pelupusan yang efisien akan diwujudkan. Pengurusan sisa pepejal yang
18

tidak cekap akan memberi kesan yang besar kepada taraf kesihatan manusia itu sendiri
(Mato, 1999; Kiely 1998). Sebagai contohnya manusia akan sentiasa menggunakan air
yang diperolehi daripada pelbagai sumber. Pencemaran air bawah tanah dan permukaan
akan mengakibatkan timbulnya masalah baru dari segi kesihatan iaitu melalui penyakit
bawaan air.

Selain itu kos rawatan air juga akan meningkat disebabkan terlalu banyak kaedah
rawatan yang diperkenalkan. Kebanyakan penyakit bawaan air adalah disebabkan oleh cara
pelupusan yang tidak cekap di mana sisa yang dihasilkan dikambus tanah tanpa penyediaan
sistem lapisan yang baik. Selain itu terdapat juga sisa-sisa yang dibakar sewenang-
wenangnya tanpa mengetahui kandungan yang terdapat di dalam sisa tersebut. Ini akan
memberi kesan jangka masa panjang terhadap persekitaran serta membahayakan kesihatan
penduduk yang tinggal berhampiran dengan aktiviti tersebut. Gaya hidup sesebuah
komuniti juga sangat mempengaruhi kepelbagaian sisa yang dihasilkan (Cheremisinoff,
1995) di mana penghasilan produk yang terhad kepada kegunaan tertentu akan
menyumbang kepada peningkatan jumlah sisa yang dihasilkan (Henry dan Hainke, 1996).

2.9 Kaedah Larutan Asid Nitrik (HNO3) dan Hidrogen Peroxida (H2 O2)

Kaedah larutan asid nitrik dan hidrogen peroxida ini merupakan kaedah yang digunakkan
untuk melarutkan sampel tanah ke bentuk cecair. Terdapat beberapa kaedah lain yang boleh
digunakan untuk melarut sampel tanah ke bentuk cecair tetapi kaedah ini dianggap paling
sesuai dan mudah kerana larutannya boleh didapati di makmal air sisa dan makmal analisa
persekitaran di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar di Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia Batu Pahat. Untuk menguji logam berat di dalam ujikaji icp-ms, sampel
tanah yang diambil ini dilarutkan kepada bentuk cecair.

Kaedah ini menggunakan masa yang agak lama untuk melarutkan sampel. (EPA
3050B). Kaedah larutan ini menggunakan larutan Asid Nitrik (HNO3), Hidrogen Peroxida
(H2O2) dan Asid Hidroklorik (HCl). Sampel tanah yang melepasi ayakkan bersaiz 2mm
digunakan dalam kaedah ini. Kaedah ini menjalani kaedah pemanasan dan penyejukan dan
penambahan asid jenis hidrogen peroxide ini bermula ketika proses larutan sedang melalui
proses penyejukan. Teknik ini perlu dilakukan dengan berhati hati dengan menggunakan
sarung tangan dan kaca mata keselamatan kerana larutan asid nitrik merupakan asid yang
berbahaya. Ujikaji yang dijalankan ini juga sangat berbahaya, oleh itu ujikaji ini perlu
dijalankan di dalam `fume cupboard’. Jam randik juga perlu digunakan bagi tujuan
19

pengawalan masa kerana pemanasan perlu dihentikan tepat pada waktunya untuk
mengelakkan larutan melalui proses pendidihan.

Sampel tanah yang telah dilarutkan di labelkan sebelum di simpan dalam peti
sejuk dengan tetapan suhu sebanyak 4 oC. Sampel larutan tanah yang di tinggalkan pada
peti sejuk boleh terus di uji dengan ujikaji ICP-MS untuk mendapatkan jenis logam berat
yang terkandung dalam sampel tanah tersebut. Berdasarkan daripada kajian lepas, kaedah
larutan ini digunakan untuk melarutkan sampel tanah ke bentuk cecair sebelum diuji
menggunakan kaedah ICP-MS (J Anal. At. Spectrom, 1999). Kaedah ini juga turut
digunakan oleh (Allen Dong, V.V Rendig, R.G Burau and G.S. Besga, 1987) untuk
melarutkan sampel tanah dengan menggunakan kaedah asid nitrik dan hidrogen peroxida.
20

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Metodologi adalah proses yang menggunakan kaedah dan prosedur analisis sistematik dan
teori untuk mencapai maklumat dan objektif kajian. Ia menjelaskan tentang semua
maklumat dan proses yang dilakukan semasa menjalankan kajian ini. Metodologi kajian
ini terdiri daripada empat bahagian iaitu bidang kajian kaedah induktif gabungan plasma,
kaedah keberintangan elektrik menggunakan ricih terus, kaedah larutan asid nitrik dan asid
hidrogen peroxide, dan jenis tanah tersebut dilengkapi dengan nilai kelembapan tanah dan
nilai pH.

Bahagian pertama kajian ini adalah mengenai kawasan kajian yang terletak di
dalam kawasan tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam. Lokasi, topografi, aktiviti
tapak dan kebolehaksesan mengenai kajian dijelaskan di bahagian pertama. Bahagian
kedua menjelaskan mengenai perolehan data dan pemprosesan data menggunakan kaedah
induktif gabungan plasma, soil box dan juga kaedah larutan asid nitrik dan hidrogen
peroxida. Bahagian ketiga menjelaskan mengenai pengukuran lapangan dan pemprosesan
data mengenai kaedah konvensional induktif gabungan plasma (ICP-MS). Bahagian
terakhir yang dihuraikan tentang reka bentuk peringkat asas selepas semua maklumat dari
seksyen dua dan tiga bergabung untuk memeriksa kesesuaiannya.
21

TAPAK PELUPUSAN SAMPAH


SIMPANG RENGGAM

AIR RESAPAN SAMPEL TANAH

LOGAM BERAT KAEDAH KEBERINTANGAN LOGAM BERAT


PENGERINGAN ELEKTRIK
ICP-MS 1. Menggunakan kaedah
KETUHAR 1. Menggunakan kaedah ICP-MS
1. Mengukur Soil Box.
tahap
PH kelembapan
tanah PH
Multiparameter
Multiparameter

PEMPROSESAN DATA

DATA DAN PERBINCANGAN

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Rajah 3.1 : Carta alir Metodologi


22

3.2 Kawasan Kajian

Kawasan kajian untuk ujikaji ini terletak di dalam kawasan tapak pelupusan sampah di
Simpang Renggam. Menurut lokasi geometri pada latitude 10 53'41.64 "22'34.68 Utara and
1030" Timur di Jalan Kluang, Johor, Malaysia. Kawasan tapak pelupusan sampah seluas
10 hektar ini juga telah beroperasi lebih daripada 12 tahun dan kawasan ini dilaporkan
sebagai kawasan pencemaran utama alam sekitar kerana kehadiran air resapan di bawah
tanah dan kehadiran logam berat di dalam tanah di sekitar kawasan tersebut. Hal ini
mengakibatkan kehadiran air resapan perlu di rawat sebelum di alirkan terus ke empangan
atau sungai yang berdekatan dalam keadaan yang selamat. Kawasan tapak pelupusan
sampah di Simpang Renggam ini juga dikatakan menerima sehingga 250 tan sampah sehari
meliputi kawasan Simpang Renggam, Batu Pahat, dan juga Kluang. Kawasan tapak
pelupusan sampah di Simpang Renggam ini juga pernah di arahkan untuk menghentikan
operasinya pada awal tahun 2018 kerana benteng takungan air resapan pecah kerana tidak
mampu menampung air hujan yang mengalir deras daripada bukit sekitar kawasan tersebut
(Berita harian, 2018). Hal ini mengakibatkan SWM Environment Sdn Bhd di saman kerana
kandungan ammonia yang tinggi dikesan pada punca air mentah Sungai Benut. Akibat
daripada kejadian ini juga telah menggangu bekalan air mentah kira kira 7000 penduduk
di Simpang Renggam selama enam jam akibat pecahan benteng tersebut dan air resapan
mengalir terus ke sungai tanpa dirawat dengan selamat akibat daripada pecahan benteng
tersebut. Rajah 3.2 menunjukkan gambaran sekitar kawasan tapak pelupusan sampah di
Simpang Renggam dan jadual 3.1 menunjukkan titik koordinat pengambilan sampel tanah
di tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam.

Rajah 3.2 : Tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam


23

Jadual 3.1 : Koordinat pengambilan sampel tanah

No Sampel Lokasi Koordinat

1 4KM E N 6°32’ 40.5” E 100°19’ 37.5”

2 5KM E N 6°32’ 39.2” E 100°21’ 11”

3 9KM E N 6°35’ 57.3” E 100°17’ 34.3”

4 12KM N N 6°38’ 50.5” E 100°17’ 37.8”

5 10KM N N 6°36’ 42.3” E 100°17’ 35”

6 7KM N N 6°32’ 39.2” E 100°21’ 11”

7 11KM W N 6°28’ 12.2” E 100°14’ 44.8”

8 20KM W N 6°23’ 57.2” E 100°10’ 49.7”

9 25KM W N 6°21’ 33.4” E 100°8’ 52”

Rajah 3.3 Gamba rajah titik pengambilan sampel


24

3.3 Penyediaan Sampel

Sampel yang digunakan untuk penyelidikan ini adalah air resapan dan tanah yang diperoleh
dari tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam. Sebanyak 9 plastik jenis polietena dan
1 botol plastik polietena di bawa bagi tujuan penyimpanan sampel tanah dan air resapan
yang diambil sebelum diuji di makmal. Jadual 3.2 di bawah boleh digunakan untuk
menunjukkan ciri ciri parameter yang diukur dan alatan yang digunakan untuk
melengkapkan ujikaji ini. Rajah 3.3 diatas digunakan untuk rujukan titik pengambilan
sampel.

Jadual 3.2 : Parameter ukuran dan Kaedah

Parameter Sampel Alatan Kaedah

Keberintangan Elektrik Tanah Soil Box ASTM G187 atau


AASHTO T-288

Kepekatan Logam Berat Tanah ICP-MS Environmental Protection


Agency (EPA) Methods
SW846/3015/3050B/
6010B

Kandungan Logam Berat Air Resapan ICP-MS Environmental Protection


Agency (EPA) Methods
SW846/3015/3050B/
6010B

PH Air Resapan Multiparameter ASTM

PH Tanah Multiparameter ASTM

Tahap kelembapan tanah Tanah Kaedah pengeringan Standards Association of


ketuhar Australia. AS 1289 B1.1-
1977

larutan asid nitrik dan Tanah Kaedah larutan asid nitrik Environmental Protection
hidrogen peroxida dan hidrogen peroxida Agency (EPA) Methods
3050B
25

3.4 Sampel Tanah

Sampel Tanah di tapak pelupusan sampah ini diambil bagi tujuan penyiasatan logam berat,
tahap kelembapan dan keberintangan elektrik. Sampel tanah ini diambil pada 9 kedudukan
berbeza dengan jurangan jarak setiap titik 2m. Setiap titik ini dikorek sebanyak 15cm
kedalaman dengan menggunakan Cangkul kecil dan sampel tanah pada kedudukan 15 cm
di bawah di ambil. Sampel Tanah ini akan di simpan di dalam plastik zip polietena sebelum
di masukkan ke dalam mesin pengering ketuhar dengan tetapan suhu sebanyak 60 oC dan
di biarkan selama dua hari sebelum ianya dilarutkan ke dalam bentuk cecair.

Sampel tanah yang di ambil juga akan digunakan untuk mengukur tahap
kelembapan tanah tersebut. Tanah yang digunakan untuk mengukur tahap kelembapan
tanah dan sampel tanah yang ingin digunakan untuk ujikaji logam berat perlu di asingkan
kerana objektifnya yang sangat berbeza. Sampel tanah untuk kawasan yang tidak dihadiri
dengan logam berat akan diambil untuk perbandingan nilai logam berat yang terkandung
dalam tanah tersebut. Rajah 3.4 menunjukkan elemen kelas kimia yang dirujuk untuk
mengenal pasti jenis elemen kimia.

Rajah 3.4 : Kelas penentuan elemen kimia


26

3.4.1 larutan asid nitrik (HNO3) dan hidrogen peroxida (H2O2)

Kaedah larutan ini digunakan untuk melarutkan sampel tanah ke bentuk cecair sebelum
diuji dengan menggunakan kaedah ICP-MS. Kaedah ini menggunakan sampel tanah
melepasi ayakkan 2mm, asid nitrik, hidrogen peroxida, asid hidroklorik, penapis whatman
bersaiz 541, bikar, pippete dan air milliQ.

Sebanyak 2g tanah yang melepasi bekas ayakkan bersaiz 2mm di masukkan ke


dalam bikar bersaiz 150 ml. Kemudian masukkan 5 ml air milliQ dan 5ml asid nitrik ke
dalam bikar dan bikar ini di letakkan pada plat pemanasan dan di biarkan panas selama 15
minit dan tutup plat pemanasan semula. Biarkan ianya sejuk dan tambah sebanyak 5ml asid
nitrik dan sambungkan pemanasan selama 30 minit dan tunggu sehingga isipadu larutan
menurun ke 5ml. Larutan dibiarkan sejuk dan ditambah dengan 2ml air milliQ dan 3ml
Hidrogen peroxida. Panaskan semula larutan dan tambahkan 10ml air milliQ dan 5ml asid
hidroklorik dan sambung pemanasan selama 15 min dan tutup plat pemanasan sebelum
larutan mula mendidih. Hasil larutan ini kemudian ditapis menggunakan penapis whatman
bersaiz 541 dan dimasukkan ke dalam bikar simpanan yang lain. Larutan ini di simpan di
peti sejuk dengan tetapan suhu sebanyak 4 oC dan dibiarkan selama 48 jam sebelum diuji
dengan menggunakan kaedah ICP-MS.

3.4.2 Tahap kelembapan

Tahap kelembapan tanah diuji dengan menggunakan kaedah pengeringan ketuhar. Alatan
yang digunakan ialah bekas aluminium kecil, timbang skala dan Mesin pengering ketuhar.

Berat bekas aluminium kosong di timbang sebelum di masukkan sampel tanah.


Masukkan sedikit sampel tanah di dalam bekas aluminium kecil dan timbang semula berat
bekas dan sampel tanah. Ulang semula pada semua sampel dan labelkan bekas mengikut
nombor sampel sebelum di masukkan pada mesin ketuhar. Berat bekas kosong dan selepas
dimasukkan sampel tanah direkodkan dan sampel ini dimasukkan ke dalam mesin
pengering ketuhar dengan tetapan suhu 105 oC dan dibiarkan selama 24 jam. Setelah 24
jam, sampel tanah dikeluarkan daripada mesin ketuhar dengan menggunakan sarung
tangan. Berat bekas dan sampel selepas dikeluarkan daripada mesin pengering ketuhar
27

akan di rekodkan. Bekas tanah yang ingin diuji perlu di elakkan daripada tededah terlalu
lama kerana suhu persekitaraan akan mengubah ciri-ciri sebenar tanah tersebut. Rajah 3.5
menunjukkan timbangan sampel tanah sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengering
ketuhar.

Rajah 3.5 : Sampel tanah di timbang beserta bekas aluminium kecil

3.4.3 Ph

Ujikaji pH tanah di uji dengan menggunakan kaedah multi parameter. Kaedah ini menguji
ph sampel yang berbentuk cecair dan sampel tanah yang di ambil ini perlu di larutkan
terlebih dahulu. Kaedah ini sangat mudah dan ujikaji ini boleh di siapkan dalam tempoh
masa yang singkat.

Ujikaji ini bermula dengan mengambil sebanyak 10g sampel tanah dan kemudian
di masukkan ke dalam bikar yang berisi 100 ml air suling. Hasil campuran ini akan di
goncangkan sehingga diyakini terlarut dan di letakkan batang pengesan bacaan ph. Batang
pengesan ini perlu di rendam penuh ke dalam bikar supaya dapat mengawal kejituan nilai.
Tunggu sehingga mesin bacaan mengeluarkan bunyi dan rekodkan bacaan pH yang
diperolehi. Sebelum diuji dengan sampel seterusnya, bikar di basuh sehingga bersih dan
batang pengesan di rendam ke dalam air suling yang bersih untuk mengelakkan sampel
tanah yang sebelumnya mengubah kejituan ph sampel lain.
28

3.4.4 Keberintangan elektrik

Kaedah ini diukur dengan menggunakan kaedah Soil Box. Kaedah ini juga dipilih kerana
pengendaliannya yang mudah dan tidak menggunakan masa yang lama. Kaedah ini di
mulakan dengan memasang 4 wayar elektrod yang terdiri daripada 2 wayar hitam berlabel
(P1 dan P2) dan 2 wayar merah berlabel ( C1 dan C2). Wayar merah dan hitam ini akan
di sambungkan ke kotak MC Miller seperti yang ditunjukkan pada buku penggunaan
makmal geologi. Masukkan sampel tanah ke dalam bekas kecil yang di sambungkan ke
kotak MC Miller. Pastikan sampel tanah yang di masukkan ini di padatkan terlebih dahulu
kerana pemadatan tanah akan mengubah sensitiviti bacaan keberintangan tanah tersebut.
Laraskan bahagian sensitivi rendah terlebih dahulu dan kemudian laraskan sensitiviti tinggi
supaya meter berada pada bacaan 0. Setelah di laraskan, ambil bacaan ohm yang diperolehi
semasa mengawal pelarasan sensitiviti. Ulang semula kajian ini pada sampel-sampel
berikunya.

3.5 Sampel air resapan

Sampel air resapan di ambil dan di simpan pada bekas plastik polietena. Bekas ini berfungsi
untuk melindungi logam berat daripada tersejat dan hilang akibat sentuhan pada dinding
bekas simpanan. Sampel air resapan yang di ambil ini menunjukkan ciri-ciri utama seperti
bewarna hitam, mengandungi sisa bahan yang tidak larut. Sampel air resapan yang di ambil
ini akan di simpan dalam peti sejuk dengan tetapan suhu sebanyak 4 oC selama 48 jam
sebelum di uji menggunakan kaedah ICP-MS untuk mendapatkan nilai kehadiran logam
Cu, Cd, Cr, Zn dan Pb. Ulang semula ujikaji dengan menggunakan kaedah sama untuk
mendapatkan ketepatan nilai.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh (M. Abouri, A. Taleb, S. Souabi, A. Pala,
2016) warna air resapan berwarna hitam dan ianya melambangkan kandungan bahan
organik didalamnya. Jadual 3.2 di bawah boleh digunakan untuk definasi jenis air resapan
dan nilai pH nya.
29

3.6 Sampel Terkawal

Sampel tanah di sekitar kawasan yang tidak dicemari dengan kehadiran air resapan di ambil
pada jarak kedalaman 15cm di dalam. Tujuan pengambilan sampel terkawal ini bertujuan
untuk menunjukkan perbezaan bacaan nilai logam berat dengan sampel tanah yang telah
dihadiri dengan logam berat, keberintangan elektrik di dalam tanah dan peratus
kelembapan tanah tersebut. Sampel terkawal ini akan diambil disekitar kawasan atas bukit
bersebelahan dengan kawasan tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam ini. Kawasan
di sekitar atas bukit ini sesuai dijadikan sebagai tempat untuk mengambil sampel terkawal
ini kerana kawasan ini tidak dicemari dengan kehadiran air resapan serta logam berat.

Tujuan utama pengambilan sampel tanah ini bertujuan untuk mengesan nilai
logam berat yang tertinggi pada tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam. Sampel
tanah ini akan diuji dengan menggunakan kaedah ICP-MS untuk mendapatkan nilai logam
berat yang hadir dalam tanah, tahap kelembapan tanah, dan ph tanah tersebut menggunakan
pengesan ph air. Rajah 3.6 menunjukkan meter bacaan ph air di makmal geologi dan
geofizik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Batu Pahat.

Rajah 3.6 menunjukkan meter mengesan bacaan pH air


30

BAB 4

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan

Tajuk ini akan menerangkan tentang hasil data yang diperolehi daripada hasil ujikaji yang
telah dijalankan. Nilai data yang pertama diterangkan adalah mengenai kandungan logam
berat dalam tanah akibat longokkan sampah. Bahagian kedua pula menerangkan tentang
kandungan logam berat dalam sampel air resapan yang di takung dan dirawat sebelum
ianya selamat di lepaskan semula ke sungai berdekatan. Bahagian ketiga pula mengisahkan
tentang keberintangan elektrik dalam tanah akibat migrasi perpindahan air resapan.
Bahagian keempat pula akan mengisahkan tentang hubungkait kelembapan tanah dan juga
ph tanah di sekitar kawasan tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam. Ciri ciri utama
air resapan seperti pH dan jenis logam berat yang terkandung dalam air resapan juga akan
di rekodkan. Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat impak operasi tapak pelupusan sisa
pepejal Simpang Renggam ke atas kualiti air resapan dan tanah berdasarkan beberapa
parameter. Parameter pH tanah juga menunjukkan bacaan 5.4 - 6.1 manakala pH untuk air
resapan ialah sebanyak 8.11 dimana ianya tidak selamat untuk dilepaskan ke sungai
sebelum dijalani rawatan untuk mengeluarkan kandungan logam berat didalamnya supaya
selamat di lepaskan ke sungai tanpa mencemarkan sumber air bawah tanah. Selain itu,
parameter logam berat seperti Cu, Pb, Cd, Cr dan Ni juga berada dalam keadaan yang
selamat dan terkawal.
31

4.2 Tahap kelembapan tanah

Kelembapan tanah adalah peratus penyimpanan sementara air dalam lapisan permukaan
tanah dan bumi (Engman ET, 1991), (Srivastava HS, Patel P, Navalgund RR, 2006).
Tahap kelembapan tanah sangat penting dalam pengawalan air resapan yang hadir ke
dalam tanah.

Jadual 4.1 : Berat sampel tanah lembab dan tanah kering

Bekas Berat Bekas Tanah Tanah Tanah Tanah


lembab lembab kering + kering
(g)
+ (g) Bekas (g)

Bekas (g) (g)

Pan 1 34.28 57.74 23.46 54.95 20.67

Pan 2 29.51 52.57 23.06 50.12 20.61

Pan 3 28.16 55.57 27.41 52.36 24.20

Pan 4 35.90 61.82 25.92 57.64 21.74

Pan 5 28.90 54.85 25.95 51.83 22.93

Pan 6 29.95 52.41 22.46 50.11 20.16

Pan 7 29.10 54.48 25.38 51.24 22.14

Pan 8 29.25 53.02 23.77 50.15 20.90

Pan 9 28.56 61.12 32.56 57.63 29.07

Pan 10 36.26 60.33 24.07 58.34 22.08


32

Jadual 4.2 Bacaan nilai tahap kelembapan tanah:

Sampel tanah Tahap kelembapan tanah (%)

1 11.97

Sampel terkawal 8.27

Tahap kelembapan tanah di ukur dengan menggunakan kaedah pengering ketuhar dan
sebanyak 9 sampel tanah di ambil di sekitar kawasan tapak pelupusan sampah
berhampiran dengan kolam takungan air resapan. Sampel tanah yang diambil dari tapak
pelupusan sampah di Simpang Renggam ini di simpan ini dalam plastik zip polietena
dimana ianya melindungi logam berat dan kelembapan tanah untuk hilang akibat
sentuhan bersama dinding bekas penyimpanan.

Berdasarkan dari ujikaji yang dijalankan pertus tahap kelembapan tanah


tertinggi di baca pada sampel nombor 4 dengan nilai peratus kelembapan sebanyak
16.13% dan sampel dengan peratus tahap kelembapan tanah terendah sebanyak 10.24 % .
Sampel terkawal juga menunjukkan bacaan yang rendah dimana 8.27 % kandungan
peratus kelembapan tanah.

Perbezaan bacaan tahap kelembapan tanah di dapati berbeza kerana lokasi


setiap pengambilan sampel tanah di kawasan pengambilan sampel berada pada
ketumpatan yang berbeza-beza. Ketumpatan tanah akan berkait rapat dengan tahap
kelembapan tanah. Tanah dengan darjah pemadatan yang tinggi akan mengandungi
peratus tahap kelembapan tanah yang rendah

Berdasarkan daripada (JoVE Pengajian Sains dan Mikrobiologi persekitaran,


penilaian tahap kelembapan tanah. Jove, Cambridge, MA, 2019), tahap kelembapan tanah
untuk kawasan penanaman sayur di kawasan Cambridge berada pada tahap 13.33 % dan
18.9 % bergantung pada suhu kawasan. Perbandingan nilai antara tahap kelembapan
tanah di Simpang Renggam dan ujikaji yang dijalankan ialah tahap kelembapan tanah di
tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam adalah lebih rendah oleh kerana suhu
kawasan di tapak.

Menurut kajian yang dijalankan oleh ( Rieuwerts et al., 1998) kebanyakkan


logam berat termasuk zink dan nikel tidak akan hadir pada tanah yang mengandungi
tahap kelembapan yang tinggi kerana kesan daripada pengurangan logam berat ini pada
ion logam. Kajiannya juga menunjukkan bacaan tahap kelembapan yang sangat rendah
33

tetapi penghasilan logam berat Cu, Zn, Fe, Cr dan Cd berada dalam keadaan yang tinggi.
Hal ini membuktikan bahawa tahap kelembapan tanah yang rendah akan menghasilkan
kenaikkan nilai logam berat dalam tanah tersebut.

4.3 Kandungan logam berat dalam tanah

Sebanyak 10 sampel yang diambil diuji dengan menggunakan kaedah ICP-MS untuk
membuktikan kehadiran Cu, Pb, Cd, Cr dan Ni. 9 sampel ini diambil daripada tapak
pelupusan sampah di Simpang Renggam dan 1 sampel terkawal diambil jauh dari kawasan
tapak pelupusan sampah untuk dijadikan perbandingan kehadiran logam berat. Hasil
daripada ujikaji ini direkodkan dan di bandingkan nilai setiap sampel yang di perolehi.
Jadual 4.3 di bawah menerangkan tentang data diperolehi daripada ujikaji ICP-MS untuk
sampel tanah.

Nilai-nilai yang melebihi standard piawaian akan di bandingkan dengan menggunakan


kaedah limit keberkesanan Malaysia. Jadual 4.3 di bawah menunjukkan limit pengesanan
elemen kimia menggunakan kaedah ICP-MS.

Jadual 4.3 Purata Nilai Logam berat dalam tanah dan air resapan di tapak pelupusan
sampah di Simpang Renggam

Sampel Cu Pb Cd Cr Ni

(Mg/l) (Mg/l) (Mg/l) (Mg/l) (Mg/l)

Tanah ( Purata) 1.34 1.08 0.03 1.36 1.58

Terkawal 0.07 TK TK 0.43 TK

Air Resapan 0.185 0.130 0.02 0.56 0.773

TK = Tiada Kesan
34

Purata nilai jenis logam berat yang dikesan menunjukkan bahawa Cu mempunyai purata
logam berat 1.34 Mg/l dan masih di dalam standar piawaian. Nilai Pb, C dan Ni juga
menunjukkan bacaan stabil dan dalam kawalan yang stabil dengan nilai 1.08 Mg/l, 1.36
Mg/l, dan 1.58 Mg/l. Nilai Cd menunjukkan bacaan sebanyak 0.03 Mg/l dimana ianya
melebihi daripada paras limit yang di tetapkan oleh Jabatan Pengurusan Sumber Kualiti
Air. Jadual 4.4 menunjukkan limit pengesanan elemen kimia menggunakan kaedah ICP-
MS.

Jadual 4.4 : Limit pengesanan elemen

Elemen Limit pengesanan

Cr 0.02

Cu 3.75

Cd 0.003

Pb 0.120

Ni 0.005

Berdasarkan daripada ujikaji yang dijalankan, Nilai Cu menunjukkan bacaan yang sangat
tinggi pada sampel no 1 dengan nilai 3.58 Mg/Kg manakala nilai Pb yang tertinggi didapati
pada sampel no 4 dengan bacaan nilai 2.37Mg/Kg. Kenaikan nilai Pb dan Cu di tapak
pelupusan sampah menunjukkan bahawa buangan pelbagai jenis bateri di terima di tapak
ini (Germani et al. 1981). Nilai Cd dan Cr yang tertinggi didapati pada sampel 3 dengan
bacaan 0.08 Mg/Kg dan 2.69 Mg/Kg.

Berdasarkan daripada jadual 4.4, sebanyak 4 sampel yang dikenal pasti melebihi
standard piawaian limit Malaysia dimana sampel 1 menunjukkan bacaan Cu sebanyak 3.58
Mg/Kg, Sampel 3 menunjukkan bacaan Cd 0.08 Mg/Kg dan Cr 2.69 Mg/Kg. Sampel 4
menunjukkan bacaan Cu sebanyak 2.37 Mg/Kg. Sampel 6 dan sampel 9 menunjukkan
bacaan Ni yang melebihi standard iaitu 2.09 Mg/Kg dan 2.06 Mg/Kg.
35

Berdasarkan daripada ujikaji induktif gabungan plasma (ICP-MS), kesimpulan


terhadap jenis kehadiran logam berat di tanah tapak pelupusan sampah di Simpang
Renggam ialah Ni>Cu>Cr>Pb>Cd. Berdasarkan daripada kajian lepas, logam berat jenis
tembaga yang di dapati membuktikan bahawa logam berat tembaga yang wujud di tapak
pelupusan sampah terhasil dari sisa buangan industri simen yang melalui proses dan
penghasilan tenaga daripada pembakaran bahan api. ( Mandal, A. dan Voutchkov, M.
(2011). ( Martley, E., Gulson, B.L. dan Pfeifer, H.R. (2004) ). (Li, X. dan Feng, L. (2012).

Jadual 4.5 : Limit keberkesanan logam berat

Jenis Logam Cu Pb Cd Cr Ni
Berat
( Mg/l ) ( Mg/l ) ( Mg/l ) ( Mg/l ) (Mg/l)

Standard Limit 3.00 2.00 0.02 2.00 2.00

4.4 Kandungan Logam berat dalam Air Resapan

Berdasarkan daripada ujikaji kaedah induktif gabungan plasma (ICP-MS), kandungan


logam berat yang terkandung dalam sampel air resapan yang di ambil ini mengandungi
kandungan logam seperti Cu, Pb, Cd, Cr dan juga Ni.

Berdasarkan daripada ujikaji yang dijalankan, sampel air resapan menunjukkan


nilai Cu sebanyak 0.185 Mg/L, Pb 0.13 Mg/L, Cd 0.02 Mg/L, Cr 0.56 Mg/L, dan Ni 0.773
Mg/L. Rumusan yang diperolehi ialah Ni>Cr>Cu>Pb>Cd. Penghasilan logam berat Ni
membuktikan bahawa pembuangan pelbagai jenis sisa buangan tanpa pengasingan didapati
di tapak pelupusan ini dikesan dan dilaporkan dalam keadaan yang berpatutan oleh Al
Yaqout & Hamoda in 2003 [ A. F. Al-Yaqout and M. F. Hamoda,2003 ]. Nilai Pb
menunjukkan bacaan yang tinggi iatu 0.185 Mg/L. Logam berat jenis Pb ini mampu
menyerang ke jantung, hati, penyakit kulit, dan pendarahan (Kumar et al., 2011; Kyzas et
al., 2013).

Berdasarkan ujikaji (Zawawi Daud, 2007), nilai Pb untuk tapak pelupusan


sampah di Pulau Burung ialah 20Mg/L dan ianya masih di bawah piawaian standard iaitu
36

22 Mg/L. Bacaan Pb yang sangat tinggi di bandingkan dengan tapak pelupusan sampah
membuktikan bahawa pembuangan sisa bahan bateri di tapak pelupusan sampah di
Simpang Renggam lebih terkawal jika di bandingkan dengan tapak pelupusan Pulau
Burung.

Untuk sampel jenis Kromium, Cr juga menunjukkan tapak pelupusan sampah di


Pulau Burung mengandungi 0.07 Mg/L berbanding tapak pelupusan sampah di Simpang
Renggam dengan bacaan 0.56 Mg/L. Perbandingan elemen jenis Cr juga menunjukkan
bahawa tapak pelupusan sampah di Pulau Burung tidak menguruskan sampah dengan ketat
seperti di Simpang Renggam.

Bacaan nilai Pb pada tapak pelupusan sampah di Air Hitam, Puchong


menunjukkan Pb sebanyak 0.058 Mg/L dan kadar piawaian limit adalah 22 maksimum.
Oleh itu hasil yang diperolehi ini juga menunjukkan bahawa tapak pelupusan sampah di
Air Hitam Puchong mengawal dan mengasingkan pembuangan sampah dengan lebih
teratur berbanding tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam. Berdasarkan daripada
nilai tersebut juga menunjukkan bahawa tapak pelupusan sampah mengurus operasi
pengendalian sampah dengan lebih terkawal dan lebih selamat berbanding dengan tapak
pelupusan sampah di Air Hitam Puchong dan tapak pelupusan sampah di Pulau Burung.
Pengurusan air resapan dengan terkawal dapat mengurangkan kos rawatan air dan
mengurangkan kehadiran logam berat dalam tanah di tapak pelupusan sampah yang sedang
beroperasi dan tapak pelupusan sampah yang telah menghentikan operasi pengendalian.

4.5 Bacaan pH tanah dan Air resapan

4.5.1 pH Tanah

Berdasarkan ujikaji pengesanan pH, nilai ph tertinggi untuk tanah di dapati pada sampel
terkawal (10) dengan nilai 6.04 manakala nilai pH terendah ialah pada sampel 8 dan sampel
9 dengan nilai 5.35. Berdasarkan daripada 9 sampel tanah yang diambil, purata bacaan nilai
pH untuk keseluruhan sampel tersebut berada di skala 5.50. Nilai pH untuk setiap sampel
tanah direkodkan ke jadual 4.6 di bawah.
37

Jadual 4.6 : Nilai purata ph tanah di Tapak Pelupusan Sampah di Simpang Renggam

Sampel Bacaan pH

Tanah 5.50

Terkawal (10) 6.04

Data dari kajian lepas menunjukkan bahawa pH tanah di tapak pelupusan sampah berada
pada tahap 6.50 – 8.43 ( Shaikh Parveen R, 2012). Ph tanah di tapak pelupusan sampah
Simpang Renggam lebih rendah dengan bacaan nilai 5.35 – 5.71. Semakin rendah nilai
ph tanah, semakin tinggi tahap keasidan tanah tersebut. ( Kualiti tanah Amerika, 2019 ).

Terdapat juga penilaian yang di jalankan dengan menguji ph tanah tapak


pelupusan sampah yang di hadiri dengan logam berat jenis Hidrokloroflorokarbon
dimana nilai ph tanah kawasan tersebut berada di antara 6.5 – 7.5. Ujikaji ph dijalankan
untuk mengenal pasti tahap keasidan tanah dan air resapan untuk mendapatkan
hubungkait antara nilai ph dan usia tapak pelupusan sampah. Kadar purata untuk bacaan
ph tanah di tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam ialah 5.50.

4.5.2 Ph air resapan

Ujikaji ini sangat penting kerana air resapan yang hadir di tapak pelupusan sampah akan
menghasilkan kehadiran logam berat. Oleh itu, langkah kawalan ph air resapan perlu
sentiasa dititik beratkan oleh sistem pengendali tapak pelupusan sampah untuk
memastikan sumber air sungai dan empangan berhampiran tidak tercemar dengan
kandungan logam berat ini. Jadual 4.7 di bawah menunjukkan nilai ph dan warna air
resapan di tapak pelupusan sampah Simpang Renggam.
38

Jadual 4.7 : Ph dan warna air resapan

Sampel Nilai Ph

Air resapan 8.77

Warna Hitam

Tahap Asid

Sampel air resapan yang diambil dari tapak pelupusan sampah Simpang Renggam
ini menunjukkan ciri-ciri utama seperti bewarna hitam dan mengandungi bahan yang
tidak terlarut. Ujikaji skala warna ph juga membuktikan bahawa sampel air resapan ini
berada di dalam tahap keasidan. Ujikaji ph dilakukan dengan menggunakan kaedah multi
parameter dan menunjukkan nilai ph 8.77. Berdasarkan daripada kajian (Siti Nur Aisha
Md. Salleh, 2018) ph air resapan di tapak pelupusan sampah Simpang Renggam ialah
8.76 dan nilai yang diperolehi dari kajian hampir sama dengan nilai kajian lepas. Punca
perbezaan nilai ini berkait rapat dengan kaedah pengesanan yang berbeza beza.

Nilai ph air resapan pada tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam berada di
antara 7.9 – 8.3 ( L W M Zailani, 2017). Nilai yang diperoleh semakin meningkat dari
tahun ke tahun di mana pada tahun 2017 bacaan ph air resapan berada pada 7.9 – 8.3,
manakala pada tahun 2018 ianya meningkat kepada 8.76 dan kini pada tahun 2019 pula
bacan meningkat sekali lagi dan naik ke 8.77 pada tahun 2019. Pemerhatian kasar
menunjukkan bahawa nilai ph air resapan akan meningkat apabila usia tapak pelupusan
sampah semakin meningkat. Rujukan daripada jadual 2.2 membuktikan bahawa ph air
resapan di tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam dikategorikan sebagai air
resapan berusia tua dan usia tapak pelupusan sampah berkait rapat dengan kenaikan nilai
ph air resapan.

Perbandingan daripada ujikaji ph air resapan di tempat berbeza, ph air resapan di


tapak pelupusan sampah di Pulau Burung menunjukkan nilai 8.25 (Zawawi Daud, 2007)
dan ianya lebih rendah daripada nilai bacaan di tapak pelupusan sampah Simpang
Renggam. Perbezaan nilai logam berat dalam air resapan menunjukkan bahawa tapak
pelupusan sampah tersebut tidak mengasingkan seratus peratus bahan sisa pepejal akibat
daripada penerimaan sisa pepejal yang semakin meningkat dan semaki banyak. Hal ini
mengakibatkan pengawalan sisa pepejal menjadi semakin berkurangan dan meningkatkan
nilai keasidan dan meningkatkan nilai ph air resapan yang terhasil di tapak pelupusan
sampah tersebut.
39

4.6 Keberintangan elektrik dalam tanah di tapak pelupusan sampah di Simpang


Renggam

Tanah di tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam menunjukkan bacaan


keberintangan yang sangat rendah. Penghasilan keberintangan elektrik ini berpunca dari
kehadiran logam berat di kawasan tanah tersebut. Keberintangan elektrik yang rendah
menghasilkan logam berat yang tinggi. Setelah dikenal pasti,air merupakan sumber utama
yang menyumbang kepada keberintangan elektrik (Curtis dan Narayan, 1998),
(Saarenketo, 1998), (Oh dan Park 2000).

Keberintangan elektrik pada tanah yang berketumpatan tinggi sangat sensitif


(Abu Hassanein dan lain lain, 1996). Keberintangan elektrik di tanah tapak pelupusan
sampah di Poland berada di antara 1458 – 2015 dan nilai ini sangat rendah di bandingkan
dengan tapak pelupusan sampah Simpang Renggam. Jadual 4.8 di bawah menunjukkan
nilai keberintangan elektrik dalam tanah di tapak pelupusan sampah di Simpang
Renggam.

Hubungkait antara keberintangan elektrik dan logam berat berkait rapat


kerana kestabilan nilai logam berat dimana nilai logam berat yang terkawal dan berada
dalam standar limit yang dibenarkan akan meningkatkan nilai keberintangan elektrik
dalam tanah tersebut. Sampel tanah 2 menunjukkan nilai maksimum keberintangan
elektrik dengan bacaan 190000 walhal nilai kelarutan logam berat jenis Cu, Pb, Cd, Cr
dan Ni dalam tanah berada di dalam standard limit yang telah ditetapkan oleh Jabatan
Kawalan Sumber Kualiti Air. Purata nilai keberintangan elektrik dalam tanah di tapak
pelupusan sampah di Simpang Renggam berada pada 55 594.44
40

Jadual 4.8 : Nilai keberintangan elektrik dalam tanah

Sampel Keberintangan Elektrik

( Ohms )

1 55 594.44

Control (10) 250

Nilai keberintangan elektrik dalam tanah didapati sangat tinggi pada sampel 2
dengan nilai 190 000 Ohms manakala nilai terendah didapati pada sampel 8 dengan nilai
5000 Ohms dan sampel terkawal juga menunjukkan nilai keberintangan elektrik yang
sangat rendah dengan bacaan 250 Ohms. Ini membuktikan kawasan pengambilan sampel
terkawal ini bebas dari logam berat yang mencemarkan alam sekitar.

Berdasarkan dari kajian lepas, nilai keberintangan elektrik dalam tanah sekitar
kawasan paya yang berhampiran dengan kawasan industri ialah 3570 Ω (G.L Yoon,
2014). Nilai daripada kajian lepas sangat rendah jika dibandingkan dengan tanah tapak
pelupusan sampah tetapi nilai keberintangan elektrik dalam sampel tanah terkawal adalah
lebih rendah daripada kajian yang di jalankan oleh G.L Yoon.
41

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Topik ini di bahagikan kepada dua bahagian dimana bahagian pertama menjelaskan tentang
kesimpulan utama daripada kajian yang dijalankan ini berdasarkan objektif utama kajian
yang dijalankan. Bahagian kedua untuk bab ini pula akan menjelaskan tentang cadangan
yang perlu ditambah ke ujikaji ini berdasarkan daripada hasil ujikaji yang dijalankan untuk
memperbaiki dan memulihkan kualiti alam sekitar. Cadangan ini akan memberi panduan
untuk penyelidik yang akan menjalankan kajian yang sama pada masa akan datang. Hasil
kajian kajian lepas juga akan digunakan sebagai rujukan untuk menyiapkan bahagian ini
dan juga digunakan sebagai langkah perbandingan nilai yang diperolehi daripada ujikaji
yang dijalankan. Perbincangan pada topik ini juga perlu menjawap persoalan objektif
utama kajian yang dijalankan ini. Cadangan yang diberikan juga seharusnya memberi
impak atau kesan yang positif dimana dapat digunakan sebagai alternatif yang baik dan
berguna untuk dijadikan langkah pengawalan pencemaran alam sekitar.
42

5.2 Kesimpulan

Kesimpulan adalah keputusan menyeluruh daripada ujikaji yang dijalankan dan hasil
kajian yang diperolehi daripada ujikaji yang dijalankan sehingga siap. Kesimpulan
daripada ujikaji yang dijalankan, jenis logam berat Cu, Pb, Cr, Cd dan Ni wujud di tanah
tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam. Sampel tanah 1 jenis Cu dengan bacaan
3.58 Mg/Kg melebihi standard piawaian yang ditetapkan. Selain itu, sampel tanah 3 jenis
Cd dan Cr melebihi paras limit yang di benarkan iaitu 0.08 Mg/Kg dan 2.69 Mg/Kg.
Sampel 6 dan 9 juga melebihi standard piawaian untuk logam jenis Ni iaitu 2.09 Mg/Kg
dan 2.04 Mg/Kg.

Susunan keberkesanan logam berat dalam tanah tapak pelupusan sampah di


Simpamg Renggam ialah Ni>Cu>Cr>Pb>Cd. Keberintangan elektrik dalam tanah tapak
kajian juga menunjukkan sampel tanah 2 menunjukkan bacaan yang tertinggi iaitu 190000
Ω dan sampel 8 dengan bacaan terendah iaitu 5000 Ω. Tahap kelembapan tanah di tapak
pelupusan sampah di Simpang renggam juga berada di antara 10.24% – 16.13% dan ph
tanah yang diambil kebanyakkan berada di 5.35 - 6.04 . Penurunan nilai ph tanah perlu di
ambil penting kerana penurunan ph tanah membuktikan bahawa tahap keasidan tanah juga
semakin meningkat.

Air resapan di tapak pelupusan sampah mengandungi logam berat jenis Cu, Pb,
Cd, Cr dan Ni iaitu 0.185 Mg/L, 0.130 Mg/L, Cd 0.02 Mg/L, Cr 0.56 Mg/l dan Ni
0.773Mg/L. Berdasarkan ujikaji yang dijalankan, air resapan di tapak pelupusan sampah
di Simpang Renggam dikategorikan sebagai air resapan berusia tua. (L W Zailani). Ph air
resapan di tapak pelupusan sampah di Simpang Renggam pada tahun 2019 juga menaik
kepada 8.77 sekiranya di bandingkan dengan tahun 2017 iaitu ( 7.9 – 8.3). dan tahun 2018
menunjukkan bacaan 8.76.

Berdasarkan daripada nilai nilai yang diperolehi, objektif utama kajian ini iaitu mengesan
kewujudan jenis logam berat Cu, Pb, Cd, Cr dan Ni pada tanah dan air resapan tercapai dan
nilai keberintangan elektrik dalam tanah juga diperolehi. Objektif kedua juga tercapai
dengan memperolehi nilai ph air resapan dan juga tanah di tapak pelupusan sampah di
Simpang Renggam.
43

5.3 Cadangan Dan Rekomendasi

Berdasarkan daripada ujikaji yang dijalankan, beberapa langkah pemulihan dan penambah
baikkan untuk penyelidikan boleh dirumuskan. Cadangan yang boleh di beri ialah untuk
penyelidikan seterusnya, pengambilan sampel tanah perlu di ambil pada kedalaman 2m.
Hal ini kerana kandungan logam berat dalam tanah akan lebih tepat dan jelas. Cadangan
yang boleh di huraikan juga ialah kaedah keberintangan elektrik menggunakan auger
tangan.

Auger jenis tangan ini lebih mudah dan boleh di bawa ke tapak pelupusan untuk
di tentukan terus keberintangan elektriknya. Kaedah Soil Box mempengaruhi suhu
setempat di mana suhu makmal dan tapak pengambilan sampel adalah berbeza. Oleh itu,
kaedah auger tangan digunakan untuk menentukan keberintangan elektrik tanah di tapak
pelupusan atau penanaman. Kaedah pengesanan logam berat dalam tanah juga di
cadangkan untuk menggunakan mesin Xray Fotoelektron Spektroskopi (XPS) kerana
ujikaji ini mampu mengesan logam berat dalam sampel berbentuk tanah.

Oleh itu jangka masa ujikaji boleh di pendekkan dan pelajar yang ingin
menempah alatan di makmal tidak perlu berebut bersama pelajar yang menjalani kelas
makmal lain. Untuk penyelidikan seterusnya, cadangan untuk ujikaji larutan sampel tanah
dengan menggunakan kaedah asid nitrik mengikut Kaedah kawalan keselamatan alam
sekitar 3050B untuk tujuan keselamatan.

Hidrogen peroxida merupakan asid yang sangat berbahaya dan perlu dilakukan
dengan berhati hati dan perlu dipastikan langkah keselamatan yang tinggi sebelum
mengendalikannya. Penggunaan kaedah larutan asid nitrik juga memudahkan kerja larutan
dengan menggunakan masa yang singkat dimana kaedah larutan asid nitrik menggunakan
larutan kimia yang mudah, alatan yang tidak rumit, dan juga faktor menjimatkan masa.
44

RUJUKAN

1. Hong KJ, Tokunaga S, Kajiuchi T (2002) Evaluation of remediation process with plant-
derived biosurfactant for recovery of heavy metals from contaminated soils.
Chemosphere 49:379–387
2. Norbaya, S., Ripin, M., Hasan, S., Kamal, M. L., & Hashim, N. M. (2014). Analisis
dan Penilaian Pencemaran Logam Berat dalam Tanah, Perlis). The Malaysian Journal
of Analytical Sciences, 18(1), 155–161.
3. Dahlin, T., Rosqvist, H., & Lerouux, V. (2010). Resistivity-IP mapping for landfill
applications. First Break, 28(August), 101–105.
4. Dahlin, T., Aronsson, P., & Thörnelöf, M. (2014). Soil resistivity monitoring of an
irrigation experiment. Near Surface Geophysics, 12(1), 35–43.
5. Guérin, R., Munoz, M. L., Aran, C., Laperrelle, C., Hidra, M., Drouart, E., & Grellier,
S. (2004). Leachate recirculation: Moisture content assessment by means of a
geophysical technique. Waste Management, 24(8), 785–794.
6. Loke, M. H., Acworth, I., & Dahlin, T. (2003). A comparison of smooth and blocky
inversion methods in 2D electrical imaging surveys. Exploration Geophysics, 34(3),
182–187.
7. Frid, V., G. Liskevich, D. Doudkinski and N. Korostishevsky, 2008. Evaluation
of landfill disposal boundary by means of electrical resistivity imaging. Environ.
Geol., 53: 1503-1508.
8. Karlik, G. & Kaya, M. 2001. Investigation of groundwater contamination using
electrical and EM methods at an open waste-disposal site: a case study from Isparta,
Turkey. Environmental Geology 40: 725-731.
9. Batayneh, A.T. & Barjous, M.O. 2005. Resistivity surveys near a waste-disposal site
in Qasr Tuba area of Central Jordan. Bull. Eng. Geol. Environ 64:287-294.
10. Aristodemou E, Thomas-Betts A (2000) DC resistivity and induced polarisation
investigations at a waste disposal site and its environments. J Appl Geophys 44:275–
302
11. Cardarelli E. and Fischanger F. 2006. 2D data modelling by electrical resistivity
tomography for complex subsurface geology. Geophysical Prospecting 54, 121–134.
12. Mukhtar, I. S., Abdullatif, P., and Hanafi, M (2000):Detection of groundwater pollution
using Resistivity imaging at Seri Petang landfill, Malaysia. Journal of Environmental
Hydrology, 8: 1-8
13. Nasir Khalid Abdullahi, Isaac BabatundeOsazuwaandAbrahamOnugba (2010)
Detecting Municipal Solid Waste Leachate Plumes through Electrical Resistivity
Survey and Physio-Chemical Analysis of GroundwaterSamples Journal of Amereican
Science 6(8)
45

14. Porsani, J. L., Filho, W. M., Elis, V. R., Shimeles, F., Dourado, J. C., & Moura, H. P.
(2004). The use of GPR and VES in delineating a contamination plume in a landfill
site: A case study in SE Brazil. Journal of Applied Geophysics, 55(3–4), 199–209.
15. Umar Hamzah, Chia See Chieh,(2008). Investigation of leachate infiltration around
Ampar Tenang, Dengkil waste disposal site. Sains Malaysia 37(2):161-168
16. T. Urase, M. Salequzzaman, S. Kobayashi, T. Matsuo, K. Yamamoto, N. Suzuki
Effect of high concentration of organic and inorganic matter in landfill leachate on the
treatment of heavy metals in very low concentration level Water Sci.
Technol., 36 (12) (1997), pp. 349-352
17. Paper, C., Suhariyono, G., Tenaga, B., & Nasional, N. (2016). Heavy Metal Analysis
in Air Particulate Dust of Some Housing Area Around the Cement Factory , Citeureup
– Analisis Logam Berat Dalam Debu Udara Daerah Pemukiman Penduduk (January),
0–16.
18. Dong, S. G., Tang, Z. H., Liu, B. W., & Orodu, O. D. (2017). Numerical modeling of
the environment impact of landfill leachate leakage on groundwater quality-A field
application. Proceedings - 2009 International Conference on Environmental Science
and Information Application Technology, ESIAT 2009, 1, 565–568.
19. El-Ghazali, G. E. B., El-Tohami, M. S., & El-Agami, A. A. B. (1997). Medicinal Plants
of the Sudan: Medicinal plants of the Eastern Nuba mountains. Khartoum University
Press, (October).
20. Morling, S. (n.d.). Swedish Experiences of Landfill Leachate Treatment Using
Sequencing Batch Reactors. The IPSI BgD Transactions Advanced Research, 7–15.
21. Morling, S. (2010). Nitrogen removal and heavy metals in leachate treatment using
SBR technology. Hazardous Materials 174: 679 - 686.
22. Tchobanoglous, G., Theisen, H., and Vigil, S. 1993. Integrated Solid Waste
Management: Engineering Principles and Management Issues. McGraw-Hill, Boston,
Mass. U.S. Environmental Protection Agency
23. Tatsi, A. A & Zouboulis, A. I. 2002. A Field Investigation of the Quantity and Quality
of Leachate from a Municipal Solid Waste Landfill in a Mediterranean Climate
(Thessaloniki, Greece). Advances In Environmental Research. 6: 207-219
24. Tatsi, A.A., Zouboulis, A.I., Matis, K.A. dan Samaras, P. (2003),
‘Coagulationflocculation pretreatment of sanitary landfill leachates’, Chemosphere, 53,
pp. 737-744.
25. Bagchi A. (1990) Design, Construction and Monitoring of Sanitary Landfill,
WileyInternational Publication
26. Moody, C.M., Townsend, T.G., 2017. A comparison of landfill leachates based on
waste composition. Waste Manag. 63, 267–274.
27. Feng, Wang X, Wei G, Peng P, Yang Y, Cao X, (2007) Leachates of municipal solid
waste incineration bottom ash from Macao: heavy metal concentrations and
genotoxicity. Apr;67(6):1133-7. Epub 2007 Jan.
28. Malassa, H., Al-Rimawi, F., Al-Khatib, M., & Al-Qutob, M. (2014). Determination of
trace heavy metals in harvested rainwater used for drinking in Hebron (south West
46

Bank, Palestine) by ICP-MS. Environmental Monitoring and Assessment, 186(10),


6985–6992.
29. Wang G, Qin L, Li G and Chen L (2009) Landfill site selection using spatial
information technologies and AHP: A case study in Beijing, China. Journal of
Environmental Management 90: 2414–2421.
30. Mohamad Zailani, L. W., & Zin, N. S. M. (2018). Characterization of Leachate at
Simpang Renggam Landfill Site, Johor Malaysia. Journal of Physics: Conference
Series, 1049(1).
31. Li, W., O'Kelly, B.C., Fang, K. and Yang, M., Water content determinations for peaty
soils using the oven-drying method, Environmental Geotechnics, 6, 2019, p9.
32. Zainon, M. R., Baharum, F., & Seng, L. Y. (2016). Analysis of indoor environmental
quality influence toward occupants’ work performance in Kompleks Eureka, USM.
AIP Conference Proceedings, 1761(December).
33. Agamuthu P (2001). Solid Waste Principles And Management With Malaysian Case
Studies. University Of Malaya Press, Kuala Lumpur, Malaysia
34. Mohd Nizzam Huridi (2004) Pencemaran sisa buangan pepejal tapak pelupusan
sampah Hulu Sg Kembong ke atas kualiti air Sg Beranang. Unpublished master’s
thesis. Universiti Kebangsaan Malaysia.
35. A. Kalanatarifard and G. S. Yang, “Identification of the municipal solid waste
characteristics and potential of plastic recovery at Bakri landfill, Muar, Malaysia,”
Journal Sustainable Development, vol. 5, no. 7, pp. 11-17, 2012
36. Siang Piao Chai, R. Zakaria (2006), Investigation on coombustion characteristic of
municipal solid waste from Penang State.
37. Zaini Sakawi, Mohd Hairimi Mohd Ali, Katiman Rostam, & Abd Rahim Md Nor.
(2010). Impak Pengurusan Tapak Pelupusan Ke Atas Kualiti Air Sungai Di Malaysia:
Iktibar Dari Pengalaman Tapak Pelupusan Pajam dan Sungai Pajam, Negeri Sembilan.
Malaysian Journal of Society and Space, 6(1), 50–59.
38. Rodrigues ASL . 2004. Effectiveness of the global protected-area network in
representing species diversity. Nature . 428: 640-643.
39. Environmental Protection Agency (EPA). (2006). Standard Operating Procedures:
Determination of Metals By Inductively Coupled Plasma (ICP) Methods, 42.
40. Al-Raisi, S. A. H., Sulaiman, H., Suliman, F. E., Abdallah, O., Abdul, S., Al, H., …
Abdallah, O. (2014). Assessment of heavy metals in leachate of an unlined landfill in
the Sultanate of Oman. International Journal of Environmental Science and
Development, 5(1), 60–63.
41. Abouri, M., Taleb, A., Souabi, S., & Pala, A. (2016). Removal of phenol and colour of
leachate of municipal solid waste by physico-chemical treatment using a liquid waste
as a coagulant. Journal of Materials and Environmental Science, 7(11), 4290–4298.
42. Conshohocken, W. (1998). Standard Practice for Soil Investigation and Sampling by
Auger Borings 1. Current, 80(Reapproved 1995), 1–2.
43. Fauziah, S. H., Emenike, C. U., & Agamuthu, P. (2013). Leachate risk and
identification of accumulated heavy metals in Pangasius sutchi. Waste Management
andResearch,31(10SUPPL.),75–80.
47

44. Serina, N., & Marcell, B. (2014). Gastropoda Di Kawasan Tanjung Program Sains
Sekitaran.
45. Ambar, M., Ramli, A., Radiman, S., Atan, H., Khim, T. C., & Hoi, W. (2001). Pencirian
Permukaan Mangkin Pengubah Komersial Menggunakan Teknik Spektroskopi
Fotoelektron Sinar-X, 1(1), 267–271.
46. Resistivity, E., Report, T., Point, E., Farm, W., Line, T., & County, S. (2017). Thermal
and electrical resistivity testing report preliminary eight point wind farm and
transmission line steuben county, New York prepared for.
47. Koda, E., Tkaczyk, A., Lech, M., & Osiński, P. (2017). Application of Electrical
Resistivity Data Sets for the Evaluation of the Pollution Concentration Level within
Landfill Subsoil. Applied Sciences, 7(3), 262. https://doi.org/10.3390/app7030262
48. Adeolu, O. A., Ada, V. O., Gbenga, A. A., & Adebayo, A. O. (2011). Assessment of
groundwater contamination by leachate near a municipal solid waste landfill. African
Journal of Environmental Science and Technology, 5(11), 933–940.
https://doi.org/10.5897/AJEST11.272
49. Yaccup, R. (2002). Penggunaan kaedah pengimejan keberintangan geoelektik dan
isotop sekitaran dalam kafflan air resapan di empangan Durian Ibnggal, Melaka.
Bulletin of the Geological Society of Malaysia, Annual Geological Conference 2002
Issue, 45, 129–133.
50. Othman, M. S., & Gasim, M. B. (2005). Kepekatan Logam Berat dalam Air di
Lembangan Sungai Semenyih , Selangor. Sains Malaysiana, 34(2), 49–54.
51. Other Size Soil Boxes Are Used, It Will Be Necessary To Determine the Correct
Multiplier”. (n.d.). Small, (L), 3–4.
52. Poullain, J. (2012). Drilling and Sampling of Soil and Rock, 250, 23–36. Retrieved
from
53. Skoog, D. A., Holler, F. J., & Crouch, S. R. (2007). The easy guide to: Inductively
Coupled Plasma Mass Spectrometery (ICP-MS). Principles of Instrumental Analysis,
(December). https://doi.org/10.1088/0957-4484/24/4/045303
54. Zainon, M. R. (2005). Kajian Ke Atas Sistem Pelupusan Sampah “Sanitary Landfill”
Dan Impaknya Keatas Persekitaran ,Kajian Kes: Tapak Pelupusan Ampang Jajar,
Seberang Perai, Pulau Pinang., 24.
55. Kanmani, S., & Gandhimathi, R. (2013). Assessment of heavy metal contamination in
soil due to leachate migration from an open dumping site. Applied Water Science, 3(1),
193–205. https://doi.org/10.1007/s13201-012-0072-z
56. -, G. S. (2011). Grounding Resistance of Electrode for Electrical Landfill Leakage
Detection. International Journal of Digital Content Technology and Its Applications,
5(5), 315–319.
57. Bainun, K. T. (2012). Pollution and Monitoring, (September), 19–20.
58. Penjerap, M., & Berasaskan, K. (2008). Bahan Mineral Dan Organik Oleh Azhar Abdul
Halim.Tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi Ijazah Doktor Falsafah
59. X-ray photoelectron spectroscopy, also popularly known as Electron Spectroscopy for
Chemical Analysis (ESCA), is a surface-sensitive analytical technique that relies on
the. (1921). X-Ray Photoelectron Spectroscopy, (1), 1–9.
48

60. Fonge, B. A., Nkoleka, E. N., Asong, F. Z., Ajonina, S. A., & Che, V. B. (2017). Heavy
metal contamination in soils from a municipal landfill, surrounded by banana plantation
in the eastern flank of Mount Cameroon. African Journal of Biotechnology, 16(25),
1391–1399.

Anda mungkin juga menyukai