Pengenalan
Dewasa kini, teknologi berubah dengan sangat pesat. Jika dahulu sistem
pendidikan hanya menggunakan pengajaran secara tradisional iaitu
papan hitam dan kapur tetapi kini pelbagai bahan yang digunakan
untuk menarik minat pelajar di dalam kelas. Antara bahan yang
digunakan sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas adalah seperti papan putih, OHP
dan powerpoint. Menurut Lechner & Boli (2000), penggunaan ICT pada
masa kini semakin meningkat naik dalam penggunaannya untuk
menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina
pengetahuan yang baru. Oleh yang demikian pengajaran yang
menggunakan teknologi dapat membantu para pendidikan menjadikan
proses pengajaran lebih bermakna.
Penggunaan bahan berteknologi dalam PdP bukan hanya tertumpu
kepada mata pelajaran tertentu sahaja tetapi boleh digunakan dalam
semua mata pelajaran samada yang melibatkan teori mahupun amali.
Holmes (1999), menyatakan bahawa integrasi teknologi dalam PdP
memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan
teknologi bagi menjalankan kaedah pengajaran harian untuk mata
pelajaran yang diajar. Selain itu, mempelajari bagaimana menggunakan
komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan
teknologi dalam PdP. Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada
sikap yang positif di kalangan pelajar.
Seterusnya, menurut Johari Hassan dan Fazliana Rashida (2011),
proses PdP dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan
penyampaiannya melalui kepelbagaian teknik seperti berbantukan
komputer dan perisian, melalui rangkaian (networking), atau melalui
sistem internet. Penggunaan ABBM ini dikaitkan dapat meningkatakan
minat serta merangsang minda pelajar di zaman siber serta dianggap
dan diakui sebagai pemangkin proses PdP. Secara tidak langsung
menyokong penggunaan ICT mampu menjadikan proses pengajaran dan
penyampaian lebih menarik dan bermakna kepada guru dan pelajar.
Permasalahan Kajian
Permasalahan di dalam kajian ini adalah tidak terdapat satu aplikasi
pembelajaran secara mobile yang pernah dibangunkan untuk memenuhi
keperluan pelajar khususnya pelajar di Fakulti Pendidikan Teknikal Dan
Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia menjadi
penyebab proses pembelajaran pelajar menjadi bosan dan
mengharapkan pensyarah sahaja. Menurut Fleischman (2001),
penggunaan mobile learning atau pembelajaran menggunakan mobile
memberikan persekitaran pembelajaran yang bersesuaian untuk
membantu aktiviti pembelajaran yang dilakukan di dalam atau di luar
kelas.
Berdasarkan kajian awal yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji
mendapati keperluan sokongan pembelajaran atau bahan sokongan
pembelajaran menunjukkan bahawa tuntutan ke atas pakej
pembelajaran berasaskan mobile adalah wajar untuk meningkatkan atau
membantu proses pembelajaran. Mengikut hasil kajian awal yang
diperolehi, bahan sokongan yang digunakan dalam proses pengajaran
untuk kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303) adalah
berbentuk model ataupun kit. Bahan sokongan seumpama ini yang
digunakan sebagai alat bahan bantu mengajar adalah untuk membantu
pelajar supaya dapat melihat dengan lebih jelas proses pendawaian
berlaku sebelum di dedahkan dengan amali yang sebenar serta
membantu memberi kefahaman kepada pelajar yang kadang kala sukar
untuk memahami suatu proses pendawaian yang dijalankan.
Oleh yang demikian, pengkaji melihat terdapat kekurangan bagi
bahan sokongan yang menggunakan konsep m-learning bagi kursus
Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303) khususnya untuk
topik pendawaian trunking bagi pelajar elektrik dan elektronik di Fakulti
Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). Oleh itu, bahan sokongan
berkaitan pendawaian trunking perlu dibangunkan untuk membantu
pelajar. Pengkaji juga ingin menghasilkan pembaharuan dengan
mengaitkan unsur m-learning kerana ianya boleh digunakan dimana
sahaja tanpa mengira masa dan tempat serta tidak terikat di bilik kuliah
atau bengkel sahaja.
Objektif Kajian
Antara objektif yang di gariskan dalam kajian ini ialah:
i. Membangunkan pakej pembelajaran m-TRUNKING untuk kursus
Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303).
ii. Menilai kebolehgunaan pakej pembelajaran m-TRUNKING untuk
kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303).
iii. Mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap pakej pembelajaran
m-TRUNKING dijadikan bahan sokongan pembelajaran untuk
kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303).
Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang perlu di jawab adalah:
i. Bagaimanakah pakej pembelajaran m-TRUNKING untuk kursus
Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303) dibangunkan?
ii. Apakah penilaian yang dilakukan ke atas pakej pembelajaran m-
TRUNKING untuk kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik
(BBV 20303)?
iii. Sejauhmanakah penerimaan pakej pembelajaran m-TRUNKING
dijadikan bahan sokongan pembelajran untuk kursus Pemasangan
dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303)?
Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi kepentingan
kepada tiga pihak iaitu pelajar, guru dan TVET.
i. Kepentingan kepada pelajar
Pakej pembelajaran m-TRUNKING yang di hasilkan dapat
membantu corak PdP yang lebih berkesan kepada pelajar melalui
penggunaan teks, grafik, video, animasi dan simulasi. Selain
daripada itu, dengan penggunaan teknologi dalam pembelajaran
dapat merangsang minat pelajar sekaligus membantu
meningkatkan pencapaian pelajar dalam teori dan amali. Pakej
pembelajaran m-TRUNKING membolehkan pelajar belajar secara
kendiri dan dapat digunakan tanpa mengira masa dan tempat.
Pelajar juga dapat menggunakan pakej pembelajaran m-TRUNKING
secara berulang kali sehingga pemahaman yang diperlukan dapat
dicapai.
ii. Kepentingan kepada guru
Pembangunan pakej pembelajaran m-TRUNKING ini dapat memberi
kelebihan kepada guru kerana secara tidak langsung membantu
pengajaran yang dijalankan di dalam kelas dan bengkel. Selain itu
juga, pakej pembelajaran m-TRUNKING mampu dijadikan sebagai
bahan sokongan yang dapat membantu proses PdP serta
membantu mengatasi masalah jika nota yang diberikan tidak
lengkap.
iii. Kepentingan kepada TVET
Pakej pembelajaran m-TRUNKING yang dibangunkan dapat
memberi sumbangan di dalam bidang TVET kerana mampu
menarik minat mereka di luar sana mempelajari bidang kemahiran
ini secara tidak langsung. Melalui pakej pembelajaran m-
TRUNKING yang dibangunkan, ianya dapat membantu
mempermudahkan proses pembelajaran untuk kemahiran berjalan
dengan lancar. Selain itu, ianya dapat memberi kesan baru dalam
penghasilan aplikasi berkaitan pendawaian trunking.
Fasa analisis
Fasa analisis merupakan fasa pertama yng perlu dilakukan dalam
proses membangunkan pakej pembelajaran m-TRUNKING. Dalam fasa
ini, latar belakang, pemasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian
dan skop ditentukan. Selain itu, untuk mendapatkan masalah yang
berlaku, tinjauan awal dilakukan. Hasil daripada tinjauan awal yang
dibuat, pengkaji mendapati masalah yang sedia ada seperti kekurangan
alat bahan bantu mengajar (ABBM) atau bahan sokongan pembelajaran
secara mobile di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, UTHM.
Alat Bahan bantu mengajar atau bahan sokongan yang sedia ada adalah
berbentuk model dan kit. Pengkaji juga melakukan soal selidik awal
untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar terutama
dalam kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303).
Fasa analisis merupakan perkara yang penting dalam kajian
kerana melalui fasa analisis ini pengkaji dapat melihat masalah yang
timbul dan mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Hasil
daripada borang soal selidik tinjauan awal yang dijalankan, didapati
pelajar menghadapi masalah dalam menghasilkan bentuk trunking yang
diperlukan sebelum melaksanakan pendawaian. Masalah ini berlaku
kerana pelajar sering lupa dan tidak dapat mengambarkan bentuk yang
perlu di hasilkan dan langkah kerja yang perlu dilakukan. Oleh itu,
pengkaji ingin membangunkan satu bahan sokongan pembelajaran yang
dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah berkaitan membentuk
trunking.
Oleh itu, pengkaji ingin membangunkan pakej pembelajaran m-
TRUNKING menggunakan konsep mobile dan menggabungkan elemen
multimedia serta boleh dijadikan sebagai bahan sokongan pembelajaran
untuk kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303).
Secara keseluruhannya, peringkat analisis dilakukan adalah untuk
mendapatkan maklumat dan mengenal pasti masalah yang wujud
dikalangan pelajar dan mencuba mencari penyelesaian kepada masalah
tersebut.
Antaramuka Kuiz
Fasa Penilaian
Penilaian merupakan fasa terakhir dalam membangunkan pakej
pembelajaran m-TRUNKING. Fasa penilaian dilakukan untuk melihat
kesesuaian elemen multimedia yang digunakan dan penerimaan m-
TRUNKING sebagai bahan sokongan pembelajaran untuk kursus
Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV 20303) sekaligus bagi
menjawab persoalan di dalam kajian yang dijalankan daripada dapatan
kajian yang diperolehi. Penilaian yang dilakukan adalah ke atas pakar
dan pelajar yang mana data yang diterima dianalisis menggunakan
Statistic Packages For The Social Science (SPSS) versi 21. Kaedah
pengumpulan data adalah dengan menggunakan borang soal selidik.
Borang soal selidik untuk kegunaan pakar dan pelajar adalah berbeza.
Tambahan pula, dapatan yang diperolehi daripada penilaian ke atas
pakar dan pelajar dapat menjawab persoalan di dalam kajian yang
dijalankan.
Dapatan Penilaian Pakar Untuk Persoalan Kajian 2
Penilaian yang dilakukan oleh pakar adalah untuk menilai mengenai
kesesuaian elemen yang terdapat di dalam pakej pembelajaran m-
TRUNKING untuk kursus Pemasangan dan Pendawaian Elektrik (BBV
20303). Secara tidak langsung, melalui penilaian yang dilakukan oleh
pakar, ianya dapat menjawab persoalan kedua yang terdapat di dalam
kajian yang dijalankan. Oleh kerana m-TRUNKING ini menggabungkan 2
elemen yang berbeza iaitu elektrik dan multimedia, maka ianya di nilai
oleh pakar daripada bidang yang berbeza. Penilaian pakar ini dinilai oleh
2 orang pakar dalam bidang elektrik dan 2 orang pakar dalam bidang
multimedia.
Dalam kajian ini, borang soal selidik yang digunakan untuk
penilaian pakar mempunyai 23 soalan iaitu 20 soalan berbentuk skala
likert 5 mata dan 3 soalan berbentuk subjektif. Borang soal selidik yang
digunakan menggunakan skala likert 5 mata. Selain itu juga, di dalam
borang soal selidik pakar terdapat 5 bahagian yang dipecahkan untuk
menilai setiap satunya. Lima bahagian di dalam borang soal selidik
pakar ini adalah:
i. Bahagian A: Aspek isi kandungan
ii. Bahagian B: Aspek reka bentuk antaramuka
iii. Bahagian C: Aspek multimedia
iv. Bahagian D: Aspek interaktiviti
v. Bahagian E: Pandangan
Secara keseluruhannya, berdasarkan hasil dapatan yang
diperolehi daripada penilaian pakar mengenai kesesuaian elemen yang
terdapat di dalam pakej pembelajaran m-TRUNKING, dapat dirumuskan
bahawa elemen yang terdapat di dalamnya sangat bersesuaian. Selain
itu, m-TRUNKING yang telah dinilai oleh pakar juga boleh digunakan
tanpa masalah dan dapat berfungsi seperti yang dikehendaki. Hasil
keseluruhan dapatan penilaian pakar mendapati nilai Cronbach’s Alpha
adalah 0.928. Ini menunjukkan kebolehpercayaan instrumen yang
digunakan adalah tinggi.
Perbincangan
Perbincangan dilakukan adalah untuk melihat objektif yang telah
ditetapkan dapat dicapai dan persoalan kajian dapat dijawab melalui
kajian yang telah dijalankan. Keputusan yang diperolehi daripada hasil
perbincangan ini akan menentukan samada objektif kajian yang telah
digariskan dapat dicapai atau tidak.
Rujukan
Lechner, F. J. & Boli, J. (2000). The Globalization Reader. Oxford:
Blackwell Publisher.
Holmes, W. (1991). The Transforming Power Of Information Technology.
Community College Journal, 70 (2), P.P. 10-15.
Johari Hassan & F. R. (2011). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Di Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Journal Of
Technical, Vocational & Engineering Education, Vol 4, 22-37.
Baharudin, Aris, Noraffandy Yahya, Jamalludin Hj Harun & Tasir, Z.
(2000). Siri Modul Pembelajaran Teknologi Pendidikan, Johor.
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 5-3, 36-50.