Anda di halaman 1dari 45

Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

GARIS PANDUAN DAN SYARAT


KARNIVAL KESENIAN JAUHI DADAH DAN
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
PERINGKAT DAERAH NEGERI SELANGOR 2019

1. PENDAHULUAN

Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan salah satu program


melibatkan murid sekolah rendah dan menengah yang dilaksanakan di Negeri
Selangor dalam usaha melahirkan murid yang berpengetahuan dan
berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial lainnya.

Program ini perlu diteruskan dengan memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang


dijalankan untuk memberi impak yang lebih dengan penglibatan murid yang
lebih menyeluruh. Ini adalah selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan
Pencegahan Dadah Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah merealisasikan
“Sekolah Bebas Dadah” . Untuk makluman pemenang pertama karnival bagi
setiap acara akan mewakili negeri selangor ke peringkat kebangsaan 2020
sekiranya dipertandingkan dan negeri selangor sentiasa bersedia dengan
peserta .

2. RASIONAL

2.1 Murid merupakan aset dan sumber tenaga manusia untuk masa depan
negara yang perlu dibangunkan sesuai dengan kehendak dan keperluan
aspirasi negara.

2.2 Murid adalah golongan yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dan
dikembangkan diri mereka ke arah pembentukan anggota masyarakat
yang dinamik dan progresif.

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

2.3 Kekuatan dalaman para murid seperti daya juang, ketahanan dan
keyakinan diri serta daya saing boleh dipupuk secara positif dan rasional
melalui Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang terancang dan
bersepadu.

3. TEMA

“SEKOLAH BEBAS DADAH”

4. MATLAMAT
Karnival Kebudayaan melalui Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bertujuan
mengukuhkan lagi minda dan sikap antidadah dan menjauhi rokok serta vape di
kalangan murid melalui persembahan kepelbagaian bakat murid selain sebagai
satu langkah mempromosi antidadah di kalangan warga pendidik Negeri
Selangor.

5. OBJEKTIF
5.1 Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran murid di semua
peringkat tentang bahaya dadah dan rokok.
5.2 Menggunakan aktiviti kesenian dalam kebudayaan sebagai medium
untuk menggalakkan penyertaan murid dalam proses pembelajaran dan
pendidikan bersepadu secara langsung dan tidak langsung berhubung
dengan pendidikan pencegahan dadah.
5.3 Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada di kalangan
murid ke arah perkembangan yang lebih positif dan membina serta dapat
menghindari diri dari bahaya dadah.

6. KUMPULAN SASARAN
6.1 Murid Prasekolah.
6.2 Murid sekolah rendah TAHUN 1 HINGGA TAHUN 5.
6.3 Murid sekolah menengah TINGKATAN PERALIHAN HINGGA EMPAT.
6.4 Para pendidik / guru.
6.5 Kakitangan sekolah.
6.6 Ibu bapa dan ahli masyarakat.

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

7. PELAKSANAAN
Karnival Kebudayaan melalui Pendidikan Pencegahan Dadah dilaksanakan
secara menyeluruh merangkumi peringkat-peringkat berikut :-
7.1 Sekolah secara keseluruhannya
7.2 Daerah-daerah Negeri Selangor
7.3 Negeri Selangor
7.4 Kebangsaan 2019 & 2020.

8. SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
8.1 Syarat penyertaan individu mestilah disertakan bersama salinan kad
pengenalan / surat beranak yang telah disahkan oleh Pengetua / Guru
Besar.
8.2 Setiap penyertaan dilarang sama sekali menggambarkan / menggunakan
unsur-unsur negatif seperti jarum suntikan, tengkorak, rokok dan tepung
( menyerupai dadah ) tetapi boleh diterjemahkan dalam bentuk lukisan.
8.3 Setiap peserta hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam SATU
ACARA SAHAJA ( Contoh: Seorang murid yang mengambil bahagian
dalam persembahan Dikir Barat tidak dibenarkan mengambil bahagian
dalam Deklamasi Sajak dan sebaliknya termasuk acara-acara lain.
8.4 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam acara seperti Dikir
Barat, Nasyid, Boria dan Deklamasi Sajak mesti menyerahkan 3 salinan
senikata / lirik / skrip semasa pendaftaran kontingen kepada pihak
penganjur (pengelola persembahan ).

8.5 Setiap Daerah Wajib menghantar peserta untuk setiap acara. SETIAP
DAERAH DIBENARKAN MENGHANTAR 3 PASUKAN BAGI SETIAP
ACARA DAN SEKIRANYA DAERAH GAGAL MENGHANTAR TIGA
PASUKAN, KUOTA BOLEH DIPINDAHKAN KE DAERAH LAIN YANG
BERMINAT DENGAN DIPUTUSKAN SESAMA PENYELIA PPDa
DAERAH DAERAH. Ada beberapa acara dibenarkan menghantar lebih
penyertaan SEPERTI MELUKIS POSTER, BUNTING (GEGANTUNG),
DAN VIDEO PENDEK. Sila lihat keseluruhan syarat pertandingan.
8.6 Sumbangan bayaran penyertaan adalah dibayar oleh sekolah yang
menyertai pertandingan.
Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

8.6.1 Bayaran penyertaan adalah berdasarkan acara yang disertai.


8.6.2 RM50.00 untuk acara individu
8.6.3 RM100.00 untuk acara berpasukan.
Jawatankuasa Induk telah bersetuju, yuran penyertaan hendaklah
ditumpangkan ke akaun PIBG SK SERENDAH JIKA BAYARAN
MENGGUNAKAN CEK ATAU WANG POS.
8.7 Setiap peserta hendaklah menyebut dan mempromosi antidadah
#hashtag atau menyebutkan tagline antidadah (Tidak lebih 5 patah
perkataan), boleh disebut sebelum atau selepas persembahan.

BILANGAN
BIL ACARA PESERTA SATU
DAERAH

1 DIKIR BARAT 18
2 NASYID KONTEMPORARI MENENGAH 9
3 NASYID KONTEMPORARI RENDAH 9
4 BORIA (R) 15
5 MELUKIS POSTER (R) 1(Terbuka)
6 MELUKIS POSTER (MR) 1(Terbuka)
7 MELUKIS BANTING (MA) 3 (Terbuka)
8 SAJAK (R) 2
9 SAJAK (M) 2
10 BERCERITA SEKOLAH RENDAH 1
11 BUSKING 5
12 KARAOKE (L&P) RENDAH 1+ 1
13 KARAOKE (L&P) MENENGAH 1+ 1
14 JOM BOLA RENDAH 5
16 JOM BOLA MENENGAH 5
HIASAN BERINFORMASI (BUKAN
17 PERMAINAN) 3
18 BAHAN INTERAKTIF 3
19 VIDEO PENDEK 3 (Terbuka)
Gambar / video menggayakan Tagline
pasukan dengan menggunakan # di
20 instagram 3
JUMLAH 90

JUMLAH PESERTA BAGI SETIAP ACARA

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

Tarikh Akhir Pengantaran Borang PENGESAHAN


PENYERTAAN MELALUI PPD KE UNIT PPDa JABATAN
28 JUN 2019 melalui email ghazali7239@btpnsel.edu.my
Undian akan dibuat pada 1 Julai 2019.

PERTANDINGAN NASYID KONTEMPORARI RENDAH DAN MENENGAH


KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2019 PERINGKAT NEGERI
SELANGOR

1. PENDAHULUAN

Nasyid adalah satu persembahan kebudayaan berkumpulan yang


menyampaikan mesej Pendidikan Pencegahan Dadah berunsurkan
keagamaan. Melalui persembahan nasyid penerapan nilai-nilai Islam dapat
diketengahkan melalui puji-pujian kepada Allah s.w.t. menyeru manusia
berakhlak mulia dan menyeru manusia ke jalan yang benar.

2. MATLAMAT
Merealisasikan Sekolah Bebas Dadah

3. OBJEKTIF
3.1 Menyampaikan mesej anti dadah melalui aktiviti berunsur keagamaan.
3.2 Memberi peluang kepada murid menunjukkan bakat dan kebolehan
mereka.
3.3 Melahirkan murid bersih dadah dan berakhlak mulia.
3.4 Melibatkan lebih ramai murid dalam aktiviti pendidikan pencegahan
dadah.

4. KUMPULAN
4.1 Murid Sekolah Menengah (Tingkatan Peralihan - Tingkatan 4 sahaja).
4.2 Murid Sekolah Rendah ( Tahun 1 – Tahun 5 sahaja)

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

5. TARIKH PERTANDINGAN
5.1 Peringkat Negeri Selangor.
Tarikh - 13 Julai 2019 (Sabtu)

6. SYARAT PERTANDINGAN
6.1 Tema
“SEKOLAH BEBAS DADAH”

6.2 Irama/ Melodi


6.2.1 Irama Lagu
Irama Lagu Kontemporari berunsur nilai Islam,erti keimanan,
patriotik atau keagamaan.

6.2.2 Alat Muzik


Alat muzik yang digunakan adalah jenis perkusi, seperti yenkee
(Gendang Turki), kompang, bonggo, tamborin, marakas, congga,
rebana, shaker dan seumpamanya. Setiap pasukan dibenarkan
menggunakan tidak lebih dari Lima (5) jenis alat muzik (perkusi).
Setiap jenis alat yang dipilih tidak terhad bilangannya.
Penggunaan alat muzik elektronik adalah tidak dibenarkan.
Penggunaan sama ada satu jenis, dua atau lima jenis alat muzik
akan diberi 5 markah sahaja.

6.2.3 Pasukan yang menggunakan lebih dari lima jenis alat muzik
akan ditolak lima markah (muzik).

6.3 Penyertaan
6.3.1 Kumpulan nasyid hendaklah tidak lebih daripada 9 orang
murid perempuan atau lelaki sahaja (tidak bercampur) termasuk
pemuzik.

6.3.2 Setiap daerah dibenarkan menghantar tiga pasukan.

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

6.4 Masa Persembahan


Masa persembahan ialah 8 minit sahaja . Markah permulaan diambil kira
setelah pasukan memulakan nasyid (memulakan lagu). Persembahan
yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong dua (2) markah.

6.5 Kostum
Mengikut kesesuaian persembahan tetapi tidak melanggar tatasusila dan
tidak menjolok mata.

6.6 Lirik Lagu


6.6.1 Semasa membuat persembahan lagu wajib, pasukan hendaklah
menggunakan lirik lagu dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Walau
bagaimanapun ucapan Selawat atas Nabi Muhammad (S.A.W)
adalah dibenarkan.
6.6.2 Persembahan lagu boleh menggunakan lirik Bahasa Arab atau
Bahasa Inggeris.
6.6.3 Sekiranya menggunakan Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris
terjemahan dalam Bahasa Melayu perlu disediakan. Semua
salinan lirik lagu wajib perlu diserahkan kepada urusetia
pertandingan sebelum pertandingan dimulakan.

6.7 Lagu

6.7.1 Setiap pasukan hendaklah mempersembahkan satu (1) lagu wajib


sahaja.
6.7.2 Lagu Wajib - Hendaklah berunsurkan Tema Pendidikan
Pencegahan Dadah
“SEKOLAH BEBAS DADAH”

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

BIL BIDANG MARKAH


1. Suara – Kesepaduan, suara solo dan pitch (nada) suara ramai 25
2. Lagu – irama nasyid kontemporari 25
3. Lirik – isi, bahasa dan kesinambungan 20
4. Persembahan – gaya persembahan, ekspresi, keceriaan 15
(pakaian dan solekan) dan disiplin
5. Muzik 05
6. Kreativiti 05
7. Bonus – (ciptaan sendiri/kepelbagaian irama/keseragaman 05
lagu dan irama)

JUMLAH 100

6.7.3 Lagu berirama kontemporari dan seni kata (lirik) mestilah ciptaan
sendiri.

7. PEMARKAHAN
7.1 Pemarkahan dibahagikan kepada tujuh bahagian.
7.2 Persembahan akan diadili oleh tiga atau lebih orang hakim termasuk
ketua hakim. Keputusan hakim adalah muktamad.
7.3 Jika terdapat persamaan markah maka penentuan pemenang hendaklah
dirujuk kepada markah isi lirik yang tertinggi. Jika masih lagi berlaku
persamaan hendaklah dirujuk kepada markah “persembahan” dan
begitulah seterusnya jika masih berlaku persamaan. Jika masih lagi
berlaku persamaan panel hakim dibenarkan membuat satu keputusan
yang muktamad.

HADIAH :
1. Tempat Pertama : Medal setiap seorang dan sijil pencapaian
2. Tempat Kedua :Medal setiap seorang dan sijil pencapaian
3. Tempat Ketiga :Medal setiap seorang dan sijil pencapaian

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

PERTANDINGAN DIKIR BARAT RENDAH DAN MENENGAH.


KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

1. PENDAHULUAN
Dikir Barat adalah satu bentuk kesenian yang popular di kalangan masyarakat
Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan berasal dari negeri Kelantan.
Persembahan kesenian ini dapat mengumpulkan lebih ramai peminat dan boleh
digunakan sebagai medan penyampaian mesej termasuk mesej “antidadah”
melalui Karnival Seni Kebudayaan melalui Pendidikan Pencegahan Dadah.

2. MATLAMAT
Merealisasikan Visi ’Sekolah Bebas Dadah’
3. OBJEKTIF
3.1 Menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti Kebudayaan melalui
Pendidikan Pencegahan Dadah, sekali gus menyelamatkan diri mereka
daripada terjebak dengan dadah.
3.2 Mempertingkatkan lagi kesedaran di kalangan murid dan seluruh
anggota masyarakat tentang bahaya dadah.
3.3 Menyampaikan mesej Pendidikan Pencegahan Dadah melalui aktiviti seni
di luar bilik darjah.
3.4 Mengembangkan bakat dan potensi yang sedia ada di kalangan murid.
4. KUMPULAN SASARAN
Murid Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan dari Tingkatan Peralihan hingga
Tingkatan Empat sahaja.
Murid Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan dari Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja.
5. PESERTA
5.1 Ahli Dikir tidak melebihi 18 orang termasuk seorang Juara Dikir dan
seorang Tukang Karut.
5.2 Pemain Muzik tidak melebihi 5 orang.
5.3 Bagi setiap kumpulan dikir pesertanya adalah terdiri daripada lelaki
sahaja atau perempuan sahaja.
5.4 Jumlah peserta keseluruhan ialah seramai 18 orang.

6. TEMA :

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

“SEKOLAH BEBAS DADAH”

7. ALAT MUZIK
Alatan muzik yang dibenarkan tidak melebihi daripada alatan di bawah :-
a. Rebana Ibu
b. Rebana Anak
c. Gong/Kelawak
d. Mong/Canang
e. Marakas

8. PERSEMBAHAN
Persembahan Dikir Barat hendaklah mengandungi perkara di bawah :-
8.1 Lagu Juara
8.2 Lagu-Lagu Tukang Karut
8.2.1 Karut Perlahan (Yen Ki)
8.2.2 Karut Cepat (Karut Kelantan)
8.2.3 Karut Matang / Bebas / Kreatif
Penutup / Irama Wau Bulan

9. PENYERTAAN.
9.1 Setiap daerah dibenarkan menghantar 3 penyertaan.

10. BAHASA
9.1 Semua persembahan dikir hendaklah dalam Bahasa Melayu.
9.2 Peserta dilarang menggunakan perkataan-perkataan yang berunsur
lucah.
9.3 Peserta dilarang sama sekali menggunakan kata-kata yang sensitif dan
boleh menyentuh atau menyinggung perasaan mana-mana pihak
terutaman pasukan lawan.
9.4 Kata-kata yang menyentuh soal-soal peribadi, gelar-menggelar dan
sindir-sindiran tajam adalah dilarang sama sekali.

10. ETIKA PERSEMBAHAN

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

10.1 Tema persembahan dalam Dikir Barat sama ada dalam pantun, lagu
ataupun karut hendaklah mengenai Pendidikan Pencegahan Dadah.
10.2 Para peserta dilarang sama sekali menyentuh soal-soal politik,
perkauman, dasar kerajaan (kecuali untuk menerangkan kebaikan dan
faedah kepada rakyat), hal-hal agama (kecuali yang bermaksud
mengajak berbuat baik) dan hal-hal yang sensitif.
10.3 Jika menggambarkan peristiwa-peristiwa di peringkat antarabangsa, para
peserta dilarang menyentuh maruah sesuatu bangsa dan negara.
10.4 Para peserta tidak dibenarkan sama sekali menyentuh perkara-perkara
yang berkaitan dengan institusi istana sama ada berkaitan dengan raja-
raja, keluarga di raja dan hak keistimewaan raja-raja.
10.5 Kandungan isi dikir juga tidak dibenarkan menyentuh perkara-perkara
yang menjadi rahsia negara.
10.6 Para peserta dilarang daripada menunjukkan perlakuan-perlakuan yang
kurang sopan, gerak geri yang melampau yang boleh menimbulkan
kemarahan atau gerak laku yang boleh didaftarkan sebagai lambang
perlakuan seks atau seumpamanya dan perlakuan yang melambangkan
unsur-unsur anti negara.

11. PAKAIAN
Semua peserta boleh memakai pakaian seragam pasukan masing-masing
dengan warna dan corak bebas mengikut pilihan pasukan. Walau
bagaimanapun pakaian itu hendaklah yang bersesuaian dengan persembahan
dan tidak menjolok mata. Dikir Barat sebagai seni persembahan rakyat Melayu
berkumpulan di mana Tukang Karut dan Tok Juara adalah orang penting dalam
kumpulan tersebut.

12. PENGHAKIMAN
12.1 Sebuah panel hakim mengandungi 2 hingga 3 orang termasuk Ketua
Hakim
12.2 Seorang hakim akan menghakimi keseluruhan persembahan (100%)
12.3 Keputusan panel hakim adalah muktamad

13 PEMARKAHAN

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

Markah-markah akan diberi kepada perkara-perkara seperti tersebut di atas.

13.1 Juara 25 markah


- Kemerduan suara = 10 markah
- Pantun dan mesej ( rima dan urutan ) = 5 markah
- Lagu dan kebolehan membawa lagu = 5 markah
(mengawal tempo dan ‘key’ suara yang merangkumi pelbagai
melodi)
- Gaya persembahan, penghayatan dan
kelancaran = 5 markah

13.2 Tukang Karut 30 markah


- Isi/Mesej = 10 markah
- Pemilihan lagu dan kebolehan
membawa lagu-lagu = 8 markah
- Pantun = 6 markah
- Gaya persembahan dan
penyampaian = 6 markah

13.2 Suara Ramai (Awak-Awak) 20 markah


- Kesepaduan suara = 10 markah
- Keseragaman gaya dan semangat = 10 markah

13.3 Muzik 15 markah


- Kemahiran bermain alat muzik
- Kombinasi bunyi antara alat-alat
- Kesesuaian rentak dengan lagu yang dibawa

13.5 Pakaian, disiplin dan gaya pakaian 10 markah


----------------
JUMLAH BESAR 100 markah
=========
14. PANDUAN PEMARKAHAN DIKIR BARAT
14.1 Kesalahan (Markah Ditolak)

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

14.1.1 Pasukan yang mempunyai lebih daripada 15 orang


pendikir akan ditolak 5 markah bagi setiap orang.
14.1.2 Pasukan yang membawa atau menggunakan lebih
daripada 5 alat muzik akan ditolak 5 markah.
14.1.3 Pasukan yang tidak mengikut peraturan-peraturan lain
yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur juga akan
ditolak markah mengikut ketetapan yang akan dibuat oleh
Jawatankuasa Penganjur.
14.1.4 Bahasa kasar, kesat, menyindir dan sebagainya (1 hingga
5 markah)
14.1.5 Perlakuan (larangan dalam para 10) – (Ditolak 1 hingga 2
markah)

15. MASA DAN CARA PERTANDINGAN DIJALANKAN


15.1 Setiap pasukan hanya diberikan 15 minit sahaja dengan tema
“SEKOLAH BEBAS DADAH”
15.2 Intro dibenarkan dengan tidak melebihi 2 minit , tetapi tiada
markah diberikan.
15.3 Setelah pasukan bersedia di atas pentas, isyarat mula bagi
menandakan pasukan boleh memulakan dikir barat dengan
bertabuh. Masa dan markah mula dikira dari saat bertabuh.
15.4 Selapas 13 minit, isyarat akan diberikan menandakan masa
persembahan ada lagi 2 minit lagi.
15.5 Setelah cukup 15 minit, isyarat akhir akan diberikan menandakan masa
persembahan sudah tamat. Markah tidak akan diambil kira selepas
setelah tamat masa 15 minit diberikan

HADIAH:
1. Tempat Pertama Medal setiap seorang dan sijil pencapaian
2. Tempat Ke Dua Medal setiap seorang dan sijil pencapaian
3. Tempat Ke Tiga Medal setiap seorang dan sijil pencapaian
4. Juara Dikir(Tok Juara)Medal dan sijil
5. Juara Tukang Karut Medal dan sijil

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

PERTANDINGAN BORIA
KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

1. PENDAHULUAN
Boria adalah satu bentuk kesenian yang popular di Pulau Pinang.
Persembahannya merangkumi lawak jenaka (sketsa), mengandungi unsur
menghibur dan didikan, nyanyian serta tarian kumpulan.

2. MATLAMAT
Merealisasikan Visi “Sekolah Bebas Dadah”.

3. OBJEKTIF
3.1 Menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti Pendidikan
Pencegahan Dadah.
3.2 Mengembangkan bakat dan potensi murid.
3.3 Menyampaikan mesej Pendidikan Pencegahan Dadah.

4. KUMPULAN SASARAN
Murid Tahun 1 hingga 5 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan.

5. IMPAK
5.1 Melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran tentang bahaya dadah.
5.2 Melahirkan murid yang dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Sekolah Bebas Dadah.

6. SYARAT PERTANDINGAN
6.1 Tema
“SEKOLAH BEBAS DADAH”
6.2 Penyertaan
6.2.1 Terbuka kepada semua murid tahap dua sekolah rendah sahaja.
6.2.2 Peserta tidak lebih 15 orang sama ada lelaki sahaja atau
perempuan sahaja (tidak bercampur) termasuk peserta sketsa
(lawak jenaka).

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

6.2.3 Setiap daerah dibenarkan menghantar 3 pasukan.

6.3 Masa Persembahan


Keseluruhan masa persembahan ialah 15 minit, iaitu 5 minit untuk lawak
jenaka dan 10 minit untuk nyanyian. Persembahan yang melebihi masa
keseluruhan akan dipotong sebanyak 2 markah.

6.4 Pakaian
Pakaian mengikut persembahan tetapi tidak melanggar tatasusila atau
tidak menjolok mata. Setiap peserta lawak dilarang memakai pakaian
berupa perempuan bagi peserta lelaki dan dilarang memakai pakaian
berupa lelaki bagi peserta perempuan.
Syarat pakaian dikekalkan. Boleh gunakan label untuk menunjukkan
gantian watak.

6.5 Bahasa
Persembahan dalam Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun dibenarkan
menggunakan beberapa patah perkataan Bahasa Inggeris jika perlu
untuk menjelaskan maksud. Sketsa dalam loghat Utara/Pulau Pinang
adalah digalakkan.

6.6 Teknik
Penggunaan Keyboard yang telah diprogramkan adalah dibenarkan
(penggunaan disket). Muzik minus-one.

6.7 Pemarkahan
6.7.1 Sketsa (30 markah)
- Mesej Sketsa yang melucukan (15 markah)
- Persembahan sketsa (15 markah)
6.7.2 Persembahan (70 markah)
- Mesej lagu (20 markah)
- Suara lagu (20 markah)
- Kreativiti (15 markah)

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

- Keseragaman (15 markah)


6.7.4 5 Markah akan ditolak sekiranya melanggar syarat pemakaian
dalam perkara 6.4, 6.7.1 dan 6.7.2.
Penilaian akan difokuskan kepada mutu persembahan dan
keupayaan menyampaikan mesej yang berkesan mengikut tema.
Aspek teknikal tidak akan diambil kira dalam proses pemarkahan.
6.8 Tarikh Pertandingan
6.8.1 Peringkat Negeri Selangor : 13 Julai 2019 ( Sabtu)
HADIAH:
1. Tempat Pertama – Medal setiap seorang dan sijil pencapaian
2. Tempat Ke Dua – Medal setiap seorang dan sijil pencapaian
3. Tempat Ke Tiga – Medal setiap seorang dan sijil pencapaian

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK


KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

1. TAJUK
Sayembara Deklamasi Puisi/Sajak Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat
Negeri Selangor.

2. OBJEKTIF
2.1 Menerapkan nilai murni dan menyampaikan mesej anti dadah bagi
melahirkan masyarakat penyayang melalui karya kreatif khususnya
puisi/sajak.
2.2 Menyampaikan mesej Pendidikan Pencegahan Dadah melalui karya
kreatif dan penghayatan melalui pendeklamasian sajak.
2.3 Mengembangkan bakat dan potensi murid dalam bidang karya kreatif
(puisi) dan pendeklamasinya.

3. TEMA
“SEKOLAH BEBAS DADAH”

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

4. PENYERTAAN
4.1 Penyertaan terbuka kepada murid sekolah menengah Tingkatan
Peralihan hingga Tingkatan 4 dan kategori rendah tahun 1 – 5
sahaja.
4.2 Setiap daerah akan diwakili oleh seorang peserta sahaja bagi setiap
kategori.
4.3 Semua penyertaan hendaklah disertakan dengan butiran diri peserta
yang lengkap dan disahkan oleh Pengetua/Pegawai Khas Dadah negeri-
negeri berkenaan. Maklumat diri peserta hendaklah mengandungi butiran
berikut :-
a) Daerah diwakili
b) Nama penuh peserta (huruf besar mengikut kad pengenalan)
c) Umur
d) Nombor kad pengenalan
e) Tingkatan / Darjah
f) Nama dan alamat sekolah
g) Nombor telefon sekolah
h) Pengesahan Pengetua / Guru Besar / Pegawai Khas Dadah
i) Cop rasmi sekolah / Pejabat Pelajaran Daerah
4.4 Maklumat dalam perkara 4.3 di atas hendaklah dikemukakan kepada
Urusetia Karnival selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh
pertandingan.
4.5 Setiap daerah dibenarkan menghantar 3 orang peserta berlainan
sekolah.

5. SYARAT SAYEMBARA / DEKLAMASI SAJAK


5.1 Deklamasi sajak yang dimaksudkan adalah pembacaan SAJAK (bukan
menyanyikan sajak).
5.2 Puisi yang dideklamasikan dalam pertandingan ini adalah sajak hasil
ciptaan bebas bertemakan Pendidikan Pencegahan Dadah. Peserta
boleh mencipta sendiri sajak untuk dideklamasi atau mendeklamasikan
sajak ciptaan orang lain.Peserta dinasihatkan mendapat kebenaran /

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

memaklumkan terlebih dahulu kepada penciptanya. Skrip sajak yang


dihantar kepada Urusetia juga dikehendaki dinyatakan penciptanya.
5.3 Panjang sajak yang akan dideklamasikan hendaklah antara 20 hingga 30
baris bagi Sekolah Rendah dan 30 hingga 40 baris bagi Sekolah
Menengah. Setiap baris tidak kurang daripada 3 patah perkataan.
Bagaimanapun, pencipta bebas menentukan jumlah perkataan dalam
satu baris tetapi baris yang kurang daripada 3 patah perkataan tidak
dikira sebagai sebaris.
5.4 Penilaian hanya dibuat terhadap deklamasi sahaja, bukan pada sajak.
5.5 Penyelaras di peringkat negeri / peserta hendaklah mengemukakan sajak
yang akan dideklamasikan kepada Urusetia selewat-lewatnya seminggu
sebelum tarikh persembahan. Maklumat pada butiran 4.3 di atas
hendaklah disertakan.
5.6 Sajak hendaklah dideklamasikan dalam Bahasa Melayu sahaja.
5.7 Urusetia Sayembara akan memilih tiga (3) hingga lima (5) panel penilai
bebas. Aspek yang akan dinilai ke atas setiap peserta merangkumi aspek
TEKNIK, GAYA, NADA dan SUARA (masing-masing membawa 25
markah).

5.8 Keputusan menentukan kedudukan tempat peserta (Johan, Naib Johan


dan seterusnya) akan berdasarkan kiraan AGREGAT daripada
kedudukan yang telah diberikan oleh semua panel. Keputusan panel
penilai adalah MUKTAMAD.
5.9 Perincian setiap aspek yang dinilai adalah sebagaimana berikut :-
5.9.1 TEKNIK
a) Teknik ialah gerakan kreatif deklamator. Gerakan ini mungkin
sedikit sahaja tetapi ketara.
b) Penilai terhadap aspek teknik tertumpu kepada keberkesanan
gerakan kreatif ini.
c) Sebagai contohnya, ada pendeklamator yang melangkah
setapak ke hadapan, kemudian berundur setapak juga pada
tempat yang sesuai. Terdapat pula pendeklamator yang
bermula dengan duduk dan kemudian bangun. Gerakan-
gerakan begini, jika sesuai (khususnya bersesuaian dengan

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

puisi yang dideklamasikan), membantu menjadikan


persembahan berkesan.
d) Alat bantu (prop) tidak dibenarkan dibawa semasa
pertandingan. Selain itu, peserta juga tidak dibenarkan
mendeklamasikan dengan bantuan teman. Ertinya, manusia
tidak boleh dijadikan “alat bantu” dalam sayembara deklamasi
ini.
e) Muzik juga teknik. Muzik latar adalah dibenarkan, tetapi hanya
dalam bentuk rakaman sahaja. Iringan muzik secara terus (live)
sama ada dimainkan oleh peserta sendiri atau dibantu oleh
orang lain TIDAK dibenarkan.
5.9.2 GAYA
a) Gaya berkait rapat dengan keyakinan deklamator. Terdapat
tiga alasan yang menjadikan deklamator kurang bergaya. Yang
pertama, deklamator itu memang tidak cukup berani
berhadapan dengan khalayak. Kedua, walaupun dia berani
berhadapan dengan khalayak, namun dia tidak tahu tentang
seni pentas dan ketiga, tingkat hafalannya tidak cukup. Ini
membawa kepada deklamasi yang tidak menyakinkan.
b) Gaya termasuklah olahan/bahasa tubuh (body language),
gerak tangan dan sebagainya yang bersesuaian dengan sajak
yang dideklamasikan.
c) Mimik muka juga adalah gaya. mimik muka hendaklah sesuai
dengan tema dan isi sajak yang dideklamasikan.
d) Selain itu, pergerakan mata deklamator juga diambil kira
sebagai gaya mata orang pentas. Yang yakin/berani
ditumpukan kepada penonton, manakala yang tidak yakin akan
lari ke atas atau lantai pentas.

5.9.3 NADA

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

a) Nada yang dimaksudkan ialah nada yang ada dalam sajak.


Terdapat beberapa nada yang popular seperti patriotik, marah,
sinis, sedih, romantis dan sebagainya.
b) Setelah nada sajak dikenali dengan betul, pengucapannya pula
perlu digandingkan dengan intonasi yang tepat iaitu turun naik
dan tinggi rendah suara untuk dipadankan dengan maksud
sajak. Jeda (tempat berhenti) juga perlu difahami betul-betul
oleh pendeklamator untuk menjelaskan lagi maksud sajak.

5.9.4 SUARA

a) Suara adalah pemberian Tuhan yang sukar diubah. Walaupun


demikian Deklamator yang bersemangat tinggi akan berusaha
menerbitkan suara yang sesuai dengan sajak dapat dipaparkan
melalui permainan kualiti suara. Deklamator hendaklah sedar
bahawa suara boleh direndahkan, disederhanakan dan
ditinggikan pada tempat-tempat yang sesuai. Yang
dimaksudkan dengan kualiti suara ialah penerbitan suara yang
berbeza-beza itu, yang dalam bidang muzik disebut bas, tenor
dan soparno.

b) Penerbitan suara yang terasa dibuat-buat akan menyebabkan


deklamasi kurang bermutu.

5.9.5 PENILAIAN ASPEK LAIN SECARA UMUM


(Termasuk markah bonus dan pemotongan markah)
a) Konsep Penghayatan
Kejayaan deklamator mengemukakan teknik, gaya, nada dan
suara yang bersesuaian dengan sajak yang dideklamasikan
adalah kejayaannya dalam penghayatan sajak itu.

b) Kelemahan dan Pemotongan Markah

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

Markah yang diberikan untuk aspek-aspek yang dinyatakan di


atas akan muktamad jika tiada kelemahan dalam deklamasi.
Markah akan dipotong jika terdapat kelemahan-kelemahan
seperti yang akan dinyatakan di bawah ini. Jumlah markah
yang akan dipotong tertakluk pada seriusnya kelemahan itu.
i) Salah atau Lemah Sebutan
Jika kata “payung” disebut “payon”, “keramat” disebut
“keramak”, “cinta” disebut “cinte” dan seumpamanya,
markah akan dipotong tidak lebih daripada tiga. Sebutan
yang salah itu mungkin berulangkali, tetapi pemotongan
hanya sekali.
ii) Ketersasulan
Apabila perkataan tertentu tersalah sebut dan disebut
sekali lagi dengan tujuan pembetulan, markah akan
dipotong juga kerana ketersasulan itu merosakkan
kelancaran deklamasi. Pemotongan untuk sekali tersasul
ialah tidak kurang daripada tiga markah.
iii) Tersalah Perkataan
Tersalah perkataan berbeza daripada tersasul, kerana
dalam hal tersalah perkataan, tiada pembetulan dibuat.
Deklamator mungkin tidak menyedari kesalahan itu dan
mungkin juga membiarkannya demi menjaga kelancaran.
Pemotongan untuk kesalahan begini tertakluk pada
kesannya. Jika perkataan “telah” disebut “tidak” makna
keseluruhan sajak berubah. Ini menyebabkan
pemotongan mungkin sehingga 10 markah. Jika
perkataan “tidak” disebut “tiada”, makna keseluruhan
sajak tidak berubah. Markah yang dipotong hanyalah satu.

iv) Tertinggal Bahagian Tertentu


Deklamator yang kurang menghafal atau yang gentar di
hadapan khalayak mungkin tertinggal baris tertentu, malah
mungkin juga tertinggal rangkap tertentu. Ada yang
tertinggal terus dan ada teringat kemudian lalu disebutkan

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

semula. Hal ini menyebabkan bentuk, struktur dan


mungkin maksud itu berubah. Oleh sebab kesannya
besar, maka markah yang dipotong boleh mencecah
angka 10, tertakluk kepada jumlah baris tertinggal atau
serius tidaknya kesan.

v) Perlakuan Negatif Di Pentas


Perbuatan mengetuk mikrofon, membunyikan “emh” dan
sebagainya kerana ada gangguan di kerongkong dan
perbuatan-perbuatan lain yang menunjukkan sikap tidak
profesional di pentas akan menyebabkan markah
dipotong. Jumlah yang dipotong tidak kurang daripada
tiga.
c) Pakaian deklamator adalah bebas tetapi hendaklah bersopan
dan sesuai.

5.9.6 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam syarat-syarat ini


adalah menjadi hak penganjur dan Urusetia Sayembara
menentukannya dari semasa ke semasa.

6. TARIKH PERTANDINGAN
6.1 Peringkat Negeri Selangor - 13 Julai 2019 (Sabtu)

HADIAH
1. Tempat Pertama – Medal dan sijil pencapaian
2. Tempat Ke Dua - Medal dan sijil pencapaian
3. Tempat Ke Tiga - Medal dan sijil pencapaian

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER & BUNTING(GEGANTUNG) (SEKOLAH


RENDAH DAN MENENGAH RENDAH)
KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

1. PENDAHULUAN

Melukis Poster Pendidikan Pencegahan Dadah ini bertujuan untuk memberi


kesedaran bahaya dadah melalui seni lukis.

2. OBJEKTIF
2.1 Menggalakkan murid-murid meningkatkan lagi pengetahuan tentang
bahaya dadah.
2.2 Membolehkan murid-murid memaparkan pengetahuan dan idea tentang
bahaya dadah.
2.3 Menyedarkan murid-murid tentang dadah itu merbahaya.
2.4 Mencungkil dan mengasah bakat senilukis di kalangan murid-murid.
2.5 Menggalakkan murid-murid untuk terlibat dalam aktiviti pertandingan.

3. SYARAT PERTANDINGAN
3.1 3.1.1 Tema
“SEKOLAH BEBAS DADAH”
3.1.2 Tajuk
(Rendah)
a) Hidup Ceria Tanpa Dadah
b) Sekolah Bebas Dadah
c) Bersama Membina Kebahagiaan

(Menengah)
a) Bangsa Cemerlang Gemilang Terbilang
b) Generasi Sihat Negara Makmur
c) Keluarga Bahagia Tanpa Dadah
3.2 Penyertaan
3.2.1 Terbuka kepada semua murid tahap satu dan dua sekolah rendah,
menengah rendah dan menengah atas. Setiap daerah

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

dibenarkan menghantar lebih daripada satu (1) pernyertaan


asalkan berlainan sekolah dan tidak melebihi tiga (3)
penyertaan.
3.2.2 Penyertaan dibahagikan kepada 3 kategori atau kumpulan seperti
berikut :-
- Kategori/Kumpulan I
Tahap Satu dan Dua Sekolah Rendah
(Tahun 1 hingga Tahun 5)
- Kategori/Kumpulan II
Sekolah Menengah Rendah
(Peralihan hingga Tingkatan Tiga)
- Kategori/Kumpulan III
Sekolah Menengah Atas
(Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima sahaja)

3.2.3 Pertandingan dijalankan secara langsung.


3.2.4 Setiap kategori diwakili oleh seorang peserta daerah dan sekolah.
Setiap daerah dibenarkan menghantar lebih daripada 1
penyertaan asalkan berlainan sekolah.

3.3 Saiz dan Ukuran


3.3.1 Kategori/Kumpulan I
Tahap II Sekolah Rendah : 37.4 cm x 27 cm (drawing block).
3.3.2 Kategori/Kumpulan II dan III
Sekolah Menengah Rendah dan Sekolah Menengah Atas
Saiz ½ imperial (saiz 4 x A4) atau drawing block besar.
3.3.3 Sekolah Menengah Atas –Bunting (gegantung)
Ukuran 36”(3 kaki) lebar X 60”(5 kaki) panjang
Kain Hitam –Disediakan oleh Penganjur
Peralatan dan warna –bebas
Jumlah Peserta 3 orang sahaja (Lelaki dan perempuan
Dibenarkan.) Setiap daerah dibenarkan menghantar
penyertaan lebih daripada satu penyertaan.

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

3.4 Masa
Sekolah Rendah - 2½ jam
Sekolah Menengah - 3 ½ jam
Tiada tambahan masa dibenarkan.
3.5 Tarikh Pertandingan (Negeri Selangor)
3.5.1 Peringkat Negeri Selangor. -13 Julai 2019 ( Sabtu)
3.6 Ciptaan
3.6.1 Ciptaan sendiri atau asli
3.6.2 Poster menggunakan bahan dan media seperti berikut :-
Kumpulan I
>>> Poster menggunakan pensil warna, krayon atau warna air.
Kumpulan II
>>> Poster menggunakan warna air atau media campuran.
3.6.3 Teknik kolaj / tampalan tidak dibenarkan. Peserta juga tidak
dibenarkan menggunakan “air brush” dan cat minyak.

3.7 Hak Milik Ciptaan


Poster dan Banner yang dipertandingkan adalah hak milik penganjur
untuk digunakan dalam publisiti.
3.8 Penghakiman
Keputusan panel hakim adalah muktamad.
Skima Penilaian
Tema - 15 markah
Ilustrasi - 25 markah
Gubahan/Komposisi/Olahan - 30 markah
Warna Bebas - 20 markah
Kemasan - 10 markah

>> Setiap hakim membuat penghakiman secara keseluruhan (100%)

3.9 Bahan dan Peralatan


Kertas lukisan dan Kain Hitam sahaja disediakan oleh penganjur.
Lain-lain peralatan dan bahan disediakan sendiri oleh peserta. Peserta

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

dikehendaki membawa alas sendiri jika perlu. Pihak penganjur tidak


menyediakan.

HADIAH KUMPULAN 1

1. Tempat Pertama – Medal dan sijil penghargaan


2. Tempat Ke Dua - Medal dan sijil penghargaan
3. Tempat Ke Tiga - Medal dan sijil penghargaan

HADIAH KUMPULAN 2

1. Tempat Pertama – Medal dan sijil penghargaan


2. Tempat Ke Dua - Medal dan sijil penghargaan
3. Tempat Ke Tiga - Medal dan sijil penghargaan

HADIAH KUMPULAN 3
1. Tempat Pertama – Medal dan sijil penghargaan
2. Tempat Ke Dua - Medal dan sijil penghargaan
3. Tempat Ke Tiga - Medal dan sijil penghargaan

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO
(Menengah & Rendah ) DAN BUSKING ( Menengah sahaja)
KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Untuk pertandingan nyanyian solo dan busking, peserta pertandingan perlu


membawa SATU lagu iaitu lagu wajib (dipilih satu daripada sepuluh tajuk yang
disediakan)

Lagu lagu yang wajib dan perlu dipilih ialah

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

PESERTA NYANYIAN SOLO DAN BUSKING BOLEH MEMILIH SALAH


SATU LAGU WAJIB INI

1. Hitam Putih Kehidupan - Sheila Majid


2. Ilham Pujangga - Ismail Haron
3. Andai Ku Tahu – Unggu
4. Aku Mahu Pulang -Amuk
5. Warisan – Sudirman Hj Arshad
6. Oh Tuhanku – Zubir Ali
7. Gelombang – Salamiah Hassan
8. Gemilang – Jaclyn Victor
9. Insan-Yantzen
10. Bila Diri Disayangi - ukay

SYARAT PERTANDINGAN BUSKING

Apa itu busking?

Busking adalah satu bentuk seni yang diamalkan oleh artis profesional, penghibur
amatur dan mereka yang baru bermula. Buskers meletakkan banyak pemikiran dan
usaha ke dalam perbuatan mereka, mereka memberikan persembahan, melayan
orang ramai dan menerima tips balasan.

Busking termasuk sarkas, tarian dan teater jalanan menunjukkan dan juga muzik,
patung hidup dan lain-lain. Tiga jenis utama ialah:

Muzik

Persembahan Muzik boleh menjadi solo atau kumpulan.

SYARAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan terbuka kepada warga murid sekolah rendah dan menengah.

2. Pertandingan hanya terbuka kumpulan minima 1 orang dan maksima 5 orang

sahaja.

3. Setiap Kumpulan hendaklah mempersembahkan 1 buah lagu.

4. Lagu yang dibenarkan untuk pertandingan adalah lagu-lagu positif; samada

lagu antidadah, patriotik dan nasihat, alam sekitar, ketuhanan dan sebagainya.

5. Lagu ciptaan baru adalah digalakkan dan markah bonus akan diberi pada
Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

ciptaan lagu & lirik. Lagu dan lirik ini hendaklah bebas dari sebarang tuntutan

pihak ketiga.

6. Bahasa atau lirik lagu yang dibenarkan adalah dalam Bahasa Melayu atau

Inggeris sahaja.

7. Persembahan keseluruhan 1 lagu yang dipertandingkan tidak boleh melebihi

7 minit.

8. Setiap Kumpulan hendaklah membawa alatan muzik mereka sendiri.

9. Peserta hendaklah berpakaian kemas dan sopan mengikut adat dan tata susila

Malaysia.

10.Pengangkutan, tempat tinggal danmakan minum adalah tanggungan

pesertase penuhnya.

11. Peserta hendaklah melaporkan diri dan mendaftar dengan urusetia

pertandingan 20 minit sebelum waktu pertandingan yang telah ditetapkan.

12. Penyertaan adalah terhad. Yuran penyertaan adalah RM100.00 setiap

kumpulan dan hendaklah dibayar atas nama PIBG SK SERENDAH

13.Peserta tidak dibenarkan menggunakan peralatan muzik yang

menggunakan tenaga elektrik atau kuasa bateri.

13. Keputusan juri hakim adalah muktamad.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN NYANYIAN SOLO

1.0 PERATURAN PERTANDINGAN

1.1 PENGENALAN

1.1.1 Pertandingan ini dikenali sebagai NYANYIAN SOLO dianjurkan oleh


Unit PPDa Jabatan Pendidikan Selangor dan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu
Selangor.

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

1.2 TARIKH DAN TEMPAT

1.2.1 Pertandingan ini akan diadakan pada jam 9.00 pagi 13 Julai 2019,
(SABTU) bertempat di SMK Serendah dan SK Serendah.

1.3 KATEGORI PERTANDINGAN

1.3.1 Pertandingan adalah untuk dua (2) kategori: - NYANYIAN SOLO


:sekolah rendah dan sekolah menengah

1.4 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.4.1 Penyertaan hanya dibenarkan kepada murid sekolah yang berdaftar


sahaja.

1.4.2 Setiap daerah dibenarkan menghantar seorang peserta lelaki dan


seorang peserta pesempuan.

2.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

2.1 Penyertaan adalah di kalangan amatur sahaja dan belum pernah


merakamkan suara di mana-mana syarikat rakaman di dalam atau pun luar
negara.

2.2 Setiap peserta Nyanyian Solo diwajibkan menyanyikan SATU LAGU


sahaja.

2.3 Konsep lagu adalah PILIH LAGU WAJIB YANG TELAH DISEDIAKAN.

2.4 Pertandingan Busking Boleh Mempersembahkan satu buah lagu iaitu


lagu

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

2.4.1 PILIH LAGU WAJIB YANG TELAH DISEDIAKAN

2.5 Peserta digalakkan untuk membawa VCD/ CD/ ‘Minus One’ SENDIRI bagi
kegunaan semasa pertandingan dan peserta yang tidak membawa VCD/ CD/
‘Minus One’ boleh memilih lagu yang disediakan oleh pihak penganjur (lagu
terhad).

2.6 Peserta dikehendaki memakai pakaian yang kemas dan bersesuaian serta
tidak menjolok mata semasa pertandingan.

2.7 Peserta dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan


oleh pihak penganjur semasa pertandingan.

2.8 Penganjur berhak menolak sebarang penyertaan manamana peserta yang


tidak mematuhi syarat-syarat pertandingan serta terlibat dalam aktiviti kurang
sihat.

2.9 Kriteria pemarkahan berdasarkan kepada mutu suara/ vokal,


persembahan, keterampilan dan lain-lain.

3.0 Setiap daerah boleh menghantar seorang peserta lelaki dan seorang
peserta perempuan untuk nyanyian solo.

3.0 Setiap keputusan Juri adalah MUKTAMAD dan sebarang perubahan


adalah hak penganjur.

3.1 TAKLIMAT PERTANDINGAN

3.2 Sesi taklimat dan undian akan dimaklumkan kepada setiap peserta
sebelum pertandingan bermula.

PESERTA NYANYIAN SOLO DAN BUSKING BOLEH MEMILIH SALAH


SATU LAGU WAJIB INI

1. Hitam Putih Kehidupan - Sheila Majid


2. Ilham Pujangga - Ismail Haron
3. Andai Ku Tahu – Unggu
4. Aku Mahu Pulang -Amuk
5. Warisan – Sudirman Hj Arshad
6. Oh Tuhanku – Zubir Ali
Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

7. Gelombang – Salamiah Hassan


8. Gemilang – Jaclyn Victor
9. Insan- Yantzen
10. Bila Diriku Disayangi - Ukays
11. Hitam Putih Kehidupan - Sheila Majid
Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan

12. Ilham Pujangga - Ismail Haron
Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itu rahsia orang bijaksana

Ia anak muda tiada mati kerana tergelincir kakinya
tetapi matinya anak muda itu kerana tergelincir lidahnya
berdiam dirilah kamu kepada perkara yang bukan-bukan
bersuaralah kamu kepada perkara yang memberi kebaikan

Berikanlah tenaga
Untuk bangsa dan negara
Ini zaman kemajuan
Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

Jangan kita ketinggalan



Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu

Usahlah ditanya apakah bakti negara untuk kamu
tetapi tanyalah apakah bakti kamu untuk negara
berjasalah kamu kepada keharmonian negara

Kau katakan pada aku sekarang jua
apakah pendapat kau atas kewajiban mudi dan muda...

Pembela, harapan dan tiang negara, bangsa dan negara...

Dan bagaimanakah cara yang patut aku tunjukkan kewajibanli...
Kau mempunyai akal bukan, tepuklah dada tanya selera.

Sungguhkanlah hati mu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah diri mu
Dari perkara yang menrugikan diri

Maaf mudi dan muda
Ku susun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang hai pujangga
Hanya sekadar penyanyi biasa


13. Andai Ku Tahu – Unggu
Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

*Instrumental*

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu

Haaa... Haaaa... Haaa... Haaaa... [2x]


14. Amuk - Aku Mahu Pulang
Gelap malam, pasti terang
Sang mentari, pasti datang
Kesesatan, perjalanan
Rahmat tuhan, menentukan

Berikan ku masa, mencuci dosa
Aku kan pulang, menebus usia
Di musim berlalu, sepi memburu
Memaksa perindu, meruntuhkan nafsu

Dengan khayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan, menjadi pegangan
Menjadi buruan
Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019


Terimalah kembali, wajah ini
Jangan terus membenci, sampai mati
Sedang hari berganti, kau mengerti
Sedang masa berganda, kau merasa

Aku manusia, pelakon cerita
Di pementasan, alam ciptaannya
Bukan sengaja, melanggar arahan
Kadang terlupa, watak dan peranan
Aku manusia

Gelap malam.. Gelap malam
Pasti terang pasti terang
Sang mentari sang mentari
Pasti datang pasti datang
Kesesatan kesesatan
Perjalanan perjalanan
Rahmat tuhan rahmat Tuhan
Menentukan menentukan


15. Warisan – Sudirman Hj Arshad
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

Ku ingin sampaikan pesanan


Aku lah penyambung warisan


16. Oh Tuhanku – Zubir Ali
Tuhanku dalam termangu
Kusebut namaMu
Biar susah sungguh
Mengingatkan kau penuh seluruh

Tuhanku cahayaMu
Panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku pintumu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

17. Gelombang – Salamiah Hassan
Nasibku dirundung malang
Sederas gelombang
Menghempas di pantai
Semalam aku ternoda

Dalam sinar cahaya di jendela
Tiada esok lagi
Gelap masa depan
Sinar hidup ini tiada erti

Hidupku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segala
Perasaan dan harapan
Untuk hari esok tiada lagi

Oh Tuhanku
KepadaMu ku pohon ampun doa restu
Lindungilah daku yang tidak berdaya
Di bumiMu ini


18. Gemilang – Jaclyn Victor
Serjuta bintang menyanyi
Ku di antara yang satu
Mungkin cahaya dan impianku
Di sini... Gemilang

Lalu ku redah onak duri
Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

Dan lautan api


Kemuncaknya ingin ku tawan
Aku jelajahi

Chorus
Kini gemilang itu
Semakin pasti ku genggam
Gemilang suara keyakinan kian dalam
Gementar harus jangan
Jiwaku harus bertenaga
Mungkin kini
Menjadi realiti

Lalu ku redah onak duri
Dan lautan api
Kemuncaknya ingin ku tawan
Aku jelajahi

Chorus 2x

19. INSAN - YANTZEN
Kita adalah insan
Menumpang atas dunia
Aku dengan caraku
Yang sederhana

Kita adalah hamba
Berbakti pada Yang Esa
Aku mencari sinar
Keredhaannya

Kita sama sahaja
Bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku
Saling perlukan

Oh cinta yang murni
Sebagai ikatan
Yang kukuh di hati
Demi masa depan
Jangan dihancurkan
Hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan
Hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

PERATURAN PERTANDINGAN JOMBOLA


SEMPENA
KARNIVAL PPDa PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 2019

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Persatuan Jombola


Malaysia (PJM) yang terkini.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan Perseorangan Lelaki dan Perempuan Sekolah Menengah


2.2 Pertandingan Bergu Lelaki dan Perempuan Sekolah Menengah
2.3 Pertandingan Perseorangan Lelaki dan Perempuan Sekolah Rendah
2.4 Pertandingan Bergu Lelaki dan Perempuan Sekolah Rendah
2.5 Pertandingan Bergu Campuran
2.6 Pertandingan dijalankan di:-
Tarikh : 9 dan 10 Julai
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : SK Antara Gapi.
2.7 Pertandingan berkonsepkan berpasukan sekolah.

3. PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Tiap-tiap sekolah dibenarkan mendaftarkan :


3.1.1 Seorang pemain bagi acara Perseorangan Lelaki dan Perempuan
Terbuka bagi setiap kumpulan umur.
3.1.2 Satu pasangan Bergu Lelaki dan Perempuan bagi acara Bergu Terbuka
bagi setiap kumpulan umur.
3.1.3 Pemain hanya boleh didaftarkan mengikut kumpulan umur masing-
masing.
3.1.4 Pertukaran pemain hanya dibenarkan pada hari pertama pertandingan
iaitu sebelum perlawanan dijalankan.
3.1.5 Peraturan boleh diubahsuai berdasarkan peruntukan karnival yang
dianjurkan
3.1.6 Untuk Promosi dan Pendedahan permainan, maksimum satu
pasukan Sekolah boleh menghantar 5 pemain

(hanya untuk karnival ini sahaja)

4. CARA PERTANDINGAN

4.1 Berpasukan ( Round Robin )


4.1.1 Satu bergu lelaki
4.1.2 Satu bergu perempuan
4.1.3 Satu perseorangan lelaki
4.1.4 Satu perseorangan perempuan.
4.1.5 Satu bergu campuran.

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

5. PERALATAN

5.1 Gelanggang permainan untuk semua kumpulan umur adalah gelanggang


Badminton biasa, dan hendaklah berukuran :
5.2 Perseorangan :
Lebar - 5.18 meter ( 17 kaki ), Panjang - 13.4 meter ( 44 kaki )
5.3 Bergu :
Lebar - 6.1 meter ( 20 kaki ), Panjang - 13.4 meter ( 44 kaki )
5.4 Ketinggian Jaring :
5.5 Tepi Tiang - 1.32 meter ( 4 kaki 4 inci )
5.6 Tengah - 1.295 meter ( 4 kaki 3 inci )
5.7 Raket dan bola yang bertanda jenama ‘Jombola’ telah dikilang mengikut
spesifikasi yang ditetapkan oleh Persatuan Jombola Malaysia (PJM)

5. KELEWATAN

6.1 Pemain-pemain hendaklah melaporkan diri kepada pengadil bertugas 15 minit


sebelum perlawanan dimulakan.
6.2 Hanya 5 minit sahaja akan diberi kepada seseorang pemain perseorangan dan
bergu yang lewat dan selepas itu pihak lawannya akan diberi kemenangan
percuma dengan keputusan 2-0 iaitu 15-0, 15-0.

6. PAKAIAN

7.1 Wajib memakai kasut.


7.2 Pasangan bergu wajib berpakaian sama.
7.3 Pengadil berhak untuk membuat cabutan salah satu pihak bertukar baju
sekiranya kedua-dua pihak yang bertanding memakai pakaian yang sama
warna.

7. BANTAHAN

8.1 Semua bantahan secara bertulis yang ditandatangani oleh Pengurus Pasukan
berserta Wang Cagaran sebanyak RM200.00 ( Ringgit Malaysia Dua Ratus
Sahaja ) hendaklah dibuat dalam tempoh 30 minit selepas tamat perlawanan
yang berkenaan.
8.2 Wang cagaran tidak akan dikembalikan jika sekiranya bantahan yang
dikemukakan tidak diterima.

8. JURI RAYUAN
9.1 Juri Rayuan terdiri daripada :
9.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya
9.1.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya
9.1.3 Pengerusi Teknik dan Pembangunan Jombola atau wakilnya
9.1.4 Dua orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dengan bantahan.
9.2 Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad.

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

9. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am JOMBOLA dan
Peraturan Pertandingan Sukan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan
dan keputusannya adalah muktamad.

10. KELAYAKAN PESERTA

11.1 Pelajar-pelajar yang bersekolah sepenuh masa di sekolah-sekolah


menengah serta sekolah sekolah swasta yang berdaftar dan bergabung
dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah adalah layak menyertai
pertandingan permainan peringkat daerah Petaling Perdana.

11.2 Murid-murid yang sedang belajar dalam tingkatan peralihan sehingga


tingkatan empat sahaja untuk sekolah menengah.

11.3 Murid-murid yang sedang belajar dalam darjah dua sehingga lima sahaja
untuk sekolah rendah.

11.4 Pemain BUKAN warganegara Malaysia tidak dibenarkan mengambil


bahagian di peringkat sekolah, daerah dan negeri.

11.5 Pihak penganjur berhak menukar format pertandingan berdasarkan


keperluan semasa dan sebarang perubahan akan dimaklumkan
sewaktu pertandingan berlangsung.

PERTANDINGAN MEMBINA BAHAN INTERAKTIF (SEKOLAH MENENGAH)


1. Terbuka kepada semua murid sekolah menengah (tingkatan peralihan –
tingkatan enam atas)
2. Diwakili oleh dan tiga orang murid dengan seorang guru pengiring.
3. Setiap daerah boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan
4. Hasil rekaan adalah milik peserta.
5. Rekaan adalah merupakan permainan/bahan pembelajaran/pameran yang
mewakili salah satu D.A.R.V.I.H.
6. Setiap penyertaan tidak boleh mencampuradukkan DARVIH.
7. Hanya dibuat untuk Dadah/Alkohol/Rokok/Vape/Inhalan/HIV
8. Bahan rekaan bersifat “mobile “dan mudah alih.
9. Bahan Pameran tidak melebihi 4 bahan pameran termasuk model dan
carta.
10. Setiap daerah boleh menghantar dua penyertaan yang terdiri daripada dua
buah sekolah berlainan.

PERTANDINGAN MEMBINA BAHAN HIASAN BERINFORMASI


(SEKOLAH RENDAH)
1. Terbuka kepada semua murid sekolah rendah (tahun 4-5 sahaja)
2. Diwakili tiga orang murid dengan seorang guru pengiring.
3. Setiap daerah boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan
4. Hasil rekaan adalah milik peserta.

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

5. Rekaan adalah merupakan permainan/bahan pembelajaran/pameran yang


mewakili salah satu D.A.R.V.I.H.
6. Setiap penyertaan tidak boleh mencampuradukkan DARVIH.
7. Hanya dibuat untuk Dadah/Alkohol/Rokok/Vape/Inhalan/HIV
8. Bahan rekaan bersifal mobile dan mudah alih. Tidak lebih daripada 8 bahan
pameran.
9. Setiap daerah boleh menghantar tiga penyertaan yang terdiri daripada
sekolah berlainan.

PERTANDINGAN
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT NEGERI SELANGOR

1.0 PENDAHULUAN
Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai untuk menyampaikan mesej
kepada murid-murid sekolah rendah. Aktiviti bercerita juga sangat sesuai diguna
pakai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan itu, Ahli Jawatankuasa PPDa Negeri Selangor telah sepakat untuk
memasukkan elemen bercerita menjadi salah satu aktiviti yang dipertandingkan
dalam karnival PPDa 2019. Aktiviti bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia
sejak zaman berzaman untuk memberi pengajaran, pengetahuan disamping
menyelitkan unsur-unsur hiburan. PPDa Negeri Selangor menjadi perintis
mengadakan pertandingan bercerita kategori sekolah rendah buat julung kalinya.
Semoga usaha murni dalam meningkatkan perkongsian ilmu ini mendapat sambutan
daripada semua pihak. Bercerita lebih kepada fakta dalam isi penceritaan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
menyakinkan.
2.2 Menggalakkan murid-murid mencari informasi berkaitan dengan tajuk
cerita.
2.3 Meningkatkan kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya DARVIH
dan memerlukan pelbagai usaha mencegahnya.
2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca
dan menulis dalam Bahasa Melayu.
2.5 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi kepada para
peserta mempamerkan bakat bercerita dengan memasukkan elemen
gurindam, sajak, nyanyian, pantun dan sebagainya untuk menjadikan
aktiviti bercerita sebagai salah satu wadah yang terbaik menyampaikan
mesej yang murni.

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

3.0 PENGELOLAAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Unit PPDa Negeri Selangor

4.0 PENYERTAAN
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahap DUA (Tahun 4 – 5), murid
warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis
Kebangsaan.

5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini hanya dilaksanakan diperingkat Negeri Selangor sahaja.


5.2 Syarat-syarat pertandingan bercerita
5.2.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid tahap DUA (Tahun 4 –
6) Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.
5.2.2 Hanya seorang peserta sahaja mewakili sekolah masing-
masing bagi setiap sekolah Negeri Selangor
5.2.3 Setiap daerah dibenarkan menghantar dua orang peserta,
seorang lelaki dan seorang perempuan.
5.2.4 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut:
5.2.4.1 buku-buku cerita
5.2.4.2 bahan bacaan seperti majalah dan media massa
lain.
5.2.4.3 Bahan elektronik/internet
5.2.4.4 Hasil karya sendiri

5.2.5 Kualiti cerita


5.2.5.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur
pengajaran , fakta yang tepat dan nilai-nilai murni sejagat
yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.
5.2.5.2 Cerita bertemakan “SEKOLAH BEBAS DADAH”.
Tajuk – tajuk cerita adalah seperti berikut:

5.2.5.2.1 Hidup Bahagia Tanpa Dadah


5.2.5.2.2 Katakan Tidak Pada Alkohol
5.2.5.2.3 Tak Nak Rokok
5.2.5.2.4 Sayangi Diri, Hindari Inhalan
5.2.5.2.5 Vape , Satu Fenomena ke arah Ketagihan
Merokok
5.2.5.2.6 Masyarakat Sejahtera Tanpa HIV

5.2.6 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang


diperuntukan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita
antara 5 minit hingga 6 minit sahaja.

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

5.2.7 Loceng akan dibunyikansekali pada minit ke lima dan loceng


akan dibunyikandua kali pada minit ke enam menandakan
masa bercerita telah tamat.
5.2.8 Penyampaian bercerita selepas loceng penamat dibunyikan tidak
akan diberikan markah. Penyampaian cerita melebihi 6 minit
(dipotong 1 markah). Penyampaian cerita melebihi 7 minit
(dipotong 2 markah).
5.2.9 “Props”, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak
dibenarkan.
5.2.10 Unsur puisi, nyanyian, gurindam dan cakap ajuk adalah
digalakkan untuk menjadikan penceritaan itu lebih menarik.
Unsur-unsur tersebut tidak melebihi dua minit daripada
keseluruhan cerita.
5.2.11 Peserta boleh melakukan pergerakan tetapi perlulah
bersesuaian.
5.2.12 Peserta dibenarkan memakai kostum tetapi tiada sebarang
peruntukan markah.
5.2.13 Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola
pertandingan semasa pendaftaran di bilik pertandingan kepada
hakim
5.2.14 Penyertaan dibatalkan sekiranya peserta:
5.2.14.1 Menyentuh isu-isu sensitif tentang politik, ras dan
agama.
5.2.14.2 Membaca teks cerita atau bahan rujukan secara
terus menerus.
5.2.14.3 Dibantu oleh orang lain.
5.2.14.4 Menggunakan “props”,” back drops”, muzik atau
Kesan bunyi.
5.2.15 Peserta dikehendaki mengisi dan menghantar borang
penyertaan yang disahkan oleh Guru Besar beserta salinan sijil
kelahiran.
5.2.16 Keputusan panel hakim adalah muktamad.
5.2.17 Sebarang pindaan tertaluk kepada Unit PPDa Jabatan
Pendidikan Selangor.
5.2.18 Setiap daerah boleh menghantar satu /dua penyertaan yang
terdiri daripada dua buah sekolah berlainan.

6.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN BERCERITA

6.1 Teknik Gaya persembahan 40 markah


6.2 Bahasa dan pertuturan 20 markah
6.3 Isi/ mesej/nilai 40 markah
JUMLAH 100 markah

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor


Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

Pertandingan Video Pendek

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK

TEMA : 1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH

1.0 SYARAT PENYERTAAN

• Penyertaan adalah terbuka kepada murid sekolah menengah.


• Penyertaan boleh dikemukakan secara BERKUMPULAN TIGA ORANG
MURID, terbuka kepada lelaki dan wanita.
• Setiap penyertaan boleh menghantar lebih dari satu penyertaan tetapi setiap
peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
• Penyertaan video pendek dikira sebagai berkumpulan dan yuran adalah
RM100.00.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

• Mengumpul video terbaik bagi mempromosi membenci dadah


• Merancakkan industri kreatif khususnya seni skrin dan videografi,
• Mencungkil dan mengenengahkan bakat dan kreativiti, khususnya belia dan
murid sekolah
• Menyediakan platform awal kepada penggiat seni skrin dan videografi.

3.0 SYARAT PERTANDINGAN

• Setiap penyertaan mestilah menepati tema yang telah ditetapkan iaitu


melibatkan salah satu daripad DARVIH.
• Peserta boleh memilih mana-mana elemen DARVIH tetapi tidak boleh
mencampuradukkan elemen.
• Penyertaan boleh dibuat dalam sebarang format, contohnya
dokumentari,sketsa pendek, animasi atau lain-lain.
• Setiap hasil karya merupakan hasil karya sendiri dan tidak pernah memenangi
mana-mana pertandingan filem/ video kebangsaan atau antarabangsa.
• Harta intelek bagi mana-mana karya penerbitan, percetakan dan penyiaran
mesti mendapat kebenaran bertulis daripada pemegang hak cipta.
• Hasil karya hendaklah tidak mengandungi sebarang unsur pornografi, jenayah,
fitnah, menghina serta menyentuh sensitiviti keagamaan, perkauman dan
budaya.
• Karya atau mana-mana bahagian dalam karya mestilah tidak melanggar
sebarang undang-undang dan tidak terhad kepada hak privasi, hak harta
intelek, hak cipta, hak moral, cap dagangan atau nama perniagaan; atau
mana-mana pihak ketiga.
• Pihak sekretariat pertandingan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
tuntutan dari pihak ketiga akibat pelanggaran hasil hak cipta terhadap hasil
karya tersebut.

4.0 DURASI VIDEO

• Video yang dihasilkan mestilah tidak melebihi durasi yang ditetapkan iaitu
tidak melebihi 2 minit.
Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

5.0 FORMAT PENGHANTARAN

• Setiap penyertaan hendaklah dihantar dalam medium DVD (1 keping sahaja)


dan ‘softcopy’ format sama ada AVI, MPEG2, MP4 atau, WMV. Setiap
penyertaan mestilah dikepilkan bersama dokumen berikut;

1. Borang penyertaan
2. Skrip
3. Sinopsis
4. Salinan MyKad (seorang sahaja sekiranya berkumpulan)

7.0 HADIAH PEMENANG


-Johan
-Naib Johan
-Tempat ke tiga

7.0 TUNTUTAN HAK CIPTA

• Setiap karya penyertaan adalah hak milik SEKRETARIAT PERTANDINGAN


VIDEO PENDEK. Karya tersebut juga berhak digunakan untuk sebarang
tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
• Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap tajuk dan
video penyertaan bagi tujuan penyiaran.

8.0 PENOLAKAN PENYERTAAN

• Sekretariat pertandingan berhak menolak sebarang penyertaan yang tidak


menepati syarat pertandingan dan format video.
• Penyertaan dikira terbatal jika didapati diciplak atau tidak asli.
• Penyertaan video pendek hendaklah di email ke
ghazali7239@btpnsel.edu.my dengan disertakan surat iringan oleh pihak
sekolah sebelum atau pada 28 Jun 2019
• Bayaran penyertaan hendaklah dibayar kepada JAWATANKUASA
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH pada 28 Jun 2019 kepada urusetia.
SILA BAWA BERSAMA SALINAN SURAT IRINGAN yang telah di email di
atas.

8.0 TARIKH TUTUP

28 JUN 2019 DAN DI HANTAR MELALUI PENYELIA PPDa Daerah

DAN DISERTAKAN KE UNIT PPDa UNTUK PENGHAKIMAN.

• Semua penyertaan hendaklah dikemukakan kepada sekretariat pertandingan


selewat-lewatnya pada 28 Jun 2019 (Jumaat) jam sebelum 3.00 petang.
Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Garis Panduan & Syarat Penyertaan Karnival PPDa Negeri Selangor 2019

• Penyertaan selepas dari tarikh tutup tidak akan diterima.

11. Pemilihan peserta ke peringkat kebangsaan adalah tertakluk kepada


keputusan jawatankuasa pemilihan peserta. Peserta pada tahun 2019 ini akan
mewakili negeri Selangor untuk tahun 2020, kecuali jawatankuasa memilih
peserta tersebut untuk menggantikan peserta lain.

PERTANDINGAN TAGLINE ANTIDADAH

1. Pertandingan terbuka kepada sekolah yang menyertai karnival.


2. Penyertaan ini tidak dikenakan bayaran.
3. Peserta daripada sekolah sekolah yang menyertai wajib mempromosi tagline ini.
4. Tagline yang dihasilkan hendaklah tidak melebihi lima patah perkataan.
5. Tagline yang dibuat boleh dalam bentuk video,gambar pegun atau poster.
6. Jumlah peserta dalam video/gambar tidak melebihi tiga orang murid mengikut
umur yang ditetapkan.
7. Tagline yang dibuat hendaklah diupload dalam Instagram dengan meletakkan
#karnivalppdaselangor
#sekolahbebasdadah
#mzyskytruepro
8. Pemenang akan ditentukan berdasarkan kepada jumlah like yang diterima
berdasarkan kepada semakan oleh pihak “cosponsor” tepat pada jam 10.00
tengahari.
9. Tiga pemenang akan berikan hadiah istimewa oleh penganjur.Tempat
pertama,kedua dan ke tiga.
10.Setiap gambar/video yang diupload wajib menunjukkan identiti sekolah untuk
memudahkan dikenalpasti penyertaan dari sekolah yang menyertai.
11.Cara follow instragram
11.1 Follow Instagram KarnivalPPDaSelangor
11.2 Setiap gamgar yang dihantar mestilah ada #karnivalppdaselangor
11.3 Buat dalam Instagram peribadi untuk hantar gambar beserta
#karnivalppdaselangor
11.4 PENTING: JANGAN PRIVASIKAN AKAUN INSTAGRAM PERIBADI,
SILA BUKA “OPEN PUBLIC.”
12.Sekolah yang menyertai boleh menghantar bermula 13/5/2019 dan ditutup pada
13/7/2019 jam 10 pagi.

Disediakan oleh
Haji Mohd Ghazali Bin Hj Anuar
Penolong Pengarah
Unit PPDa Jabatan Pendidikan Selangor
No Tel; 0133446114

Unit PPDa Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Anda mungkin juga menyukai