Anda di halaman 1dari 4

Isi kandungan

● Bilangan ● Perkara ● Muka surat

● 1 ● Latar tempat ● 1
● 2 ● Latar masa ● 3
● 3 ● Latar masyarakat ● 4
LATAR
■ LATAR TEMPAT
1. Rumah Bazilah, di Yishun Street.
-Tempat Waheeda menumpang tinggal sementara dia menjalani rawatan pembedahan mata dan
hidungnya di Singapura.
2. Rumah Haji Abdul Azizi Imran, Damansara Heights.
-Tempat pertemuan dan perbincangan antara Haji Abdul Azizi Imran dengan Waheeda dan Ghazi
berkaitan degan penjualan Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands.
3. Silicon Medical Center (SMC) di Singapura.
-Tempat Waheeda menjalani pembedahan mata dan hidungnya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim
Ghazizadeh dan Dr. Averroes atau Dr. Rushdi.
4. Chalet Tajau Emas.
-Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat digigit dan dicakar oleh
monyet Belanda.

2
2
■ Latar Masa
1. Waktu Siang.
Sebagai contoh, peristiwa Waheeda yang dikejarkan ke hospital oleh Fadhil dan Raidah akibat kecederaan pada muka
dan hidungnya kerana digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba ke bilik pejabat
kecil mereka di tepi anjung hadapan berlaku pada waktu siang.
2. Waktu awal pagi.
Contohnya, peristiwa Waheeda yang baru sedarkan diri setelah ditidurkan dengan ubat bius yang disuntik ke dalam
tubuhnya berlaku pada waktu awal pagi. Ketika itu, Waheeda telah meminta air minuman kerana dia berasa sangat
haus.
3. Waktu pagi.
Contohnys, peristiwa Fatimah yang mengeja sambil membetulkan sebutan Kamri yang silap menyebut ejaan
“coconut” dengan dipanggilnya “konat-konat” berlaku pada waktu pagi.
4. Waktu tengah hari.
Contohnya, peristiwa Fatimah dan ahli rombongan MATTA dari Kuala Lumpur yang disajikan hidangan ketupat pulut
periuk kera oleh masyarakat Dayak Bidayuh ketika mereka mengikuti Pesta Bung Bratak.
5. Waktu malam.
Contohnya, peristiwa Fadhil yang teringat akan tindakannya menyanggah hasrat anak gadisnya, Waheeda untuk
melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek sewaktu dia berjalan melintasi bilik tidur anaknya itu.
3
■ Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan.
Sebagai contoh, Rainah amat sayang akan suami dan anak-anaknya. Rainah berusaha dan sanggup terbang ke Singapura
semata-mata untuk bersama-sama dengan Waheeda pada hari pembedahan mata dan hidung anaknya itu.
2. Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Sebagai contoh, Waheeda Nurlyana gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti peristiwa pembedahan mata dan
hidungnya, peristiwa keretakan dan kemusnahan rumah tangganya dan peristiwa dia mengusahakan chalet penginapan
untuk kemudahan pelancong.
3. Masyarakat yang menceburi kegiatan ekonomi berasaskan pelancongan negara.
Sebagai contoh, Fadhil, Rainah, Datuk Yasser Arief, Waheeda dan Fatimah mengusahakan chalet untuk penginapan para
pelancong sebagai sumber pendapatan mereka.
4. Masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu.
Sebagai contoh, watak Waheeda Nurlyana, Bazilah, Fatimah, Izzati, dan Zahid digambarkan sebagai masyarakat yang tekun
dan rajin menimba ilmu sehingga berjaya memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang pergkhususan
masing-masing.
5. Masyarakat yang tabah menghadapi keruntuhan rumah tangga.
Sebagai contoh, sebagai ibu tunggal, Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anak perempuannya, Izzati setelah
diceraikan oleh suaminya, Zahid.
3

Anda mungkin juga menyukai