Anda di halaman 1dari 39

WEBEST Education

Nama:
NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 1: Melontar Puing Duka
• Waheeda melayari laman sesawang berkaitan perihal kecantikan wajah dan
pembedahan plastik pada wajah.
• Waheeda mempunyai keinginan untuk melakukan pembedahan plastik pada
wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih, serta menjaga
kekemasan diri.
• Waheeda teringat akan peristiwa dia disakat dan diusik oleh Si Nuar, Si Man,
dan Si Mat Gusi kerana memilik hidung yang pesek ketika di sekolah rendah.
• Sebagai sahabat, Nasuha bersimpati terhadap nasib yang dialami oleh
Waheeda sejak mereka bersama-sama dari sekolah rendah hingga sekolah
menengah.
• Sebagai pengurusi inap desa Tajau Emas, Waheeda bertanggungjawab
mengurus segala keperluan dan kemudahan yang diperlukan oleh tetamu yang
menginap di situ dengan dibantu oleh sanak saudaranya.
• Selaku pemandu pelancong, Fadhil membawa tetamu yang menginap di inap
desanya ke dusun buah-buahannya, ke kolam ikan kap, dan menikmati
keindahan Sungai Matang.
• Di kolam ikan kap, sepasang pelancong dari Jepun dan keluarga Ma’mun
merasai pengalaman diurut kaki oleh beratus-ratus ekor ikan kap.
• Di dusun buah-buahan yang berkeluasan 20 hektar pula, para pelancong
berpeluang merasai kemanisan buah durian, langsat, dan rambutan.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 1


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 2: Dayang Muda
• Waheeda terpaksa melipatgandakan kerja bagi persiapan menerima
kunjungan rombongan istimewa dari Eropah dalam tempoh tiga hari
berikutnya.
• Waheeda teringat akan ayahnya yang bertugas sebagai pemandu pelancong
yang petah bercerita tentang keunikan Sarawak.
• Waheeda bercadang untuk memberikan taklimat kepada ayah dan pengurus
penggantinya, Fatimah tentang program sepanjang tahun yang secara tidak
rasmi telah dimeterai bersama-sama dengan Datuk Yasser.
• Fadhil teringat akan bantahannya terhadap hasrat anaknya, Waheeda untuk
melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya kerana dianggap
bertentangan dengan hokum syarak dan konvensi agama.
• Suara Kamri mengejukan Waheeda, Fatimah, dan para pengunjung tentang
kehadiran monyet Belanda yang menyerang secara tiba-tiba dalam kawasan
chalet mereka.
• Semua pekerja dan penghuni bertempiaran untuk menyelamatkan diri.
Waheeda telah dicederakan oleh salah seekor monyet Belanda.
• Akibat kesan gigitan dan cakaran kuku monyet Belanda pada wajah dan hidung,
Waheeda dikejarkan ke hospital oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya,
Raidah.
• Dr. Zakaria menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda dan meminta
Waheeda kembali semula ke hospital selepas tiga hari untuk pemeriksaan
lanjutan.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 2


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 3: Katarsis
• Ghazi, Raidah, dan Kamri menghantar Waheeda ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuching bagi penerbangannya ke Singapura.
• Perjalanan mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching tersekat-sekat
kerana Jambatan Tun Abdul Rahman Yakub telah runtuh akibat dilanggar
tongkang pasir pada malam itu.
• Waheeda meneruskan penerbangannya ke Singapura dengan menaiki
Pesawat MH237.
• Di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Waheeda memutuskan untuk
menaiki teksi ke rumah rakan lamanya, Bazilah yang terletak di Yishun Street.
• Dia mengimbas semula tarikh janji temunya dengan Dr. Alma Hollis Chen,
peranakan Cina Inggeris-Amerika yang bertugas di Silicon Medical Centre
(SMC).

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 3


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 4: Semarak Api Semarak Hati
• Bazilah menyambut ketibaan Waheeda di rumahnya dengan membuat kejutan,
iaitu menjengul secara tiba-tiba dari belakang pintu.
• Bazilah dan Waheeda berbual panjang dan malam itu Bazilah berjanji untuk
memperkenalkan Waheeda dengan Dr. Zahari, pakar bedah plastik yang
bertugas di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
• Keesokannya, Bazilah membawa Waheeda berjumpa dengan tunangnya, Dr.
Zahari di sebuah pusat beli-belah. Di food court, mereka makan-makan sambil
berbincang mengenai pembedahan hidung dan pembetulan pada kelopak
mata Waheeda.
• Bazilah dan Waheeda berjalan beriringan di ruang legar di tingkat dua Silicon
Medical Center (SMC) sambil mencari pintu bilik Dr. Alma Chen.
• Setelah bertemu Dr. Alma Chen, Waheeda menyerahkan dokumen sejarah
kesihatan dan pemeriksaan amnya kepada Dr. Alma Chen. Mereka berbincang
tentang prosedur pembedahan yang akan dilaksanakan di SMC.
• Waheeda memberitahu rakannya, Bazilah bahawa dia tidak perlu
menemaninya sementelah rakannya itu pula sibuk dengan didertasi sarjana
dan kuliah.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 4


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 5: Doa Selamat
• Waheeda memaklumkan kepada Bazilah bahawa pembedahan hidung dan
mata yang akan dilaluinya memakan masa antara 10 hingga 15 jam.
• Waheeda membulatkan tekadnya dengan bersetuju untuk menjalani sesi
pembedahan mata dan hidungnya sekali jalan sahaja.
• Waheeda menghantar e-mel kepada abangnya, Ghazi untuk memaklumkan
hari dan tempoh pembedahan akan dijalankan.
• Raidah cemas mendengar khabar pembedahan Waheeda yang memakan
masa yang lama dan memutuskan untuk ke Singapura bagi menemani anaknya,
Waheeda pada hari pembedahan itu.
• Raidah meminta Ghazi membelikan tiket kapal terbang dan meminta Kamri
membelikan daun nipah muda untuk dibuat kelongsong ketupat lepas atau
ketupat tolak bala sebagai sebahagian adat orang Melayu Sarawak.
• Bazilah seronok mendengar cerita Waheeda berkenaan ketupat lepas yang
dibuat oleh masyarakat Melayu Sarawak.
• Raidah membuat kejutan kepada Waheeda dengan bertandang ke rumah
Bazilah di Singapura dan menelefon Waheeda setelah dia sampai di muka
pintu rumah Bazilah.
• Sewaktu makan pada malam itu, Bazilah pertama kali menikmati ketupat lepas
yang diperbuat daripada beras pulut huma Sarawak yang bercampur santan.
• Keesokannya, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC bagi menjalani
pembedahan mata dan hidung yang memakan masa selama sepuluh jam.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 5


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 6: Metamorfosis
• Waheeda mengimbau kembali prosedur pembedahan yang diterangkan oleh
Dr. Alma Chen dalam sesi kaunseling tiga hari lepas semasa dia berada di bilik
persediaan pembedahan.
• Menurut Dr. Alma Chen, pembedahan matanya akan diketuai oleh Dr. Shirrim
Ghazizadeh, pakar bedah mata yang berpengalaman manakala pembedahan
hidungnya akan diketuai oleh Dr. Averroes.
• Layanan, tutur kata, dan gaya profesionalisme Dr. Shirrim Ghazizadeh yang
serba menyerlah menyebabkan Waheeda berasa amat kagum dan senang hati.
• Kemudian, muncul pula Dr.Averroes yang mempunyai mata biru kehijauan
yang meminta Waheeda memanggilnya dengan nama Dr. Rushdi sahaja.
• Waheeda tidak sedarkan diri setelah dibius oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh. Pada
masa itulah, pakar-pakar tersebut berhempas pulas menjalankan
pembedahan pada bahagian mata dan hidung Waheeda.
• Waheeda sedar daripada tidurnya lalu meminta air untuk diminum kerana
kehausan.
• Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama dengan ibunya setelah
menjelaskan sebahagian kos rawatan. Dalam tempoh seminggu itu, Waheeda
diminta memakai memakai cermin mata hitam bagi melindungi matanya yang
masih membengkak.
• Raidah kembali semula ke Sarawak setelah Waheeda selamat menjalani
pembedahan mata dan hidungnya.
• Bazilah kembali sibuk dengan rutin hariannya.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 6


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
• Waheeda teringat akan pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Hospital
Timberland dengan SMC khas untuk pelanggan yang membayar RM30 ribu ke
atas, iaitu penginapan percuma selama tiga hari di Hotel Flamingo de La Rosa
di Pulau Sentosa. Dia amat berminat dengan pakej pelancongan khas itu.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 7


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 7: Pulau Sentosa
• Waheeda duduk bersantai dengan Bazilah di tepi kolam selepas melawat
tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Sentosa bersama-sama dengan
rombongan penaja.
• Waheeda berasa seronok berkawan dengan Bazilah dan Dr. Zahari yang
bersikap seperti ulat buku.
• Waheeda juga berasa sedikit cemburu bercampur bangga apabila melihat
Bazilah dan Dr.Zahari merupakan pasangan ideal yang mesra dan serasi itu.
• Pada waktu makan malam berbeku, Waheeda dan Dr. Averroes saling
mengenali antara satu dengan yang lain.
• Waheeda turut meluahkan isi hatinya berkaitan dengan tindakan tekadnya
untuk melakukan rekonstruksi walaupun perbuatannya itu bercanggah
dengan hukum agama Islam.
• Waheeda mengharapkan Allah mengampuni dosanya memandangkan
tindakannya itu bukan semata-mata untuk kosmetik atau estetik.
• Waheeda amat bersyukur kerana dipertemukan dengan orang yang terdiri
daripada pelbagai latar kehidupan sepanjang berada di Singaparu. Dia juga
banyak mempelajari cara pengurusan pusat peranginan yang kelasnya
berbintang-bintang.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 8


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 8: Hadiah Alam
• Waheeda tersenyum apabila mengingatkan cerita Dr.Rushdi yang memuji
bangsa Sepanyol dari kawasan asalnya termasuklah dirinya yang kuat bekerja
dan bijak.
• Disebabkan kesan pembedahan hidungnya agak membimbangkan dan belum
stabil, Waheeda memilih untuk tinggal lebih lama dan mencari kerja di
Singapura.
• Melalui perbualan telefon, Fatimah memaklumkan kepada Waheeda tentang
seminar yang diadakan sehari suntuk di Chalet Tajau Emas semalam sebelum
rombongan MATTA tersebut bertolak ke Bung Bratak pada hari itu.
• Waheeda mengimbau cerita Fatimah minggu lepas yang memberitahunya
tentang projek pembinaan hotel Datuk Yasser di bukit sebelah yang sedang
rancak dibangunkan.
• Waheeda mengimbau kemampuan Chalet Tajau Emas yang dirasakan belum
mampu menampung jumlah pelancong ke Sarawak sewaktu Kempen Tahun
Melawat Malaysia diadakan selama tiga tahun berturut-turut, iaitu pada tahun
2005 hingga tahun 2007.
• Petang itu, Waheeda menerima satu berita menggembirakan apabila pihak
pengurusan di Flamingo Resort menghubunginya untuk temu duga jawatan
Pengawai Perhubungan Awan di resort itu.
• Pada malam itu,Waheeda berasa sedikit gelisah memikirkan dirinya yang
terpaksa berpindah ke Flamingo Resort sekirannya dia berjaya dalam temu
duga bagi jawatan yang dipohonnya itu.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 9


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 9: Wajah Pesona
• Anati dan Lais berbual perihal Waheeda yang cantik dan bergaya itu.
• Waheeda bersyukur kerana mendapat tawaran bekerja di situ.
• Lais sentiasa memuji gaya keterampilan Waheeda yang begitu profesional jika
dibandingkan dengan Pegawai Perhubungan Awam lama yang sudah berusia
dan kurang mempesonakan.
• Ketika berada di kafe di sebelah lobi, Waheeda tiba-tiba terperasan seorang
lelaki tampan yang duduk berteleku di meja sambil memegang gelas
memandang ke arahnya.
• Melalui Akid, Waheeda mendapat tahu bahawa lelaki tampan itu ialah Zahid
yang baru sahaja mendaftar bilik di hotel itu.
• Waheeda berasa sedih kerana terpaksa berpindah dari rumah Bazilah ke
Flamingo Resort.
• Kebelankangan itu, Waheeda merasakan Bazilah berubah apabila celoteh dan
guraunannya tidak semesra dan setulus dahulu.
• Kekerapan Dr.Zahari datang bertandang ke rumah Bazilah telah mengundang
rasa serba salah Waheeda yang terpaksa melayani Dr. Zahari kerana Bazilah
memerlukan tumpuan untuk menelaah. Keadaan itu mendatangkan rasa
cemburu di hati Bazilah hingga menyebabkan hubungan mereka berdua tidak
semesra selalu.
• Di Flamingo de La Rossa, Waheeda menerima tugasan pertama yang agak
mencabar, iaitu dia diminta menyiapkan brosur kempen suku kedua galakan
baharu pengunjung ke resort itu.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 10


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________

• Ketika Waheeda sedang sibuk merangka program pelancongan dalam brosur


baharunya, tiba-tiba Halloway memanggilnya dan meminta dia mengikutnya
ke kafe.
• Kehadiran Waheeda dan Halloway disambut dengan sapaan mesra Zahid.
• Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Hotel Flamingo de La Rossa, Halloway
mengarahkan Waheeda menyiapkan brosur kempen suku kedua tahun ini dan
akan mewakili Flamingo dalam Pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa
yang akan diadakan di The Four Season Hotel.
• Waheeda dan Zahid bersembang untuk lebih mengenali antara satu dengan
yang lain sementelah kedua-duanya berasal dari Sarawak.

Bab 10: Menyusun Sepuluh Ela


• Zahid memberitahu bapanya, Datuk Yasser Arief untuk memperkenalkan
teman wanitanya yang bernama Waheeda.
• Di Restoren de La Rossa, Zahid memperkenalkan Waheeda kepada bapanya,
Datuk Yasser Arief.
• Waheeda dan Datuk Yasser Arief banyak bercerita mengenai perkembangan
industri pelancongan di Sarawak.
• Waheeda sibuk membuat persiapan bagi Pertandingan Ratu Pelancongan
Antarabangsa dengan memilih busana Gajoh Oleng yang berkonsepkan
pakaian tradisi Melayu Sarawak untuk dipakainya pada malam pertandingan
itu.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 11


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 12


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 11: Orang Rumah Sebelah
• Fatimah menceritakan kisah Waheeda yang telah berjumpa dengan kekasih
hatinya, iaitu anak lelaki kepada Datuk Yasser Arief kepada ibu Waheeda,
Raidah.
• Anati menceritakan pengalaman manisnya menemani Waheeda yang terlibat
dalam Pertandingan Ratu Pelancongan Antarabangsa di The Four Seasons
Hotel. Kenangan menjadi lebih manis apabila Waheeda dinobatkan sebagai
juara pertandingan pada malam itu.
• Waheeda menceritakan pengalaman dan kemenangannya menyertai
pertandingan itu kepada Bazilah dan kisah hubungan cintanya dengan Zahid.
• Raidah berasa pelik apabila diberitahu bahawa rombongan Datuk Yasser Arief
ingin merisik anak gadisnya pada hari Jumaat depan tanpa kehadiran anak
gadisnya itu.
• Raidah meminta kepastian jawapan daripada Waheeda berkaitan dengan
acara merisik itu sama ada dia bersetuju atau sebaliknya.
• Waheeda berasa malu kerana kisah peribadinya diceritakan secara terbuka
dan menyatakan persetujuannya terhadap acara merisik daripada keluarga
Datuk Yasser Arief.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 13


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 12: Bidadari dari Langit
• Waheeda berasa sakit kepada apabila mengenangkan tugasnya yang
bersambung-sambung dari siang ke malam semenjak dia bergelar ratu di
Flamingo.
• Zahid duduk termangu-mangu merenung telefon sambil menunggu panggilan
daripada Waheeda.
• Zahid menelefon Waheeda untuk memberitahu bahawa upacara merisik pihak
perempuan daripada pihak lelaki telah selesai dijalankan dan Waheeda keini
sebahagian miliknya.
• Zahid memujuk Waheeda agar memberikan notis berhenti kerja di Hotel
Flamingo de La Rossa tetapi Waheeda enggan berbuat demikian atas alasan
kontraknya yang masih terikat dengan pihak hotel tersebut. Waheeda
meminta Zahid agar jujur dan setia menunggunya.
• Waheeda berjanji kepada Zahid bahawa dia akan pulang ke Kuching untuk
upacara mereya atau majlis pertunangan mereka.
• Di Tajau Emas, keluarga Waheeda sibuk merangka persediaan majlis
pertunangan Waheeda dengan Zahid.
• Waheeda menghubungi Dr. Rushdi untuk memaklumkan bahawa tulang rawan
hidungnya dirasakan runtuh akibat demam selesema yang dialaminya.
• Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC dengan segera untuk rawatan
atau pembedahan segera pada bahagian hidungnya.
• Waheeda sangat berharap agar wajahnya pulih sebelum dia pulang ke Kuching
untuk majlis pertunangan rasminya dengan Zahid.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 14


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 13: Mati Hidup Semula
• Datuk Yasser Arief tersenyum semasa menelaah statistik kehadiran pelancong
dari Semenanjung, Singapura, dan negara ASEAN ke Sarawak yang
menunjukkan peningkatan.
• Datin Hazirah melihatkan kegelisahan pada tingkah laku anaknya, Zahid yang
memaklumkan kegagalannya menghubungi Waheeda.
• Datin Hazirah berasa geram dan panas hati mengenangkan sikap pihak
perempuan yang dikatakan tidak serius untuk upacara merisik antara Zahid
dengan Waheeda.
• Zahid bertekad untuk ke Singapura bagi mencari dan membuat kejutan kepada
Waheeda.
• Fadhil naik angin apabila Waheeda memaklumkan perihal dirinya yang tidak
akan pulang ke Kuching untuk upacara majlis pertunangannya dengan Zahid.
• Majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid dibatalkan dan digantikan
dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dengan Fatimah.
• Anati terpinga-pinga dan memberitahu Zahid bahawa Waheeda sedang
menerima rawatan di Silicon Medical Centre (SMC) di Jalan Orchard ketika
Zahid tiba-tiba mendaftar masuk ke Flamingo tanpa membuat tempahan lebih
awal.
• Dr. Rushdi sedang menguji deria bau Waheeda untuk melihat tindak balas
deria baunya selepas selesai menjalani pembedahan ketika Zahid tiba di SMC.
• Kedatangan Zahid secara mengejut itu menyebabkan Waheeda terkesima dan
berwajah pucat.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 15


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________

• Waheeda berasa lega kerana rahsia kewanitaannya itu tidak dapat dihidu oleh
Zahid.

Bab 14: Bagaikan Puteri


• Bazilah memberitahu Waheeda tentang penerimaan kad undangan
perkahwinan yang dikirimkan oleh Waheeda.
• Waheeda meminta Bazilah dan suaminya, Dr. Zahari datang ke majlis
perkahwinannya sambil berbulan madu di Kuching.
• Fadhil sibuk melayan tetamunya pada mjlis perkahwinan anak
perempuannya, Waheeda dengan Zahari yang diadakan di Tajau Emas.
• Datuk Yasser Arief menggunakan kereta Proton Perdana V6 untuk membawa
pengantin lelaki, iaitu Zahid ke rumah pengantin perempuan.
• Majlis perkahwinan antara Zahid dengan Waheeda dijalankan dengan penuh
adat dan budaya Melayu Sarawak. Majlisnya amat meriah serta gemilang.
• Upacara menyarungkan cincin perkahwinan daripada Zahid pada jari
Waheeda dan upacara makan nasi temuan mengahkhiri majlis perkahwinan
mereka.
• Majlis persandingan kali kedua bagi Waheeda dengan Zahid akan diadakan di
Seri Gading.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 16


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 15: Hidup Ranggi
• Zahid yang berada di serambi bilik tidur memandang kea rah bukit dan gunang,
iaitu Kampung Matang dan Kubah, Banjaran Matang, dan Gunung Serapi.
• Zahid terkenang akan kehidupan lampaunya yang penuh pesona semasa
berada di Amerika Syarikat.
• Zahid teringat akan peristiwanya bersama-sama dengan Waheeda ketikan
menghadiri kurus praperkahwinan yang dikendalikan oleh Ustaz Zulkarnain di
Dewan Majlis Islam Sarawak.
• Waheeda bersyukur dan berasa bahagian di samping suaminya, Zahid selepas
dua minggu bergelar pengantin baharu.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 17


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 16: Mimpi Lain-lain
• Zahid berbincang dengan isterinya, Waheeda berkaitan dengan
perkembangan dan potensi Chalet Tajau Emas dan Hotel Seri Gading dalam
industri pelancongan di Sarawak.
• Zahid tekun menelaah akaun hotelnya sepanjang pagi tersebut.
• Zahid teringat akan janji temunya dengan isteri untuk makan tengah hari di
Restoran Seri Gading. Setelah sekian lama dia menunggu, kelibat isterinya
tidak kelihatan.
• Zahid mencari dan menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan
penghuninya di Chalet Tajau Emas yang mewujudkan perasaan cemburu dan
salah sangka yang begitu mendalam terhadap kesetiaan Waheeda itu.
• Perniagaan dalam bidang kemudahan bilik penginapan semakin berkembang
sejak promosi perniagaan Datuk Yasser Arief dengan syarikat milik keluarga
Waheeda digabungjalinkan.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 18


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 17: Konflik
• Waheeda tidak bersetuju dengan idea bapa mentuanya, Datuk Yasser Arief
untuk menggabungkan Hotel Seri Gading dan Chalet Tajau Emas menjadi satu
syarikat perniagaan.
• Ibu Waheeda, Raidah menyarankannya agar berehat sahaja daripada
mengurus Chaler Tajau Emas memandangkan dia sedang hamil.
• Zahid mengatakan isterinya, Waheeda terlalu obsesi terhadap kerjanya.
• Zahid mula mempersoalkan tugas dan peranan isterinya, Waheeda sebagai
pengurus Chalet yang dikatakan mula mengabaikan dirinya sebagai suami.
• Dengan nada cemburu, Zahid juga mengungkit peristiwa dia berjumpa dengan
isterinya yang berada di bilik penginapan Dawood.
• Zahid memutuskan untuk tidak pulang bermalam di bilik tidurnya disebabkan
rasa marah dan cemburu butanya itu.
• Raidah menasihati Waheeda agar menjaga batas pergaulannya dengan para
pelanggannya, terutamanya pelanggan lelaki untuk mengelakkan Zahid
cemburu dan buruk sangka.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 19


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 18: Dilanda Nostalgia
• Waheeda terkenang akan nostalgianya bersama-sama dengan Zahid sewaktu
mereka mendaki Bukit Matang.
• Halloway dan Dr. Rushdi membuat kejutan dengan mengunjungi chalet
penginapan Waheeda di Matang dan kedatangan mereka mencetuskan rasa
cemburu suaminya.
• Waheeda leka berbual dengan Halloway dan Dr. Rushdi disebabkan mereka
sudah lama tidak bertemu sehingga sekali lagi mendatangkan rasa cemburu
kepada suaminya, Zahid.
• Malam itu berlaku lagi krisis rumah tangga antara Zahid dengan Waheeda
sehingga Zahid mengambil keputusan untuk tidak pulang ke bilik tidurnya.
• Dalam tempoh dua tahun perkahwinan antara Zahid dengan Waheeda, Raidah
dapat merasakan sikap menantunya, Zahid yang semakin menjauhkan diri
daripada isterinya, Waheeda dan seluruh ahli keluarga.
• Nasuha membuat kejutan dengan mengunjungi sahabat lamanya, Waheeda
dengan ditemani oleh seorang rakan wartawannya dari Bernama, Kuala
Lumpur.
• Waheeda dan Nasuha bertukar-tukar cerita mengenai pelbagai perkara
hinggalah isu rumah tangga Waheeda. Nasuha bersimpati terhadap nasib
Waheeda.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 20


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 19: Bagaikan Bongkah Batu
• Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan dan menerima rawatan di bilik
wad eksklusif, Hospital Pakar Normah.
• Waheeda dan Raidah berbual-bual tentang Zahid yang tidak muncul-muncul
untuk menjenguk anak perempuan yang baru dilahirkan oleh Waheeda.
• Ibu mentua Waheeda, Datin Hazirah dan Aniyah datang melawat Waheeda di
bilik wad esklusif dengan membawa sejambangan bunga dan sekeping kad
ucapan yang dikatakan ditulis oleh Zahid.
• Datin Hazirah memberikan alasan bahawa Zahid tidak dapat datang melawat
isterinya dan anak perempuannya kerana sibuk mengurus konvensyen
antarabangsa yang diadakan di hotelnya.
• Waheeda terkilah kerana kad ucapan yang diterimanya bukannya daripada
Zahid tetapi ditulis sendiri oleh ibu mentuanya.
• Waheeda meluahkan krisis rumah tangganya kepada ibunya, Raidah.
• Raidah memberikan nasihat kepada Waheeda agar bersabar dan sentiasa
berfikir secara positif atas ketentuan Allah.
• Waheeda mendapatkan sahabat lamanya, Nurjihan untuk menyerahkan
sampel rambutnya, rambut suaminya, dan rambut Izzati untuk ujian DNA.
• Zahid pulang ke rumah dan melihat bayi perempuannya, Izzati namun
mempertikaikan status anak kandungnya setelah meneliti ciri-ciri fizikal yang
terdapat pada bayi perempuannya itu.
• Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA yang
secara rasmi mengiktiraf bahawa sampel rambutnya dan rambut Zahid

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 21


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________

sama dengan rambut bayi perempuan mereka tetapi diepertikaikan oleh


suaminya.
• Zahid bertindak nekad dengan menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak
satu disebabkan faktor cemburu dan curiganya itu.
• Waheeda mengalami masalah kemurungan dan mengalami migrain meroyan
akibat tindakan suaminya yang amat dicintai itu.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 22


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 20: Ke Pusat Rawatan Islam
• Di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Lais telah berjumpa dengan
Waheeda secara tidak sengaja.
• Lais membawa pak ciknya, Pak Cik Abdul Aziz bagi menjalani rawatan strok di
situ.
• Lais menceritakan kepada Waheeda dan Ghazi tentang nasib malang yang
menimpa pak ciknya apabila menerima notis kebankrapan daripada pihak
bank disebabkan pengurus chaler bersama-sama dengan akauntannya telah
menyelewengkan pendapatan bulanan chaletnya itu.
• Dr. Qamariah memberikan sesi kaunseling kepada Waheeda.
• Di apartmen keluarga di Bukit Tiara, Ghazi berangan-angan untuk memiliki
Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron Highlands.
• Ghazi menghubungi Lais untuk mendapatkan kepastian tentang pak ciknya
ingin menjual Chalet Iwana-Iwani tersebut. Dia berjanji akan membawa
Waheeda bertemu dengan pak ciknya untuk membincangkan urusan jual beli
chalet itu.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 23


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 21: Sinar di Hujung Terowong
• Waheeda menyatakan keinginannya kepada ibunya untuk berehat seketika d
Semenanjung selepas selesai menjalani rawatannya di Pusrawi.
• Pak Cik Aziz menyatakan hasratnya untuk menjual Chalet Iwana-Iwani miliknya
kepada Waheeda dan Ghazi kerana dia sudah tidak berdaya untuk
mengusahakan chalet itu.
• Lais membawa Waheeda dan Ghazi ke Cameron Highlands untuk melihat
lokasi dan keadaan sebenar Chalet Iwana-Iwani itu.
• Waheeda dan Ghazi bersetuju untuk membeli chalet tersebut setelah melihat
keadaan chalet yang sebenar.
• Waheeda menukarkan nama Chalet Iwana-Iwani kepada Aya-Sajinah setelah
pengurusan chalet itu bertukar tangan.
• Selaku pengurus Bank Pembangunan Cawangan Sarawak, Haji Said
mengagumi kehebatan dan kegigihan Waheeda meluaskan empayar
perniagaannya dengan sanggup membuat pinjaman yang baharu.
• Waheeda tetap cekal membangunkan chalet itu walaupun berasa sedih kerana
terpaksa berjauhan dengan anak kesayangannya, Izzati yang bersekolah di
Sarawak.
• Waheeda bersyukur kerana anaknya, Izzati kini sudah membesar sebagai gadis
sunti yang bijak dan amat berdikari, serta boleh membantu Lias menyelia Cafe
Iwani dan Restoran Iwana.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 24


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 22: Bagaikan Air Gunung
• Waheeda meneliti kertas laporan DNA yang sudah agak kekuningan yang
berusia hampir 20 tahun.
• Izzati bersembang dengan ibunya, Waheeda mengenai kertas laporan DNA
yang sedang diteliti ibunya, gambar majlis konvokesyennya, dan kecantikan
rupa paras ibunya yang berbeza dengan wajah dirinya.
• Ibunya sering mengingatkannya bahawa kecantikan bukanlah perkara utama
yang meletakkan kehebatan seseorang tetapi bergantung pada sikap jati diri
dan kesungguhan dalam pelajaran.
• Waheeda mendapati Izzati merupakan teman kerjanya yang baik dan cekap
sementelah Izzati memiliki kelulusan dalam ijazah jurusan pelancongan yang
mempu menarik kunjungan pelancong untuk menginap di chalet mereka.
• Izzati memberikan salam sebaik-baik sahaja dua orang lelaki melangkah masuk
ke pintu utama Aya-Sajinah.
• Lias meneliti keterampilan dan sifat ramah Izzati yang dirasakan sama seperti
ibunnya, Waheeda.
• Salah seorang pengunjung lelaki melemparkan senyunmannya kepada Lais dan
Lais turut membalas senyumannya itu.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 25


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Bab 23: Sejuk-sejuk Tropika
• Di laman Cafe Iwani, Lais memerhatikan gelagat dan mencuri dengan
perbualan dua orang tetamunya itu.
• Zahid mengucapkan terima kasih kepada kawannya, Aiman yang
membawanya bercuti di situ sebelum dia pulang ke Kuching, Sarawak.
• Zahid mengisahkan memori silamnya semula tentang perkahwinannya dengan
Waheeda 20 tahun yang lalu. Dia masih menyalahkan kecurangan isterinya
yang menjadi punca kemusnahan rumah tangga mereka.
• Senja itu, Lais bercerita kepada Izzati tentang dua orang pelanggan lelakinya
yang berbual dengan nada suara yang kuat hingga dia boleh mendengar dan
mengetahui perihal perbualan mereka.
• Zahid dan Aiman memasuki Cafe Iwani dan mula bersembang tentang
berbagai-bagai perkara seperti perihal keanggunan pekerja di chalet itu, kisah
rumah tangganya, perihal keinsafan atas kesilapan masa lalunya, dan
kemalangan jalan raya yang dialaminya di Los Angeles hingga mendatangkan
kecacatan pada kakinya itu.
• Lais dapat mengesan bahawa pemuda yang bernama Zahid itu ialah bekas
suami majikannya, Waheeda.
• Hati Zahid berasa tenang apabila melihat senyuman Izzati hingga
menyebabkan Izzati menggelabah kerana ditenung sedemikian rupa.
• Izzati terkejuk apabila Zahid memberitahunya bahawa nama anak gadis yang
sebaya dengan dirinya ialah Izzati.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 26


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
• Waheeda bingung apabila anaknya, Izzati menanyakan jumlah gadis yang
dikenalinya yang bernama Izzati.

Bab 24: Kama Hati


• Di bilik penginapan, Zahid menyatakan kekesalannya terhadap sikapnya yang
enggan melihat laporan DNA yang dihulurkan oleh Waheeda pada 20 tahun
lepas.
• Zahid terkejut dan tangannya terketar-ketar memegang akhbar apabila
terpandang Waheeda dan anak gadisnya, Izzati semasa dia berada di Restoran
Iwana.
• Zahid menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati
merupakan anak kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati ialah insan yang
dicarinya selama ini.
• Waheeda terkejut lalu bergegas meninggalkan Cafe Iwani apabila dia
terpandang bekas suaminya, Zahid yang sedang berbual-bual dengan Lais dan
Izzati.
• Izzati memberitahu ibunya tentang penyesalan Zahid tetapi perkara itu sukar
diterima oleh Waheeda lantaran kekecewaan hatinya akibat tindakan kejam
Zahid itu.
• Zahid meluahkan penyesalan atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan
anak kandung mereka, Izzati.
• Lai scuba mententeramkan perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula
memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan bekas suaminya, Zahid.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 27


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
TEMA
Kegigihan seorang wanita dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan dalam
kehidupannya.

Waheeda cekal mengharungi liku-liku pahit dan mani dalam alam rumah tangganya bersama-
sama Zahid sehingga memperoleh seorang cahaya mata perempuan. Dia turut mengalami
masalah kemurungan akibat keretakan dalam rumahtangganya.

PLOT NOVEL TIRANI


PERMULAAN
Waheeda teringat peristiwa dia berlari dengan Nasuha setelah diejek oleh kawan-kawan
sekolah yang nakal. Mereka mengejek-ejek Waheeda yang berhidung pesek.

Keinginan Waheeda untuk mengubah wajahnya tidak pernah padam walaupun hasratnya
ditentang oleh ayahnya Fadhil dan ibunya Raidah.

Rezeki mereka di Tajau Emas semakin melimpah setelah waheeda membuat pinjaman
daripada tabung usahawan siswazah daripada Bank Pembangunan melalui Program Kemajuan
Luar Bandar Sarawak

PERKEMBANGAN
Pipi dan hidung Waheeda tercedera apabila diserang oleh seekor monyet putih menyebabkan
dia terpaksa dirawat.

Kesempatan ini digunakan oleh Waheeda untuk membuat pembedahan akibat kecederaannya
di samping mengubah klopak matanya yang kuyu dan bentuk hidungnya yang pesek.

Waheeda membuat temujanji denga Dr. Alma Chen di SMC untuk menetapkan tarikh
pembedahan. Seleps menjalani pembedahan selama 12 jam, wajah Waheeda telah berubah
dengan kelopak mata yang cantik berlapis dan hidung yang mancung.

Waheeda mendapat tawaran bekerja di Falmingo de La Rossa sebagai Pegawai Perhubungan


Awam. Waheeda berkenalan buat pertama kalinya dengan Zahid di Flamingo.

Dr. Rushdi meminta Waheeda datang ke SMC dengan segera untuk rawatan atau pembedahan
pada bahagian hidungnya. Waheeda berharap agar wajahnya pulih sebelum dia pulang ke
Kuching untuk majlis pertunangannya dengan Zahid. Majlis pertunangan antara Waheeda
dengan Zahid dibatalkan dan digantikan dengan dengan majlis pertunangan ringkas antara
Ghazi dengan Fatimah. Selepas itu majlis perkahwinan Waheeda dengan Zahid diadakan
WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 28
NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
dengan meriah dan penuh adat. Zahid mencari Waheeda selepas isterinya itu tidak muncul di
restoran untuk makan tengah hari. Zahid menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan
penghuninya di Chalet Tajau Emas yang mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka atas
kesetiaan Waheeda itu. Selepas Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad
eksklusif, Hospital Pakar Normah, Zahid tidak datang menjenguk bayinya. Waheeda meminta
dan merayu suaminya agar melihat hasil laporan DNA apabila suaminya Zahid
mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya.

KLIMAKS
Zahid bertindak nekad untuk menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu disebabkan
faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda mengalami masalah
kemurungan dan masalah migrain meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam itu kerana dia
terlalu mencintai suaminya itu.

PELERAIAN
Ghazi dan raidah menemani Waheeda untuk mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di
Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), KL. Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan chalet
Iwana-Iwani milik Pak Cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highlands dengan
menukarkan nama chalet itu kepada Aya-Sajinah. Zahid dan Aiman kebetulan menginap di
Chalet Aya-Sajinah, berehat di Cafe Iwani dan bersembang tentang pelbagai perkara
terutamanya perihal keinsafan atas kesilapan masa silam. Zahid menanis apabila memberitahu
dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda, Ibu Izzati
merupakan insan yang dicarinya selama ini. Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan
besarnya terhadap Waheeda dan anak kandung mereka, Izzati. Lais cuba mententeramkan
perasaan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan
kesalahan bapanya, Zahid.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 29


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________

Unsur-unsur Novel

NILAI 1

PERSOALAN

PENGAJARAN

LATAR
MASYARAKAT
WATAK

BUKTI * Waheeda tabah menempuh dugaan dan masalah yang berlaku dalam
dirinya, kerjayanya, dan rumah tangganya yang dibina bersama-sama
dengan Zahid.
* Sebagai seorang ibu tunggal, Waheeda tabah mendidik dan
membesarkan anak perempuannya, Izzati setelah diceraikan oleh
suaminya, Zahid.
NILAI 2

PERSOALAN

PENGAJARAN

LATAR
MASYARAKAT
WATAK

BUKTI * Waheeda memikul tugasnya sebagai Pegawai Perhubungan Awam di


Hotel Flamingo de La Rossa dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 30


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________

NILAI 3

PERSOALAN

PENGAJARAN

LATAR
MASYARAKAT
WATAK

BUKTI * Waheeda bijak mengurus masa dengan baik dan berkualiti, iaitu masa
untuk mengurus kerja-kerja di Chalet Tajau Emas dan masa untuk
bersama-sama dengan ahli keluarganya, terutama Izzati.
NILAI 4

PERSOALAN

PENGAJARAN

LATAR
MASYARAKAT
WATAK

BUKTI * Waheeda sabar menangani kata-kata fitnah dan tuduhan tidak


berasas daripada suaminya, Zahid.
* Dia menuduh Waheeda bahawa Waheeda mengadakan hubungan sulit
dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesara Waheeda
terhadap pelanggan.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 31


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
NILAI 5

PERSOALAN

PENGAJARAN

LATAR
MASYARAKAT
WATAK

BUKTI * Zahid mengakui kesilapannya dan menangis teresak-esak kerana


menyesal atas perbuatan lampaunya.
* Dia menyesal atas keputusan menceraikan isterinya, Waheeda dan
mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya yang sah.
NILAI 6

PERSOALAN

PENGAJARAN

LATAR
MASYARAKAT
WATAK

BUKTI * Zahid berdikari ketika menetap di Amerika Syarikat dengan bekerja


sebagai peguam dan pulang ke Malaysia setelah diskriminasi kaum
terhadap orang Asia semakin menjadi-jadi.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 32


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
NILAI 7

PERSOALAN

PENGAJARAN

LATAR
MASYARAKAT
WATAK

BUKTI * Raidah akur akan arahan suaminya supaya menasihati Waheeda agar
tidak meneruskan niatnya untuk melakukan penbedahan mata dan
hidungnya jika sekadar untuk kelihatan cantik.
NILAI 8

PERSOALAN

PENGAJARAN

LATAR
MASYARAKAT
WATAK

BUKTI * Raidah bersimpati dengan nasib malang Waheeda yang mengalami


krisis rumah tangga dengan Zahid.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 33


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________

NILAI 9

PERSOALAN

PENGAJARAN

LATAR
MASYARAKAT
WATAK

BUKTI * Bazilah membenarkan Waheeda menetap di rumahnya di Yishun


Street sepanjang tempoh Waheeda menjalani rawatan pembedahan mata
dan hidungnya di Silicon Medical Centre, SIngapura.
NILAI 10

PERSOALAN

PENGAJARAN

LATAR
MASYARAKAT
WATAK

BUKTI * Bazilah amat gemar dan rajin membaca bahan-bahan bacaan sehingga
digelar sebagai ulat buku oleh Waheeda.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 34


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
LATAR TEMPAT

1. Silicon Medical Centre (SMC) di Singapura – tempat Waheeda menjalani pembedahan


mata dan hidungnya yang dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh dan Dr. Averroes atau
Dr. Rushdi.

2. Chalet Tajau Emas – tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung
akibat digigit dan dicakar oleh monyet Belanda.

3. Chalet Iwana-Iwani, Cameron Highlands – tempat Lais membawa Waheeda dan Ghazi
melihat secara lebih dekat lokasi dan premis Iwana-Iwani sebelum mereka bersetuju untuk
membeli chalet tersebut.

Latar masa
1. Waktu Siang. Contohnya, peristiwa Waheeda yang dikejarkan ke hospital oleh Fadhil dan
Raidah akibat kecederaan pada muka dan hidungnya kerana digigit dan dicakar oleh
monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba ke bilik pejabat kecil mereka di tepi
anjung hadapan berlaku pada waktu siang.

2. Waktu pagi. Contohnys, peristiwa Fatimah yang mengeja sambil membetulkan sebutan
Kamri yang silap menyebut ejaan “coconut” dengan dipanggilnya “konat-konat” berlaku pada
waktu pagi.

3. Waktu malam. Contohnya, peristiwa Fadhil yang teringat akan tindakannya


menyanggah hasrat anak gadisnya, Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada
hidungnya yang pesek sewaktu dia berjalan melintasi bilik tidur anaknya itu.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 35


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
Novel Tirani : TEKNIK PLOT + HURAIAN DAN CONTOH

IMBAS KEMBALI – Ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian


yang telah berlaku atau yang telah dialami

1. Waheeda teringat akan kain sarung birunya terbelah sehingga paras peha seperti busana
cheongsam kerana mengejar rakan-rakan sekolahnya yang selalu mengejeknya berhidung
pesek.

2. Waheeda terkenang kata-kata semangat ayahnya yang semasa dia dan Ghazi berada
dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo mewah Pak Cik Aziz. Ayahnya
mengatakan bahawainsan tanpa kejayaan umpama mati sebelum ajal.

IMBAS MUKA – Teknik atau cara mengarang memberikan bayangan awal atau
ramalan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku kesan daripada aksi-aksi watak
dalam cerita berkenaan.

1. Bazilah berasa gerun semasa membayangkan keadaan meja bedah dan alat perkakasan
yang lazim digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan sewaktu mendengar penerangan
tentang prosedur pembedahan dari Dr Zahari.

2. Semasa menantikan kedatangan doktor untuk menjalankan pembedahan ke atas Waheeda,


dia membayangkan keadaan dirinya disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan
itu nanti.

3. Waheeda membayangkan suasana mesra yang berlaku sesama kakitangan di Chalet Tajau
Emas yang sedang belajar menganyam kelonsong ketupat lepas daripada ibunya, Raidah
ketika dia membaca kiriman e-mel yang dihantar oleh sepupunya, Fatimah.

SASPENS– peristiwa dalam novel yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya


atau perasaan ingin tahu daalm kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan
berlaku selanjutnya.

1. Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau
Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja
lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Monyet itu telah
menyerang dan mengigit muka Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada
Waheeda. Akhirnya Waheeda di bawa Hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr Zakaria telah
menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda.

2. Peristiwa tulang rawan hidung Waheeda dirasakan runtuh akibat demam selesema, walhal
tarikh pertunangan Waheeda dan Zahid hampir tiba. Pembaca tertanya-tanya,
adakah sempat hidung Waheeda pulih sebelum pertunangannya? Akhirnya majlis
WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 36
NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
pertunangan Zahid dan Waheeda terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan majlis
pertunangan Ghazi dan Fatimah.

3. Peristiwa Zahid menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di


Chalet Tajau Emas mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka Zahid. Pembaca
tertanya-tanya, adakah rumah tangga Zahid dan Waheeda bertahan atau tidak disebabkan
perasaan cemburu buta Zahid. Akhirnya, rumah tangga mereka tidak bertahan, Zahid
menceraikan Waheeda dengan talak satu.

4. Peristiwa ketika keputusan DNA anak Waheeda dikeluarkan. Pembaca tertanya-tanya,


adakah Izzati anak kepada Zahid atau tidak ? Akhirnya keputusan itu mengesahkan bahawa
Izzati ialah anak kandung Zahid.

5. Peristiwa Zahid pertama kali Zahid melihat anak mereka Izaati. Pembaca tertanya-tanya,
apakah penerimaan Zahid terhadap anak itu. Akhirnya Zahid tidak dapat menerima hakikat
Izzati adalah anak kandung memandangkan anak itu tidak mempunya ciri-ciri persamaan
dengannya.

KEJUTAN – Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba


tanpa di duga oleh pembaca / watak.

1. Peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca tidak


menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup mencederakan
orang-orang yang berada di situ, iaitu Waheeda.

2. Peristiwa Waheeda akan menjalankan pembedahan di Singapura. Pembaca terkejut ibu


Waheeda , datang ke Singapura dan sudah berada di hadapan rumah Waheeda, sedangkan
pada awal cerita ibu Waheeda tidak bersetuju dengan hasrat Waheeda itu.

3. Peristiwa Izzati dan Zahid bertanyakan nama ibu Izzati. Izzati menyatakan ibunya bernama
Waheeda Nurliyana. Zahid berasa terkejut bahawa di hadapannya ialah anak kandungnya
yang sekian lama ingin ditemunya.

4. Peristiwa Waheeda menunjukkan keputusan DNA kepada Zahid. Pembaca terkejut dengan
tindakan Zahid mempertikaikan keputusan DNA yang ditunjukkan oleh Waheeda. Zahid
telahmenuduh Waheedabersubahat dengan pakar DNA.

5. Peristiwa Waheeda sangat sedih kehilangan suami. Pembaca terkejut kerana tidak
menyangka waheeda mengalami tekanan perasaan sehingga meracau dan bercakap yang
bukan-bukan.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 37


NOVEL BAHASA MELAYU TINGKATAN 5
HAK CIPTA WEBEST EDUCATION TARIKH:__________
MONOLOG / MONOLOG DALAMAN – kata hati atau pengucapan batin sesuatu
watak, sama ada ditujukan kepada orang lain atau dirinya sendiri.

1. Waheeda bermonolog ketika teruja dan seronok untuk melakukan pembedahan plastik
pada wajahnya. Waheeda berbisik dalam hati bahawa kalau boleh hendak menjalani
pembedahan plastik sekarang juga.

2. Waheeda bermonolog untuk memujuk nafsunya bahawa pemergiannya ke Singapura


adalah untuk melakukan pembedahan pada wajahnya dan bukannya untuk membeli- belah.

3. Waheeda bermonolog dengan memperli perwatakan Zahid yang dilihatnya amat berbeza
pada waktu itu dan hari semalamnya. Dalam fikirannya semalam Zahid seperti robot, tetapi
hari ini bukan main ligat macam gasing.

WEBEST EDUCATION COPYRIGHT 38

Anda mungkin juga menyukai