Anda di halaman 1dari 2

Kalaivani A/P Rajan,

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,

Jalan Behor Pulai,

01000 Kangar,

Perlis.

Ketua Unit Penguatkuasaan Perjanjian Disiplin dan Tatatertib,

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis,

Jalan Behor Pulai,

01000 Kangar,

Perlis. 8 Januari 2019.

Tuan,

SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK MELETAKKAN KAD KESELAMATAN DI PONDOK PENGAWAL


SEMASA CUTI

Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Saya Kalaivani A/P Rajan tidak meletakkan kad keselamatan di pondok pengawal semasa cuti iaitu
bermula 23 November hingga 31 Disember 2018.

3. Untuk pengetahuan tuan, pada malam sebelumnya 22 November 2018 saya telah mengemas segala
barang keperluan saya di asrama dan telah menyimpannya di stor asrama IPG Kampus Perlis. Akibat
daripada kecuaian saya, kad keselamatan saya turut disimpan bersama-sama dengan barang-barang
yang telah dikemaskan. Apabila saya telah sampai ke pondok pengawal, saya sedar bahawa kad
keselamatan tersebut tidak ada bersama saya.

4. Dengan itu , saya memohon maaf atas kesalahan saya yang tidak meletakkan kad keselamatan di
pondok pengawal semasa cuti. Saya berjanji tidak akan mengulangi perkara ini. Segala perhatian dan
kerjasama tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

____________________

(KALAIVANI A/P RAJAN)

Anda mungkin juga menyukai