Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN USJ 8

PERSIARAN KEWAJIPAN , UEP SUBANG JAYA,


47610 SUBANG JAYA, SELANGOR

LAPORAN
MESYUARAT/SEMINAR/ BENGKEL DAN LAIN-LAIN

A. Butiran Laporan

1. Tajuk Minit Curai

2. Mesyuarat/Seminar/Bengkel Kursus Orentasi DSKP Ting 4 dan 5 KSSM 2019

3. Pengerusi En . Fathnul Munir Bin Muhammad Saman


4. Tarikh 3/7/2019-4/7/2019

5. Masa 8.00 – 5.00 petang

6. Tempat SMK TAMAN DESAMINIUM


7. Anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana
8. Nama Pegawai Pelapor Puan Mashithoh Binti Rosli

9. Pegawai Lain yang Hadir 1. Pn Noor Azuhana Binti Azaharudin - Penceramah


2. En Mohd Faiszie Bin Jamil - Penceramah

B. Perkara yang Dibincangkan

Bil. Perkara
1 Perutusan Pengerusi

2 Penerangan oleh Pn Noor Azuhana tentang isi kandungan DSKP tingkatan 4 dan 5.

- KSSM digubal bagi memenuhi keperluan dasar baharu di bawah Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
- KSSM Fizik bermatlamat .untuk menghasilkan murid berliterasi sains dengan
memberi pengalaman peembelajaran pembelajaran dalam proses memahami
konsep kimia, membangunkan kemahiran,menggunakan pelbagai strategi dan
mengaplikasikan pengetahuan kimia berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni
serta memahami kesan perkembangan sains dan teknologi dalam masyarakat.
- Kurikulum standardFizik Menengah Atas digubal untuk melengkapkan murid
dengan perubahan yang seiring dengan perubahan global untuk bersaing
dengan Negara-negara lain.
- Satu hasrat KSSM Fizik mengukuhkan minat dan kecenderungan terhadap
bidang Kimia, menantapkan dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran, sikap
saintifik dan nilai murni dalam Kimia melalui penyiasatan saintifik.
- Meningkatkan keupayaan untuk berfikir secara logik, rasional, kritis dan kreatif
melalui proses pemahaman dan pengaplikasian fizik dalam membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah.

1
Bil. Perkara
- KSSM dibina berasaskan enam tunjang iaitu, Komunikasi, Kerohanian , Sikap
dan Nilai, Kemanusiaan, Ketrampilan Diri, Perkembangan Kimiaal dan Estetika
serta Sains dan Teknologi.

- Standard Prestasi KSSM Fizik dilaksanakan ke atas tiga domain utama iaitu
pengetahuan, kemahiran dan nilai.Pentaksiran bagi penguasaan kemahiran
bersaintifik boleh dijalankan secara berterusan, berkala atau berkelompok
sepanjang tahun.Oleh itu penting bagi guru menggunakkan pertimbangan
professional dlam menentukan tahap penguasaan murid.

- Standard Prestasi adalah berdasarkan enam tahap iaitu


a) Tahap 1 – sangat terhad
b) Tahap 2 – terhad
c) Tahap 3 – memuaskan
d) Tahap 4 – baik
e) Tahap 5 – sangat baik
f) Tahap 6 – cemerlang

3. Penerangan tajuk Pentaksiran Bilik Darjah oleh En Mohd Faiszie

- Dengan merujuk kerangka PBS, Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri


daripada komponen akademik dan bukan akademik, Di bawah komponen
akademik terdiri daripada pentaksiran pusat dan pentaksiran sekolah. Komponen
bukan akademik pula terdiri daripada PAJSK dan psikometrik.

- Pentaksiran sekolah kini dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

- Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam


sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang
perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.

- Melalui PBD guru dapat:

i. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran.


ii. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
iii. Merancang dan mengubah suai kaedah pengajarannya.
iv. Mengetahui keberkesanan pengajarannya
v. Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.

- Pelaksanaan PBD melibatkan proses pdp dengan pelbagai aktiviti pembelajaran,


instrumen pentaksiran yang digunakan dan menentukan tahap penguasaan.
- Langkah pelaksanaan pdp dan pbd :
i. Merancang pdp dan pentaksiran
ii. Melaksanakan pdp dan pentaksiran
iii. Merekod dan menganalisis
iv. Melapor tahap penguasaan

- Pertimbangan professional pula meliputi


i. Asas kepada pertimbangan professional
ii. Keperluan utama kepada pertimbangan professional

2
Bil. Perkara
iii. Perkara penting yang perlu guru ada semasa membuat pertimbangan
professional
iv. Perkara lain yang perlu diambil kira dalam melaksanakan pertimbangan
professional

- Antara perkara penting berkaitan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah


i. Melaporkan dalam bentuk tahap penguasaan (TP)
ii. Merujuk standard prestasi (DSKP)
iii. Merujuk hasil kerja dan penguasaan murid
iv. Menggunakan pertimbangan profesional guru
v. Menggunakan templat Excel (luar talian)
vi. Membuat pelaporan dua kali setahun

- Setiap guru perlu mencatat PBD dalam RPH

- Perlu ada borang rekod PBD sebelum merekod dalam templat Excel (luar talian)

- Perbezaan antara pentaksiran pusat dengan pentaksiran bilik darjah:


Pentaksiran Pusat direkodkan dengan gred (ABCD) manakala PBD direkodkan
dengan TP (Tahap penguasaan)

- Pembinaan Rancangan Pelajaran Harian perlulah menggunakan kaedah yang


sesuai dan bertepatan dengan DSKP tingkatan 4 dan 5.

4. Aktiviti berkumpulan
i. Membina RPH berdasarkan DSKP tingkatan 4 dan 5
ii. Pembentangan kumpulan
iii. Sesi soal jawab

C Tindakan yang perlu diambil : Mengadakan LADAP kepada semua guru Kimia

D. Tarikh mesyuarat yang akan datang:

E. Tandatangan Pegawai Pelapor:

...........................................
( MASHITHOH BINTI ROSLI)

Disahkan Oleh:

..........................................................
(PN NORHIYA SURIYA BINTI KASSIM)

F. Tarikh laporan disediakan: 6 Julai


2019

3
4

Anda mungkin juga menyukai