Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN

Pada masa kini dilihatkan terdapat banyak pokok-pokok yang ditanam di


sekitar kawasan tidak kira di kawasan rumah atau pun di mana sahaja. Pokok-pokok
ini ditanam adalah bertujuan untuk menceriakan atau mencantikkan sesetengah
kawasan tersebut. Selain itu, kehijauan yang ada pada pokok pula secara semula jadi
menyejukkan mata memandang dan meredakan ketegangan penglihatan. Justeru itu,
kerja-kerja penyelenggaraan atau memotong dahan pada pokok-pokok ini haruslah
sentiasa dilakukan agar sentiasa nampak kemas dan bersih. Selain itu, pokok – pokok
ini berfungsi sebagai mengimbangi suhu dan iklim sesuatu tempat, menapis haba,
menyumbangkan oksigen secara semua jadi dan menyerap gas pencemar seperti
karbon dioksida melalui proses fotosintesis, penampan angina yang kuat terutama
dikawasan lebuh raya dan dapat mengawal kehakisan tanah. Aktiviti penyelanggaraan
pada pokok – pokok ini seperti pembajaan, pemangkasan dan kawalan penyakit serta
serangga perosak, perlu dilakukan lebih kurang seminggu sekali, berkala dan
sistematik bagi memastikan pokok yang ditanam terus berada dalam keadaan subur,
menarik dan tahan lama.

1.1 PENYATAAN MASALAH

Namun, permasalahan yang timbul adalah apabila pokok-pokok ini mula


membesar dan meninggi. Dahan-dahan pada pokok sukar untuk dipotong kerana
kedudukannya yang tinggi dan ketiadaan alat untuk memotong dahan-dahan tersebut
dan menyukarkan pekebun untuk memanjat menggunakan tangga kerana pokok yang
sangat tinggi. Walaupun mampu memanjat menggunakan tangga, pemotongan dahan
mungkin mengambil masa yang sangat lama, kerana apabila pekebun selesai
memotong dahan dan ingin ke dahan yang seterusnya mereka terpaksa turun dahulu,
memindahkan tangga ke bahagian seterusnya dan barulah boleh memotong dahan
yang baru. Memanjat pokok untuk mencantas dahan agak merbahaya kerana risiko
dari jatuh kebawah dan risiko dahan yang patah sangat tinggi

1.2 OBJEKTIF

 Membantu dan memudahkan pekebun memotong dahan yang tinggi.


 Mengurangkan masa pekebun untuk memotong dahan.
 Mesra alam.
2.0 KAJIAN LITERATURE

2.1 Gunting pangkas

Gunting pangkas adalah sepasang gunting khas memangkas dahan-dahan


tanaman pokok. Gunting ini berbeza dengan gunting kain ataupun gunting siang ikan
di dapur. Gunting ini digunakan khas hanya memotong ranting dan dahan. Gunting ini
mempunyai dua jenis iaitu Gunting Pangkas Anvil dan Gunting Pangkas Pintas.
Gunting Pangkas Anvil mengandungi satu bilah pisau dan satu lagi rata di bawah.
Manakala Gunting Pangkas Pintas menggunakan kedua-dua bilah untuk memintas
antara satu sama lain. Diperbuat dari bahan yang tidak berat dan mudah dibawa
kemana mana sahaja. Proses pemangkasan ini bertujuan untuk mengekalkan dahan
– dahan yang aktif serta memberi laluan kepada dahan – dahan tersebut untuk
menerima nutrient yang cukup. Gunting pangkas ini hanya mampu memotong dahan
yang kecil sahaja kerana ruang kedua – dua bilah ini kecil. Menggunakkan gunting
pangkas ini tidak merosakkan kulit pokok dan dapat bentuk potongan yang licin dan
tidak mencederakan tanaman. Ada sesetangah dahan yang perlu dipotong dengan
cara meyerong bagi memudahkan potongan dan tidak berlaku takungan air yang akan
menyebabkan serangan kulat.
2.2 Gergaji cantas

Gergaji cantas pula merupakan alatan gergaji untuk mencatas yang sesuai
digunakan untuk dahan yang lebih keras dan dahan bersaiz besar sama ada dahan
tersebut rendah atau tinggi. Gergaji cantasan biasanya diperbuat dari besi yang
sangat berkualiti untuk memastikan mata pisau sentiasa tajam, tahan lama dan tidak
mudah tersepit apabila digunakan. Mata gergaji mempunyai berbagai bentuk sama
ada tajam sebelah atau tajam deu belah. Mata gergaji makan sebelah bertindak
dengan memotong apabila gergaji ditolak atau ditarik sahaja. Manakala mata makan
dua belah akan memotong semasa gergaji ditolak dan dtarik. Terdapat juga gergaji
cantas yang boleh dilipat untuk memudahkan cara penyimpanan dan keselamatan
pengguna.
2.3 Pisau dan parang

Alatan pisau atau parang merupakan alatan tradisional untuk membuat


cantasan. Alat ini yang sering dibawa oleh petani tradisional dikebun untuk mencantas
dahan dengan memotong terhadap dahan – dahan yang hendak dibuang Walaupun
cara ini amat mudah namun berkemungkinan akan merosakkan kulit pokok sekiranya
tidak mahir memotong. Menggunakan bahan yang ringan. Malah sekiranya tumpul,
pisau atau parang ini bole diasah menggunakan batu asah. Kebiasaannya pekebun
atau petani lebih menggunakan parang untuk mencantas atau memotong.
3.0 ANALISIS

KRITERIA PEMBERAT LAKARAN LAKARAN LAKARAN LAKARAN


1 2 3 4
(%)
Keselamatan 30 3 2 3 6

M×Pemberat 90 60 90 180
Mesra 20 4 5 3 7
pengguna

M×Pemberat 80 100 60 140


Mudah alih 20 4 4 3 8

M×Pemberat 80 80 60 160
Ketahanan 10 5 5 4 5

M×Pemberat 50 50 40 50
Kos 20 5 4 2 6

M×Pemberat 100 80 40 120


JUMLAH 100 400 370 290 650

 Excellent 9-10
 Good 7-8
 Fair 5-6
 Poor 3-4
 Unsatisfactory 0-2
5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan. kajian dari kumpulan kami terdapat masalah


untuk memotong dahan pokok oleh pekebun kerana kos untuk mendapatkan mesin
yang besar begitu tinggi. Hal ini kerana, mesin tersebut di bawa masuk dari luar
negara. Oleh itu, kumpulan kami telah bercadang untuk membuat satu alat yang
mampu memotong dahan dengan kos yang rendah dan mampu dimiliki oleh pekebun
sekaligus mampu untuk memudahkan mereka memotong dahan pokok yang diberi
nama ‘Smart cutter’.

6.0 RUJUKAN

BUKU

 Mechanical Engineering Design (3𝑟𝑑 Edition) , M. Hamdi Bin Khosran (2018).

INTERNET

 http://animhosnan.blogspot.com/2010/11/alat-cantasan.html
 http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/sains/istimewanya-pokok-di-dalam-
bandar-1.383401
 https://www.google.com/search?q=gunting+pokok&client=firefox-b-
d&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=UK5ks8Kgj494MM%253A%252CqcM5QkGMg-
 https://www.lazada.co.id/beli-peralatan-kebun/
 http://animhosnan.blogspot.com/2010/11/alat-cantasan.html

Anda mungkin juga menyukai