Anda di halaman 1dari 5

Mendaftar perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Sudah menjadi kewajipan setiap individu yang menjalankan perniagan untuk mendaftar perniagaan
dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Buat para pelajar, kerajaan turut memberikan diskaun
khas untuk mendaftar perniagaan bagi menggalakkan para pelajar berniaga dengan yuran pendaftaran
serendah RM10.60 sahaja.

Mulakan bisnes dengan modal sendiri

Sekiranya ada modal kecil, buat bisnes kecil. Kata Mark Cuban, pemilik Dallas Maverick, hanya “moron”
memulakan bisnes dengan hutang. Dalam bisnes banyak ketidakpastian, cuma satu saja yang pasti,
apabila berhutang, kena bayar.

2. Cuba dulu sedikit-sedikit

Sebelum anda membelanjakan RM30,000 untuk buat produk OEM, jual dulu produk itu kecil-kecilan.
Contoh, buat sambal yang sedap itu di rumah dan jual secara kecil-kecilan. Apabila dapat pesanan yang
banyak, barulah keluarkan besar-besaran melalui OEM. Sekiranya anda nak jual gunakan food truck,
mulakan dengan jual (contoh: nasi lemak, burger atau apa saja) kecil-kecilan. Apabila ada permintaan
banyak, barulah pindah kepada food truck.

3. Usah sewa pejabat pada peringkat permulaan

Apabila anda sewa pejabat, duit anda “sangkut” kepada pejabat. Anda kena bayar sewa dan utiliti.
Gunakan “virtual office” sama ada yang disediakan oleh agensi kerajaan atau swasta. Yuran yang
dikenakan cukup rendah, bermula RM100 sebulan.

4. Simpan rekod kewangan bisnes dengan baik

Anda mungkin tidak membuat pinjaman sekarang, namun rekod kewangan yang baik akan
memudahkan anda membuat pinjaman dari bank atau agensi kerajaan apabila anda ingin membesarkan
perniagaan kelak. Pastikan juga rekod kewangan peribadi baik dan tidak ada hutang tertunggak,
termasuklah dengan PTPTN atau kad kredit. Untuk memudahkan anda membuat pinjaman pada masa
depan, rekod kewangan bisnes DAN rekod kewangan peribadi hendaklah bersih.

5. Buat bisnes sewaktu masih bekerja

Sekiranya anda sedang bekerja, usah berhenti kerja untuk memulakan bisnes. Cuma pastikan anda tidak
menggunakan masa bekerja untuk buat bisnes atau berlaku “conflict of interest.” Contoh bisnes yang
boleh dilakukan sambil bekerja ialah perniagaan online. Apabila anda mendapati bisnes sudah berjalan
dengan baik dan memberikan sejumlah pendapatan yang mencukupi, barulah berhenti kerja.
6. Berniaga sambil belajar

Bagus untuk belajar pelbagai aspek keusahawanan. Namun, usah tunggu semua lengkap, baru nak mula
bisnes. Mulakan sekarang. Sambil berniaga, sambil belajar. Anda akan lebih faham apa yang anda buat.

7. Belajar dari semua, pilih yang sesuai

Ramai orang buat kursus keusahawanan dan berikan nasihat. Dengar kesemuanya. Bagaimanapun,
saring dan pilihlah yang sesuai. Manfaatkan pengalaman dan ilmu mereka. Namun, anda perlu tahu
bahawa keputusan yang betul untuk orang lain belum tentu baik untuk anda. Mana-mana nasihat yang
baik, ambil. Sekiranya tidak, bakulsampahkan.

8. Jangan mengungkit

Bisnes adalah satu pengalaman yang berterusan. Sekiranya ada perkara yang mengecewakan anda,
biarkan ia di situ. Usah diungkit berkali-kali. Buka buku baru. Berjalan terus.

9. Jangan berhenti mencuba

Ramai orang mencuba berniaga dan bisnes tak menjadi pada percubaan pertama. Itu lumrah. Usah
kecewa. Anda tidak gagal kerana bisnes tak menjadi. Cuba lagi. Cuba lagi. Anda gagal tatkala anda
berhenti mencuba bisnes baru.

10. Usah minta “bantuan”

Sebagai usahawan, anda memilih untuk berusaha sendiri. Usah rendahkan martabat anda dengan
meminta-minta bantuan. Sekiranya anda perlukan khidmat agensi kerajaan, gunakan perkataan
“facilitate.” Contoh, “Boleh tuan facilitate keperluan saya untuk mendapatkan modal tambahan?
Gunakan ayat yang mencerminkan minda keusahawanan, bukan fikiran subsidi!

1. Bermotivasi tinggi

Tiada tindakan tanpa motivasi. Pastikan anda tahu tujuan anda memulakan perniagaan anda, dan bina
visi serta misi untuk mencapainya.
2. Minat

Bila anda memulakan perniagaan, minat anda membantu di dalam memupuk idea permulaan. Petuanya
ialah untuk mengimbangi antara minat dan kesukaan orang ramai bagi memastikan yang produk boleh
jual sentiasa mendapat permintaan ramai.

3. Sokongan & Bantuan Keluarga

Walaupun anda mungkin tidak terfikir tentang faktor ini, sokongan keluarga adalah sangat penting di
peringkat perancangan. Bukan sahaja ia menjadi tunggak emosi dan minda, bahkan keluarga biasanya
menjadi pilihan pertama yang meminjamkan dana bagi memulakan perniagaan. Komunikasi jujur dan
telus adalah penting bagi memastikan hubungan kekeluargaan di dalam keadaan yang baik.

4. Kesihatan Fizikal Yang Baik

Bermula daripada merancang, akaun hinggalah ke pemasaran – mengendalikan perniagaan tak semudah
yang disangka. Anda perlu sihat dari segi fizikal dan minda bagi melalui jadual padat selaku seorang
usahawan; apatah lagi jika anda melakukannya sendiri atau dengan rakan niaga.

5. Semangat Keusahawanan

Seorang usahawan seharusnya sentiasa memberikan daya usaha dan dedikasi berterusan untuk melalui
apa sahaja halangan, jadi dia boleh melalui fasa awal permulaan perniagaan. Di samping itu, dia juga
perlu sentiasa melakukan penyelidikan untuk mendapatkan pengetahuan kukuh tentang aliran dan
corak terkini di lapangan khusus yang boleh diaplikasi. Berbekalkan maklumat lengkap ini, dia boleh
membuat keputusan untuk melaburkan beberapa jumlah wang ke dalam perniagaan, dan memulakan
perniagaan dari sini. Adalah memadai untuk bermula secara kecil-kecilan, yang penting anda
mempunyai dana yang mencukupi untuk meneruskan perniagaan, sekurang-kurangnya pada tahun
pertama perniagaan.

Elemen yang perlu dalam rancangan kewangan:

1.Kos Perniagaan / Kos Perlaksanaan Projek

2.Struktur Pembiayaan

3.Tujuan Pembiayaan

4.Penyediaan Unjuran Penyata-penyata Kewangan


5.Kegunaan Unjuran Penyata-penyata Kewangan

6.Penyata Perdagangan

7.Penyata Pendapatan / Untung Rugi : Hasil dan Perbelanjaan

8.Kunci Kira-kira: Aset, Liabiliti, dan ekuiti Pemilik

9.Penyata Aliran Tunai: Perolehan dan Penggunaan Wang Tunai

10.Analisis Prestasi Kewangan

ELEMEN-ELEMEN DALAM DEFINISI PERNIAGAAN

i. Aktiviti Jual Beli

Aktiviti jual beli berlaku di mana perniagaan bermula dengan membeli sesuatu barangan untuk dijual
kepada pembeli bagi tujuan mendapat keuntungan. Seseorang peniaga memulakan perniagaannya
dengan menyediakan produk/perkhidmatan untuk dijual.

ii. Barang Niaga Dan Perkhidmatan

Barang Niaga

Produk fizikal yang boleh disentuh, dipegang dapat dilihat dan boleh dinikmati.Dihasilkan bagi bertujuan
untuk dijual kepada pelanggan bagi memenuhi keperluan dan kehendak serta citarasa pelanggan;
contohnya pakaian, makanan, minuman.

Perkhidmatan

Sesuatu produk yang tidak boleh dilihat atau disentuh secara fizikal tetapi boleh dirasai bila
menggunakannya. Perkhidmatan menawarkan faedah dan kemudahan kepada pelanggan seperti
perkhidmatan hospital, salun kecantikan dan sebagainya.

iii. Keperluan Dan Kehendak


KEPERLUAN adalah sesuatu yang mesti dipenuhi oleh setiap manusia untuk terus hidup. Ia wujud
secara semulajadi. Ia termasuk keperluan asas fizikal seperti makanan, pakaian, tempat tinggal,
keselamatan dan kasih sayang. Keperluan ini bukan dicipta oleh pemasar tetapi merupakan perkara asas
hasil dari kejadian manusia.

KEHENDAK adalah sesuatu perkara yang menjadikan hidup manusia lebih selesa. Kehendak manusia
tidak terhad dan ia dipengaruhi oleh budaya, taraf hidup dan personaliti individu. Seseorang yang lapar
mungkin inginkan sepinggan nasi tetapi seseorang yang lain mungkin inginkan sepinggan spagetti.

iv. Konsep Keuntungan

Keuntungan merupakan sejumlah wang hasil daripada pendapatan menjual barangan dan perkhidmatan
setelah ditolak kos pengeluaran, pemasaran, pentadbiran dan pengedaran serta lain-lain kos yang
terlibat.

iv. Konsep Faedah Dan Kepuasan

Faedah : Nilai atau manfaat yang diperolehi dari perolehan, pemilikan atau penggunaan sesuatu
barangan atau perkhidmatan.

Kepuasan : Keupayaan sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi kehendak dan
keinginan manusia. Tercapai apabila prestasi barangan memenuhi atau melebihi jangkaan /persepsi
pengguna. Tahap kepuasan berbeza – beza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain.

Anda mungkin juga menyukai