Anda di halaman 1dari 1

SISTEM TEKNOLOGI HIJAU INTELLIGENT WATERING SYSTEM (IWS)

DALAM PENGURUSAN SISA LEBIHAN AIR WUDUK

Hayati Othman1, Mohd Tamizi Mohd Salimi2, Zuliyana Farahi Ismail3, Norfariza Yahya4, Wan
Shamsuri Wan Ali5, Ahmad Rusydi Mahammed6, Nur Huraiyah Farahiyah Mohd Tamizi7,
Maryam Ibtisam Mohamed Syahrir8, Nor Karimah Rasyidah Noliaki9, Zulaikha Najihah Fadli10,

1.2,3,4,5,6,7,8,9,10
Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam, 21030 Kuala Nerus, Terengganu

E-mel: mtamizi80@gmail.com

ABSTRAK
Sumber air bersih adalah terhad, oleh itu salah satu cara untuk menguruskan penggunaan air
secara bijak adalah dengan menggunakan semula air yang digunakan.. Sistem pintar untuk
pengurusan air mestilah cekap, mesra pengguna, mesra alam dan berpatutan. Intelligent
Watering System (IWS) adalah inovasi pintar yang direka untuk mengurus dan menggunakan
semula sisa air wuduk sebagai sumber untuk menyiram tanaman. IWS akan membantu
menguruskan air wuduk air secara efisien, eko dan mesra pengguna serta mengoptimumkan
penggunaan tenaga. Sistem ini menggunakan sumber tenaga semulajadi, tenaga solar yang
boleh dikendalikan secara automatik atau melalui kawalan jauh. IWS akan menjadi inovasi hebat
kerana ia dapat memberikan impak yang mengagumkan ke arah teknologi hari ini kerana IWS
dapat membantu mengurangkan penggunaan elektrik, mengurangkan bil utiliti. Serta
mengoptimumkan penggunaan tenaga manusia.

Kata kunci: Intelligent Watering System, air wuduk, tanaman

Anda mungkin juga menyukai