Anda di halaman 1dari 19

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT


1 Biodata 2
2 Penghargaan 3
3 Pengenalan 4
4 Matlamat 5
5 Objektif 5
6 Kandungan aktiviti 6
7 Refleksi 7
8 Penutup 10
9 Lampiran 11
10 Kertas kerja 20

1
BIODATA

NAMA : SITI MAHIRAH ADIBAH BINTI MUSA

NO I/C : 911231-01-5224

UNIT : PIMSP PENDIDIKAN SENI VISUAL

AMBILAN : JANUARI 2011

NO KAD MATRIK : 7040

NAMA TUTOR : ENCIK MOHD AZLIE BIN ABDULLAH

2
PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana saya masih diberi kesempatan
untuk meneruskan pengajian selepas menjalani Program Bina Insan Guru (BIG)
yang dilaksanakan di Borneo Paradise, Lahad Datu, Sabah pada 21 Februari
2011 hingga 24 Februari 2011.Dengan kesempatan yang diberikan kepada saya,
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam
sesi Bina Insan Guru Fasa 1 kumpulan 2 yang terdiri daripada unit Pendidikan Seni
Visual, Pemulihan dan Pengajian Sosial terutama kepada pihak fasilitator yang
terlibat dalam mengurus aktiviti kami sepanjang aktiviti berjalan. Terima kasih juga
yang tidak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
menempuh dugaan dan cabaran sepanjang Bina Insan Guru berlangsung.

Terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung bagi menjayakan program Bina Insan Guru. Tanpa bantuan
daripada pihak-pihak tersebut, program ini tidak akan dapat berjalan dengan
sempurna walaupun ada cacat celanya. Terima kasih juga saya ucapkan kepada
ahli kumpulan lima yang sama-sama bertungkus-lumus dalam menjalin hubungan
yang baik sepanjang program dan juga selepas program tamat.

Sekian, terima kasih .

3
PENGENALAN

Program Bina Insan Guru ( BIG) adalah satu program yang dilaksanakan
untuk pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia untuk mengetahui
kesusahan dan kepayahan serta semangat yang perlu ada dalam setiap insan yang
dilahirkan sebagai guru. Program ini dianjurkan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar ( HEP)
dan berlangsung selama empat hari iaitu pada 21 hingga 24 Februari 2011 di
Borneo Paradise,Lahad Datu, Sabah yang melibatkan guru pelatih seramai 63 orang
dari unit PISMP Pendidikan Seni Visual, Pemulihan dan Pengajian Sosial Semester
1 beserta dengan fasilitator dan jurulatih seramai 15 orang. Program ini
dilaksanakan bagi memberi pendekatan sedikit demi sedikit terhadap kerjaya
seorang guru sekiranya dihantar ke tempat-tempat yang tidak sama sekali dijangka
dalam fikiran pelajar.

Program ini dipengerusikan oleh Puan Hajah Masni bt Madat selaku


pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau,dan diikuti oleh setiausaha iaitu
Encik Mazuki Bin Abd Razak selaku Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan dibantu
oleh penolong setiausaha atau penyelaras program iaitu Encik Jamil bin Dahirin.
Program ini diketuai oleh Kem Komandan iaitu Encik Mazania Bin Kasimin dan
dibantu oleh Encik Mohd Syukran bin Nalamin. Turut membantu, fasilitator-fasilitator
iaitu Encik Mohd Foazi Bin Mohd Nor, Encik Victor Baga, Puan Noorhayatih Bt
Ahmad Shah, Encik Mohd Azlie bin Abdullah, Encik Mohd Hanip bin Hassan, Encik
Mohammad Bin Bodot,Puan Sarimah binti Julpin, Cik Nor Azian Binti Abd Ghani,
Puan Nik Zaidawati binti Nik Abd Majid, Encik Abdul Ghani Bin Sani, Encik Hussin
bin Basiran dan Enciik Shamsuddin Bin Razali. Setiap fasilitator atau jurulatih
mempunyai tugas masing-masing dalam setiap slot atau aktiviti yang dirancang dan
telah dilaksanakan dengan sempurna.

4
MATLAMAT

Program ini merupakan salah satu usaha pencetus pembinaan insan guru
yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal
dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras
dengan nilai-nilai keguruan.

OBJEKTIF

Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat :

1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran
agama.
2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,
bekerjasam dab bertanggungjawab kepada pasukan.
3. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental.
4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal
serta perpaduan masyarakat.
5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan
berkesan: dan
6. Meningkatkan pengembangan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia
melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehiduapn
seharian.

5
KANDUNGAN AKTIVITI

6
REFLEKSI

ASPEK KENDIRI (KEPENTINGAN KEPADA DIRI SENDIRI)

Program Bina Insan Guru yang telah saya jalani bersama rakan-rakan
seperjuangan pada 21-24 Februari 2011 yang lepas telah menyedarkan saya
tentang erti kehidupan seorang guru. Walaupun hanya sedikit sebanyak yang saya
perolehi daripada program ini, saya dapat merasakan betapa beratnya tugas
seorang guru yang sanggup berkorban dan menguatkan ketahanan dari segi fizikal
dan mental. Sepanjang aktiviti dalam program tersebut berlangsung, saya hampir-
hampir berputus asa tetapi dengan semangat setia kawan dan kerjasama yang
diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan, saya kembali pulih dari segi mental
walaupun dari segi fizikal, kekuatan saya tidak cukup kuat ketika itu. Setiap slot yang
dijalankan sepanjang program ini berlangsung, telah membuatkan keyakinan diri
saya bertambah dan walaupun terpaksa meredah pelbagai rintangan,saya harus
kuat supaya rakan-rakan lain turut sama kuat untuk menempuh dugaan tersebut
bersama. Walaupun setiap masa dan ketika kami di psycho oleh para fasilitator,
saya menguatkan mental saya dengan percaya pada diri sendiri dan mengakui
kesalahan yang mungkin saya tidak sedar saya telah lakukan. Hukuman-hukuman
yang telah kami jalani,sejujur-jujurnya amat memeritkan tetapi itu hanya permulaan
bagi seorang guru yang mungkin dihantar ke kawasan-kawasan pedalaman selepas
dipostingkan nanti. Aktiviti yang sangat-sangat berkesan dan berjaya membuat saya
lebih yakin adalah aktiviti kembara dan water confident. Sebelum melakukan aktiviti
ini, saya kurang yakin untuk berada di tengah lautan yang luas dan hanya dibantu
oleh jaket keselamatan yang kita tidak mengetahui ketahanannya. Saya hanya
bertawakal kepada Allah SWT ketika itu dan dengan izinNya,saya dapat berenang
bersama rakan seunit dengan penuh keyakinan. Dengan bantuan rakan-rakan saya
juga, keyakinan itu timbul tanpa saya sedari. Untuk slot-slot yang lain, ia hanya
memberi kesan dari segi fizikal saya supaya kuat dalam menempuh segala
halangan walaupun dalam keadaan apa jua sekalipun. Setiap latihan dalam
kumpulan (LDK), saya juga dapat merasakan bahawa kumpulan saya dapat
memberikan kerjasama dengan sepenuhnya walaupun penat dan letih. Pada saya,
kepenatan dan keletihan itulah yang betul-betul mencabar pemikiran saya dalam

7
aktiviti kumpulan kerana saya mesti mengawal emosi untuk mengelakkan daripada
memarahi ahli kumpulan saya.

ASPEK KERJAYA ( KEPENTINGAN KEPADA KERJAYA)

Pada pendapat saya, kepentingan program ini kepada kerjaya seorang guru
amatlah berkesan kerana setiap aktiviti yang dijalankan ada kaitannya dengan
kerjaya ini. Aktiviti yang sangat berkesan pada diri saya yang melibatkan aspek
kerjaya ialah aktiviti LDK, yang berkisarkan tentang mengenali potensi diri. Dengan
slot ini, saya dapat mengenali dan menyelami diri saya sendiri dan cuba untuk
berubah ke arah yang lebih baik. Walaupun setiap insan yang diciptakan ada
kekurangan dan juga ada kelebihannya, saya yakin dengan kekurangan dan
kelebihan yang saya ada kerana tanpa cacat cela dalam kehidupan seorang
manusia, tiada nikmatnya. Setiap dugaan ataupun halangan yang diberi ada hikmat
disebaliknya. Saya percaya, sekiranya saya dihantar ke kawasan pedalaman, saya
dapat menempuh segala rintangan yang datang. Program ini juga member kesan
kepada saya dalam menjalani hari-hari sebagai seorang bakal pendidik. Pendidik
yang berjaya haruslah berani untuk menyahut cabaran kerajaan dalam kehidupan
untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak bangsa yang bakal memerintah
negara di hari tua kita. Selain itu, aktiviti menaikkan khemah juga salah satu aktiviti
yang amat berkesan terhadap kerjaya guru kerana sebagai seorang guru, kita
perlulah bersifat versatile supaya dapat menempuhi rintangan dengan penuh
keyakinan pada masa hadapan kerana tahu serba sedikit tentang ilmu-ilmu yang
mungkin dianggap remeh bagi sesetengah orang.

ASPEK ORGANISASI (KEPENTINGAN KEPADA ORGANISASI)

Terdapat banyak kepentingan program ini kepada saya dari aspek organisasi.
Kerjasama antara kumpulan serta pihak-pihak atasan juga termasuk dalam
kepentingan ini. Hormat antara satu sama lain serta memberikan kerjasama kepada
setiap ahli kumpulan sangat-sangat penting dalam program-program seperti BIG ini.
Saya menyedari bahawa kerjasama yang saya berikan sepanjang program
berlangsung sangatlah sedikit walaupun setiap aktiviti dapat dilakukan dengan
sempurna bersama ahli kumpulan. Apa yang perlu saya ubah di sini ialah cuba
untuk melakukan tugasan bersama dengan kumpulan supaya kerja berkumpulan

8
yang diberi semasa menjadi seorang guru kelak dapat dilakukan dengan baik dan
tidak ada cacat celanya . Organisasi yang baik dapat menjamin kerjasama yang
sempurna daripada ahli yang terlibat.

ASPEK KOMUNITI MASYARAKAT (KEPENTINGAN KEPADA KOMUNITI)

Komuniti atau lebih mudah dipanggil masyarakat, amat berkait rapat dengan
kerjaya seorang guru. ini adalah kerana kerjaya seorang guru yang menjadi pendidik
anak bangsa dan bergaul dengan masyarakat sekeliling untuk menjalinkan
hubungan yang baik sesama insan di muka bumi ini. Program ini menyedarkan saya
tentang kepentingan ini dalam setiap aktiviti yang dilakukan terutama aktiviti infrared.
Walaupun pada ketika itu, kami hanya dibenarkan untuk berjalan seorang diri
sepanjang perjalanan ke destinasi seterusnya, jika saya aplikasinya sewaktu
dipostingkan di kawasan pedalaman untuk membantu masyarakat di kawasan
tersebut, saya dengan penuh keyakinan dapat menjalani dugaan tersebut supaya
dapat membantu masyarakat yang lebih memerlukan bantuan. Program ini juga
memberi saya pendekatan terhadap apa itu komuniti. Dalam erti kata yang lebih
mudah, sebagai contoh kerjasama atau semangat setia kawan yang ditunjukkan
dalam program ini sangat-sangat berkait rapat dengan komuniti sesebuah
masyarakat. Dengan pelbagai jenis kaum dan bangsa yang ada dalam kumpulan
besar kami, dapat melahirkan rasa ingin mengenali sesuatu masyarakat dengan
lebih rapat lagi supaya lebih selesa apabila dapat menyesuaikan diri dengan
keadaan sekeliling. Aktiviti akhir yang kami jalankan iaitu persembahan kumpulan
dapat menunjukkan betapa masyarakat ini boleh bekerjasama sekiranya kita dapat
mengenali dan menyertai setiap etnik dan budaya.

9
PENUTUP

Secara keseluruhannya,program ini dapat memberi saya kesedaran terhadap


kerjaya seorang guru, kesedaran sebagai salah seorang daripada komuniti
masyarakat, sebagai salah seorang daripada organisasi dalam kehidupan serta
kesedaran terhadap kekuatan diri sendiri serta peningkatan terhadap keyakinan diri.
Kehidupan sebagai seorang guru perlu diterapkan dalam diri seorang guru pelatih
supaya dapat menjamin masa depan yang lebih cerah. Versatile dalam setiap
bidang juga boleh dikaitkan dengan seorang guru. Kerjasama dan semangat setia
kawan juga perlu diaplikasikan dalam kehidupan supaya tidak rasa kekok apabila
berhadapan dan bergaul dengan masyarakat selepas dipostingkan kelak.

10
LAMPIRAN

1) Hari pertama, kami dikumpulkan untuk diberikan taklimat serba sedikit


sebelum bertolak.

11
2) Peserta bersama-sama mendirikan khemah dan menyusun barang-barang
masing-masing di dalam khemah.

3) Kumpulan yang bertugas bertungkus lumus menyediakan makanan untuk


peserta lain.

12
4) Peserta berkumpul untuk makan bersama-sama.

5) Aktiviti LDK

13
6) Aktiviti kembara dan water confident

14
15
7) Larian berhalangan

16
8) Persembahan kumpulan

17
9) Hari terakhir program

18
19

Anda mungkin juga menyukai