Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA DASAR

“Konsert KITE SEHATI”


@RTM

1 Nov 2019
9.00malam
Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu
PENDAHULUAN

Setiap program yang ingin dilaksanakan akan didahului dengan Kertas Kerja Dasar. Kertas Kerja
Dasar ini akan diangkat untuk kelulusan Ketua Bahagian Rancangan. Seterusnya di angkat ke
peringkat tertinggi Jabatan bagi kelulusan muktamad bagi restu kerjasama dan implikasi
kewangan yang akan ditanggung.

PENGENALAN

Kertas Kerja Dasar ini adalah:-

 dokumen bertulis untuk program yang ingin dilaksanakan – KONSERT KITE SEHATI
@RTM

 cadangan bertulis yang mengandungi kerangka awal dan butiran-butiran yang difikirkan
relevan bagi melaksanakan KONSERT KITE SEHATI @RTM

 dokumen rasmi dalam memohon pertimbangan kerjasama dan peruntukan kewangan


dari Jabatan Penyiaran Malaysia.

Tujuan Kertas Kerja Dasar:-

• Memohon dan memaklumkan bagi mendapatkan kebenaran daripada pihak


Jabatan berikutan cadangan untuk menganjurkan Konsert Kite Sehati @RTM

• Memohon peruntukan dan sumbangan bagi setiap perancangan dan program yang
akan dilaksanakan pada tarikh tersebut.

• Sebagai rujukan dan garis panduan kepada jawatankuasa pelaksana program untuk
menjalankan gerak kerja program.
Butiran Program:-

 Logo :

 Nama : Konsert KITE SEHATI @RTM


 Tarikh Cadangan : 1 November 2019 / Jumaat
 Waktu Cadangan : 8.30 malam hingga 11.00 malam
 Lokasi Cadangan : Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu
 Kerjasama Strategik : Pejabat Daerah Kuala Terengganu
 Sasaran Pendengar : Khalayak berumur 12 tahun ke 60 tahun
 Artis Cadangan :
1. Artis Pertama -Genre Ketuhanan – Hafiz Hamidun
2. Artis Kedua - Genre Rap Hip Hop – Ben Laden

3. Artis Ketiga - Genre Rock – Yabang

4. Artis keempat - Era 90’an – Ameng


5.Artis Kelima - Genre Pop Komtemporari – Haqiem Rusli

6. Pengacara Jemputan – Amir Raja Lawak

 Objektif Konsert :

1. Mendekatkan kembali hubungan dan ukhwah RTM Terengganu dengan khalayak


penonton dan pendengar dengan memberi hiburan yang terkawal;

2. Menyampai dan mengemaskini maklumat terkini dan hal ehwal semasa dalam
menyempurnakan misi dan visi Jabatan Penyiaran Malaysia;

3. Mendapatkan maklumbalas berdasarkan sambutan masyarakat kepada RTM.


 Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana:

1. Penasihat : Tuan Haji Wan Abdul Rahman Wan Hayat


2. Penyelaras : Rizalimi Mohamed
3. Penerbit : Ridzwan Dollah
4. Pengarah Persembahan : Yusuf Saad
5. Pengurus Pentas : Farah Fauzi
6. AJK Artis & Kontrak : Sidi Isa
7. AJK Logistik & Tempahan : Ain Sulong
8. AJK Hubungan Seranta & Surat : Khadieja Khalid
9. AJK Tajaan & Hadiah : Marina Ahmad
10. AJK Makanan & Jamuan : Asnani Rasid
11. AJK Teknikal : Puan Norhashimah Awang
12. AJK Kewangan : En. Faizal Hamezah
13. AJK Protokol & Sambutan : Rohani Hussain
14. AJK Publisiti & Multimedia : Zulkifli Yusof
15. Liputan BES : Haji Nor Yusuf
16. Pengacara : Sidi & Amir Raja Lawak
 Cadangan Aturcara Konsert
MASA DESKRIPSI
4.30 PTG – 6.30 PTG Sound Check
8.00 MLM Call time semua Artis
8.30 MLM Warming Up
Kata Alu- Aluan Pengacara – Pengenalan Konsert
Pengenalan DJ- DJ TerengganuFM
Kuiz dengan penonton (ada 5 hadiah)
9.00 MLM Pengacara AMIR + 2 orang DJ memperkenalkan
Persembahan Artis-1 – Hafiz Hamidun

9.20 MLM Hafiz Hamidun memperkenalkan


Persembahan Artis-2 – Ben Laden
9.40 MLM Pengacara AMIR & SIDI + 1 orang DJ memperkenalkan
Persembahan Artis-3 – Yabang
10.00 MLM Pengacara AMIR & SIDI
Kuiz dengan penonton (ada 5 hadiah lagi)
10.15 MLM Pengacara AMIR & SIDI 1 orang DJ memperkenalkan
Persembahan Artis-4 – Ameng Spring
10.35 MLM Ameng Spring memperkenalkan
Persembahan Artis-5 – Haqiem Rusli
10.55 MLM Pengacara AMIR + 2 orang DJ memperkenalkan
Semua Artis dan semua DJ – nyanyian beramai-ramai
11.00 MLM Pengacara AMIR & SIDI - Penutup
Konsert selesai
11.15 MLM Equipments Dismantle
11.30 MLM Bersurai
 Butiran Kerjasama Strategik bersama-sama Pejabat Daerah Kuala Terengganu
PENGENALAN

Pejabat Daerah Kuala Terengganu telah memohon kerjasama RTM Terengganu bagi mengisi
slot di Pentas Utama menerusi Program Jom Singgah Pekan Budaya 2019 yang akan
diadakan bermula 31 Oktober hingga 2 November 2019; bertempat di Dataran Shahbandar
Kuala Terengganu.

TAWARAN KERJASAMA STRATEGIK:-

Melalui Urusetia Jawatankuasa Pelaksana Program Jom Singgah Pekan Budaya 2019.
Lanjutan daripada beberapa sesi perbincangan telefon dan perjumpaan dua mata; Pejabat
Daerah Kuala Terengganu telah menawarkan RTM Terengganu dengan kemudahan-
kemudahan seperti berikut :-

1. Pentas Utama
2. Marque Tent dan kerusi penonton
3. Sistem P.A
4. Sewaan Pencahayaan Konsert
5. Permohonan segala Permit
6. Kawalan Keselamatan
7. Sokongan Publisiti & Promosi
8. Jamuan untuk Sound check dan sewaktu Konsert berlangsung
9. Sewaan Jaluran UNIFI untuk Studio Mini-jika perlu

PENUTUP

RTM TERENGGANU menaruh harapan yang tinggi terhadap program ini kerana dengan
terlaksananya Konsert KITE SEHATI @RTM akan memperkasa serta memacu Visi dan Misi
RTM TERENGGANU ke arah landasan hiburan dan informasi yang bersesuaian dengan
harapan Kerajaan.
Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan semua pihak dalam menjayakan program
ini, pihak kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

“ Hiburan Terkawal Membentuk Masyarakat Berakhlak Tinggi ”

Disediakan oleh,

(MOHAMMAD RIDZWAN DOLLAH)

Penerbit Konsert KITE SEHATI @RTM

Anda mungkin juga menyukai