Anda di halaman 1dari 19

1. Membina tangen melalui titik T pada lilitan bulatan.

Langkah – langkahnya.

1. Lukis bulatan yang diberi pusatnya di P.


2. Tandakan titik T di lilitan bulatan.
3. Sambungkan PT dan panjangkan hingga ke R di mana TR = TP.
4. Bahagi dua RP dan lukiskan tangen melalui titik T pada bulatan. XY adalah
tangen yang dikehendaki.
2.

Membina tangen pada bulatan dari titik T

Langkah – langkahnya.

1. Lukiskan bulatan yang diberi pusatnya di P.


2. Tandakan titik T yang diberi dan sambungkan T dan P.
3. Bahagi dua garis TP di R.
4. Berpusatkan R dan berjejarikan RT (RT=RP), lukiskan separuh bulatan memotong
bulatan di X.
5. Panjangkan TX hingga ke Y. TXY ialah tangen yang dikehendaki.
3.
Membina tangen luar diberi dua bulatan yang sama.

Langkah – langkahnya

1. Lukiskan dua bulatan yang diberi pada jarak yang dikehendaki.


2. Sambungkan kedua-dua pusat T 1 dan T 2.
3. Pada tiap-tiap pusat, bina garis tegak supaya memotong lilitan bulataan di titik
sentuhan (titik tangen) M dan N. MN adalah tangen yang dikehendaki.
4. Sambungkan MN.
4. Membina tangen luar pada dua bulatan , mempunyai jejari yang berbeza.

* Garisan T 1 R dan T 2 S adalah selari

Langkah – langkahnya:

1. Lukiskan dua bulatan yang berjejari J1 dan J2 pada jarak yang dikehendaki.
2. Sambungkan kedua-dua pusat bulatan T 1 dan T 2 .
3. Bahagi dua garis T 1 T 2 di P.
4. Berpusatkan P dan berjejari PT 1 (PT 1 =PT 2 ), Lukiskan bulatan atau separuh
bulatan.
5. Berpusatkan T 1 dan berjejarikan J1 – J2, , lukiskan bulatan yang memotong
separuh bulatan di Q.
6. Sambungkan T 1 Q sehingga memotong bulatan besar di R, iaitu titik tangen pada
bulatan besar.
7. Lukiskan T 2 S selari dengan T 1 R untuk mendapatkan titik tangen pada bulatan
kecil. Garis RS adalah tangen yang dikehendaki.

5.

Membina tangen dalam pada dua bulatan yang mempunyai jejari sama.

* Garis T 2 S dan TT 2 adalah selari

Langkah – langkahnya:

1. Lukiskan dua bulatan pada jarak yang dikehendaki.


2. Sambungkan kedua-dua pusat bulatan T 1 dan T 2.
3. Bahagi dua garisan T 1 T 2 di P.
4. Bahagi dua garisan T 1 P di Q dan T 2 P di R.
5. Dengan berpusatkan Q dan R , lukis bulatan untuk mendapatkan titik persilangan S
dan T. Garis ST adalah tangen dalam yang dikehendaki.

6. Membina tangen dalam pada dua bulatan yang mempunyai jejari yang tak
sama.

Langkah – langkahnya:

1. Lukiskan dua bulatan yang berjejari J1 dan J2 pada jarak yang dikehendaki.
2. Sambungkan kedua-dua pusat bulatan T 1 dan T 2 .
3. Bahagi dua garis T 1 T 2 di P.
4. Berpusatkan P dan berjejarikan PT 1 (PT 1 = PT 2 ), lukiskan separuh bulatan.
5. Berpusatkan T 1 dan berjejarikan J1 + J2 , lukiskan bulatan yang memotong
separuh bulatan di Q.
6. Sambungkan T 1 Q. Ia memotong bulatan besar di tangen titik R.
7. Lukiskan T 2 S selari dengan T 1 R untuk mendapatkan titik tangen S pada
bulatan kecil. RS adalah tangen dalam yang dikehendaki.

7. M
e
m
bina satu bulatan bertangen kepada dua garisan menumpu dan menyentuh
kepada satu titik yang diberi:

Langkah-langkahnya:
1. Binakan garisan menumpu BA dan CA, dengan titik T pada garisan BA.
2. Bahagikan kepada dua sudut BAC.
3. Pada titik T binakan satu garis lurus bersudut tepat supaya memotong pada titik O.
4. Berpusatkan O dan berjejarikan OT , bina satu bulatan menyentuh ttitik T. Bulatan
ini bertangen kepada dua garisan menumpu seperti dalam rajah.
8. Membina satu bulatan bertangen kepada dua garisan menumpu diberi jejari
bulatan.

Langkah- langkahnya:

1. Bina garisan menumpu BA dan CA dengan jejari bulatan J diberi.


2. Bahagi dua sama sudut BAC dengan menggunakan jangka lukis.
3. Lukis dua lengkok di hujung garis CA dengan jejari J yang diberi.
4. Sambungkan puncak kedua-dua lengkok supaya memptong pada titik O.
Berpusatkan O bina bulatan yang berjejarikan J supaya menyentuh dua garisan
menumpu seperti dalam rajah.
9.

Membina bulatan bertangen kepada dua garisan menumpu serta melalui satu titik
diberi di antaranya.

Langkah-langkahnya:
1. Diberi ialah dua garisan menumpu serta satu titik T di antaranya.
2. Bahagi dua sama buka sudut dua garisan menumpu dan sambungkan titik B
kepada titik T.
3. Dari sebarang titik pada pembahagi dua sama sudut, lukiskan satu bulatan
pusatnya X supaya menyentuh garis AB dan CB dan memotong pada titik Y.
Sambungkan titik X Y.
4. Unjurkan garisan XY supaya selari melalui titik T dan memotong pada titik O.
Berpusatkan titik O lukis bulatan supaya menyentuh titik T dan garisan AB dan CB
seperti dalam rajah.

10. Mem bina


satu bulatan

bertangen kepada bulatan diberi dan dua garisan lurus


menumpu.

Langkah- langkahnya:

1. Diberi ialah satu bulatan betangen kepada dua garis menumpu AB dan CB.
2. Bahagikan dua sama buka sudut garisan menumpu supaya memotong pada titik
U dan Y, sambungkan TU. Melalui titik T bina garis bersudut tepat supaya
memotong pada titik O, sambungkan TO.
3. Lukiskan XY selari dengan TU dan XZ selaari dengan TO.
4. Berpusatkan titik Z lukis bulatan jejarinya ZY supaya menyentuh bulatan diberi
dan dua garis lurus menumpu (AB & CB) seperti dalam rajah.

11. Membi
na

lengkok jejarinya r unit, yang bertangen didalam satu bulatan,


jejarinya R unit, pada titik P di lilitan bulatan.

Langkah-langkahnya:

1. Lukiskan bulatan yang diberi, pusatnya O.


2. Tandakan titik P di garisan bulatan dan kemudian sambungkan OP.
3. Dengan menggunakan O sebagai pusat dan jejari ( R - r ), lukiskan lengkok
supaya menyilang di OP pada Q.
4. Dengan menggunakan Q sebagai pusat dan jejari r unit, lukiskan lengkok yang
dikehendaki seperti dalam rajah di atas.

12. M
e m
bina lengkok jejarinya r unit, yang menyentuh sebelah luar bulatan,
jejarinya R unit, pada titik P di lilitan bulatan.

Langkah-langkahnya:
1. Lukiskan bulatan yang diberi, pusatnya O.
2. Tandakan titik P. Sambungkan OP dan panjangkan ke A.
3. Dengan menggunakan O sebagai pusat dan ( R + r ) sebagai
jejari, lukiskan lengkuk supaya menyilang OA pada S.
4. Dengan menggunakan S sebagai pusat dan jejari r unit, lukiskan
bulatan yang dikehendaki.

13. Membina lengkok diberi jejari bertangen dalam kepada dua bulatan yang
diberi.
Langkah-langkahnya:

1. Lukiskan dua bulatan yang berjejari R dan r berpusat di A dan B .


2. Diberi jejari lengkuk J.
3. Berpusatkan dititik A, lukis lengkok jejarinya bersamaan dengan jejari bulatan
ditolak dengan jejari J.
4. Berpusatkan di titik B, lukis lengkok jejarinya bersamaan dengan jejari bulatan
ditolak dengan jejari J supaya memotong pada titik O.
5. Berpusatkan dititik O, lukiskan lengkok jejarinya J supaya menyentuh dua bulatan
diberi seperti dalam rajah di atas.
14. Membina lengkok diberi jejari bertangen luar kepada dua bulatan yang diberi.

Langkah – langkahnya:

1. Lukiskan dua bulatan yang berjejari R dan r berpusat di A dan B.


2. Diberi jejari lengkok J.
3. Berpusatkan dititik A lukis lengkok jejarinya bersamaan dengan
jejari bulatan ditambah dengan jejari J.
4. Berpusatkan dititik B lukis lengkok jejarinya bersamaan dengan
jejari bulatan ditambah dengan jejari J supaya memotong pada
titik O.
5. Berpusatkan dititik O, lukiskan lengkok jejarinya J supaya
menyentuh dua bulatan diberi seperti dalam rajah.
PEMBINAAN LENGKOK
PADA DUA GARISAN YANG
BERSUDUT

1. Membina Satu Lengkok Bertangen Kepada Dua Garisan Menumpu Dalam Satu
Sudut Tirus.

Langkah- langkahnya:

1. Lukiskan garisan menumpu AB, BC dalam buka sudut tirus dan diberi jejari J.
2. Lukiskan satu garisan selari DE dengan garisan BC yang jaraknya jejari J.
3. Lukiskan satu garisan selari FG dengan garisan AB yang jaraknya jejari J
supaya memotong pada titik O.
4. Berpusatkan titik O lukis satu lengkok yang jejarinya J supaya menyentuh dua
garisan menumpu yang diberi seperti dalam rajah.

2.

Membina Satu Lengkok Bertangen Kepada Dua Garisan Menumpu Dalam Satu
Sudut Cakah.

Langkah – langkahnya:

1. Lukiskan garisan menumpu AB, BC dalam buka sudut cakah dan diberi jejari J.
2. Lukiskan satu garisan selari DE dengan garisan BC yang jaraknya jejari J.
3. Lukiskan satu garisan selari FG dengan garisan AB yang jaraknya jejari J supaya
memotong pada titik O.
4. Berpusatkan titik O lukis satu lengkok yang jejarinya J supaya menyentuh dua
garisan menumpu yang diberi seperti dalam rajah.
3.

Membina Satu Lengkok Bertangen Kepada Dua Garisan Yang Bersudut Tepat.

Langkah – langkahnya:

1. Lukiskan garisan bersudut tepat AB, BC.


2. Berpusatkan dititik B bina satu lengkok dengan jejarinya J supaya memotong pada
titik D dan E.
3. Berpusatkan titik D, lukis satu lengkok jejarinya J.Berpusatkan dititik E juga lukiskan
lengkok jejarinya J supaya memotong pada titik O.
4. Berpusatkan dititik O lukiskan lengkok berjejari J supaya menyentuh dua garisan
bersudut tepat seperti dalam rajah.

Anda mungkin juga menyukai