Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERKAHWINAN

‫للاِ ِبس ِِْم‬


ِ ‫مـن‬
ِِ ْ‫الرح‬َّ ‫الرحِ ي ِِْم‬ َّ
ْ َ
ِ‫للِِِ ال َح ْمد‬
ِ ‫ب‬ َ ْ َ
ِِ ‫صالةِ العَالمِ يْنَِ َر‬ َ
َّ ‫سالمِ َوال‬
َّ ‫على َوال‬ َ ْ َ ‫علَى َو ْالم ْر‬
َ ِِ‫س ِليْنَِ اْأل َ ْنبِيَاءِِ أَش َرف‬ َ ‫أَجْ َم ِعيْنَِ َو‬.
َ ‫صحْ بِ ِِه َءا ِل ِِه َو‬

Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah atas segala nikmat pemberian yang Engkau kurniakan kepada kami.
Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di majlis ini sebagai tanda kesyukuran kami di atas
nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai
dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka [Mohd Khazsrulhazmie b Husaini
dengan pasangan pilihannya Siti Fazlina bt Hairani]

ْ َ‫َواْلك ََر ِِم ذ‬


ِ‫االج ْو ِِد َيا َود ْودِ َيا َرحِ يْمِ َيا اَللَّه َّم‬

Bersempena dengan majlis ini juga kami memohon rahmat-Mu ya Allah, kurniakanlah kepada kedua
mempelai yang diraikan ini kehidupan yang sihat dan selamat serta dikurniakan zuriat yang soleh dan
solehah. Perkukuhkanlah ikatan kasih sayang dan hormat menghormati antara mereka, berakhlak mulia
dan berbudi bahasa, serta beriman dan bertakwa kepada-Mu ya Allah pada setiap masa.

ِ‫ِ َب ِد ْي َِع َيا اَللَّه َّم‬


ِِ ِِ
ِ ‫َّمـوات‬ ِ ِ ‫َواأل َ ْر‬
َ ‫ض الس‬

Berkat keagungan-Mu dan sifat Rahim-Mu Ya Allah, kami memohon agar peliharakanlah kami dari
malapetaka dan mara bahaya. Daripada Sifat Buruk Manusia Yang Berniat Serong serta jauhilah kami
dari segala keburukan yang akan menimpa sama ada berupa peringatan mahupun ujian yang tidak dapat
diduga. Jika ia berupa ujian, maka kurniakanlah kepada kami ketabahan dan kesabaran. Jika ia berupa
peringatan maka ampunilah kami sebelum ia mendatang. Ya Allah,
Kami memohon rahmat-Mu agar dikurniakan keampunan, keberkatan dan sihat wal-afiat kepada seisi
keluarga, tuan rumah dan sekalian yang hadir bagi meraikan dan memeriahkan majlis yang diberkati ini.

ِ‫ِف اَللَّه َّم‬


ِْ ‫ْن بَيْنَِ أَل‬
ِِ ‫سي‬َ ‫ْن ْال َماءِِ بَيْنَِ أَلَّ ْفتَِ َك َما اْلعَر ْو‬
ِِ ‫الطي‬
ِ ‫و َح َّواء آدَ َِم بَيْنَِ َِو َو‬، َ َِ‫اره َوهَا َج َِر إِب َْرا ِهي َِْم َوبَيْن‬ َ ‫س‬ َ ‫و‬،َ َِ‫ف َوبَيْن‬َِ ‫وزلَ ْيخَة ي ْوس‬، َِ ‫أَي ُّْو‬
َ َِ‫ب َوبَيْن‬
َ‫و َرحْ َم ِة‬، َ َِ‫سى َوبَيْن‬ َ ‫صِف ْو َره م ْو‬
َ ‫و‬، َ َِ‫وبَل ِقيْس سلَ ْي َمانَِ َوبَيْن‬، ْ َ َِ‫سيِ ِدنَا َوبَيْن‬َ ِ‫صلى م َح َّمد‬ َّ َ ‫علَ ْي ِِه ِ للا‬ َّ
َ ‫سل َِم‬ َ ‫ت َوزَ ْو َجاتِ ِِه َو‬
ِِ ‫ط َّه َرا‬ ْ
َ ‫للاِ ِرض َْوانِ الم‬ِ ‫ن‬ َِّ ‫علَ ْي ِه‬
َ
َِ‫الراحِ مِ يْنَِ أ َ ْر َح َِم يَا ِب َرحْ َمتِكَِ أَجْ َم ِعيْن‬.
َّ

ِ‫ل اَللَّه َّم‬ ِْ ِ‫ل َم ْعص ْو ًما تَف َُّرقًا بَ ْع ِد ِِه م‬


ِْ َ‫ن َوتَف َُّرقَنَا َم ْرح ْو ًما َج ْمعًا َهذَا َج ْمعَنَا اجْ ع‬ ِْ َ‫الَ فِ ْينَا َوالَتَجْ ع‬ َ ‫اْأل َ ْك َرمِ يْنَِ أ َ ْك َر َِم يَا َوالَ َمحْر ْو ًما‬.
ِ ‫ش ِقيًّا َمعَنَا َو‬
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas
ini, satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.

{‫سنَ ِةً الدُّ ْن َيا فِى َءاتِنَا َربَّنَا‬


َ ‫سنَ ِةً اْآلخِ َرةِِ َوفِى َح‬ َِ َ‫عذ‬
َ ‫اب َوقِنَا َح‬ ِِ َّ‫صلَّى }الن‬
َ ‫ار‬ َ ‫على ِ للا َو‬ َ ِ‫علَى م َح َّمد‬
َ ‫س ِي ِدنَا‬ َ ‫للِِِ َو ْال َح ْمدِ أَجْ َم ِعيْنَِ َو‬
َ ‫صحْ ِب ِِه َءا ِل ِِه َو‬ ِ ‫ب‬ِِ ‫َر‬
َ ْ
َِ‫العَالمِ يْن‬.

Anda mungkin juga menyukai