Anda di halaman 1dari 7

LUKISAN PIKTORIAL - OBLIK

LUKISAN PIKTORIAL - OBLIK


Lukisan piktorial oblik juga merupakan salah satu
dari pecahan lukisan teknik. Dalam lukisan teknik,
piktorial oblik merupakan pecahan dalam lukisan
geometri kategori bongkah. Baiklah, kita review
sedikit agar dapat gambaran dimana letakknya
kategori lukisan oblik.

Pecahan lukisan teknik


Lakaran
Lukisan Geometri @ Lukisan
Bengkel
# Satah
- Unjuran Ortografik
# Bongkah @ 3D
- Lukisan piktorial seperti
lukisan perspektif, isometri, oblik dan
himpunan/pemasangan
Lukisan mengikut bidang tertentu.

Unjuran Oblik
Sebagai contoh, lukisan oblik bagi sebuah kiub di
mana permukaan hadapannya selari dengan satah
unjuran. Dalam lukisan oblik , garisan unjuran dari
objek adalah juga garisan selari tetapi oblik
kepada satah unjuran. Oleh itu, dalam unjuran
oblik, pelukis dapat menghasilkan satu pandangan
bergambar bagi objek tersebut.
Ciri-ciri oblik dapat dikelaskan kepada tiga iaitu:

 Unjuran kavalier (menggunakan ukuran


sebenar pada bahagian satah dan unjuran)
 Unjuran cabinet (menggunakan 1/2 daripada
ukuran sebenar)
 Oblik Am (menggunakan 3/4 daripada ukuran
sebenar)

Dalam unjuran oblik, pandangan hadapan dilukis


mengikut saiz sebenar, dan permukaan surut
dilukis pada sudut untuk memberi satu bentuk
yang tampak.
Unjuran oblik ini mempunyai kelebihan yang
menunjukkan satu muka atau pandangan hadapan
objek tanpa sebarang gangguan iaitu pandangan
hadapan objek yang kedudukannya sekata diatas
paksi yang rata. Dalam setiap kelas, unjuran oblik
dilukis menggunakan 3 paksi oblik (surut) dengan
sudut yang berbeza iaitu sudut 30, 45 dan 60
darjah. Perlu diingatkan bahawa dalam setiap
kelas, unjuran dilukis menggunakan ukuran objek
yang sama (mengikut ukuran kelas)tetapi pada
sudut yang berbeza. (ukuran sama, sudut
berbeza).
Lukisan di atas paksi oblik

KELAS OBLIK

1. KAVALIER

Lukisan oblik kelas kavalier dilukis mengikut


ukuran sebenar objek tersebut. Lukisan oblik
kavalier agak kurang realistik kerana agak sukar
melukis objek pada ukuran sebenar sekiranya
objek tersebut besar. Lukisan menggunakan 3
jenis sudut yang berbeza iaitu sudut 30, 45 dan 60
darjah.
Perlatan melukis yang diperlukan ialah papan lukis,
set pembaris, pensil 2B yang tajam

Langkah 1 - lukis sebuah bongkah pada paksi yang


rata seperti dalam gambarajah. Ini adalah contoh
lukisan oblik kavalier pada sudut 45 darjah.
Hasil lukisan oblik kavalier pada sudut 45 darjah.
Sumber animasi dari http://phdtechnicaldrawing.pbworks.com/
2. KABINET

Lukisan oblik kabinet selalunya digunakan untuk


bidang yang berkaitan lukisan perabot. Hal ini
kerana ianya lebih realistik dari aspek ukuran.
Ukuran yang digunakan ialah 1/2 dari ukuran
sebenar. Masih menggunakan 3 jenis sudut yang
berbeza iaitu sudut 30, 45 dan 60 darjah.

Gambaran perbezaan oblik kavalier dan oblik


kabinet
contoh 1

gambar sumber dari http://phdtechnicaldrawing.pbworks.com


contoh 2

Dapat kita lihat perbezaan antara kavalier dan


kabinet yang mana ukuran kabinet lebih kecil dari
ukuran kavalier (kabinet separuh ukuran kavalier)

3. AM
Lukisan oblik am sama juga seperti kavalier dan
kabinet cuma ada perbezaan dari aspek ukuran.
Oblik am dilukis menggunakan 3/4 dari ukuran
sebenar. Masih menggunakan 3 jenis sudut yang
berbeza iaitu sudut 30, 45 dan 60 darjah.

Anda mungkin juga menyukai