Anda di halaman 1dari 4

Lukisan teknik dipelajari untuk memudahkan pembacaan dan penterjemahan lukisan kerja sebelum membuat reka bentuk projek.

Melalui lukisan teknik, ukuran dan bentuk sesuatu projek serta penerangan-penerangan terhadap projek itu dapat diketahui.

Lukisan isometrik merupakan satu daripada lukisan piktorial (contoh lain; perspektif dan oblik) yang dapat memberikan gambaran jelas tentang sesuatu objek atau struktur. Hal ini adalah kerana lukisan ini memberikan pandangan tiga dimensi iaitu pandangan atas, pandangan hadapan dan pandangan sisi.

Contoh lukisan isometrik Mengenal pasti paksi lukisan isometrik Terdapat tiga paksi asas dalam melukis lukisan isometrik iaitu satu paksi tegak dan dua paksi condong. Paksi isometrik berkedudukan 120 antara satu paksi dengan yang lain dan garisan isometrik adalah bersudut 30 dari garis mengufuk. Paksi lukisan isometrik biasanya disusun pada paksi biasa, paksi terbalik dan paksi mengufuk.

Paksi lukisan isometrik

Melakar lukisan isometrik Penggunaan kertas isogrid akan memudahkan proses atau kerja melakar lukisan isometrik. Cara-cara untuk melakar lukisan isometrik adalah seperti berikut: 1. Lakar paksi isometrik terlebih dahulu menggunakan pensel dengan garisan yang halus. 2. Lakar garisan isometrik yang bersudut 30 dari garis mengufuk. Perhatikan rajah di bawah.

3. Lakar bentuk asas objek menggunakan garisan selari dengan paksi condong kiri dan kanan serta paksi tegak.

4. Lengkapkan lakaran objek dengan menghitamkan garisan sempadan objek.

Melukis Lukisan Isometrik

Langkah-langkah melukis lukisan isometrik: 1. Lukiskan paksi utama (tiga paksi asas) dengan pensel gred 2H atau H dengan bantuan sesiku T dan sesiku set. Garisan ini hendaklah halus.

2. Lukis sebuah bongkah isometrik dengan mengikut panjang, lebar dan tinggi yang dikehendaki. Tandakan setiap ukuran seperti rajah di sebelah.

3. Selepas itu, gunakan pensel gred HB untuk menghitamkan garisan objek yang memperlihatkan bentuk sebenar objek yang dilukis.

Bentuk bulatan juga boleh dilukis dalam lukisan isometrik. Bulatan ini bukanlah sfera tetapi berbentuk elips.

Langkah-langkah melukis bulatan dalam lukisan isometrik 1. Lukiskan kotak isometrik bulatan dan tandakan garisan penengah yang dibuat pada kotak tersebut. 2. Sambungkan garisan dari P ke R, P ke Q, S ke T dan S ke U

3. Garisan lengkuk bulatan dibuat dengan menggunakan jangka lukis dari P ke Q dan R dan dari S ke T dan U sehingga terbentuk satu bulatan.

Menterjemah unjuran ortografik ke lukisan isometrik Unjuran ortografik merupakan kaedah menggambarkan lukisan isometrik dalam tiga arah iaitu pandangan atas (pelan), pandangan hadapan dan pandangan sisi. Tujuannya supaya bentuk sebenar objek itu dapat dilihat dengan jelas. Rajah berikut menunjukkan terjemahan unjuran ortografik ke lukisan isometrik.

Anda mungkin juga menyukai