Anda di halaman 1dari 3

4 Kesalahan Semasa Meninggalkan Kota Mekah – Boleh Membatalkan Tawaf Wada.

Kita diwajibkan untuk melakukannya Umrah hanya sekali seumur hidup. Jadi amat senang
untuk kita terlepas hukum-hakam umrah, terutamanya ketika ingin meninggalkan tanah suci
Mekah.

10 hari telah berlalu, dan kita juga telah bersiap sedia untuk bergerak ke Madinah dan pulang
ke tanah air.

Mutawwif mengingatkan kita untuk melakukan Tawaf Wada, iaitu tawaf terakhir atau tawaf
"selamat tinggal" yang dilakukan sebelum meninggalkan tanah suci Mekah.

Hukumnya adalah wajib, tetapi dimaafkan bagi wanita yang tidak dapat mengerjakannya
kerana datang haid.

Kita pun berpakaian menutup aurat, pakaian pun begitu cantik kerana tak sabar ingin
berjumpa dengan ahli keluarga yang menunggu di tanah air. Kita melakukan tawaf sebanyak
tujuh pusingan, dan ingin kembali ke hotel untuk bergerak pulang.

Tetapi kita tidak tahu.

Sebenarnya terdapat beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan selepas tawaf wada, yang
apabila dilakukan akan membatalkan tawaf tersebut. Batalnya Tawaf Wada dikenakan
bayaran dam (denda)! Mari kita lihat apa yang di LARANG selepas mengerjakan Tawaf Wada'.

1) AMBIL GAMBAR

Mungkin beberapa hari sebelum hari terakhir di Mekah, kita begitu khusyuk dengan ibadah
sehingga terlupa untuk ambil gambar di hadapan kaabah. Berhati-hatilah. Ulama’ bersepakat
mengatakan bahawa jika kita bergambar selepas mengerjakan tawaf wada, terbatallah tawaf
tersebut dan dikenakan bayaran dam.

2) BEREHAT-REHAT (DIBILIK HOTEL)

Semestinya jemaah akan berasa sedikit letih selepas mengerjakan tawaf wada, maka mereka
memutuskan untuk membuat tawaf wada awal untuk membolehkan mereka berehat
sebentar di bilik hotel sebelum bergerak meninggalkan tanah suci Mekah. Tawaf wada
terbatal jika kita masih mempunyai ruang dan masa untuk berehat-rehat di bilik. Kita
dibolehkan mandi, menukar pakaian dan makan selepas tawaf wada, tetapi tidak boleh lagi
berehat di bilik.

3) SINGGAH UNTUK MEMBELI-BELAH


Tidak boleh membeli apa-apa sahaja di kedai berdekatan semasa pulang dari mengerjakan
Tawaf Wada. Contohnya, membeli baju atau kurma, mungkin kita terlupa tentang kawan yang
memesan, atau kita terdetik untuk memberi hadiah kepada insan tersayang di tanah air.
Jemaah dilarang membeli belah selepas mengerjakan Tawaf Wada. Jika ingin membeli,
tunggulah sehingga kita sudah keluar dari tanah suci dan belilah di Jeddah atau di Madinah.

4) BERIBADAH SELEPAS MENGERJAKAN TAWAF WADA :

Melaksanakan ibadah sebagai contoh menunaikan solat taubat atau solat hajat selepas
mengerjakan tawaf wada. Sebenarnya kita hanya boleh mengerjakan solat sunat Tawaf Wada
sahaja, dan selepas itu perlu pulang. Segala ibadah lain eloklah dilakukan sebelum
mengerjakan Tawaf Wada.

Bagaimana pun, Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ke-35 Musim Haji 1440H yang
bersidang pada 9-11 November 2018 bersamaan 1-3 Rabi’ul Awwal 1440 Hijrah telah
memutuskan berkenaan dengan Perkara-perkara Yang Diharuskan Selepas Tawaf
Wada’, iaitu:

Pertama: Sejurus Selepas Tawaf Wada’

 Menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa selepasnya di Masjidil Haram.


 Berdoa di Multazam.
 Mengucup Al-Hajar al-Aswad.
 Menunaikan solat sunat safar.
 Menunaikan solat fardhu sekiranya bilal telah melaungkan azan atau bilal sedang
melaungkan azan.
 Begitu juga apabila sudah sampai di hotel yang berhampiran dengan Masjidil Haram
untuk beliau solat fardhu bersama imam di Masjidil Haram.
 Bergambar atau mengambil gambar dalam kadar yang cepat. Walaupun begitu, tidak
digalakkan.

Kedua: Selepas Tawaf (di Penginapan atau Hotel)

 Makan dan minum di hotel.


 Qadha hajat.
 Menyalin dan menukar pakaian.
 Zikir dan membaca al-Quran sementara menunggu.
 Mengambil beg atau barang yang diletakkan / ditinggalkan di bilik penginapan.
 Mencari isteri, saudara, waris dan rakan yang hilang.
 Mengangkat barang-barang yang hendak dibawa bersama.
 Tidur dalam bilik hotel sementara menunggu bas atau kenderaan datang.
 Melawat isteri, saudara, waris, rakan yang sakit di hospital/klinik (bagi kes kecemasan
dan hajat).
 Sebarang urusan yang berkaitan dengan perjalanan sama ada ke Jeddah atau Madinah
seperti membeli makanan dan minuman untuk kegunaan dalam perjalanan dan
sebagainya.
 Menunggu kenderaan (lewat tiba kerana kesesakan dan sebagainya).
 Bersedekah ketika menunggu kedatangan kenderaan di penginapan.
 Membayar dam. Walaupun begitu, digalakkan untuk membayar dam sebelum Tawaf
Wada’.

Sebelum bergerak untuk menunaikan umrah, eloklah jika kita ambil perhatian dan menambah
ilmu tentang hukum dan rukun ketika berada di sana. Semoga umrah kita diterima Allah SWT,
dan semoga kita sentiasa dijemput ke tanah suci lagi.
Aamiin.

Anda mungkin juga menyukai