Anda di halaman 1dari 7

KARNIVAL BAHASA TAMIL 2019

TARIKH:
24 Mei 2019
HARI : jumaat

ANJURAN:
PANITIA BAHASA TAMIL
S.J.K (T) LADANG EDINBURGH

KERTAS KERJA KARNIVAL BAHASA TAMIL PERINGKAT SEKOLAH 2019


KARNIVAL BAHASA TAMIL 2019

1.0 PENDAHULAN

Sejajar dengan misi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “Membangun Potensi Individu
Melalui Pendidikan Berkualiti”, Panitia Bahasa Tamil SJK(T) Ladang Edinburgh mengambil
inisiatif menganjurkan program “Karnival Bahasa Tamil” yang melibatkan semua murid dari
Tahun 1 hingga Tahun 6. Program ini dirangka untuk mengembangkan minat pelajar dalam
meningkatkan pemahaman dan penguasaan mereka terhadap Mata pelajaran Bahasa Tamil
melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Seterusnya program ini diharap
dapat menyediakan murid-murid untuk Karnival Bahasa Tamil peringkat daerah. Oleh itu,
pelbagai aktiviti disusun ke arah mencapai matlamat tersebut.

2.0 RASIONAL

Program Karnival Bahasa Tamil ini merupakan satu program yang dijalankan untuk
meningkatkan pemahaman dan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Tamil. Panitia
Bahasa Tamil merancang untuk menjalankan program ‘ Karnival Bahasa Tamil’ agar timbul
kesedaran dikalangan murid bahawa belajar Bahasa Tamil adalah menyeronokkan seterusnya
meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Tamil. Diharap program ini
memberi impak yang positif pada pencapaian murid dalam peperiksaan akan datang.

3.0 MATLAMAT
Program Karnival Panitia Bahasa Tamil adalah bertujuan menggalakkan murid-murid untuk
menguasai mata pelajaran Bahasa Tamil, meningkatkan pemahaman dan mengaplikasi segala
ilmu dan kemahiran yang diperolehi daripada program ini agar prestasi pencapaian mereka
dalam mata pelajaran Bahasa Tamil meningkat. Penglibatan murid-murid dalam program ini juga
diharap dapat meningkatkan motivasi dikalangan guru-guru untuk menjalankan pelbagai aktiviti
yang berbentuk akademik yang mampu menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ke arah perkembangan pendidikan.Selaindaripadaitu, murid juga
dapat bersedia untuk Karnival Bahasa Tamil Peringkat Daerah.
KARNIVAL BAHASA TAMIL 2019

4.0 OBJEKTIF

 Mengaplikasikan segala ilmu dalam kelas bagi meningkatkan pemahaman dalam Bahasa
Tamil.
 Mensasarkan peningkatan peratusan dan gred purata bagi matapelajaran Bahasa Tamil
pada ujian dan peperiksaan akan datang.
 Menimbulkan minat dalam matapelajaranBahasa Tamil.
 Menguji kemahiran murid dalam Bahasa Tamil.
 Mencungkil bakat murid .

5.0 KUMPULAN SASARAN : Murid-murid tahap dua.

6.0 JUMLAH PESERTA : 15 orang murid

8.0 JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM KARNIVAL BAHASA TAMIL 2018

Penasihat : Pn.A.Theresa( GuruBesar)


KARNIVAL BAHASA TAMIL 2019

Pengerusi : En.Ravi (GPKkurikulum)

NaibPengerusi : PN.Sumadi ( GK Hem)

Setiausaha : Pn.P.Srivithyavathy (Ketua Panitia Bahasa Tamil)

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN

Siaraya : En.Prabu

Hadiah : Pn.Jayanthi

Jurugambar : En.Amirul

Pengacara Majlis : Pn.Kalaivaani

Persediaan Gimik : Pn.Priya ,Pn.Priya, Pn.Sutha

Banner : En.Sathya dan Pn.Sri

Disiplin : Semua Guru

Sijil : Pn.Sumathy

Borang Markah : Pn.Menaga

Persembahan : Cik.Veeno

10.0 JADUAL PELAKSANAAN MINGGU BAHASA TAMIL 2019

TARIKH AKTIVITI/ NAMA GURU MASA


PERTANDINGAN

17.05.2019 Perasmian Semua guru 7.15 am- 7.45am


KARNIVAL BAHASA TAMIL 2019

Tahap 2 Hakim
21.05.2019 Pertandingan Pn.Saras 12.00pm -12.50 am
(Selasa) Mengarang Esei (Ketua Hakim)
Cik.Veeno
Pn.Sumathy
Pn.Sutha (Penjaga
Masa

Hakim
24.05.2019 Tahap 2 Pn.sumadi 8.00pm -9.00 am
(Jumaat) Syarahan (Ketua Hakim)
Pn.Kasturi
Pn.Priya
Cik.Nokal (Penjaga
Masa

24.05.2019 Tahap 2 Hakim


(Jumaat) Pertandingan Pn.Sumadi
Mendeklamasi (Ketua Hakim) 9.00 pm -10.00 am
Sajak Pn.Menaga
Pn.Jayanthi
Pn.Kalai (Penjaga
Masa

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

 Yuran khas sekolah

12.0 ANGGARAN KOS

12.1 Hadiah
KARNIVAL BAHASA TAMIL 2019

PERKARA KOS PERBELANJAAN


JumlahPertandingan

Tahap 2 = TempatPertama : 5 X RM10.00 =RM 50.00

5 Pertandingan Tempatkedua : 5 X RM6.00 = RM 30.00

Tempatketiga : 5 X RM 4.00 = RM 20.00

Banner : RM 100

Beloon : 50 x 0.50 sen = RM25

Pop-up : 2 x 20 = RM40

Jumlah = RM 265.00

Anggaran perbelanjaan hadiah adalah sebanyak RM 265 di bayar menggunakan yuran khas
Ko-kurikulum sekolah

13.0 PENUTUP

Secara keseluruhanya ,diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta
mendapat kerjasama dari semua guru dan mencapai objektif yang telah ditetapkan untuk
kecemerlangan murid.

Disahkan oleh
Disediakan oleh,
_____________________ ___________________________

(Pn.P.Srivithyavathy) (Pn.A.Theresa)
KetuaPanitiaBahasa Tamil Guru Besar,
SJK(T) Ladang Edinburgh SJK(T) Ladang Edinburgh
KARNIVAL BAHASA TAMIL 2019

Anda mungkin juga menyukai