Anda di halaman 1dari 10

GOTONG ROYONG PERDANA

SEKOLAH KEBANGSAAN P0S PERWOR


31100 SG SIPUT (U) PERAK

TARIKH : 17 OGOS 2018 (JUMAAT)


MASA : 08.00 PAGI-12.30 TENGAHARI
TEMPAT : PRASEKOLAH SK POS PERWOR
JALINAN KASIH PRASEKOLAH/GOTONG ROYONG PERDANA 2018

PENGENALAN

Program Jalinan Kasih Prasekolah ini adalah program di mana ibu,bapa atau
penjaga murid prasekolah akan bergotong royong membersihkan kawasan persekitaran
tempat anak mereka menimba ilmu. Ini adalah bertujuan menggalakkan penyertaan ibu
bapa dan penjaga mengambil berat terhadap persekitaran anak mereka belajar.

RASIONAL

Program ini amatlah diperlukan supaya ibu bapa dan penjaga dapat bersama
sama dengan guru menjaga persekitaran kelas prasekolah.

OBJEKTIF

Ibu bapa penjaga dapat:


1.Menyediakan persekitaran yang selesa untuk anak-anak mereka menimba ilmu.
2.Bercampurgaul dan berkomunikasi dengan ibu bapa penjaga
3.Meningkatkan motivasi dan jatidiri di dalam diri murid-murid.
Kumpulan Sasaran

Ibubapa dan penjaga murid-murid prasekolah.

Tarikh

17 Ogos 2018 ( Jumaat )

Tempat

Persekitaran Kelas Prasekolah SK Pos Perwor.

Sumber Kewangan

Wang PCG Prasekolah


ANGGARAN PERBELANJAAN
ITEM HARGA
1. PERBELANJAAN MAKANAN & MINUMAN
Nasi Lemak RM 2.00 x 30 orang RM 60.00
Ketulan Ais Batu RM 2.50 x 2 RM 5.00
Bekas Makanan & Cawan Plastik RM 10.00 x 1 RM 10.00
Uncang Teh RM 5.00 x 1 RM 5.00
Kuih Muih RM 0.40 x 60 RM 24.00
Air Mineral RM 1.00 x 30 RM 30.00

2. LAIN-LAIN
Plastik Sampah RM10.00 x 1 RM 10.00
Cangkul Kecil RM 5.00 x 5 RM 25.00
Gunting Besar RM 20.00 x 1 RM 20.00
Simen RM 30.00 x 1 RM 30.00
Pengecat Kilat RM 15.00 x 10 RM 150.00
Pagar Plastik RM 5.00 x 12 RM 60.00
Berus RM 5.00 x 5 RM 25.00
Paku 3 inci RM 2.00 x 50 batang RM 100.00
3. JUMLAH PERBELANJAAN RM 554.00

SUMBER PERBELANJAAN

1. WANG PCG PRASEKOLAH RM554.00

JUMLAH RM554.00
JALINAN KASIH PRASEKOLAH 1/2018

ATURCARA MAJLIS

Masa Perkara

08.30 pagi Murid-murid dan ibubapa berkumpul di kelas prasekolah

08.45 pagi Sarapan pagi

09.00 pagi Taklimat ringkas oleh guru

09.15 pagi Semakan hasil kerja murid oleh ibubapa penjaga

09.30 pagi Pengajaran dan Pembelajaran bersama ibu bapa penjaga

10.15 pagi
Kuiz Uji Minda

10.40 pagi
Pertandingan Mewarna Poster Hari Guru

11.15 pagi
Jamuan Ringan

11.40 pagi
Penyerahan Anugerah Bulanan dan Cenderahati & Majlis
Penutup

12.00 tengahari Majlis selesai


Penutup

Kesimpulannya ,dengan pengisian program ini dapat memberi motivasi dan galakan
kepada murid-murid untuk menambah baik mutu dan tahap potensi individu masing-
masing. Ibu bapa penjaga juga dapat berinteraksi dengan guru dan anak masing-
masing dan mengalami sendiri proses PDP yang dijalankan ketika sessi persekolahan
berlangsung.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh:

…………………………….

(MOHD RASSIDEE BIN MOHD RASID)

Panitia Prasekolah
SK Pos Perwor

Di semak oleh:

………………………………..

(EN CHE AZNAN BIN BAKAR)

Penolong Kanan Pentadbiran


SK Pos Perwor

Diluluskan oleh:

………………………….

(KHAIRUL ANUAR B HASHIM)

Guru Besar SK Pos Perwor


LAPORAN PROGRAM YANG TELAH DIJALANKAN.

IMPAK PROGRAM

1. Kehadiran Murid Prasekolah mencatatkan sedikit peningkatan daripada purata


20 orang murid kepada 21 orang murid selepas program ini dijalankan.
2. Kehadiran ibubapa amat menggalakkan. Hanya seorang murid yang tidak
diwakili oleh ibubapa. Ini menunjukkan program ini mendapat sokongan daripada
ibubapa penjaga.
3. Ibubapa penjaga dapat mengetahu prestasi semasa anak masing-masing dan
dapat membantu mereka mengulangkaji ketika berada di rumah
4. Kerjasama dan hubungan pihak sekolah dan ibubapa penjaga menjadi erat dan
persefahaman dapat diperkukuhkan melalui komunikasi dua hala.

LAMPIRAN BERGAMBAR

1. Ibu bapa dan penjaga menyemak fail hasil kerja anak masing-masing.
2. Ibu bapa dan penjaga membantu anak masing di dalam satu tugasan yang diberikan oleh
guru.

3. Ibu bapa dan penjaga membantu anak masing-masing di dalam satu pertandingan mewarna
yang dianjurkan.
4. Sedikit jamuan ringan disediakan untuk ibu bapa dan penjaga.

5. Guru besar, En Khairul Anuar Bin Hashim diiringi Guru Penolong Kanan HEM, En Zulkefli Bin
Abdullah Thani menyampaikan hadiah bagi pertandingan mewarna kepada adik Along Kania
Binti Kamal.
6. Guru besar, En Khairul Anuar Bin Hashim memberikan ucapan penutup sebagai tanda
selesainya program pada kali ini.

7. Ibubapa penjaga bergambar bersama pihak pengurusan sekolah sebagai tanda kejayaan
program ini.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh:

En Mohd Rassidee Bin Mohd Rasid En Khairul Anuar Bin Hashim

Ketua Panitia Prasekolah Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai