Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Dalam masyarakat era informasi, faktor jarak dan masa tidak lagi menjadi
penghalang untuk mencapai sesuatu maklumat. Oleh yang demikian rangkaian
komputer menjadi sangat penting untuk membantu dalam memperolehi dan
memberikan maklumat atau data dalam masa yang singkat. Rangkaian
komputer membolehkan penggunanya mendapat maklumat dengan komputer
peribadi melaui rangkaian setempat ( LAN ) sehingga ke rangkaian
antarabangsa (Internet).

Definasi Rangkaian

Rangakaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan


komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya.
Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CD-
Rom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat
dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra
merah atau satelit.

KEBAIKAN MENGGUNAKAN RANGKAIAN (NETWORKING)

 Berkongsi Fail

Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.

 Menimdahkan Fail
Memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain.
 Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan kos
Memudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll.
Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.

 Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan data


Data-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi.
Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.

 Berkongsi Pencetak, Pengimbas, CD-Rom dll


Pencetak atau CD-Rom yang terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua
pengguna yang mengunakan komputer lain.

 Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)


Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

Hsm2020 18/2/2020

Anda mungkin juga menyukai