Anda di halaman 1dari 14

Maksud

rangkaian (networking) ialah menghubungkan komputer untuk berkongsi maklumat dan sumber. Ia juga merupakan teknologi yang berubah dan begitu kompleks. Banyak yang boleh dibuat untuk menyambungkan perkakasan seperti mesin pencetak, komputer dan lain-lain. Ia juga dapat menghubungkan perisian dari satu komputer ke komputer yang lain.

Rangkaian

Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lainlain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi.

Berikut adalah beberapa kelebihan rangkaian komputer: Perkongsian Maklumat Perkongsian Sumber Perkakasan Perkongsian Sumber Perisian Utusan Elekronik (E-Mail) Keselamatan Data

Perkembangan rangkaian
Rangkaian

bermula dengan binaan yang kecil, dengan penyambungan lebih kurang sepuluh komputer dan satu pencetak. Teknologi yang wujud pada masa itu menghadkan bilangan komputer yang disambung dan panjang kabel komunikasi yang boleh dibenarkan dalam rangkaian. Di awal tahun sembilan puluhan kabel komunikasi boleh ditarik sejauh kirakira 600 kaki dengan penyambungan sebanyak lebih kurang 30 komputer sahaja. Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan pada awal tahun 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Rangkaian yang paling besar ialah internet.

Asas rangkaian adalah mudah;iaitu menghubungkan dua komputer atau lebih melalui wayar atau tanpa wayar (wireless).Ia dapat memudahkan pengguna untuk berkongsi data dengan kadar yang pantas dan efisyen. Dengan rangkaian juga, pengguna dapat berkongsi perkakasan seperti printer, scanner, mesin fax dan sebagainya.Oleh itu, sesuatu kumpulan atau organisasi yang ramai tidak perlu untuk membeli begitu banyak perkakasan pejabat, hanya perlu menyambungkan sahaja. Dengan ini dapat menurunkan kos pembelian barangan atau perkakasan yang penting.

Contoh diagram

PAN,adalah

seseorang yang berkomunikasi dengan alatan komputer termasuklah telephone bimbit, 3G, atau sebagainya yang boleh disambungkan ke alatan komputer.

Contoh diagram:

Rangkaian

komputer MAN lebih besar sedikit dari LAN kerana kebiasaannya menjangkau kawasan yang besar seperti kawasan bandar atau pekan.

Rangkaian komputer yang paling meluas adalah WAN kerana ia menjangkau keseluruhan kawasan bumi. Ia meliputu PAN, LAN dan MAN, menghubungkan kesemua kawasan untuk berkomunikasi. Ia jauh berbeza dengan Rangkaian komputer yang lain kerana ia tiada had rangkaian seperti yang ada pada rangkaian komputer yang lain.WAN boleh menghantar data, audio dan video pada jarak yang jauh sehingga merangkumi sebuah negara atau benua atau seluruh dunia.

Ketika

rangkaian di bina, banyak masalah timbul untuk menghubungkan segala perkakasan dan alatan yang berlainan jenis. Dengan ini, Network Protokol di bina untuk memudahkan segala peralatan terutama komputer dapat berkomunikasi dengan baik. Network protokol pula mempunyai banyak jenis, seperti NerBEUI, IPX/SPX, NetLink dan TCP/IP. Kebanyakan protokol yang digunakan adalah TCP/IP. Komputer terkini sudah sedia ada perisian ini bagi membolehkan ia berkomunikasi dengan baik.

Dua

Jenis Rangkaian yang di gunakan sekarang iaitu peer-t0-peer (p2p) dan server-based (Client/server). Jenis rangkaian p2p ini tidak menggunakan pihak di tengah yang mengawalnya.

Maklumat atau data hanya boleh dikongsi di antara komputer dalam rangkaian sahaja. Jenis rangkaian server-based pula menggunakan satu pelayan yang akan melayan kehendak atau pemintaan dari pengguna. Dengan ini, semua pengguna akan di smbungkan terus ke pelayan dan pengguna masih boleh berkomunikasi dengan pengguna yang lain.

BUKU: Parag Diwan,Etc.(2001).Computer Networks And ECommerce, Pentagon Press Publisher,New Delhi,India. Tan Kwan Sim.(1984).Pengaturcaraan komputer dengan basic, Federal Publications Sdn Bhd,Petaling Jaya,Selangor. Zaini Md Jana.(1986).Mengenali Sistem Komputer, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd,Petaling Jaya,Selangor.

LAMAN WEB: http://www.asas rangkaian computer.com ATAS TALIAN:28 julai 2012 http://www.computer networking.com ATAS TALIAN:28 Julai 2012

Akhirnya saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada; Pensyarah TM iaitu,En. Zakaria Hasbullah atas nasihat beliau bagi menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pihak pusat sumber IPG kampus Tengku Ampuan Afzan yang menyediakan buku-buku rujukan berkaitan tentang tajuk tugasan saya. Kedua-dua ibu bapa saya ,atas bantuan kewangan mereka untuk menyempurnakan tugasan ini dengan baik. Tidak ketinggalan juga, rakan-rakan saya dari unit BM ambilan jun 2012 yang memberi maklumat serta kerjasama kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai