Anda di halaman 1dari 3

BM Tahun 2 : Petikan Pemahaman

Bacakan petikan di bawah. Kemudian, jawap soalan-soalan berikut.

Halim kawan baik saya. Nama ibunya Aminah, dia seorang guru. Ibu Halim seorang
yang baik hati dan penyayang. Dia sentiasa menjaga Halim dan keluarganya dengan penuh
kasih sayang. Pada masa lapang, Halim akan mendengar cerita daripada ibunya. Halim
sentiasa belajar bersungguh-sungguh kerana dia ingin menjadi orang yang pandai dan
membalas jasa ibunya apabila dewasa.

1. Siapakah nama ibu Halim ?

Nama ibu Halim ialah ______________________________________ .

2. Apakah pekerjaan ibu Halim ?

Ibu Halim seorang _________________________________________ .

3. Bagaimanakah ibu Halim menjaga Halim dan keluarganya ?

Ibu Halim sentiasa menjaga Halim dan keluarganya dengan _____________________

_____________________________________________________ .

4. Bilakah Halim akan mendengar cerita daripada ibunya ?

______________________________________ Halim mendengar cerita daripada


ibunya.

5. Mengapakah Halim belajar bersungguh-sungguh ?

Halim belajar bersungguh-sungguh kerana ________________________________

______________________________________________________________.
BM Tahun 2 : Petikan Pemahaman

Bacakan petikan di bawah. Kemudian, bulatkan jawapan yang betul.

Jia Jia tinggal di Taman Damai. Pada hari Sabtu yang lalu, Jia Jia dan keluarganya telah
bergotong-royong membershikan halaman rumah mereka.
Ayah Jia Jia memotong rumput. Abang menyapu dau-daun kering. Kakak menyiram
pokok bunga. Jia Jia dan adiknya pula mencuci longkang dan mengelap tingkap. Datuk Jia
Jia sudah tua, dia berehat di kerusi.
Setelah siap mengemas ruang tamu, ibu dan nenek menyediakan makanan yang sedap
untuk mereka. Mereka berasa sungguh gembira kerana halaman rumah mereka menjadi
bersih dan cantik.

1. Di manakah Jia Jia tinggal ?


A. Taman Damai
B. Taman Aman
C. Taman Sentosa

2. Bilakah mereka bergotong royong membersihkan halaman rumah ?


A. Pada hari Ahad yang lalu.
B. Pada hari Sabtu yang lalu.
C. Pada hari Selasa yang lalu.

3. Siapakah yang berehat di kerusi ?


A. Nenek
B. Datuk
C. Ibu

4. Apakah yang dilakukan oleh Jia Jia dan adiknya ?


A. Memotong rumput dan menyapu daun-daun kering.
B. Menyiram bunga dan memotong rumput
C. Mencuci longkang dan mengelap tingkap

5. Mengapakah mereka berasa gembira ?


A. Kerana halaman rumah mereka kotor.
B. Kerana halaman rumah mereka besar.
C. Kerana halaman rumah mereka bersih dan cantik.

Anda mungkin juga menyukai