Anda di halaman 1dari 2

SKETSA SUDIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Guru Obor Hemah Menyinari Pertiwi. Kami
mewakili guru-guru tahun 6 akan mempersembahkan sebuah sketsa yang bertajuk SUDIN.
Terimalah !

Sudin merupakan anak tunggal yang sangat nakal dan sering menjadi ikutan murid-murid
yang lain.

BABAK 1.

Suasana di kawasan kampung pada waktu petang.

(muzik latar kawasan kampung)

BABAK 2:

Suasana bising di dalam kelas ketika sesi pertukaran guru subjek. Kali ini merupakan waktu
ilmu hisab dan sukan rakyat.

(MUZIK LATAR SUASANA BISING DI DALAM KELAS)

(bunyi loceng kelas bertukar)

Sudin dan kawan-kawan mandi di sungai.

(muzik latar kawasan sungai dan air terjun)

Ketika sedang berseronok mandi-manda di sungai, ketua kelas Sudin yang tidak turut serta
telah memberitahu guru sukan rakyat tadi bahawa Sudin dan rakan-rakannya telah keluar
untuk mandi di sungai. Sudin dengan bangganya telah menunjukkan pelbagai aksi renang
di sungai. Tiba-tiba ….

(ustaz masuk)

Sudin yang terkejut dengan kehadiran gurunya berlari lintang - pukang bersama Mat kawan
baiknya itu. Namun tiga murid perempuan yang ketakutan masih kaku berdiri di dalam
sungai. Mereka dimarahi oleh guru sukan rakyat. Mereka pulang dengan perasaan kesal.

BABAK 3

Pada keesokkan hari, Sudin dan ibunya dijemput oleh guru disiplin untuk menghadapnya
berkaitan dengan kes kesalahan disiplin.

(muzik suspen)

(bunyi rotan)
Babak 4

Sudin menyesal dengan perbuatannya.

(Muzik sentimental)
Guru, maafkan aku…
Kini aku baru tersedar perjuanganmu itu guru (semua guru yang berlakon naik ke pentas)
Aku tersedar bahwa aku nakal guru
Aku melalaikan tugasmu
Aku membantahmu
Aku mengabaikan nasihatmu

(Sudin meminta maaf dengan guru)

Guru, maafkan aku…


Maafkan aku yang nakal padamu guru
Aku tak ada apa-apa tanpamu
Aku tak bisa membaca tanpamu
Aku tak bisa menulis tanpamu
Aku tak dapat berbicara di atas mimbar tanpamu
Aku tak beradab tanpa teladanmu

Guru, maafkan aku…


Disaat kau mendoakan muridmu yang nakal ini
Aku sedikitpun tak pernah mendoakanmu
Disaat suaramu lantang didepan papan tulis
Aku sibuk melukis

Guru, maafkan aku…


Begitu egonya diriku tak mau mendengar nasihatmu
Betapa kerasnya diriku dulu ingin mengajak berkelahi denganmu

Guru, maafkan aku…


Aku tak pantas mendapatkan ilmumu
Dibanding dengan kenakalankuAku tak pantas mendapatkan maafmu
Tapi aku juga tak mau jauh dari telaga ilmumu

Guru…
Sekali lagi maafkan aku…

SEKIAN TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai