Anda di halaman 1dari 56

BAB I

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Projek ini merupakan satu latihan ilmiah untuk mempraktikkan pengetahuan


dan kemahiran berkaitan dengan bidang berdasarkan kepada pengalaman dan
kemahiran yang dimiliki oleh calon. Ia perlu dilaksanakan oleh setiap individu bagi
memenuhi syarat untuk penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang
Diploma Pengaturcaraan Pangkalan Data. Sebagai tenaga pengajar di Kolej
Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan menganugerahi Diploma
Kemahiran Vokasional Malaysia kepada pelajar-pelajarnya, adalah menjadi
keperluan kepada saya sebagai Pegawai Pentaksir bagi mendapatkan pengiktirafan
Diploma Kemahiran Malaysia ini.

Pelaporan Projek ini perlu di laksanakan oleh setiap individu bagi memenuhi
prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Setiap individu diberi kebebasan untuk melaporkan projek yang telah dihasilkan.
Dalam masa yang sama juga, projek yang dipilih mestilah mengandungi segala
elemen-elemen yang terkandung dalam NOSS dalam bidang IT-121-5:2011.

1
1.2 LATAR BELAKANG ORGANISASI

Kolej Vokasional Sungai Petani 1 merupakan kolej vokasional rintis yang


mula beroperasi pada bulan September 1991 dengan nama Sekolah Menengah
Vokasional Sungai Petani 1. Sekolah Menengah Vokasional Sungai Petani 1 terletak
di kawasan seluas 41 ekar di Lot 82, Kampung Sungai Tukang, Sungai Petani, Kedah
Darulaman melalui projek pembangunan seluas 41 ekar ini dibiayai oleh Bank
Pembangunan Asia berjumlah RM 37 juta.

Sekolah ini telah menawarkan 3 kursus aliran vokasional iaitu Amalan


Bengkel Mesin, Kimpalan dan Pengaturcaraan Komputer. Semua pelajar akan
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional) SPMV. Namun, pada
tahun 2012 di bawah program Transformasi Pendidikan Vokasional, sekolah ini telah
dinaik taraf ke Kolej Vokasional Sungai Petani 1 (Rintis) bersama-sama dengan 15
buah KV yang lain di seluruh Malaysia. Kurikulum baru pendidikan vokasional ini
mempunyai spesifikasi dan standard yang diiktiraf oleh pelbagai agensi dalam dan
luar negara. Selain itu, kurikulum yang akan dikenali sebagai Kurikulum Kolej
Vokasional (KKV) itu merangkumi elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan,
kemahiran insaniah dan kemahiran teknologi yang digabung jalin dengan keperluan
industri serta badan profesional.

Melalui perubahan tersebut, empat program utama telah ditawarkan iaitu


Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Sistem Pengurusan
Pangkalan Data dan Aplikasi Web dan Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian.

1.3 PENGENALAN PROJEK

Pada masa kini, kecanggihan teknologi maklumat secara tidak langsung telah
menggalakkan penggunaan aplikasi yang berteraskan mekanisma elektronik.
Langkah ini merupakan satu pendekatan positif yang dapat meningkatkan prestasi
sesebuah organisasi.
2
Projek School Enterprise (SE) Kolej Vokasional Sungai Petani 1 adalah
bertujuan untuk memenuhi tuntutan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam
Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV). School Enterprise (SE) merupakan
satu kaedah mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran murid dengan persekitaran
sebenar (alam pekerjaan) untuk melahirkan murid yang kreatif, inovatif, produktif,
berdaya saing dan berdikari (self-sustaining).

Unit Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web (SPPDAW) telah
menerapkan prinsip dan amalan keusahawanan kepada pelajar di samping mendapat
latihan dan pendidikan formal dengan membuat jualan gajet-gajet terkini seperti
power bank, thumb drive, speaker dan lain-lain dikalangan warga KVSP1 dan orang
luar.

1.4 PENYATAAN MASALAH

Sistem pengurusan maklumat amat dititik berat supaya pelaksanaan


sesebuah organisasi dapat berjalan dengan lancar. Berdasarkan kepada keadaan
semasa, mengaplikasikan teknologi maklumat di dalam kerja-kerja seharian
merupakan salah satu keperluan pembangunan sistem berkomputer.

Sistem sedia ada masih menggunakan sistem pengrekodan secara manual dan
disimpan di dalam fail. Jualan yang memberangsangkan memyebabkan kesukaran
untuk menyemak data dan maklumat jualan dan belian secara sistematik. Oleh itu,
maklumat yang hendak disimpan berkemungkinan hilang. Selain itu, terdapat
pelbagai masalah yang timbul dan menyukarkan semua pihak untuk mencapai
maklumat dan menyemak sekiranya diperlukan dengan kadar segera.

Oleh itu, Sistem Inventori Jualan School Enterprise Unit SPPDAW atau
Cyber e-Inventory dibangunkan untuk merekod maklumat barang masuk dan yang
dijual, menyediakan penyimpanan data serta status barang-barang jualan, data
pengguna-penggunanya dan penjanaan laporan. Cyber e-Inventory merupakan sistem
3
berasaskan web akan diaplikasikan pada unit Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan
Aplikasi untuk mempertingkatkan produktiviti dalam merekodkan maklumat jualan
School Enterprise.

1.5 OBJEKTIF PROJEK

Objektif projek perlu dikenalpasti agar sistem yang dibangunkan menepati


keperluan dan kehendak pengguna. Oleh itu, lima objektif utama telah dikenalpasti
dalam pembangunan Cyber e-Inventory iaitu:
• Mengenal pasti keperluan pengguna dan kehendak organisasi dalam
pembangunan sistem.
• Merancang pembangunan aktiviti reka bentuk pangkalan data .
• Melaksanakan reka bentuk pembangunan pangkalan data dengan
menggunakan Rajah Model Perhubungan Entiti.
• Merancang reka bentuk pangkalan data dengan mencipta struktur pangkalan
data dan penormalan pangkalan data.
• Menghasilkan laporan pembangunan reka bentuk pangkalan data berdasarkan
format laporan dan panduan organisasi.

1.6 KEPENTINGAN PROJEK

Sistem Cyber e-Inventory yang dibangunkan ini adalah bertujuan


memudahkan pengurusan dan pentadbiran unit SPPDAW dalam menguruskan
maklumat inventori. Ini bermakna, sekiranya sesuatu masalah yang tidak diduga
pada sistem manual, pihak pengurusan masih mampu untuk mendapatkan maklumat
dengan mudah. Justeru, memang tidak dapat dinafikan sistem yang dibangunkan
memainkan peranan penting di dalam meningkatkan prestasi dan produktiviti kolej.

Sistem ini dibangunkan untuk merekod maklumat inventori dengan lebih


sistematik. Melalui sistem ini juga, kesilapan biasa seperti kesukaran memahami
4
tulisan tangan, kehilangan rekod dan kesukaran mencari rekod dapat dielakkan.
Selain itu, maklumat inventori dapat direkod ke dalam satu pangkalan data.

Pembangunan sistem ini dilihat sebagai satu perkara yang amat diperlukan
bagi sesebuah organisasi pada masa kini dan pada masa akan datang. Sistem ini juga
diharapkan dapat menjadi contoh untuk digunakan di dalam aspek lain.

Walaubagaimanapun, sistem Cyber e-Inventory bukanlah bertujuan untuk


menggantikan secara sepenuhnya sistem manual yang sedia ada. Pembangunan
Cyber e-Inventory akan menjadikan data-data dan maklumat inventori dapat diurus
dengan baik dengan penggunaan sistem maklumat.

1.7 SKOP KAJIAN

Untuk sisitem ini, ia dibangunkan untuk diguna pakai di unit SPPDAW Kolej
Vokasional Sungai Petani 1. Pengguna sistem ini boleh dibahagikan kepada dua
pengguna iaitu pengguna biasa, dan pengguna tadbir. Untuk pengguna biasa, mereka
hanya dapat melihat, merekod dan membuat carian untuk melihat data sahaja,
manakala untuk pengguna tadbir, mereka bukan sahaja dapat membuat carian dan
melihat data malah mereka juga boleh menambah data, mengemaskini data, dan
menghapuskan data.

Untuk keselamatan, pengguna tadbir perlu mendaftarkan akaun mereka dan


untuk menggunakan sistem ini mereka perlu memasukkan nama dan kata laluan
mereka terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan sistem inventori jualan ini.
Sistem ini hanya merekod maklumat barang jualan, menyediakan penyimpanan data
serta status barang-barang jualan, data pengguna-penggunanya dan penjanaan
laporan.

Selain itu, satu pembangunan sistem pangkalan data akan disediakan


berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpul. Seterusnya penilaian ke atas
5
sistem pangkalan data tersebut akan dibuat untuk melihat ketepatan dan
keberkesanannya. Sistem prototaip akan dibangunkan bertujuan mengatasi masalah-
masalah yang biasa dihadapi.

1.8 RINGKASAN

Sistem Cyber e-Inventory yang telah dibangunkan adalah merupakan salah


satu alat bantu dalam proses inventori. Kajian dan analisa masalah telah dilakukan
untuk mengenalpasti masalah yang wujud dalam sistem semasa. Dengan melakukan
aktiviti penganalisaan, objektif sistem dapat dibangunkan dan skop masalah juga
telah ditentukan agar kerja pembangunan dapat berjalan lancar. Metodologi prototaip
telah digunakan untuk membangunkan sistem kerana ia amat bersesuaian dengan
pembangunan yang singkat disamping melibatkan kos yang kurang.

6
BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian literatur penting dalam pembangunan projek sistem maklumat. Ini


kerana, kajian literatur dapat membantu projek yang akan dibangunkan adalah selari
dengan objektif dan skop projek. Oleh itu, bab ini akan menghuraikan keperluan
dalam mereka bentuk sebuah pangkalan data. Peringkat pertama untuk sesuatu sistem
maklumat atau pangkalan data ialah mengenal pasti keperluan pengguna dan
keperluan maklumat.

2.2 LATAR BELAKANG

2.2.1 Perlaksanaan Sistem Inventori Semasa

Sebelum memulakan pembangunan sistem, satu kajian telah dijalankan untuk


mengetahui cara-cara perlaksanaan sistem inventori semasa. Daripada kajian yang
dibuat, didapati tahap perlaksaan inventori tidak berasaskan komputer. Perlaksanaan
inventori ini bermula apabila penyelia jualan menguruskan jualan dan belian gajet
School Enterprise Unit SPPDAW secara manual dan maklumat hanya disimpan di
dalam fail inventori sahaja.

7
Semua maklumat diisi melalui borang-borang yang dihasilkan untuk proses
kemasukan data untuk mengeluarkan laporan. Penyelia jualan akan menerima
barang-barang yang dipesan dengan mengesah dan memperaku serahan barang-
barang oleh pembekal. Kemudian menyimpan stok mengikut kaedah dan lokasi-
lokasi yang ditetapkan dengan menggunakan ruang stor secara optimum. Beliau juga,
mengeluarkan stok mengikut keperluan pelanggan dan menyelenggara rekod-rekod
bagi setiap transaksi keluar masuk stok secara tepat, teratur dan kemaskini. Akhir
sekali, penyelia jualan juga perlu merancang dan mengurus untuk menambah stok
bagi memastikan kedapatan stok mengikut paras yang ditetapkan

2.2.2 Pembangunan Sistem Cyber e-Iventory

Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi atau ICT – Information &


Communication Technology iaitu penggabungan antara teknologi komputer dan
sistem komunikasi yang semakin berkembang pesat pula merancakkan lagi proses
pemodenan ini. Sama ada disedari atau tidak, manusia masa kini sukar untuk
meneruskan penghidupan dan aktiviti seharian tanpa bantuan dan sokongan dari
teknologi-teknologi yang dinyatakan. Lantaran perkembangan teknologi tersebut
yang semakin pesat, penguasaan dalam bidang yang berkenaan juga telah menjadi
satu kemestian dalam arus perdana di zaman kemajuan, pembangunan dan
pemodenan ini. Suka atau tidak, kita harus sama-sama bergerak seiringan dengan
perkembangan ICT agar tidak terus ketinggalan.

Bidang ICT sebenarnya merangkumi banyak pecahan bidang yang boleh


dikaitkan dan dimanfaatkan kebanyakan orang tidak kira apa jua bidang pekerjaan
yang dilaksanakan. Salah satu pecahan bidang yang semakin mendapat perhatian dan
diberi keutamaan oleh masyarakat semasa ialah bidang Pengurusan dan
Pembangunan Sistem Pangkalan Data. Kepesatan pembangunan teknologi ini telah
menjanjikan satu bentuk penyimpanan data yang lebih mudah untuk diuruskan,
dicapai dan juga dipersembahkan kembali. Sistem penyimpanan data dan rekod
dalam bentuk fail dan kertas semakin dipinggirkan kerana sememangnya agak sukar
8
untuk disimpan, dikendalikan dan juga memerlukan masa dan tenaga yang maksima
untuk dicapai kembali apabila diperlukan.

Oleh itu, untuk pembangunan sistem Cyber e-Inventory dapat memudahkan


organisasi dalam penyimpanan data dan maklumat. Kerja-kerja pengauditan juga
dapat dilakukan dengan mudah. Jejak audit juga adalah sentiasa tepat. Faktor lain
termasuk kemudahan untuk sesiapa mencari dan mengetahui status bekalan dalam
simpanan. Sistem Cyber e-Inventory membolehkan penyelia jualan untuk
memastikan gajet jualan sentiasa ada sebelum berjumpa dengan pelanggan. Di
samping itu, mereka juga boleh menentukan kelancaran untuk memperolehi
barangan jika salah seorang penyelia jualan bercuti.

2.3 KONSEP SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA (SPPD)

Sistem Pengurusan Pangkalan Data (Database management System ataupun


DBMS) merupakan aplikasi perisian yang menguruskan data di dalam pangkalan
data. DBMS menyediakan ruang dan keperluan untuk pertukaran data kepada
maklumat, dan diperlukan untuk menyokong operasi dan keputusan pengguna.

Pengguna akan memasukkan data-data dan DBMS akan menukarkannya


kepada maklumat yang akan menjawab dan memenuhi permintaan pengguna
tersebut. Bagi memenuhi permintaan pengguna, DBMS boleh membuat proses
berikut untuk mengembalikan permintaan maklumat: menangkap (capturing),
mengenalpasti, mengklasifikasi, menyusun, meringkaskan, mengira, mendapatkan
kembali (retrieving), menghasilkan semula (reproducing) dan menyebarkan (Syal,
1999). Satu ataupun gabungan proses-proses tersebut boleh memberikan keputusan.
DBMS adalah perkakasan yang berkuasa yang membuatkan pangkalan data lebih
senang dan berkesan kepada penggunanya. Tambahan pula, ianya menyediakan
pandangan data yang berintegrasi supaya analisis boleh dilakukan dan keputusan
yang lebih tepat diperolehi oleh pengguna dalam masa yang singkat.

9
Satu rangka kerja kajian dibangunkan supaya kajian ini lebih teratur, terkawal
dan sistematik dalam menuju ke arah pencapaian objektif yang efektif dan efisien.
Proses yang dilakukan adalah seperti berikut:

Rajah 2.1: Proses kerja pembangunan sistem

2.3.1 Konsep Asas Model Data

Dalam sistem pangkalan data, DBMS adalah rekabentuk awalan (predesign)


pakej perisian yang digunakan untuk mengawal pengurusan dan pemprosesan data.
Sebagai hasilnya, rekabentuk sistem sepatutnya fokus kepada persembahan data di
dalam pangkalan data. DMBS yang baik akan memberikan hasil yang kurang
memuaskan sekiranya rekabentuk pangkalan data tidak betul, dan sebaliknya. Oleh
itu, kejayaan suatu sistem maklumat adalah sangat bergantung kepada persembahan
data melalui model data. Objektif utama DBMS adalah untuk menyediakan satu
platfom yang sesuai dan efisyen untuk digunakan dalam proses pengurusan data.

10
2.4 KEPERLUAN DALAM MEREKA BENTUK PANGKALAN DATA

Semasa membangunkan sistem pangkalan data, perbincangan rekabentuk


pangkalan data daripada peringkat rangka skema konseptual sehingga ke rekabentuk
fizikal adalah penting.

Rajah 2.2: Kesepadanan Model Data dengan 3 Paras Senibina

2.4.1 Rekabentuk Skema Konseptual

Skema konseptual adalah peringkat tertinggi menerangkan struktur pangkalan


data, mewakili semua keperluan data dan merupakan asas utama pangkalan data.
Terdapat empat strategi dikenalpasti oleh Batini et al.(1992) dalam merekabentuk
skema konseptual iaitu top-down, bottom-up, inside-out dan mixed. Dua strategi am
digunakan dalam membangunkan pangkalan data iaitu top-down dan bottom-up.
Rekabentuk skema konseptual pangkalan data untuk kajian ini akan diterangkan
dengan menggunakan model ER dalam strategi top-down dan model objek semantik
dengan strategi bottom-up.

11
2.4.1.1`Strategi Top-Down

Pembangunan secara top-down bermula daripada am ke khusus. Rekabentuk


bermula daripada mengkaji matlamat strategi dan keperluan maklumat oleh sesebuah
organisasi, kemudian sistem yang sesuai dibangunkan untuk membekalkan maklumat
kepada organisasi. Dengan model peringkat tinggi ini, pangkalan data dibangunkan
daripada satu konsep asas kepada peringkat yang lebih terperinci. Dari semasa ke
semasa, model peringkat tinggi akan ditukar kepada model peringkat lebih rendah
sehingga membentuk sistem pangkalan data yang lengkap (Kroenke, 1995). Rajah
2.3 menunjukkan peringkat strategi rekabentuk berdasarkan strategi top-down.

Rajah 2.3: Strategi top-down


Sumber: diubahsuai daripada Batini et al (1992), m.s. 67

Kebaikan strategi top-down ialah model data dapat distruktur dengan


perspektif secara global. Sistem ini dipercayai dapat menghasilkan antara muka
(interface) yang lebih baik, lebih konsisten dan memerlukan pengubahsuaian yang
minimum.

2.4.1.2 Strategi Bottom-Up

Strategi bottom-up bermula dengan konsep asas dan membangunkan kepada


konsep yang lebih kompleks. Keperluan strategi ini adalah bermula dengan konsep

12
bebas dan akhirnya dikumpul menjadi sebuah skema global. Rajah 2.4 menunjukkan
strategi bottom-up.

Rajah 2.4: Strategi bottom-up


Sumber: diubahsuai daripada Batini et al (1992), m.s. 69

Kebaikan strategi bottom-up ialah pembangunan lebih cepat dan kurang


risiko. Berbanding dengan strategi top-down yang sukar disiapkan rekabentuknya,
strategi bottom-up walaupun tidak semestinya menghasilkan sistem yang terbaik
tetapi dapat menghasilkan sistem dengan lebih cepat.

Kedua-dua strategi sesuai digunakan oleh model data entiti-hubungan (ER)


dan model objek semantik yang akan dibincangkan di bahagian seterusnya, namun
model ER lebih berkesan dengan menggunakan strategi pembangunan top-down
manakala model objek semantik lebih berkesan dibangunkan dengan strategi
pembangunan bottom-up (Kroenke, 1995).

2.4.1.3 Permodelan Data

Permodelan data adalah proses membentuk persembahan pandangan data


kepada pengguna.. Jika model data dibentuk kurang sesuai dengan keperluan
pandangan pengguna, mereka akan berasa pangkalan data susah diguna. Oleh itu,

13
Permodelan data adalah asas pembangunan pangkalan data dan aplikasi. Dua alat
permodelan data yang dibincangkan adalah model entiti-hubungan (entity
relationship model) dan model objek semantik (semantic object model).

2.4.1.4 Model Entiti-Hubungan

Model entiti-hubungan (Model ER) digunakan secara meluas dalam


rekabentuk konseptual pangkalan data. Model ini diperkenalkan pada tahun 1976
oleh Peter Chen, telah menjadi asas kepada model pangkalan data dan dikembangkan
penggunaannya oleh Chen dan pakar lain. Model ER digunakan untuk mentafsir,
memperinci keperluan dokumen untuk sistem pemprosesan data. Model ini dapat
menunjukkan struktur data keperluan pengguna secara menyeluruh. Beberapa konsep
digunakan dalam model ER adalah entiti, hubungan, atribut dan petunjuk.

2.4.1.5 Diagram Entiti – Perhubungan (ERD)

Diagram entiti – perhubungan (ERD) adalah gambaran grafik model


pangkalan data yang logikal. ERD menyediakan pandangan konsepsi objek sebenar
yang dipersembahakan di dalam pangkalan data dan bagaimana pertembungan
berlaku diantaranya. Kewujudan dan interaksi objek-objek ini digambarkan dengan
tiga komponen major diagram iaitu entiti-entiti, atribut-atribut dan perhubungan
(relationships).

Dalam diagram entiti-perhubungan, objek sebenar seperti manusia, tempat


dan acara dipersembahkan oleh entiti. Sementara, atribut adalah cirri-ciri entiti di
dalam diagram tersebut. Persekutuan antara dua atau lebih entiti pula di dalam ERD
digambarkan sebagai relationships. Entiti-entiti tersebut juga dikenali sebagai peserta
yang merupakan sebahagian daripada perhubungan. Entiti boleh menyertai lebih
daripada satu perhubungan bersama-sama dengan entiti yang lain.

14
2.4.1.6 Pergantungan Berfungsi (Functional Dependencies)

Pergantungan berfungsi adalah hubungan antara atribut. Katakan nilai satu


atribut diberi, kita dapat mencari atribut lain.

2.4.1.7 Penormalan (Normalization)


Jadual sesuatu pangkalan data sekiranya tidak mempunyai struktur yang
berkesan, pengubahan data mungkin mendatangkan kesan yang tidak diingini, yang
dirujuk sebagai pengubahan anomali (modification anomalies). Anomali dapat
dihapuskan dengan mendefinisi semula hubungan antara dua atau lebih atribut.
Proses ini adalah penormalan.

2.4.1.8 Model Objek Semantik

Tujuan utama aplikasi pangkalan data adalah membekalkan borang (form),


laporan (report) dan pertanyaan (query) supaya pengguna dapat memperoleh
maklumat yang diperlukan tentang entiti atau objek penting. Matlamat awal
pembangunan pangkalan data adalah membangunkan model data yang
mendokumentasikan benda yang boleh diwakili dalam pangkalan data, menentukan
ciri-ciri yang perlu disimpan dan mewujudkan hubungan antara mereka.

Model objek semantik diperkenalkan pada tahun 1988 berdasarkan konsep


dibangunkan oleh Codd, Hammer dan McLeod. Berbanding dengan model ER,
model objek semantik adalah lebih senang digunakan dan membenarkan spesifikasi
lebih terperinci. Model ini sesuai untuk rekabentuk bottom-up. Dalam model objek
semantik, entiti bagi model ER dirujuk sebagai objek semantik atau objek.

2.4.2 Reka bentuk Logikal

Model logikal yang biasa digunakan terbahagi kepada tiga kelas iaitu
relational, network dan hierarchical. Bahagian ini akan membincangkan model
logikal yang digunakan ialah model data hubungan (relational model).

15
2.4.2.1 Model Data Hubungan

Terminologi untuk model data hubungan diubah daripada hubungan


matematik, yang merupakan sumber teori kepada model ini. Ringkasan terminologi
ditunjukkan dalam Jadual 2.1.
Jadual 2.1: Terminologi Hubungan
Model Hubungan Pengaturcara Pengguna
Hubungan (Relation) Fail (File) Jadual (Table)
Tupel (Row) Rekod (Record) Baris (Row)
Atribut (Attribute) Medan (Field) Lajur (Column)
Sumber: Kroenke (1995)

2.4.3 Rekabentuk Fizikal

Rekabentuk fizikal merujuk kepada pelaksanaan pangkalan data ke dalam


ingatan sekunder dan menerangkan struktur penyimpanan dan kaedah pencapaian
berkesan dalam mencapai data semula. Skema pangkalan data dimulakan dengan
rekabentuk jadual, hubungan dan domain, kemudian diteruskan dengan aplikasi
rekabentuk pangkalan data (database application design).

2.5 TEKNOLOGI PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA


BERASASKAN WEB

Teknologi pengkomputeran yang terkini banyak membantu dalam


perkembangan pembangunan sistem. Salah satu teknologi terkini yang banyak
diaplikasikan dalam pembangunan sistem kini adalah teknologi web. sistem yang
dibangun berasaskan teknologi web melibatkan aplikasi Internet, intranet atau
extranet dalam pembangunannya. Kegunaan web dapat dilihat membantu
perlaksanaan sistem dari segi mendapatkan data dan maklumat dan disimpan
kedalam pangkalan data sistem.

16
2.5.1 Pre-Hypertext Processor

Pre-Hypertext Processor (PHP) merupakan bahasa pengaturcaraan server-


side HTML yang digabungkan bersama skrip. PHP menyokong beberapa
perkhidmatan rangkaian seperti IMAP, POP3, SMTP, HTTP, dan sebagainya.
Bentuk pengaturcaraan PHP merupakan bahasa pengaturcaraan generasi keempat
yang ditemui oleh Rasmus Lerdorf. Pada asalnya, kegunaan PHP tidak begitu meluas
kerana Rasmus Lerdorf hanya menggunkan perisian PHP untuk membangunkan
halaman webnya sendiri sahaja bagi memaparkan resume beliau secara atas talian.
Walau bagaimana pun, kegunaan PHP telah diperluaskan dan dikenali sebagai
Personal Home Page Tools. Justeru penggunaan PHP membolehkan pembangunan
Cyber e-Iventory bersifat interaktif dan laman web yang dinamik.

2.5.2 Pangkalan Data MySQL

MySQL merupakan satu pelayan pangkalan data hubungan yang melakukan


pemprosesan transaksi dengan melibatkan pemprosesan, mendapatkan kembali dan
menganalisis maklumat. Disebabkan keperluan masa depan terhadap sistem yang
dibangunkan, banyak data diperlukan hendak disimpan. Kaedah yang paling fleksibel
adalah dengan menghubungkan aplikasi dengan pangkalan data yang digunakan
dalam ANSI199 iaitu MySQL. Oleh itu, sistem pembangunan pangkalan data
hubungan seperti MySQL adalah sesuai digunakan kerana ianya direka bentuk untuk
menampung jumlah rekod yang banyak.

MySQL dipilih dalam pembangunan sistem ini kerana:

i. Sistem pengurusan pangkalan data yang mempunyai ciri-ciri dapat diskalakan


dan keboleharapan yang tinggi.
ii. Merupakan pangkalan data multi-threaded yang dapat menguruskan sehingga
32000 penyambungan pengguna per pelayan. Dijangkakan sebanyak 100
pangkalan data boleh digunakan pada masa yang sama.

17
iii. Saiz maksima ruang pangkalan data boleh mencapai 2 ribu juta jadual per
pangkalan data dengan maksima 250 lajur per jadual. Maksima baris per
jadual adalah bergantung kepada ruang cakera.

2.5.3 Konsep Pelayan/Pelanggan

Pendekatan pelayan-pelanggan sering digunakan oleh kebanyakan organisasi


kini. Teknologi pelayan-pelanggan bermaksud apa jua keadaan di mana suatu
aplikasi boleh digunakan secara serentak pada masa yang sama dan pada stesyen
kerja yang berlainan (Mallach, 2001). Salah satu versi pelayan-pelanggan yang
terkenal adalah teknologi Rangkaian Kawasan Setempat atau LAN. Teknologi LAN
memudahkan pengguna berkongsi perkakasan dan perisian yang ada pada komputer
yang berlainan.

Teknologi lain yang sering digunakan adalah Intranet. Intranet adalah


rangkaian dalaman bagi sesebuah organisasi dan capaian dari luar organisasi adalah
tidak dibenarkan. Kelebihan penggunaan teknologi pelayan-pelanggan adalah seperti
berikut (Mallach, 2001):

i. Teknologi pelayan-pelanggan membenarkan penggunaan perkakasan dan


perisian secara optimum. Secara tidak langsung kos terhadap perkakasan dan
perisian dapat dikurangkan.
ii. Pengubahsuaian terhadap pekakasan dan perisian hanya perlu dilakukan pada
komputer pelayan. Ini dapat mengurangkan sumber tenaga dan masa.
iii. Oleh kerana penggunaan teknologi pelayan-pelanggan semakin berkembang,
kebanyakan perkakasan dan perisian dibina adalah bersesuaian dengan
teknologi pelayan-pelanggan.

2.5.4 Penggunaan Teknologi Internet dan World Wide Web

Selain teknologi pelayan-pelanggan, teknologi Internet dan World Wide Web


(www) juga merupakan suatu keutamaan dalam pembangunan sesuatu perisian. Pada
18
masa ini, teknologi internet terkenal dalam sumber perolehan dan penyebaran
maklumat yang penting. Teknologi www juga memudahkan pengguna dalam
mencapai kepada pelbagai maklumat yang ingin diingini.

Rajah 2.5: Pandangan fizikal teknologi internet

Konsep World Wide Web atau ringkasnya www mula diperkenalkan kepada
umum pada tahun 1989, dan dicipta oleh Tim Berner-Lee dari persatuan European
Laboratory for Particle Physics. Tujuan www dibangunkan sebagai satu cara yang
memudahkan perkongsian maklumat. www ini merupakan jaringan rangkaian sistem
maklumat yang mempunyai fungsi dan kebaikan. Penggunaannya telah meningkat
dengan pesat dan telah mencetuskan revolusi sistem maklumat.

Kelebihan dalam menggunakan teknologi pelayan web adalah seperti berikut


(Mallach, 2000):

i. Seseorang pengguna boleh mencapai sistem dan data dari mana saja.
ii. Pengguna boleh mencapai pelayan web walaupun berada dalam platform yang
berbeza. Contohnya pelayan web yang menggunakan sistem pengoperasian

19
Windows masih boleh dicapai oleh komputer pengguna yang menggunakan
sistem pengoperasian yang lain.
iii. Ramai pengguna sudah mahir dengan teknologi web. Ini akan memudahkan
operasi sistem.

2.6 RINGKASAN

Bab II membincangkan tentang kajian literatur berkenaan dengan teknologi-


teknologi yang berkaitan dengan pembangunan sistem dan model-model yang
digunakan dalam membangunkan sistem inventori. Kajian ini perlu dilakukan kerana
sistem yang akan dibangunkan akan berasaskan persekitaran web dan ia
menggunakan model-model dan teknologi yang telah dibincangkan.

20
BAB III

METODOLOGI & PERANCANGAN PERLAKSANAAN PROJEK

3.1 PENGENALAN

Proses pembangunan sesebuah sistem memerlukan kepada perancangan kerja


yang sistematik. Perancangan kerja adalah penting bagi memastikan setiap sistem
yang dibangunkan memenuhi spesifikasi yang ditentukan terutama dari segi
spesifikasi keperluan. Bab ini akan menerangkan metodologi projek yang akan
digunakan, keperluan perkakasan dan perisian projek.

3.2 METODOLOGI PROJEK

Metodologi pembangunan projek sistem maklumat merupakan satu set


prinsip-prinsip am yang memberi panduan kepada pilihan kaedah yang sesuai kepada
satu spesifikasi projek. Secara amnya, metodologi membawa maksud garis panduan
yang menyeluruh untuk diikuti bagi menyelesaikan setiap aktiviti yang terdapat
dalam kitar hayat pembangunan sistem termasuk model, alatan dan teknik. (Sandra,
1996). Di dalam pembangunan projek ini, metodologi prototaip evolusi telah
digunakan sebagai panduan.

21
3.2.1 Justifikasi pemilihan Metodologi

Justifikasi pemilihan metodologi pembangunan projek dilakukan berdasarkan


perbezaan yang wujud antara model-model metodologi yang ada. Jadual 3.1
menunjukkan ringkasan perbezaan kelebihan dan kelemahan yang terdapat pada
model-model metodologi yang dikaji.

Jadual 3.1: Perbandingan Metodologi Projek


Model Kelebihan Kelemahan
Model i. Berupaya mengawal i. Sangat bergantung kepada
Prototaip keperluan pengguna yang strategi analisa keperluan.
Evolusi tidak tahu keperluan sebenar Masalah kritikal timbul
sesuatu sistem yang ingin apabila terdapat pengguna
dibangunkan. yang tidak dapat melihat
ii. Metodologi prototaip dapat keperluan utama
meningkatkan penglibatan pembangunan sesebuah
dan komitmen pengguna sistem.
dalam proses pembangunan ii. Masalah juga mungkin
sistem. timbul apabila pengguna
tidak berpuas hati dengan
hasil akhir sistem yang
dibangunkan.
Model Turutan i. Mudah digunakan keana i. Proses pembangunan
Linear / Air mudah difahami sistem sebenar seringkali
Terjun ii. Model yang tertua dan tidak dapat dilaksanakan
paling banyak digunakan mengikut setiap fasa
iii. Menawarkan template model ini.
aktiviti sedia ada untuk ii. Model ini menyukarkan
digunakan dalam proses pengguna untuk
pembangunan sistem menyatakan segala
keperluan pengguna

22
dengan tepat.
Model Rapid i. Masa pembangunan suatu i. semakin besar skala
Application sistem dapat dipendekkan sesuatu sistem semakin
Development ii. Kos pembangunan dapat ramai sumber tenaga
(RAD) dikurangkan diperlukan
iii. Dapat memenuhi permintaan ii. model RAD memerlukan
pelanggan yang memerlukan komitmen antara kedua-
sistem dengan cepat. dua pihak iaitu pihak
pembangun dan pihak
organisasi. Jika tidak,
model RAD akan gagal.

Berdasarkan perbezaan model-model ini, metodologi yang dipilih sebagai


metodologi pembangunan sistem Cyber e-Inventory adalah Prototaip Evolusi.

3.2.2 Metodologi Prototaip Evolusi

Prototaip Evolusi merupakan metodologi pembangunan aplikasi sistem yang


boleh direalisasikan dengan lengkap. Objektif pendekatan ini ialah untuk
menghasilkan satu sistem yang berfungsi kepada pengguna akhir. Bermula dengan
keperluan pengguna yang difahami dengan jelas, prototaip dibina dan dinilai
sehingga spesifikasinya dipenuhi sebelum diimplementasikan sebagai aplikasi akhir.

Fasa-fasa yang terlibat ditunjukkan seperti di dalam Rajah x di bawah.

23
Rajah 3.1: Carta alir prototaip evolusi

i. Kenalpasti keperluan utama


o Menganalisis keperluan pengguna dan kenalpasti struktur data dan
format.
o Merancang aktiviti reka bentuk Sistem Pengurusan Pangkalan Data
atau Database Management System (DBMS) menggunakan alat
perancangan projek.
ii. Bangunkan prototaip
o Mengenalpasti jadual perhubungan berdasarkan sampel data yang
diperolehi
o Menghasilkan prototaip reka bentuk pangkalan data menggunakan
PHP dan MySQL
iii. Gambaran keseluruan prototaip bersama pengguna
o Selepas prototaip dibangunkan, kajian semula adalah perlu bagi
memastikan sistem maklumat yang dihasilkan memenuhi kehendak
pengguna.

24
iv. Baiki dan ubahsuai keperluan
o Sistem yang dihasilkan akan diubahsuai sehingga memenuhi kriteria
yang diperlukan dan perhatian yang sewajarnya adalah perlu supaya
prototaip memenuhi kehendak pengguna.
o Menghasilkan laporan rekabentuk pangkalan data berdasarkan
kehendak organisasi.
v. Bina sistem yang terakhir
o Jika semua pihak telah berpuas hati dengan prototaip yang
dicadangkan, maka sistem dihasilkan sedia digunakan oleh pelanggan.

3.2.3 Model Prototaip Evolusi Sistem Cyber e-Inventory

Fasa Prototaip dapat dibahagikan kepada empat fasa utama iaitu Fasa
Perancangan, Fasa Analisa, Fasa Rekabentuk, Fasa Pembangunan Prototaip dan Fasa
Pengujian dan Penilaian Prototaip. Fasa pembangunan sistem Cyber e-Inventory
yang menggunakan strategi dalam metodologi Prototaip ini merangkumi fasa-fasa
seperti berikut (Sandra, 1996):

i) Fasa Perancangan
Fasa perancangan melibatkan aktiviti kajian-kajian yang dilakukan terhadap
keperluan pengguna dan organisasi yang berkaitan dengan sistem yang akan
dibangunkan. Setelah kajian dilakukan, pemilihan terhadap perkakasan,
perisian dan kaedah yang sesuai boleh dilakukan. Bagi pembangunan sistem
Cyber e-Inventory, latar belakang sistem semasa dikaji untuk mengenal pasti
masalah-masalah yang ingin diselesaikan dengan pembangunan sistem
cadangan. Di dalam fasa ini juga, struktur dan format data serta reka bentuk
pangkalan data sistem cadangan dikenalpasti.

ii) Fasa Analisa


Fasa Analisa bertujuan mengkaji dengan lebih mendalam tentang spesifikasi
sistem yang akan dibangunkan. Berpandukan masalah-masalah yang telah
25
dikenalpasti pada fasa perancangan sistem Cyber e-Inventory akan
dibangunkan dan dianalisa supaya ia dapat memperbaiki sistem yang ada
serta mengurangkan masalah yang dihadapi oleh pengguna. Selain itu, aktiviti
reka bentuk pangkalan data dalam pembangunan sistem juga akan dianalisa.

iii) Fasa Reka bentuk


Fasa reka bentuk adalah bertujuan mereka bentuk prototaip yang ingin
dibangunkan dengan berpandukan kepada spesifikasi pengguna seperti
rekabentuk sistem, pangkalan data, input dan output dan antaramuka. Reka
bentuk ini merangkumi rekabentuk modul-modul sistem, pangkalan data dan
antaramuka pengguna. Reka bentuk sistem Cyber e-Inventory yang
dihasilkan adalah berdasarkan kepada hasil kajian pada fasa-fasa sebelum ini.
Oleh itu, antaramuka yang dihasilkan haruslah bersifat ramah pengguna dan
mudah untuk digunakan.

iv) Fasa Pembangunan Prototaip


Fasa pembangunan prototaip melibatkan aktiviti membangunkan prototaip-
prototaip sistem. Proses pembangunan prototaip akan dilakukan
menggunakan bahasa pengaturcaraan Pre-Hypertext Processor (PHP), My-
SQL dan perisian Microsoft Dreamweaver MX. Bahasa pengaturcaraan
generasi keempat digunakan supaya masa pembangunan prototaip dapat
dikurangkan.

v) Fasa Pengujian dan Penilaian


Pengujian prototaip yang dibangunkan dilakukan pada fasa ini. Prototaip
yang dibangunkan akan ditunjukkan kepada pengguna dari masa ke semasa
untuk dinilai. Jika prototaip yang dihasilkan telah dapat memuaskan hati
pihak pengguna, laporan rekabentuk pangkalan data akan disediakan
berdasarkan format yang dikehendaki.

26
3.3 PEROLEHAN MAKLUMAT

Bagi projek ini perolehan maklumat bagi pembangunan kajian melibatkan


perbincangan dan perundingan melalui pemantauan dan pensampelan daripada rekod
sedia ada, temubual dan soal selidik juga dilakukan bagi memantapkan sokongan
maklumat dan data. Bagaimanapun, sebelum perbincangan dan perundingan
dilakukan, pemahaman yang teliti berkenaan topik kajian adalah amat penting. Ini
bagi memudahkan komunikasi, hujahan serta soalan yang diajukan, seterusnya
menyenangkan proses catatan maklumat dan keputusan perbincangan.

Melalui kajian literatur di Bab 2, pemahaman topik kajian adalah lebih jelas
dan meluas, dan seterusnya memudahkan pembangunan soal selidik. Proses soal
selidik mengambil masa yang agak panjang bagi memastikan semua responden telah
memberikan jawapan yang dikehendaki dan lengkap bagi tujuan analisis keputusan.
Setelah semua hasil jawapan dikumpul, penyemakan dan menganalisa keputusan
dilakukan. Dalam proses ini, pelbagai cara boleh diaplikasikan dan kebiasaannya
analisa statistik dilakukan bagi memperolehi jawapan yang lebih bersistematik.
Sekiranya keputusan yang diperolehi tidak bertepatan dengan objektif kajian, proses
penyemakan semula akan dilakukan.

Dalam proses menganalisa keputusan, semua parameter hasil daripada kajian


Soal selidik yang telah dilakukan akan dikenalpasti serta disusun mengikut senarai
keutamaan dan mengikut faktor major yang telah dikenalpasti yang berkaitan. Proses
ini memerlukan penelitian yang tinggi untuk menghasilkan satu sistem prototaip
yang baik. Senarai yang disusun itu akan disemak dan diubah semula bagi
menghasilkan satu keputusan yang muktamad bagi meneruskan fasa permodelan.

3.3.1 Keperluan dan Analisis

Mengetahui kehendak dan keperluan pelanggan adalah penting kepada


kejayaan sesuatu projek. Oleh itu, terdapat pendekatan untuk mencari fakta. Berikut

27
adalah sebahagian dari teknik mencari fakta yang paling banyak digunakan
digunakan untuk mencari fakta mengenai keperluan dan kehendak organisasi:
a. Meneliti dokumentasi
b. Temuduga
c. Memerhatikan bagaimana beroperasi
d. Penyelidikan
e. Soal selidik.

Tujuan menggunakan teknik pencarian fakta ini adalah untuk mengetahui


a. Matlamat dan objektif ditambah dari sudut pengguna pandangan
b. Pandangan pengguna yang berbeza
c. Keperluan sistem dan persembahan serta keperluan keselamatan
d. Ciri-ciri fungsi syarikat ingin mempunyai di dalam sistem.

3.3.2 Meneliti dokumentasi

Semua dokumen daripada operasi lalu telah diperiksa dan dikaji. Berikut
adalah dokumen-dokumen yang dikaji semasa proses tersebut:
i. rekod perintah masuk
ii. rekod pelanggan
iii. rekod aduan pelanggan
iv. rekod inventori
v. senarai produk
vi. rekod bil
vii. rekod kakitangan.

3.3.4 Temu duga dan soal selidik

Semua kakitangan yang berada di bawah unit SPPDAW telah ditemuramah.


Tujuan temu bual adalah untuk mengumpul maklumat lanjut mengenai masalah
kakitangan yang dihadapi dan penyelesaian mereka mungkin dari sistem baru yang

28
dibangunkan. Wawancara dijalankan secara temubual berstruktur. Semua yang
ditemubual ditanya kedua-dua terbuka serta soalan tertutup berakhir.

3.4 PEMBANGUNAN SISTEM PROTOTAIP PANGKALAN DATA

Selepas segala maklumat dan data diperolehi, barulah fasa kedua iaitu fasa
pembangunan sistem prototaip iaitu pembangunan pangkalan data dilaksanakan.
Secara ringkasnya, fasa pembangunan sistem melibatkan beberapa perisian penting
bagi membangunkan suatu sistem yang berkesan, ideal dan boleh dipercayai.
Perisian utama yang digunakan adalah melibatkan perisian PHP dan MySQL. Bagi
melancarkan pembangunan aplikasi sistem ini, fasa berikut telah dikenalpasti dalam
pembangunan sistem. Tiga fasa utama yang terlibat dalam pembangunan sistem ini
adalah:
i. Fasa pertama
 Mengenalpasti langkah-langkah yang perlu dalam sistem
konvensional sistem inventori dan data-data penting yang perlu ada
serta pembangunan jadual dan borang.
ii. Fasa kedua
 Melibatkan pembangunan antaramuka dan konsep yang bersesuaian
dan mudah difahami, dan membina perhubungan antara data-data.
iii. Fasa ketiga
 Melibatkan kajian bagi membuat dan merangka model membuat
keputusan, seterusnya percubaan ke atas sistem yang dibangunkan
dengan sistem yang sebenar.
 Pembetulan dan penilaian ke atas sistem yang dibangunkan.

3.4.1 Penstrukturan Pangkalan Data

Penstrukturan pangkalan data bagi pembangunan sistem ini dibuat


berdasarkan carta alir yang diperolehi hasil kajian literatur bagi pengurusan inventori

29
secara konvensional. Beberapa langkah diambil dalam menstruktur pangkalan data,
antaranya:
i. Menentukan keperluan kepada penggunaan data-data yang terdapat pada carta
alir.
ii. Menentukan bilangan jadual yang perlu dibina berdasarkan bilangan faktor
utama serta sub-faktor pada carta alir.
iii. Menentukan saiz dan bilangan medan pada setiap jadual yang akan dibina
berdasarkan sifat setiap jadual yang akan dibangunkan.
iv. Menentukan kekunci primer pada setiap jadual yang dibina.
v. Menentukan hubungan setiap jadual yang dibina.
vi. Memasukkan data-data sebenar ke dalam setiap medan di dalam setiap jadual
yang dibina.

Bagi mereka bentuk pangkalan data, suatu medan atau parameter bagi data
diperlukan. Dalam fasa ini, nama, saiz dan jenis data untuk setiap medan harus
ditentukan dalam pandangan rekabentuk untuk rekabentuk jadual dan ia perlu
memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

30
Rajah 3.2: Struktur Jadual Pangkalan Data

31
3.4.2 Reka Bentuk Pangkalan Data

Reka bentuk sistem maklumat biasanya berdasarkan sama ada pendekatan


pemanduan-data (data-driven) atau pemanduan-berfungsi (function-driven). Dalam
pendekatan pemanduan-data penekanan ialah untuk mencari data yang perlu
disimpan dan dimanupulasi ke dalam sistem. Pendekatan pemanduan-berfungsi
meletakkan penekanan pada aplikasi di mana sistem perlu disokong. Pembangunan
sistem akan memfokuskan kepada pendekatan pemanduan-data. Rekabentuk
pangkalan data boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu analisis keperluan,
reka bentuk konseptual, reka bentuk logikal dan reka bentuk fizikal. Peringkat
analisis keperluan akan menghasilkan suatu huraian berdasarkan pengoperasian
pangkalan data. Peringkat ini dilaksanakan bagi memastikan pangkalan data yang
dibangunkan mengandungi data yang sesuai dengan. Pendekatan perlu direalisasi
dengan pembangunan lebih banyak teknik permodelan intuitif dan perkakasan yang
menyokong penggunaannya. Bagi menentukan keperluan pangkalan data dan
bagaimana ia akan digunakan, perlu mengetahui maklumat apa yang diperlukan
daripada pangkalan data.

Penghasilan gambaran daripada peringkat reka bentuk konseptual ialah


pangkalan data yang menggunakan model data konseptual yang hanya memfokuskan
kepada hubungan logikal di antara data yang terlibat. Ia berperanan mencari konsep
asas daripada gambaran pengoperasian yang telah dihasilkan dalam analisis
keperluan. Di dalam peringkat ini Rajah Model Perhubungan Entiti digunakan
sebagai rujukan yang bertindak sebagai data model berkonsep yang mempunyai
entiti dan hubungan. Ia membenarkan pembangun sistem untuk memahami
kandungan pangkalan data dengan lebih baik dan juga membantu dalam pencarian
perwakilan yang sesuai dalam siri fasa reka bentuk. Keputusan daripada reka bentuk
logikal merupakan suatu huraian penstrukturan yang digunakan bagi penyimpanan
pangkalan data. Penggunaan model data dalam reka bentuk logikal boleh dikatakan
berasaskan kepada konsep struktur fizikal pangkalan data dengan menggunakan
model hubungan di mana data disimpan di dalam bentuk jadual. Pencarian jadual

32
yang betul dalam penyimpanan data sangat penting memandangkan aplikasi
pertanyaan akan dilaksanakan berdasarkan jadual yang dibina.

MULA

Membina jadual dan data-data dimasukan ke dalamnya.

Membina pertanyaan untuk mendapatkan data.

Tentukan
Pertanyaan berfungsi ? kesilapan dan buat
pembetulan.
Tidak
Ya

Reka bentuk borang untuk mempamerkan hasil kerja.

Reka bentuk laporan untuk tujuan mencetak hasil kerja.

Reka bentuk antaramuka yang diperlukan

Reka bentuk makro untuk menghubungkan semua borang, laporan dan antaramuka.

Tentukan
Makro berfungsi ? kesilapan dan buat
pembetulan.
Tidak
Ya

TAMAT

Rajah 3.3: Carta Alir Proses Pembinaan Pangkalan Data

33
3.4.2.1 Reka Bentuk Pangkalan Data Konseptual

Idea untuk menggunakan kaedah reka bentuk adalah untuk memberikan


struktur kepada prosedur, teknik, peralatan dan dokumentasi untuk menyokong dan
memudahkan proses mereka bentuk. Berikut adalah langkah-langkah dalam kaedah
yang diikuti semasa proses reka bentuk pangkalan data konseptual bagi syarikat:
i. Proses mengenal pasti jenis entiti melibatkan penyusunan semula pengguna
objek yang berminat. Keperluan pengguna spesifikasi adalah penting kepada
kejayaan pengenalan entiti. Oleh itu entiti yang dikenal pasti
mengklasifikasikan jenis entiti.
a. Mengenal pasti entiti stok
 stok, produk, pembekal, pesanan
b. Mengenal pasti entiti jualan
 kakitangan jualan, produk, pelanggan, bayaran
c. Dokumentasi jenis entiti

ii. Mengenal pasti jenis hubungan. Hal ini kerana kedua-dua jenis entiti telah
dikenal pasti, terdapat dua pandangan kemungkinan pangkalan data sistem,
iaitu, pandangan stok dan pandangan jualan. Oleh itu, hubungan antara sifat-
sifat yang akan berbeza dalam setiap pandangan.
a. Pengurus jualan menguruskan kakitangan jualan
b. Kakitangan jualan mendapatkan pesanan
c. Pesanan mempunyai bilangan pesanan dan pesanan id pelanggan,
nama Pelanggan
d. Butir-butir pesanan mengandungi produk
e. Produk mempunyai id produk, nama produk, harga produk
f. Produk tergolong dalam kategori
g. Kategori mempunyai id kategori
h. Setiap produk kategori mempunyai pembekal
i. Pembekal mempunyai id pembekal, nama pembekal
j. Produk yang disimpan di dalam senarai stok

34
Rajah 3.4: Rajah ER Cyber e-Inventory

35
3.4.2.2 Reka Bentuk Pangkalan Data Logikal

Tujuan menggunakan metodologi reka bentuk adalah untuk memberikan


struktur kepada prosedur, teknik, peralatan dan dokumentasi untuk menyokong dan
memudahkan proses mereka bentuk. Dalam fasa ini, model data konseptual
dihasilkan dalam langkah terakhir diterjemahkan ke dalam model data logikal.
Berikut adalah langkah-langkah dalam kaedah yang diikuti semasa proses reka
bentuk pangkalan data yang logikal:

i. Menghasilkan hubungan untuk model data logikal

Hubungan antara entiti dan sifat-sifat diperolehi semasa langkah ini.


Komposisi setiap berhubung diterangkan menggunakan Database Data
Definition Language (DBDL). Nama setiap hubungan dinyatakan
menggunakan DBDL diikuti oleh senarai atribut. Kunci utama (PK), kunci
alternatif (AK) dan kunci asing (FK) hubungan dikenal pasti. Hubungan
antara entiti diwakili menggunakan kunci utama/mekanisme kunci asing.
Semua kunci utama dalam rajah ER diwakili oleh digaris bawah.

ii. Mengesahkan hubungan menggunakan penormalan

Objektif menggunakan teknik penormalan adalah untuk


mengurangkan bilangan atribut dalam entiti menyokong keperluan data.
Proses ini membantu dalam mengurangkan lebihan data dan menyelesaikan
maklumat anomali. Proses penormalan yang terlibat iaitu Bentuk Normal
Pertama Normal (1NF), Bentuk Normal Normal Kedua (2NF), dan Bentuk
Normal Normal Ketiga (3NF).

36
Jadual 3.2: Hubungan entiti dengan kekunci calon, kekunci utama dan kekunci
alternatif
Kekunci Kekunci
Entiti Kekunci Calon
utama Alternatif
tbl_customer id, code id code
account id, code, username id code
invoice id, transaction_id id transaction_id
payment id, transaction_id id
product_category id, code id code
product_list id, sku id sku
product_supplier id, code id code
product_transaction id id
transaction_list id id

3.4.2.3 Reka Bentuk Pangkalan Data Fizikal

Reka bentuk pangkalan data fizikal adalah pelaksanaan sebenar pangkalan


data ke dalam sistem. Reka bentuk pangkalan data fizikal bergantung kepada Sistem
Perhubungan Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) yang dipilih oleh pengguna. Ia
bergantung kepada persekitaran perkakasan dan perisian.

3.5 KEPERLUAN PERKAKASAN DAN PERISIAN

Keperluan perkakasan dan perisian perlu dikaji agar sistem yang akan
dibangunkan akan dapat digunakan dengan mudah dan berjalan dengan lancar serta
efisyen. Tiga ciri perkakasan dan perisian yang diperlukan adalah ialah:
i. Perisian dan perkakasan yang digunakan mestilah mudah difahami dan
digunakan.
ii. Perisian dan perkakasan juga mesti mempunyai antaramuka yang ramah
pengguna.

37
iii. Perisian dan perkakasan yang dipilih mestilah yang selalu digunakan di
dalam sesebuah organisasi atau terkini mengikut perkembangan teknologi.

3.5.1 Keperluan Perkakasan

Perkakasan merupakan aspek yang penting untuk membina sesebuah sistem.


Spesifikasi yang dicadangkan dapat memudahkan pengguna memilih perkakasan
yang sesuai dan seterusnya memudahkan perlaksanaan penggunaan sistem. Oleh itu,
spesifikasi perkakasan dikategorikan kepada dua bahagian iaitu spesifikasi
perkakasan yang menyokong pelayan dan pelanggan.

3.5.2 Keperluan Perisian

Perisian-perisian yang diperlukan dalam pembangunan sistem Cyber e-


Inventory boleh dibahagikan kepada kategori perisian teknologi dan perisian
aplikasi. Perisian-perisian ini digunakan sepanjang pembangunan sistem Cyber e-
Inventory.

3.6 PERANCANGAN KERJA

Perancangan kerja untuk pembangunan sistem e-cuti adalah penting supaya


aktiviti-aktiviti pembangunan sistem dapat dijalankan dalam masa yang telah
ditetapkan. Carta Gantt merangkumi semua aktiviti perancangan kerja seperti di
Rajah 3.5. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti utama yang terdapat dalam
perancangan pembangunan sistem:
i. Membuat cadangan projek
ii. Memperoleh maklumat-maklumat berkaitan melalui teknik temubual,
pemerhatian, dan soal selidik.
iii. Mengkaji dan menganalisis proses pengumpulan maklumat.
iv. Memilih metodologi dan ten teknik reka bentuk yang sesuai untuk
pproses pembangunan sistem.
v. Membangunkan prototaip.
38
3.6.2 Carta Gantt Proses Kerja sistem Cyber e-Inventory

Jan 2016 Feb 2016 Mac 2016 April 2016 Mei 2016 Jun 2016
BIL AKTIVITI
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Fasa Perancangan
i. Memilih projek
1
ii. Membentangkan proposal

iii. Pengesahan Proposal


Fasa Analisa
i. Membuat analisis dan kajian
keperluan pengguna dan organisasi
ii. Membuat kajian struktur, data dan
2 reka bentuk
iii. Memilih perisian dan perkakasan

iv. Menetapkan reka bentuk


Fasa Rekabentuk
i. Reka bentuk modul-modul sistem
3
ii. Reka bentuk pangkalan data dan
antaramuka pengguna
Fasa Pembangunan Prototaip
4 i. Menyenaraikan bahan, perisian dan
perkakasan digunakan

39
ii. Membuat pemilihan bahan, perisian
dan perkasakan digunakan
iii. Membangunkan sistem prototaip
Fasa Pengujian dan Penilaian
i. Membentangkan prototaip
5
ii. Membentangkan laporan reka bentuk
pangkalan data
6 Pembentangan projek kepada pentadbir

PETUNJUK:
Perancangan

Sebenar
Rajah 3.5: Carta Gantt Proses Kerja

40
3.7 KESIMPULAN

Maklumat yang terhasil bagi sesuatu projek pembangunan adalah banyak dan
kompleks semasa berjalannya pelbagai fasa dalam kitaran proses sesuatu projek
pembinaan. Perkongsian dan pengekalan kesemua maklumat ini sepanjang hayat
projek pembinaan merupakan tugas yang rumit dan kompleks. Oleh yang demikian,
kesemua aliran maklumat ini perlu diuruskan dengan sistematik supaya ianya dapat
dicapai pada masa yang tepat ianya diperlukan. Pengurusan maklumat projek
pembinaan bukan sahaja bertujuan untuk menangani isu pengurusan tender projek
sahaja malahan jika dibangunkan dengan lebih serius, ia boleh membentuk suatu
rangka kerja yang teratur dan memudahkan kerja semua pihak yang terlibat.
Kepentingan terhadap sistem teknologi dan maklumat perlu menjadi garis panduan
dan sempadan terhadap pembinaan sesuatu sistem yang mewujudkan integrasi antara
komponen-komponen maklumat.

Bagi menguruskan maklumat yang penting dan bernilai bagi kebanyakan


organisasi, pangkalan data merupakan sumber yang amat berharga. Dengan itu, perlu
dipastikan pembangunan konsep dan teknik pengurusan data adalah efisien dan
sistematik. Dalam membincangkan pangkalan data, perkara penting yang perlu
difahami adalah Database Management System (DBMS). DBMS ini mempunyai
data mempunyai hubungkait dan set aturcara untuk mencapai data tersebut.

41
BAB IV

DAPATAN KAJIAN & ANALISIS HASIL PROJEK

4.1 PENGENALAN

Melalui hasil dapatan yang diperoleh serta beberapa masalah yang timbul
daripada analisis yang dikumpul maka satu alternatif atau pendekatan yang baru
mungkin dapat diwujudkan bagi memberi satu petunjuk bagi memastikan segala
permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan cepat dan bijak.

4.2 HASIL PROJEK

Rekabentuk Keseluruhan (Overall System Design)

Rekabentuk Laporan (Report Design - Output)

Rekabentuk Data (Data Design - Fields)

Rekabentuk Jadual(Table Design - Relationships)

Rekabentuk Medan (Field Design - Validation)

Rekabentuk Borang (Form Design - Input)

Rekabentuk Menu (Menu Design - Automation)

42
Setelah mengikuti proses kerja seperti yang dirancangkan, hasil projek yang
diperoleh adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 4.1 hingga Rajah 4.11. Dalam
sistem inventori ini, penggunanya hanyalah terdiri daripada kakitangan unit
SPPDAW sahaja.

4.2.1 Reka Bentuk Keseluruhan

Rajah 4.1: Antaramuka Sistem Cyber e-Inventory

43
Rajah 4.2: Antaramuka laman utama Cyber e-Inventory

4.2.2 Reka Bentuk Laporan

Rajah 4.3: Antaramuka rekod transaksi pelanggan dan stok produk

44
Rajah 4.4: Antaramuka transaksi pelanggan

4.2.3 Reka Bentuk Data, Jadual dan Medan

Jadual 4.1: Dokumentasi entiti dan atribut


Entiti Atribut Keterangan Jenis Data NULL
tbl_customer id 11 int No
code 50 varchar No
name 200 varchar No
address 1000 varchar No
cemail 100 varchar No
ccontact 20 varchar No
account id 11 int No
code 100 varchar No
fName 50 varchar No
lName 50 varchar No
username 250 varchar No
password 250 varchar No
type 100 varchar No
status 50 varchar No
invoice id 11 int No
transaction_id 120 varchar No
balance 100 varchar No
status 150 varchar No
transaction_date 150 varchar No

45
Entiti Atribut Keterangan Jenis Data NULL
payment id 11 int No
transaction_id 250 varchar No
balance 250 varchar No
amount_paid 250 varchar No
transaction_date 100 varchar No
product_category id 11 int No
code 100 varchar No
name 250 varchar No
info 1000 varchar No
product_list id 11 int No
sku 100 varchar No
name 100 varchar No
category 250 varchar No
supplier 100 varchar No
info 1000 varchar No
quantity 100 varchar No
price 100 varchar No
pdate 100 varchar No
product_supplier id 11 int No
code 50 varchar No
name 250 varchar No
address 1000 varchar No
semail 100 varchar No
scontact 20 varchar No
product_transaction id 11 int No
sku 100 varchar No
name 100 varchar No
category 100 varchar No
supplier 100 varchar No
info 1000 varchar No
quantity 100 varchar No
price 100 varchar No
pdate 100 varchar No
transaction_list id 11 int No
transaction_id 250 varchar No
customer_code 250 varchar No
product_sku 250 varchar No
quantity 100 varchar No
price 100 varchar No
total_price 250 varchar No
transaction_date 100 varchar No

46
4.2.4 Reka Bentuk Borang

Rajah 4.5: Antaramuka borang kategori baru

Rajah 4.6: Antaramuka borang produk baru

47
Rajah 4.7: Antaramuka borang pelanggan baru

Rajah 4.8: Antaramuka borang pembekal baru

48
Rajah 4.9: Antaramuka borang penyelia inventori baru

4.2.5 Reka Bentuk Menu

Rajah 4.10: Antaramuka menu-menu utama sistem Cyber e-Iventory

49
Rajah 4.11: Antaramuka menu memadam maklumat pelanggan

4.3 RINGKASAN

Projek yang dihasilkan adalah mengikut spesifikasi dan langkah-langkah

yang dirangka. Hal ini direalisasikan oleh pasukan pembina projek yang faham

tentang tugas dan bahan yang diperlukan dalam projek sistem Cyber e-Inventory.

Projek ini bukanlah bersifat statik tetapi ia dinamik dan berubah mengikut keperluan.

Terdapat beberapa lagi fungsi yang boleh di guna pakai secara optimum seperti

membuat jualan dan pembelian gajet (shopping cart) secara dalam talian.

50
BAB V

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Pengurusan yang bijak dimulakan dengan membangunkan satu set objektif


yang ingin dicapai seterusnya membina agenda perancangan yang teliti ke arah
mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Bagi kajian ini, ianya dimulakan dengan
melihat masalah-masalah yang wujud di dalam skop kajian seterusnya membina
objektif-objektif yang berkaitan bagi mencari suatu cadangan penyelesaian yang
sesuai dengan penyataan masalah tersebut. Seterusnya skop bagi kajian ini ditetapkan
supaya kajian dapat difokuskan dengan lebih teliti dan mendalam, serta supaya
kajian tidak tersasar keluar daripada skop yang bangunkan. Metodologi kajian
dibangunkan sebagai merangka kerja bagi memulakan kajian, langkah-langkah yang
perlu diambil sehingga objektif dicapai.

5.2 KELEBIHAN DAN DAPATAN DARI SISTEM

Apabila sistem ini berjaya disiapkan sepenuhnya dijangkakan terdapat


beberapa kelebihan yang dapat disenaraikan disini. Antara kelebihannya adalah:

i. Kawalan Keselamatan

51
Sistem ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dari segi capaian data.
Ini dilakukan dengan menyediakan kata laluan kepada setiap pelanggan
sistem bertujuan mengelakkan pencerobohan ke atas setiap maklumat
inventori berlaku.
ii. Kemudahan Kemasukan Data
Proses kemasukan data dipermudahkan dengan memasukkan data ke
medan yang disediakan mengikut contoh yang disediakan pada skrin bagi
mendapatkan data yang diperlukan oleh sistem. Ia dapat membantu
pengguna menjimatkan masa untuk memasukkan data yang banyak ke
dalam sistem.
iii. Kemudahan Capaian Data
Kemudahan untuk mencapai data juga disediakan bagi memudahkan
pengguna mendapatkan data-data yang diperlukan dengan lebih cepat dan
mudah. Dengan ini pengguna boleh menjimatkan lebih masa dalam
proses pencarian data.
iv. Manipulasi Data
Modul-modul yang terdapat di dalam sistem ini menyediakan butang
semakan, carian, simpanan, kemaskini, pengiraan dan sebagainya.
Dengan ini memudahkan lagi pengguna sistem mengubahsuai data terkini
dan mempunyai pilihan sekiranya sesuatu yang dijangkakan akan berlaku,
sebagai contohnya kesilapan memasukkan data. Selain daripada itu juga,
permintaan alat ganti juga akan dipaparkan oleh sistem sebagai semakan
dan ralat masukan data daripada pengguna. Dengan ini pengguna akan
menyedari sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan semasa
menginput data.
v. Sistem Prototaip
Sistem ini adalah suatu sistem prototaip berfungsi walaupun ia tidak
selengkap sistem sebenar. Pengubahan boleh dilakukan dengan mudah
berpandukan versi kawalan sistem dengan tujuan untuk meningkatkan
lagi keupayaan sistem. Kelebihan yang paling besar yang ada pada sistem
ini ialah ianya boleh dicapai oleh semua pengguna tidak kira di mana

52
berada. Ini kerana sistem ini dibangunkan berasaskan web dan boleh
dicapai secara atas talian oleh setiap pengguna.

5.3 CADANGAN PEMBAIKAN SISTEM

Untuk menjadikan sistem Cyber e-Inventory lebih baik lagi, beberapa


cadangan telah dikemukakan. Cadangan–cadangan tersebut adalah:
i. Memperbaiki antaramuka pengguna supaya ia menjadi lebih menarik
dan lebih ramah pengguna.
ii. Menambahkan maklumat terperinci tentang gajet jualan yang ada.
iii. Menyediakan laporan-laporan yang lebih terperinci.
iv. Mengintegrasikan dengan sistem jualan atas talian (shopping cart)
supaya dapat memperkembangkan lagi projek School Enterprise Unit
SPPDAW.

Cadangan pembaikan ini diharap dapat dilaksanakan pada masa yang akan
datang dengan era teknologi yang semakin berkembang pesat.

5.4 KESIMPULAN

Hasil daripada pembangunan sistem ini, dapat dirumuskan bahawa proses


pembangunan sistem bukanlah semudah yang dijangkakan. Banyak perkara yang
perlu dititikberatkan dan difikirkan dari semasa ke semasa sehingga proses
perlaksanaan sistem tersebut selesai. Kajian yang terperinci dan kesanggupan
menghadapi situasi berlaku haruslah dihadapi dengan kesabaran. Kerjasama daripada
pelbagai pihak diperlukan kerana mereka merupakan sumber maklumat dalam
pengumpulan data dan maklumat untuk pembangunan sistem ini.

53
RUJUKAN

54
LAMPIRAN A
Soalan Temubual

1. Bagaimanakah struktur organisasi unit Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan


Aplikasi Web (SPPDAW) dalam Kolej Vokasional Sungai Petani 1?
2. Apakah matlamat dan objektif pihak SPPDAW?
3. Bagaimana pembahagian tugas diberikan dalam sistem inventori projek School
Enterprise SPPDAW?
4. Sekerap manakah pengubahsuaian terhadap perancangan kerja dilakukan dalam
menguruskan projek School Enterprise SPPDAW?
5. Menagapakah penggunaan keperluan teknologi komputer diperlukan?
6. Pada pendapat anda, adakah pembangunan sistem baru ini dapat menyelesaikan
masalah sedia ada yang timbul?
7. Sebagai penyelia inventori, apakah tugas-tugas yang biasa dilakukan?
8. Apakah data dan maklumat yang digunakan dan diperlukan?
9. Apakah keperluan utama untuk menjadikan kerja pengemaskinian data inventori
lebih mudah dan pantas?

55
LAMPIRAN B
Carta Organisasi Unit Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web

Ketua Jabatan Sistem Maklumat dan Komunikasi


Wei Peng Choon

Ketua Unit
Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi
Web
Siti Suhaina binti Mohamed Daud

Setiausaha
Nor Kamaliah binti Basharuddin

Daing Nazihah Ganim Bt. Achok @ Suleiman


Penyelaras SE
Wan Khuzaimah Binti Wan Yaacob
Rusliza Binti Ramli
Muhamad Suhaimi B. Othman
Muhamad Suhaimi B.
Norshafilah Bt Ramli Othman

56

Anda mungkin juga menyukai