Anda di halaman 1dari 7

Manual Pengurusan dan Takwim Sekolah 2020

DASAR DAN KETETAPAN SEKOLAH

1.0 KOMITMEN GURU

1.1 Panduan Perkhidmatan Cemelrang dan Tatasusila Profesion Perguruan hendaklah


sentiasa menjadi panduan dan amalan semua guru.

1.2 Membaca dan memahami falsafah, matlamat dan objektif sekolah serta sentiasa berusa
untuk mencapai objektif tersebut.

1.3 Guru adalah satu profesion dan berusahalah menajaga imejnya.

1.4 Melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan
bertanggungjawab.

1.5 Anggaplah murid-murid yang diajar dan didik sebagai ANAK SENDIRI dan AMANAH
yang masa depan mereka dipertanggungjawabkan kepada guru.

1.6 Sentiasa menunjukkan dan mengamalkan imej kepimpinan dinamis dan kecekapan
menjalankan tugas.

1.7 Elakkan perilaku yang dianggap bertentangan dengan tatasusila profesion perguruan
seperti ponteng tugas, pecah amanah, penyelewengan, cuai dan sebagainya.

2.0 SURAT-SURAT PEKELILING / ARAHAN

2.1 Guru mesti merujuk, membaca, memahami dan melaksakan arahan-arahan pekeliling
Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan
Sekolah.

2.2 Surat arahan / salinan yang diberikan kepada guru hendaklah dibaca, difahami dan
diambil tindakan sewajarnya. Urusan surat menyurat rasmi sekolah hendaklah menggunakan
sistem fail surat menyurat sekolah dan melalui Guru Besar.

2.3 Apabila diarah melaksanakan sesuatu tugas guru hendaklah melaksanakan sendiri tugas
tersebut. Guru yang terlibat tidak dibenarkan mengarahkan orang lain melaksanakan tugas
tersebut bagi pihak dirinya.

2.4 Jika sesuatu tugas terpaksa diserahkan kepada orang lain atas sebab-sebab yang tidak
dapat dielakkan dan dipersetujui oleh pihak yang menggantikannya, Guru Besar / pentadbir
hendaklah diberitahu secara bertulis.

2.5 Guru bertanggungjawab melaksanakan sendiri tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan


kepadanya oleh Guru Besar seperti kutipan sumbangan, memegang kunci khas,
melengkapkan data online dan sebagainya.

2.6 Guru bertanggungjawab melaksankan tugas-tugas yang diamanahkan oleh Guru Besar
dengan betul, sempurna, mengikut peraturan dan menepati masa.

Dasar dan Ketetapan Sekolah 1


Manual Pengurusan dan Takwim Sekolah 2020

3.0 SESI PERSEKOLAHAN

SESI TAHAP HARI WAKTU AKTIVITI


PERSEKOLAHAN
Pagi Tahap 2 Isnin * 7.20 pagi – 7.50 pagi Perhimpunan Rasmi Mingguan
* 7.50 pagi – 1.10 petang Waktu PdPC
Selasa - * 7.10 pagi – 7.20 pagi Perhimpunan Harian
Khamis * 7.20 pagi – 1.10 petang Waktu PdPC
Jumaat * 7.20 pagi – 7.50 pagi Bacaan Yasin
* 7.50 pagi – 12.10 tgh Waktu PdPC
Petang Tahap 1 Isnin * 1.10 petang – 6.00 petang Waktu PdPC
* 6.00 petang – 6.30 petang Perhimpunan Rasmi Mingguan
Selasa - * 1.00 petang – 1.10 petang Perhimpunan Harian
Khamis * 1.10 petang – 6.00 petang Waktu PdPC
Jumaat * 2.00 petang – 2.10 petang Perhimpunan Harian
* 2.10 petang – 6.00 petang Waktu PdPC

3.2 Guru bertugas hendaklah memastikan semua murid berada di tapak perhimpunan pada
waktu yang ditetapkan di atas.

3.3 Perhimpunan rasmi mingguan setiap hari Isnin dan dan bacaan yasin setiap Jumaat
diadakan pada waktu yang ditetapkan di atas.

3.4 Semua guru diWAJIBKAN berada di tapak perhimpunan semasa perhimpunan rasmi
mingguan dan bacaan yasin. Guru-guru mesti memberi perhatian semasa perhimpunan
dijalankan dan tidak dibenarkan berbual, melayani gajet, membaca akhbar dan sebagainya.

3.5 Guru Kumpulan Bertugas hendaklah memastikan peralatan seperti PA Sistem, bendera,
CD lagu-lagu dalam keadaan baik dan sempurna serta telah menyediakan pengawas-
pengawas bertugas sebelum perhimpunan dijalankan.

3.6 Semua guru kumpulan bertugas serta penyelaras tahun dan guru disiplin mesti mengawal
disiplin dan keteraturan murid-murid semasa perhimpunan. Sekiranya perhimpunan rasmi
mingguan dan bacaan Yasin ditunda pada minggu tersebut, maka GURU KELAS WAJIB
berada di dalam bilik darjah masing-masing.

3.7 Perhimpunan Harian diadakan setiap Selasa hingga Khamis seperti ketetapan diatas bagi
menjalankan aktiviti panitia mengikut hari serta menyampaikan pengumuman berkaitan.

4.0 KETETAPAN KEHADIRAN BERTUGAS

4.1 Semua guru WAJIB merakam waktu kehadiran setiap hari sewaktu datang dan balik
menggunakan sistem kehadiran di dalam laptop yang disediakan.

4.2 Semua guru adalah DILARANG merakamkan waktu kehadiran bagi pihak guru-guru
lain.

Dasar dan Ketetapan Sekolah 2


Manual Pengurusan dan Takwim Sekolah 2020

4.3 Semua guru hendaklah hadir sebelum atau pada pukul 7.10 pagi pada sesi pagi dan 1.00
petang dan 2.00 petang(Jumaat) bagi sesi petang.

4.4 Semua guru masa pertama HENDAKLAH berada di dalam kelas pada pukul 7.20 pagi
bagi sesi pagi dan 1.10 petang dan 2.10 petang (Jumaat) bagi sesi petang dan memulakan
PdPC tanpa gagal.

4.5 Jika tidak hadir kerana menghadiri mesyuarat/kursus/taklimat/bengkel hendaklah


memaklumkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan sehari sebelum tarikh tersebut untuk
urusan jadual guru ganti.

5.0 ARAHAN HADIR MESYUARAT/TAKLIMAT/KURSUS/BENGKEL/PROGRAM

5.1 Guru wajib hadir mesyuarat/taklimat/kursus/bengkel/program anjuran sekolah, Pejabat


Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia dll.

5.2 Jika tidak dapat menghadiri mesyuarat/taklimat/kursus/bengkel/program, guru perlu


maklumkan kepada Guru Besar / Penolong Kanan secara bertulis dengan mengemukakan
alasan kukuh. Guru tersebut juga perlu mencari guru ganti yang bersesuaian bagi menghadiri
mesyuarat/taklimat/kursus/bengkel/program tersebut.

5.3 Guru-guru pagi yang menghadiri mesyuarat/taklimat/kursus/bengkel/program pada sesi


petang dibenarkan balik pada jam 12.00 tengah hari.

5.4 Guru-guru yang menghadiri tugas rasmi diluar sekolah perlu meninggalkan bahan
pembelajaran terancang iaitu latihan atau nota. Sila serahkan bahan tersebut kepada Penolong
Kanan yang berkaitan supaya boleh digunakan oleh guru ganti.

5.5 Guru-guru yang menghadiri mesyuarat/taklimat/kursus/bengkel/program mesti menulis


Minit Curai dan serahkan kepada 1 salinan kepada Penolong Kanan berkenaan, 1 salinan
kepada Guru Besar dan 1 salinan simpanan sendiri.

5.6 Guru-guru yang telah menghadiri mesyuarat/taklimat/kursus/bengkel/program diwajibkan


mengadakan kursus dalaman atau taklimat kepada semua guru berkaitan dalam tempoh dua
minggu setelah berbincang dengan Guru Besar / Penolong Kanan.

6.0 KELUAR SEKOLAH DALAM WAKTU BERTUGAS

6.1 Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah semasa bertugas kecuali atas sebab
tertentu dan hal-hal peribadi yang tidak dapat dielakkan.

6.2 Guru yang perlu keluar semasa waktu bertugas mestilah memaklumkan sendiri kepada
Guru Besar / Penolong Kanan untuk mendapat kebenaran, seterusnya mengisi Borang
Kebenaran Keluar untuk pengesahan Guru Besar / Penolong Kanan atau merakam waktu
keluar dengan menyatakan sebab keluar.

Dasar dan Ketetapan Sekolah 3


Manual Pengurusan dan Takwim Sekolah 2020

7.0 URUSAN CUTI DAN TIDAK HADIR BERTUGAS

7.1 Guru mestilah merujuk, membaca dan memahami seterusnya mematuhi arahan-arahan
/pekeliling berkaitan jenis cuti dan tidak hadir bertugas.

7.2 Ketidakhadiran guru ke sekolah wajib dimaklumkan kepada Guru Besar / Penolong
Kanan dengan segera (sebelum sesi persekolahan bermula} agar jadual guru ganti boleh
dibuat segera oleh guru Jadual Guru Ganti.

7.2 Guru layak 10 hari Cuti Rehat Khas setahun tetapi cuti bukan hak guru. Permohonan
CRK mestilah 3 hari sebelum hari bercuti dan ianya menepati maksud CRK serta kelulusan
adalah atas budi bicara Guru Besar.

7.3 Guru yang sakit hendaklah mendapatkan rawatan di klinik/hospital dan mengemukakan
Sijil Cuti Sakit (Medical Certificate) sebaik hadir bertugas semula.

7.4 Guru yang mendapat Cuti Tanpa Rekod, Cuti Bersalin, Cuti Kuarantin dll perlu
mengemukakan surat kebenaran cuti untuk pengesahan Guru Besar / Penolong Kanan bagi
perekodan.

7.5 Guru yang bercuti perlu meninggalkan bahan PdPC agar guru ganti boleh mengurus
PdPC murid. Guru bercuti juga harus merancang agar tugas-tugas rasmi seperti penandaan
kertas-kertas peperiksaan, pengisian markah SAPS. elengkapkan data PBD serta maklumat
online tidak tertangguh.

8.0 BUKU REKOD MENGAJAR

8.1 Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran adalah dokumen rasmi yang berkaitan dengan
tugas dan tanggungjawab guru.

8.2 Semua maklumat dalam Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran mesti dikemaskini
dari masa ke semasa iaitu:

• Butiran Diri
• Jadual Waktu Persendirian / Kelas
• Rancangan pelajaran Tahunan
• Rancangan Pelajaran Harian
• Senarai Nama Murid
• Markah Ujian/Peperiksaan kelas yang diajar
• PBD – Rekod Tahap penguasaan murid mata pelajaran yang diajar
• Sasaran Kerja Tahunan
• Rekod Perbincangan /Tarikh Pencerapan dll

8.3 Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran mestilah dihantar ke pejabat untuk semakan
Guru Besar dan Penolong Kanan pada hari terakhir sekolah pada minggu tersebut.
Penghantaran Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran oleh guru-guru akan direkod dan
ditandatangani oleh Guru Besar dan Penolong Kanan.

Dasar dan Ketetapan Sekolah 4


Manual Pengurusan dan Takwim Sekolah 2020

8.4 Guru yang gagal menghantar Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran pada waktu
ditetapkan mesti berjumpa Guru Besar/Penolong Kanan untuk diserah sendiri bagi
penyemakan minggu tersebut.

8.4 Penulisan RPH dalam Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dibenarkan bertulis
tangan atau bertaip dan dicetak kemudian ditampal. Penulisan Buku Rekod Pengajaran dan
Pembelajaran setiap hari bermula hari pertama persekolahan.

8.5 Guru yang hilang Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran perlu memaklumkan kepada
Guru Besar dan jika tidak dijumpai dalam tempoh 2 minggu, laporan polis hendaklah dibuat.

9.0 PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPC)

9.1 Guru mesti menjalankan PdPC mengikut sukatan pelajaran dan RPT bagi memastikan
murid menguasai tahap penguasaan tertinggi dan sebagai persediaan ujian/peperiksaan.

9.2 Guru yang mengajar mesti berada di bilik darjah atau bilik-bilik khas dengan menepati
masa tanpa niat melengah-lengahkan kemasukan kecuali terdapat hal kecemasan yang tidak
dapat dielakkan.

9.3 Guru-guru waktu pertama dan terakhir pastikan kelas bersih dan bersedia untuk sesi
PdPC dan guru waktu akhir perlu pastikan keteraturan dan kebersihan kelas untuk kegunaan
sesi berikutnya.

9.4 Guru-guru perlu melayani murid sama rata dan adil tanpa pilih kasih berdasarkan latar
belakang, tahap ekonomi, bangsa dll.

9.5 Guru tidak boleh meninggalkan bilik darjah dengan sengaja tanpa hal-hal penting dan
berkeperluan bagi memastikan keselamatan murid-murid serta kelancaran PdPC.

9.6 Guru-guru mesti mengelakkan membuat kerja-kerja lain seperti membaca akhbar,
bermain gajet, bertelefon menguruskan hal peribadi semasa menjalankan PdPC di dalam
kelas.

9.7 Guru mesti menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik yang
menjurus kearah PAK 21 bagi memastikan pencapaian akademik serta berfokus kepada
pembangunan sahsiah dan nilai-nilai murni.

9.8 Waktu Luang (Free Period) guru-guru adalah masa bekerja dan perlu digunakan untuk
menyelesaikan tugas-tugas rasmi seperti penandaan buku, penulisan RPH, pengisian data,
membina bahan bantu mengajar dll yang sesuai.

10.0 JADUAL GURU GANTI/RELIEF (MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL)

10.1 Guru mesti mematuhi jadual guru ganti dan berada di kelas sebagaimana diarahkan oleh
Guru Besar / Penolong Kanan tanpa gagal.

10,2 Guru perlu menjalankan aktiviti yang bersesuaian semasa jadual ganti yang dianggap
sebagai waktu bekerja /PdPC dan direkodkan dalam Buku Rekod Mengajar.

Dasar dan Ketetapan Sekolah 5


Manual Pengurusan dan Takwim Sekolah 2020

10.3 Guru yang tidak hadir bukan sebab kecemasan mesti menyediakan bahan PdPC dan
serahkan kepada Penolong Kanan dan guru ganti mengambilnya daripada Penolong Kanan.

11.0. APDM - KEHADIRAN MURID

11.1 Kehadiran WAJIB diambil dan dikemaskini dalam APDM sebelum jam 9.00 pagi dan
jam 3.00 petang setiap hari.

11.2 Guru matapelajaran waktu pertama diminta memastikan kehadiran dan maklumkan di
grup rasmi supaya guru kelas boleh kemaskini APDM walau di mana berada.

11.3 Laporan bulanan APDM akan dicetak oleh Penolong Kanan sebagai rekod disimpan dan
difailkan di pejabat.

12.0 PAKAIAN GURU

12.1 Pakaian guru mesti mematuhi pekeliling yang dikeluarkan iaitu guru lelaki berseluar
panjang, berbaju kemeja, bertali leher dan berkasut. Manakala guru wanita berpakaian
menutup aurat, sopan, tidak mencolok mata dan kasut bertutup.

12.2 Pakaian batik digalakkan dipakai setiap hari Khamis dan pemakaian seragam Unit
Uniform pada setiap hari Rabu.

12.3 Pemakaian tanda nama (name tag) mesti dipakai setiap hari semasa bertugas rasmi di
dalam atau di luar sekolah kecuali ketika tugasan sukan/permainan.

12.4 Pakaian sukan iaitu baju t berkolar, seluar trek dan kasut sukan dipakai semasa
menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani, permainan dan sukan. Guru Pendidikan Jasmani
mesti memakai pakaian rasmi(berkemeja dan bertali leher jika tiada waktu PdPC Pendidikan
Jasmani dijalankan pada hari tersebut seperti minggu ujian/peperiksaan atau majlis-majlis
sekolah berlangsung.

13.0 BILIK GURU

13.1 Bilik Guru adalah ruang untuk membuat persediaan PdPC dan tempat untuk
menyelesaikan tugas-tugas seperti memeriksa kerja murid, menanda kertas peperiksaan/ujian,
membina dan merancang PdPC berikutnya dan sebagainya.

13.2 AJK Bilik Guru perlu memastikan kebersihan, keceriaan, kekemasan dan keharmonian
bilik guru dengan kerjasama semua guru.

13.3 Hanya Ketua Kelas, Penolong Ketua Kelas dan Pengawas dibenarkan keluar masuk
Bilik Guru dengan urusan-urusan berkaitan. Murid- murid dilarang masuk ke Bilik Guru
kecuali atas arahan.

13.4 Guru-guru hendaklah meletak atau menyimpan bahan-bahan PdPC di bilik atau sudut
dan almari yang dikhaskan oleh panitia. Tidak dibenarkan penyimpanan bahan-bahan
tersebut di atas meja guru, di atas kabinet atau di bawah meja guru.

Dasar dan Ketetapan Sekolah 6


Manual Pengurusan dan Takwim Sekolah 2020

13.5 Peralatan seperti komputer dan pencetak di Bilik Guru adalah kegunaan rasmi sahaja
seperti pengisian data, mencetak kertas kerja. laporan, slip peperiksaan dan sebagainya.
Kebersihan, keteraturan dan kekemasan meja desktop wajib dijaga oleh setiap guru yang
menggunakannya.

13.6 Ruang makan guru perlu sentiasa kemas, teratur dan bersih tidak lecak dan berlendir di
atas lantai dan juga sinki. Semua peralatan yang telah digunakan perlu dibasuh, disusun dan
dikemaskan seperti barangan di dalam peti ais, sinki, tempat pinggan dan lain-lain.

Dasar dan Ketetapan Sekolah 7

Anda mungkin juga menyukai