Anda di halaman 1dari 8

Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025

Amalan Profesionalisme Guru

AMALAN PROFESIONALISME GURU SMK AYER LANAS

1. BUKU PANDUAN TUGAS , PEKELILING DAN PERANCANGAN TAHUNAN SEKOLAH


1.1 Semua guru wajib memiliki senaskah buku ini ( samada hard copy /soft copy )dan dijadikan panduan
tugasan untuk sepanjang tahun.
1.2 Segala tugas/tanggungjawab/perancangan yang ditetapkan mesti dilaksanakan sepenuhnya.
1.3 Laporan pelaksanaannya mesti dibuat pada setiap kali diminta oleh pentadbir sekolah.

2. PAKAIAN GURU SEMASA BERTUGAS


2.1 Semua guru wajib mematuhi Surat Pekeliling Bil 6/1985

3. WAKTU RASMI PERSEKOLAHAN


3.1 Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan
3.2 SEMUA GURU WAJIB BERADA DALAM KAWASAN SEKOLAH SEPANJANG WAKTU PERSEKOLAHAN KECUALI
DIARAH MENJALANKAN TUGAS RASMI DI LUAR
3.3 Guru yang diarahkan bertugas di luar sekolah MESTI mengisi Borang Pelepasan Tugas dan
melaksanakan MMI

4. MASA TIBA DI SEKOLAH


4.1 Semua guru hendaklah sampai di sekolah sekurang-kurangnya DUA PULUH MINIT SEBELUM WAKTU
PERTAMA BERMULA. ( 7.30 A.M)

5. KEHADIRAN GURU
5.1 Semua guru wajib mengunci masuk kehadiran menggunakan mesin perakam cap jari sebaik tiba di
sekolah, waktu balik, waktu keluar dan waktu masuk apabila bertugas di luar
5.2 Rekod kehadiran guru adalah dokumen yang membantu pengetua untuk membuat penilaian 'Nilaian
Prestasi Tahunan' dan PBPPP
5.3 Guru-guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum mahupun mesyuarat juga dikehendaki mengunci
masuk kehadiran menggunakan mesin perakam cap jari ( jika pejabat beroperasi )

6. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH SEWAKTU BERTUGAS


6.1 Guru tidak dibenar keluar dari kawasan sekolah sewaktu bertugas kecuali mendapat kebenaran Pengetua
6.2 Guru yang mendapat kebenaran Pengetua dikehendaki menulis nama dalam Buku Pergerakan Guru atau borang
kebenaran keluar dan mencatat dengan tepat waktu keluar dan masuk kembali serta dan menurunkan
tandatangan
6.3 Guru yang mendapat arahan JPN/PPD/PSPN/MSST mesti mengisi borang pelepasan tugas, melaksanakan
MMI dan mendapatkan tandatangan pengetua sebagai bukti kebenaran keluar
6.4 Masukkan nama dalam group whatsup keberadaan sekolah tempoh waktu guru perlu bertugas di
luar / temujanji doktor / urusan keluarga bagi memudahkan urusan penggantian ( relief).
6.5 Guru juga boleh membuat pertukaran jadual waktu dengan guru yang lain atau meninggalkan tugasan
kepada murid untuk melaksanakan MMI

26
Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025
Amalan Profesionalisme Guru

7. CUTI
(A) CUTI SAKIT:( SPP KPM BIL.1 TAHUN 2009)
7.1 Guru yang tidak hadir bertugas kerana sakit hendaklah memaklum kepada Pengetua dan
Penolong Kanan Pentadbiran mengikut tatacara berikut
7.1.1 Menelefon segera kepada Pengetua dan Penolong Kanan
7.1.2 Guru hendaklah mengemukakan sijil sakit yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan
Kerajaan atau Swasta kepada Pengetua
7.1.3 Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh hospital atau klinik swasta tidak perlu disahkan oleh
Pegawai Perubatan Kerajaan bagi tempoh cuti sakit yang TIDAK MELEBIHI 15 hari bagi
pesakit luar dan 180 hari bagi pesakit dalam (rawatan wad)

(B) CUTI BERSALIN ( SPP Bil 5 Tahun 2009)


7.2.1 Kemudahan cuti bersalin diperuntukkan selama 60 @ 90 hari setiap kali bersalin
7.2.2 Guru perempuan layak diberi kemudahan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang
tempoh perkhidmatan.
7.2.3. Guru boleh memohon untuk menggunakan cuti bersalin lebih awal dari tarikh bersalin
iaitu pada bila – bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin dengan
mengemukakan surat pengesahan doktor mengenai tarikh dijangka bersalin

(C) CUTI ISTERI BERSALIN (SPP BIL. 9 TAHUN 2002)


7.3.1 Diberi selama TUJUH (7) hari termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Cuti
Kelepasan Am.
7.3.2 Bermula pada tarikh isteri bersalin atau hari berikutnya jika bersalin selepas waktu
pejabat. (Waktu pejabat 8.00 pg hingga 5.00 ptg)
7.3.3 Cuti ini dihadkan kepada LIMA (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatan.

(D) CUTI TANPA REKOD/CUTI GANTIAN (SPP BIL.9. TAHUN 1991)


7.4.1 Cuti tambahan bergaji penuh yang diberikan kepada penjawat awam bagi tujuan untuk
mempertingkatkan mutu perkhidmatan pegawai, menjaga kebajikan dan mewujudkan
masyarakat penyayang.
7.4.2 Menghadiri Latihan Pasukan Sukarela (tidak melebihi 30 hari setahun)
7.4.3 Perkhemahan Tahunan Pertubuhan/Persatuan (tidak melebihi 14 hari setahun)
7.4.4 Cuti masuk peperiksaan (terhad kepada hari peperiksaan sahaja)
7.4.5 Menyertai rombongan kebudayaan/mengambil bahagian dalam olahraga dan
sukan (tidak melebihi 30 hari jika dalam Malaysia)

(E) CUTI URUSAN KEMATIAN KELUARGA TERDEKAT ( SPP BIL. 10 TAHUN 2002)
7.5.1 Diberi selama TIGA (3) hari termasuk hari rehat mingguan dan hari cuti kelepasan
am.
7.5.2 Ahli keluarga terdekat merupakan suami, isteri, anak – anak (kandung, tiri dan
angkat yang sah di sisi undang-undang) dan ibu bapa kandung.
7.5.3 Bermula dari tarikh kematian atau hari berikutnya jika kematian berlaku selepas
waktu pejabat (waktu pejabat 8.00 pg hingga 5.00 ptg)

27
Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025
Amalan Profesionalisme Guru

(F) CUTI REHAT KHAS (SPP BIL 3 TAHUN 2005)


7.6.1 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) tidak layak mendapat kelayakan CRK
7.6.2 Pertimbangan tertakluk kepada kepentingan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
7.6.3 Kadar kelayakan adalah LIMA BELAS HARI (15) hari dalam satu tahun kalendar.
7.6.4 Permohonan cuti hendaklah dibuat 3 HARI sebelum tarikh cuti dan guru hendaklah
merekodkan dalam Buku Rekod Guru Bercuti dan Bertugas di Luar Sekolah)
7.6.5 Guru perlu meninggalkan tugasan kepada murid sebelum mengambil cuti rehat khas kecuali
kes-kes kecemasan

11. KELUAR NEGERI


11.1 Guru mesti mengisi borang keluar negeri sama ada semasa cuti sekolah atau semasa penggal persekolahan
TIGA BULAN sebelum tarikh perjalanan.

12. BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR (PERATURAN PENDIDIKAN 1997 DALAM AKTA PELAJARAN 1996
PERKARA 8)
12.1 Buku Persediaan Mengajar adalah dokumen rasmi dan harta kerajaan.
12.2 Seseorang guru hendaklah dengan serta merta dapat menunjukkan Buku Rekod apabila diminta untuk
pemeriksaan oleh Pengetua/Pegawai JPN/Pegawai PPD/Nazir.(Adalah melakukan kesalahan jika
gagal menunjukkan atau tidak menyelengara Buku Rekod Mengajar dan jika sabit kesalahan boleh
didenda tidak melebih lima ratus ringgit.)
12.3 Buku ini mesti dilengkapi dengan perkara-perkara berikut :-
• Sukatan Pelajaran
• Rancangan Pelajaran
• DSKP
• Jadual waktu kelas atau persendirian
• Senarai buku-buku rujukan
• Biodata diri
• Senarai nama pelajar
• Markah ujian (Headcount)

12.4 Buku Persediaan Mengajar mesti dihantar ke pejabat sekolah pada setiap hari khamis
tiap-tiap minggu bagi tujuan pemeriksaan oleh Pentadbir
12.5 Guru yang ditugaskan menjadi guru ganti diwajibkan mencatat @ menampal slip guru
ganti di dalam Buku Persediaan Mengajarnya perkara berikut :
• Mata Pelajaran yang diganti
• Tingkatan
• Waktu
12.6 Format terkini KSSM hendaklah digunakan untuk menyediakan Buku Persediaan
Mengajar
12.7 Guru Kanan mata pelajaran akan menandatangani rancangan pelajaran dan tahunan,
Sukatan pelajaran dan DSKP di dalam Buku Persediaan Mengajar
12.8 Buku Persediaan Mengajar adalah dokumen yang dapat membantu dalam menyediakan
Sasaran Kerja Tahunan (SKT)

28
Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025
Amalan Profesionalisme Guru

13. WAKTU MENGAJAR


13.1 Semua Guru mesti mematuhi jadual waktu mengajar
13.2 Sewaktu mengajar menjadi tanggungjawab guru memastikan :-
13.2.1 Kelas dalam keadaan teratur dan kondusif
13.2.2 Kelas dalam keadaan bersih
13.2.3 Bilangan pelajar akur dengan jumlah sebenar murid kelas berkenaan

13.2.4 Hendaklah menurunkan tandatangan dalam buku rekod keberadaan guru dan murid yang disediakan
di setiap kelas
13.2.5 Mengambil tindakan segera jika pelajar tidak berada dalam bilik darjah ketika pengajaran guru
13.3 Hendaklah berlaku pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkualiti.

14. GURU GANTI


14.1 Sila lihat Pekeliling Kementerian Pendidikan
14.2 Semua guru hendaklah mematuhi jadual guru ganti seperti yang ditetapkan
14.3 Menjadi tanggungjawab guru untuk menyemak Jadual Guru Ganti di Pejabat Am sebelum waktu
pertama
14.3 Sila lihat perkara 12.5

15. BUKU RAMPAIAN/ BUKU KERJA/ NOTA PELAJAR


15.1 Buku berkenaan hendaklah diperiksa dengan teliti
15.2 Buku yang telah diperiksa hendaklah dengan segera dikembalikan kepada pelajar
15.3 Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh dalam buku tersebut. Berikan komen atau gred kualiti
untuk makluman ibu bapa dan pelajar.
15.4 Pengetua/PKP, PKHEM, PKKo dan Ketua Bidang akan menyemak buku tersebut
15.5 Ibu bapa dan penjaga diminta menyemak buku anak-anak mereka

16. GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN DAN GURU BIMBINGAN


16.1 Semua guru ialah guru disiplin dan guru bimbingan
16.2 Semua guru bertanggung jawab mengawal tingkah laku pelajar
16.3 Guru hendaklah sentiasa memberi bimbingan kepada pelajar dan mengamalkan Budaya Penyayang
Dan Perkhidmatan Penyayang kepada pelajar
16.4 Buku Peraturan Sekolah dan Pekeliling Iktisas yang berkaitan tatacara pengurusan disiplin mesti
dijadikan panduan untuk menguruskan disiplin pelajar

17. KESELAMATAN/ KESEJAHTERAAN PELAJAR


17.1 Menjadi tanggungjawab semua guru menjaga keselamatan pelajar ketika di sekolah
17.2 Jika berlaku kemalangan / pelajar sakit secara tiba-tiba, guru mestilah dengan segera memaklum
kepada Pengetua/PKP/PKHem/PKKo
17.3 Melaporkan dengan segera kepada ibu bapa dan penjaga pelajar
17.4 Peraturan keselamatan mestilah dipatuhi
17.5 Latihan kebakaran “Fire-Drill”mesti diadakan

29
Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025
Amalan Profesionalisme Guru

18. KOKURIKULUM
18.1 Semua guru dimesti terlibat dalam kokurikulum dan mesti merancang buku aktiviti yang lengkap
18.2 Kehadiran guru diwajibkan
18.3 Guru yang tidak dapat hadir perlu memberi sebab bertulis kepada Pengetua
18.4 Turunkan tandatangan ke dalam buku kehadiran kokurikulum
18.5 Sekiranya guru membawa pelajar menyertai apa-apa pertandingan di luar sekolah maka prosedur
untuk mendapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga pelajar mestilah dilaksanakan.
18.6 Guru pengiring bertanggungjawab sepenuhnya atas segala perkara yang berlaku ke atas pelajar
sekiranya atas sebab kecuaian.

19. PERHIMPUNAN
19.1 Semua guru diwajibkan hadir dalam perhimpunan mingguan.
19.2 Guru Bertugas mesti memastikan keadaan tempat perhimpunan teratur dan sempurna sebelum
perhimpunan berjalan. Rujuk Peraturan Sekolah tentang Protokol Perhimpunan.
19.3 Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil 4/1984 mesti dipatuhi
19.4 Ucapan dan pengumuman mestilah ringkas

20. MESYUARAT GURU


20.1 Segala mesyuarat yang dirancangkan oleh sekolah adalah tugas rasmi yang mesti dihadiri oleh
semua guru
20.2 Semua mesyuarat mesti memiliki agenda dan diminitkan serta diedarkan kepada ahli dalam masa
yang ditetapkan
20.3 Keputusan mesyuarat mesti di Minit Curai dan disampaikan kepada pihak berkenaan dan mesti
dilaksanakan.

21. KURSUS
21.1 Kursus yang dianjurkan oleh PPD/PSPN/JPN/IAB atau Kementerian Pelajaran adalah termasuk
dalam perkhidmatan perguruan
21.2 Semua guru diwajibkan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak di atas
21.3 Sekiranya perlu guru yang berkursus juga dikehendaki menjadi Fasilitator LDP/CPD bagi
menyampaikan pendedahan kandungan kursus kepada guru-guru lain.

22. PENGGUNAAN BILIK / ALAT / HARTA SEKOLAH


22.1 Bilik/Alat/Harta Sekolah adalah Harta Kerajaan
22.2 Penggunaan untuk tujuan peribadi dilarang
22.3 Penggunaan alat untuk kepentingan sekolah hendaklah mendapat kebenaran guru Kanan/ketua
unit dengan mengisi Buku Serah-Menyerah / Borang Pinjaman/ Pengunaan.
22.4 Semua alatan yang telah diguna mesti diserahkan balik kepada Guru Kanan/Ketua Unit

23 PEMBELIAN ALAT
23.1 Pembelian peralatan baru hendaklah membuat permohonan kepada Pengetua
23.2 Guru tidak boleh membuat pesanan sendiri tanpa melalui Pengetua
23.4 Peraturan kewangan Kementerian Pendidikan wajib dipatuhi

30
Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025
Amalan Profesionalisme Guru

24. PENJUAL / PENGEDAR


24.1 Tidak dibenar berjumpa dengan guru tanpa kebenaran Pengetua
24.2 Promosi sesuatu barangan di sekolah untuk pelajar dilarang kecuali dengan izin pengetua
24.3 Guru dilarang menjadi penjual, pengedar buku kepada pelajar
24.4 Hanya koperasi sekolah sahaja dibenar menjual buku-buku sekolah

25. PELAWAT
25.1 Pelawat tidak dibenar berjumpa dengan guru/pelajar tanpa kebenaran Pengetua
25.2 Guru dikehendaki menggunakan bilik Gerakan atau Bilik Kaunseling untuk berjumpa dengan pelawat

26. BILIK GURU


26.1 Keceriaan bilik guru menjadi tanggung jawab semua guru dan penyelarasnya.
26.2 Jadikan bilik guru sebagai contoh kepada pelajar dari segi keceriaan dan kebersihan
26.3 Pelajar tidak dibenar menggunakan bilik guru untuk berbincang dengan guru
26.4 Semua Pekeliling/Siaran mesti difailkan oleh Penyelaras Bilik Guru.

27. SURAT RASMI SEKOLAH


27.1 Tidak boleh diguna untuk membuat catatan/ surat peribadi
27.2 Semua unit mesti mendapat kebenaran Pengetua untuk mengguna kepala/ cop surat sekolah untuk
membuat apa-apa urusan sekolah.
27.3 Salinannya mesti difailkan di pejabat.

28. SISTEM FAIL SEKOLAH


28.1 Guru perlu mendapat kebenaran Pembantu Tadbir dahulu untuk mendapat Fail Rasmi sekolah

28.2 Fail Rasmi Sekolah yang telah diguna mesti diserah balik kepada Pembantu Tadbir untuk diberi rujukan
dan disimpan dalam Rak Khas di Pejabat Sekolah.

29. TELEFON PEJABAT


29.1 Telefon sekolah hanya diguna untuk urusan rasmi sahaja
29.2 Sekiranya urusan peribadi hendaklah mencatat ke dalam Buku Panggilan telefon dan membayar kos
kepada Pembantu Tadbir

30. PENGUMUMAN MELALUI PEMBESAR SUARA


30.1 Boleh dibuat pada masa berikut :-
30.1 Sebelum waktu pertama PDPC bermula
30.2 Pada waktu rehat dan waktu terakhir sebelum balik

31. SURAT PEKELILING


31.1 Semua Surat Perkeliling Kementerian, Jabatan Pelajaran, PPD/Pusat Sumber/sekolah hendaklah
dibaca dan difahami

31
Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025
Amalan Profesionalisme Guru

32. MENULIS SURAT RASMI (JABATAN)


32.1 Semua surat rasmi berkaitan dengan perjawatan mesti melalui Pengetua
32.2 Semua surat daripada unit/kelab sukan/badan beruniform hendaklah disemak oleh Pengetua,
PKP, PK Hem/PKKo terlebih dahulu
32.3 Satu salinan mesti disimpan dalam fail sekolah

33. BILIK MESYUARAT


33.1 Gunakan Bilik Mesyuarat untuk semua mesyuarat
33.2 Catat dalam Buku Penggunaan Bilik Mesyuarat sebarang aktiviti dan catat buku kehadiran mesyuarat.
33.3 Penggunaannya hendaklah dalam pengetahuan penyelaras Bilik Mesyuarat. Matikan semua suis
eletrik dan kembalikan peralatan ke tempat asal.

34. KENYATAAN AKHBAR/MEDIA ELETRONIK / INTERNET


34.1 Guru dilarang sama sekali membuat kenyataan / sidang media berhubung dengan sekolah,
PPD/JPN/KPM/Kerajaan
34.2 Semua unit mesti mendapat kebenaran Pengetua untuk mengguna kepala surat/ cop sekolah untuk
membuat apa-apa siaran di media massa

35. PENGGUNAAN PAPAN NOTIS/ KENYATAAN SEKOLAH


35.1 Mestilah untuk urusan sekolah sahaja dan perlu mendapat kebenaran Pengetua/Guru Penlong
Kanan
35.2 Kenyataan mestilah ditampal pada ruang mengikut klasifikasi yang telah dilabelkan sahaja. Sentiasa
dikemaskinikan ruangan notis bidang anda.

36. PENGGUNAAN SURAU SEKOLAH


36.1 Mesti digunakan untuk aktiviti kerohanian/ agama sahaja. Tidak boleh sama sekali diguna untuk
ceramah politik.
36.2 Guru juga diminta mengawasi pelajar sewaktu solat jemaah /aktiviti lain.
36.3 Mesti menjaga adab dan tatatertib serta kemuliaan surau.

37. PENGURUSAN PEPERIKSAAN DALAMAN


37.1 Semua soalan/bahan peperiksaan yang digubal mesti dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan.
Soalan dan Skema adalah sulit dan mesti diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran /Ketua
Bidang untuk semakan.
37.2 Semua soalan/bahan peperiksaan mesti diletakkan dalam bilik dan hanya diurus oleh SUPD sahaja.

Guru dilarang sama sekali membocorkan soalan kepada pelajar / guru/ orang lain.
37.3 Guru diminta mengawas mengikut jadual serta menguatkuasakan peraturan peperiksaan secara
tegas tanpa mengganggu pelajar.
37.4 Semua guru dikehendaki memeriksa kertas jawapan pelajar mengikut piawai ‘standard’ dan
mengunci masuk markah ke dalam sistem SAPS Online mengikut jadual yang ditetapkan

32
Buku Pengurusan Sekolah Sesi 2024/2025
Amalan Profesionalisme Guru

38. KEAHLIAN DALAM PERTUBUHAN ATAU BADAN BUKAN KERAJAAN


38.1. Pekeliling dan Peraturan mengenainya perlu dipatuhi sebagaimana yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa.
38.2 Guru-guru mesti mengelakkan diri daripada menyertai sebarang pertubuhan atau melibatkan diri
dalam kegiatan yang salah di sisi undang- undang.

39. MAKMAL KOMPUTER SEKOLAH


39.1 Peraturan adalah sebagaimana termaktub dalam Pekeliling Jabatan dan Buku Peraturan Penggunaan
Makmal.
39.2 Semua guru penyelaras bertanggungjawab penuh ke atas keselamatan, jadual harian & keselesaan
pelajar
39.3 Pengetua/ Penolong Kanan Pentadbiran mempunyai kuasa penuh ke atas pengurusan dan keputusan
berkaitan makmal komputer.
39.4 Tiada pelawat dibenarkan masuk ke makmal kecuali dengan kebenaran Pengetua/ Penolong Kanan
Pentadbiran.
39.5 Guru Penyelaras dan Jaga sekolah diminta memastikan pelajar tidak menceroboh makmal pada waktu
larangan (waktu bukan PdP)

40. KANTIN SEKOLAH


40.1 Guru penyelaras kantin diminta memastikan keceriaan, disiplin pelajar dan mutu sajian di kantin.
40.2 Tatacara makan minum dan pengurusan perabot mesti dipastikan teratur dan kemas.
40.3 Kawasan belakang kantin adalah kawasan larangan untuk pelajar.

41. PENGURUS KELAS


41.1 Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal kelas meliputi aspek keceriaan, pengurusan
pelajar, disiplin, jadual tugasan dan prestasi kelas.
41.2 Pengurus Kelas juga perlu prihatin memastikan aspek kebajikan pelajar seperti dalam soal biasiswa,
zakat dan barangan kebajikan. Laporan mesti dibuat sekiranya terdapat pelajar yang perlukan
bantuan.

42. MAJLIS RASMI


42.1 Semua guru mesti menyertai majlis rasmi sekolah dan mengembleng tenaga dalam menjayakannya
berdasarkan aturcara.
42.2 Imej dan tataetika profesion mesti dijaga sepanjang majlis rasmi berlangsung.
42.3 Pakaian - Ikut Pekeliling Berpakaian.

43. DATA DAN MAKLUMAT


43.1 Semua data dan maklumat sekolah adalah rahsia dan sulit dan tidak boleh didedah kepada pihak yang
tidak berkenaan.
43.2 Guru Data & Maklumat diminta sentiasa memastikan data dan maklumat adalah lengkap dan terkini
untuk rujukan pihak-pihak yang berkaitan.
43.3 Laporan Bulanan mesti dihantar ke jabatan pada setiap hujung bulan

33

Anda mungkin juga menyukai